Isnin, 21 Januari 2013

Mengapa Kelantan Mendapat Lebih?

MENGAPA KELANTAN MENDAPAT LEBIH??

Pada Januari 20, 2013 satu lembaran baru telah dipahatkan di bumi Cik Siti Wan Kembang apabila YAB Perdana Menteri Malaysia mengumumkan akan membina beberapa prasarana dan fasiliti kemudahan awam untuk rakyat negeri tersebut.  

Hal itu tidak sahaja menggembirakan beberapa kerat anak jati, bahkan warganya secara amnya bersetuju sekiranya mereka memilih Parti Persekutuan untuk dibangunkan segala kehendak yang diidamkan mereka selama ini khususnya bekalan air bersih untuk melakukan perkara-perkara asas seperti minum, mandi dan berwuduk bagi menunaikan solat yang wajib. 
Deklarasi ini antara lain menjanjikan membina Masjid Negeri yang baru (dengan persetujuan Al-Sultan Kelantan) bernilai RM50juta, stadium baru, pembinaan rumah kos rendah sehingga 3,000 unit, Kampus Bandar Universiti Teknologi MARA (UiTM), pengangkutan awam yang selesa (RapidKB) dan pemberian royalti atau ihsan wang minyak (setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa Khas yang masih bersidang). 

Perkara ini terus menggamit pandangan penduduk di negeri-negeri lainnya seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan di negeri Perdana Menteri sendiri iaitu Pahang.  Membangunkan sebuah negara dengan kemudahan yang lengkap amat diimpikan setiap warga bahkan mereka amat mengalu-alukannya.  Sedangkan beberapa pemimpin parti bukan kerajaan sering menempelak rancangan ini yang kononnya membazir serta digelar dengan projek mega yang kroni dan salah guna kuasa.

Hal ini bukanlah satu unjuran yang kita mahukan secara mutlak.  Membangunkan negeri-negeri di Semenanjung bukanlah satu tugas semalaman.  Pendapatan Negara adalah terhad dan wang yang ada juga tidak mencukupi hanya untuk membangunkan fasiliti -fasiliti tersebut tanpa memikirkan beberapa perkara pokok dalam negara lainnya seperti subsidi, kesihatan, simpanan dan hutang luar negeri selain kos-kos tidak terjangkau dalam tahun kewangan negara.

Sabah dan Sarawak 

Sabah dan Sarawak juga menuntut perkara yang serupa kononnya negeri itu masih tertinggal dalam arus kemodenan sedangkan untuk membangunkan Sabah dan Sarawak itu sendiri memerlukan dua kali masa membangunkan Semenanjung.  Ini kerana saiz kedua-kedua negeri tersebut berkeluasan hampir satu bahkan lebih besar dari Semenanjung Tanah Melayu.  Waima, negeri-negeri Semenanjung ini sudah tentu dibangunkan lebih awal sebelum kemerdekaan oleh sang penjajah terutama di Pantai Barat seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Melaka.  Negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan dan Johor pula merupakan negeri yang tidak dikuasai secara langsung oleh sang penjajah ini bersama Pahang dan Terengganu menyebabkan ia tidak dibangunkan sepesat negeri lainnya. 

Berbanding di Sabah dan Sarawak, negeri-negeri tersebut merupakan negeri yang besar serta mempunyai keluasan berganda.  Hal ini turut meliputi ekoran sejarah bahawa Raja Brooke hanya memajukan Kuching sebagai pusat tumpuan berbanding kawasan-kawasan pedalaman.  Di Miri, Sibu dan Limbang pula mendapat rahmat dengan kemajuan petrokimia di lokasi berkenaan.  Manakala Sabah, Jeselton atau Kota Kinabalu sahaja yang dibangunkan mengikut sejarahnya sebagai pusat ekonomi sebelum menyertai Persekutuan.  

Oleh itu, membangunkan kedua-dua negeri ini bukanlah semudah sekelip mata atau melalui kata-kata ajaib melainkan kerja keras dan sejumlah wang yang besar juga diperlukan.  Ditambah lagi dengan kependudukan yang bertaburan serta tidak sekata – ia amat menyukarkan terutama perhubungan, air dan elektrik serta hal-hal sosial lainnya.  Di kawasan pedalaman, adalah mustahil untuk menarik kabel dan talian air beribu-ribu kilometer di dalam hutan untuk menyambungkan dengan fasiliti utama di bandar.  

Adalah lebih baik dimajukan stesen jana kuasa suria dan sambungan air terawat yang lebih domestik untuk mengatasinya dan ini sedang dan terus dilakukan sehingga jam ini.  Perhubungan jalan raya pula lebih menjurus kepada bandar terdekat serta wahana pengangkutan terbaik bagi mengatasinya.  Apalah guna membelanjakan ribuan bahkan jutaan ringgit mengaspal jalan sedangkan ia hanya digunakan beberapa kali seminggu dan kos diesel yang tidak efektif?  Oleh itu, membangunkan Sabah dan Sarawak tetaplah menjadi satu isu yang memerlukan masa untuk menilainya.  Ketabahan dan kesabaran rakyat di dua wilayah besar ini amatlah diharapkan agar sirna itu akhirnya akan tiba jua.  

Bagaimana pula dengan sekatan pembangunan dan senarai negeri di kedua-dua negeri gabungan Persekutuan tersebut?  Hal ini amat berbeza di Semenanjung.  Di Sarawak misalnya, sekatan kerakyatan, izin migrasi yang ketat serta pemilikan tanah yang terbatas amatlah ketat dan menyukarkan pelaburan asing langsung ke negeri terbabit.  Membangunkan sebuah bangunan memerlukan keizinan dari pemilik tanah adat yang amat kukuh terpelihara undang-undang untuk tinggalan anak cucu penduduk di negeri terbabit.  Sedangkan di Tanah Melayu, penduduk Sabah dan Sarawak tetaplah kekal boleh memiliki tanah tetapi warga Semenanjung ditegah dari memiliki tanah di sana melainkan atas sebab perundangan yang khas lagi ketat.  

Ini juga sudah cukup untuk menyekat aliran pelaburan asing ke negeri tersebut kerana keutuhan perlembagaan yang menjamin hak-hak penduduk negeri terbabit.  Inilah keistimewaan Sabah dan Sarawak yang ingin mengekalkan status tanah-tanah dan warisan legasi mereka.  Oleh itu, hak penduduk Sabah dan Sarawak ini hendaklah dipelihara agar akhirnya pembangunan tidak menggadai hak dan jati diri mereka di kemudian hari kelak.  


Tanggungjawab Nasional?

Berbalik kepada Kelantan yang menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab membangunkan negeri itu di bawah pimpinan Pusat bukanlah satu autoriti mutlak.  Ini memandangkan Kelantan telah memilih pentadbir yang tidak sealiran dengan pemikiran dan pendapat Persekutuan.  Hal ini bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu hak dan peranan pentadbir negeri serta peranan dan tanggungjawab Persekutuan.  Memilih parti bukan pemerintah utama Persekutuan sebagai pentadbir negeri meninggalkan satu ruangan vakum yang besar antara dua kuasa tadi. 

Pertama dari segi lapangan politik bahawa menjadi tugas dan peranan sang pentadbir negeri memajukan negeri sendiri kerana mereka telah diberikan satu amanah oleh rakyat tempatan untuk memajukan negeri tersebut.  Dan kerana ideologi dan manifestonya, menjadi tugas mereka pula menjalankan tanggungjawab itu mengikut hak dan peranan yang mereka inginkan sesuai dengan kehendak rakyat negeri terbabit memilih mereka sebagai pentadbirnya.

Manakala dalam hal ehwal yang digariskan di bawah Peranan Persekutuan (Jadual Kesembilan Persekutuan – Perkara I Persekutuan), menjadi tanggungjawab Persekutuan mendirikan sebahagian peranannya mengikut garis panduan seperti Hospital, Pendidikan, dan lain-lain khidmat di bawah jadual terbabit dan negeri juga tertakluk dengan senaraian negeri masing-masing.  Hal ini membolehkan Kerajaan Negeri menggunakan segala hasil negeri untuk memajukan negeri masing-masing mengikut acuan dan manifesto yang telah dimajukan kepada rakyat untuk dilaksanakan.  Bukan semua cukai rakyat negeri di hantar ke Persekutuan melainkan kepada negeri itu sendiri.  Sedang ia tidak selari dengan kehendak manifesto Kerajaan di Persekutuan, bahawa hal negeri hendaklah dimajukan oleh negeri itu sendiri dan sebarang campur tangan Persekutuan ke atas negeri hendaklah terbatas kepada perkara yang difikirkan tidak menyalahi perundangan tertulis.

Tetapi Kerajaan Persekutuan tidak juga membutakan mata dan memekakkan telinga mendengar keluh kesah rakyatnya termasuk di negeri.  Pada tahun 1998, Kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan sebanyak RM600juta kepada Kelantan untuk memajukan migrasi air di negeri tersebut dan sehingga kini, wang tersebut telah dibelanjakan.  Namun masalahnya masih tetap dihadapi oleh warga penduduk di sana.  Sedangkan memajukan air adalah tugas dan fasiliti negeri yang bertanggungjawab sesuai dengannya dan sebelum tahun 2006 untuk memuktamadkan perbekalan air antara Persekutuan dan Negeri. 

Perbezaan Senarai Negeri dan Persekutuan

Oleh itu, Kerajaan Negeri di sanalah yang mengutip sebanyak boleh hasil menerusi Senarai Negeri melalui tanah dan galian serta pembalakan masih tetap tidak berupaya membangunkan negerinya.  

Berbeza dengan negeri Melaka yang bersaiz kecil serta tidak mempunyai hasil tanah dan galian terutama balak yang banyak telah menunjukkan satu kelakonan ekonomi yang agak menakjubkan.  Kerajaan Negeri Melaka telah berjaya mengatasi masalah air lewat tahun 80an dengan mengintegrasikan semua masalahnya kepada Syarikat Air Melaka.  Selain itu, pembangunan dan hasil di antara negeri tersebut juga berbeza.  Di Melaka kadar pertumbuhan ekonomi negeri tersebut sehingga 19.43% sedangkan di Kelantan yang mempunyai saiz yang berganda dari negeri tersebut hanya mampu menyumbang 12.45%.  

Kelantan juga merupakan negeri yang terhampir dengan garis sempadan negara yang seharusnya mengutip cukai kastam yang lebih baik dari negeri lain kecuali Johor tetapi Melaka berjaya mengatasi kutipan tersebut sehingga RM1.60billion pada tahun 2010 sedangkan Kelantan hanya RM37.3juta sahaja.  Kadar pengangguran sehingga suku ketiga tahun 2010 menunjukkan Kelantan mempunyai 3.2% kadar pengangguran sedangkan Melaka hanya 0.8% sahaja dan pendapatan bulanan isi rumah di Melaka ialah RM4,184.00 berbanding di Kelantan hanya RM2,536.00.  

Hal ini diketemukan bukanlah membuat satu perbandingan langsung tetapi cara penakatan untuk melihat kebijakan pembangunan ekonomi sesebuah negeri.  Jika di Melaka yang tidak mempunyai hasil alam yang baik, setidak-tidaknya negeri terbabit telah mengubah landskap negeri tersebut menjadi sebuah negeri pelancongan utama di Semenanjung Tanah Melayu.  

Pembangunan infrastruktur dan visi pemimpinnya jelas melangkaui fikiran apabila membina dan terus memajukan industri tersebut.  Anak-anak Melaka digalakkan berniaga dan membayar cukai kepada kerajaan negeri sedangkan kerajaan negeri haruslah mencari pelancong untuk menziarahi Melaka dan membeli produk tempatan.  

Premis-premis sewaan dibangunkan dan di jaga dengan serapi yang boleh agar mencapai kehendak pelancongan.  Hospital dan Hotel dibangunkan sebaik-baiknya untuk memastikan rawatan pelancongan juga dapat menjana pertumbuhan ekonomi negeri.  Setiap warga negeri disarankan menyambung pelajaran terutama di institusi negeri seperti Kolej Islam Melaka, Kolej Yayasan Melaka dan sebagainya untuk menyediakan tenaga kerja yang mencukupi.  UiTM yang merupakan sebuah universiti memajukan bumiputera turut dikejarnya setelah digugurkan dari projek Selangor untuk didirikan di Melaka.  Dan akhirnya rakyat negeri ini tidak akan berhijrah secara besar-besaran ke tempat lain dan membuat kehidupan di negeri sendiri tanpa menyusahkan kepimpinan negeri lain. 

Memajukan Alam Persekutuan 

Bukanlah tanggungjawab beban dipikul oleh Persekutuan untuk memajukan ke semua negeri yang ada dalamnya.  Mengagihkan sumber yang terhad adalah satu jawapan dalam ekonomi secara umum.  Menghasilkan pendapatan dan mengagihkannya mengikut keutamaan adalah lebih bijaksana dan membelanjakan pada yang perlu turut memainkan peranan yang utama.  

Jika diberikan satu pendekatan logik, siapakah yang akan mendapat gaji yang lebih banyak?  Sudah tentu pencetak wang yang banyak akan menerimanya iaitu penerima pelaburan tertinggi.  Memberikan keuntungan kepada syarikat membolehkan seseorang itu diganjarkan dengan bonus selain gaji sedia ada.  Adakah kita merasa iri melihat mereka yang tidak produktif menerima gaji dan bonus yang lebih banyak dari kita?  Sedangkan kita telah mencetak wang yang banyak.  Apakah hasil pendapatan menurut istilah Melayu “gaji buta” yang banyak itu adil kepada pekerja lain?  Sudah tentu tidak, masing-masing akan mempunyai alasannya sendiri.  Begitu jugalah dengan Pahang, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak sedangkan semua faktor di atas dikesampingkan untuk menerima hasil yang banyak dan terus berebut untuk itu tanpa rasional. 

Memajukan Alam Persekutuan II

Berbanding negeri yang menerima royalti minyak yang tinggi seperti Terengganu misalnya, wang yang diterima dari Persekutuan sebagai pampasan atas minyak di luar pesisir misalnya memberikan satu nilai tambah.  Cuma menyediakan modal insan yang terlatih dan cukup merupakan perkara yang paling penting pada pandangan pemimpinnya, maka melahirkan mahasiswa yang elit serta budaya ilmu yang tinggi menjadi matlamat Terengganu.  

Prasarana sekolah dan tenaga modal insannya dibangunkan dengan bersungguh-sungguh.  Saban tahun Terengganu mempelopori keunggulan menghasilkan pelajar-pelajar terbaik dalam pelbagai disiplin – dari sekolah agama mahupun sekular.  Pelajar Terengganu mempunyai pilihan, mereka bebas memasuki mana-mana universiti dan kolej dalam dan luar negara serta mendapat biasiswa terbaik dalam negerinya hasil pampasan royalti tersebut.  Mereka dapat menikmati persekolahan yang selesa serta menjadi negeri mempunyai murid teramai yang hafaz Al-Quran berkat dedikasi para pemerintah negerinya.  Itulah yang lebih dimajukan berbanding prasarana fizikal lain seperti di Pulau Pinang dan Selangor.  

Di Selangor dan Pulau Pinang, selain menjadi nadi tumpuan asing, negeri-negeri ini mengamalkan polisi pembangunan yang berbeza.  Kebersamaan mereka mengaut keuntungan atas industri perkilangan dan pembuatan melonjakkan negeri ini sejak merdeka lagi.  Jika sebelum ini Pulau Pinang dikenali dengan nama Prince of Wales Island cukup melambangkan pengaruh besar penjajah ke atas ekonomi negeri.  

Selangor juga tidak kurang hebat apabila Kerajaan Persekutuan memilih wilayah-wilayahnya dibangunkan sebagai ibu negara dan wilayah khas pentadbiran Kerajaan Persekutuan.  Limpahan dari pembangunan ini dirasai oleh penduduk di pinggir-pinggir wilayah serta beberapa projek berprestasi tinggi dijalankan di negeri terbabit akibat limpahan dan saiz Wilayah Persekutuan yang terhad.  Oleh itu, Selangor menjadi destinasi pelaburan perkilangan dan pembuatan yang agak baik setanding legasi Pulau Pinang.  

Tidak cukup dengan itu sahaja, kesemua ketua negeri haruslah mempunyai penakatan dalam menguruskan ekonomi yang baik sebelum sesuka hati menukar aliran fikiran dalam membuat keputusan.  Seperti dikatakan awalnya, jika mewarisi kerajaan yang lemah maka menjadi tugas dan peranan kerajaan yang baru pula untuk membetulkannya.  Jika Melaka sebelum ini gagal maju sebagai hub perkilangan, kini ia menakat sebagai zon pelancongan terbaik Malaysia bahkan sesetengah lokasi menjadi nadi kehidupan pelancong asing yang mencetak ribuan ringgit sejam.  

Di Kelantan juga begitu, perkara-perkara asas terutama kebajikan dalam menunaikan solat amatlah penting, mengambil wuduk dengan air yang mutlak adalah tugas sang pemerintah untuk melunaskan kehendak asas rakyatnya.  Di Terengganu, pendidikan menjadi nadi kehidupan kerajaannya bahkan di Pahang, nilai-nilai warisan, kehijauan pelancongan menjadi pilihannya.  Kerana setiap pembangunan itu akan mengorbankan beberapa nilai kehidupan dan budaya yang amat ketara dan oleh itu ia amatlah dijaga rapi oleh sang pemerintah masing-masing.  Sehubungan dengan itu, pemerintah mempunyai pilihan untuk memelihara atau menggantikannya mengikut pilihan kita selaku pengundi.  

Kerana hampirnya kita kepada kufur sekiranya kita miskin harta dan jiwa (moral).  Dan kerana itulah bukan semua peranan Kerajaan Persekutuan untuk memajukan negeri lain-lain sesuka hati melainkan atas izin sang Pemerintah negeri (Berkerajaan dan Bersultan) serta seiring dengan hasrat rakyatnya.  Tugas Persekutuan bukanlah membezakan tetapi sekatan dan halangan beberapa faktor hendaklah diambil kira dan tidak semberono dan akhirnya menyusahkan Kerajaan Negeri waima rakyatnya juga terkesan.  

Kita adalah subjek raja dan Kerajaan Persekutuan adalah subjek umum yang terlerai dengan putusnya perjanjian bersekutu.  Maka peliharalah “Persekutuan” kerana ia akan menambahkan mutu dalam kehidupan, dan jika ia terlerai maka tidak ada apa-apa yang boleh diraikan kerana ia menyusut menjadi buih-buih di laut sahaja dan dilipat sejarah seperti Melaka yang meninggalkan Selatnya di peta muka bumi sedang Sultan dan Rakyatnya hilang di entah ke mana.    





Isnin, 14 Januari 2013

Ironi Sebuah Perhimpunan Yang ‘Tidak Perlu’

Seperti disiarkan dalam ruangan Forum, Januari 15, 2013 - Utusan Malaysia. Hujung minggu yang lalu kita telah diajak menyaksikan satu gelagat politik jalanan. Segelintir yang menggelarkan diri masing-masing sebagai pejuang rakyat kononnya telah berhimpun di Stadium Merdeka – sebuah stadium yang dibina oleh negarawan negara yang dikejinya dahulu sehingga kini. Tetapi kreditnya diambil. Tidak cukup dengan itu, Akta Perhimpunan Aman yang dahulunya dikatakan lebih zalim dari Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga digunakan sebagai alternatif mencapai tujuan politik sempitnya. Sekali lagi, janji Perdana Menteri telah ditepati – mengikut lunas undang-undang, maka perhimpunan itu boleh diadakan. Melihat kelakonan setiap individu yang menyertai perhimpunan yang rata-rata di kalangan umum masyarakat Malaysia mengatakan sebagai “tidak perlu” dan “buang masa”, puak yang menafikan segala bentuk pembangunan fizikal dan rohani yang dibangunkan oleh kerajaan tetap tidak dapat menerima realiti bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung. Setelah mengungsi stadium, sementara menunggu untuk diangkut balik ke kampung masing-masing, ramai di kalangan mereka berkunjung ke Bukit Bintang dan sekitar KLCC - sebuah prasarana yang dikatakan satu pembaziran yang dibangunkan oleh kerajaan.
Di KLCC sahaja, anak-anak muda ini hanya mampu bertanyakan harga sebotol air mineral serta ‘menjamu mata’ melihat kerancakan aktiviti ekonomi yang berlaku di sana. Sempat juga seorang dua dari pengunjung yang prihatin memulangkan paku buah keras bahawa inilah ‘hasil kemakmuran dari sebuah pembaziran’. Ironinya, remaja ini mungkin tidak faham bahawa aktiviti ekonomi ini memberikan hasil jutaan ringgit sebulan dalam transaksi perniagaan sama ada tempatan mahupun pelancongan kepada Negara. Mereka kelihatan mundar mandir membuang masa sambil menunggu masa untuk di hantar pulang. Sedang untuk membeli apa-apa cenderahati dan pakaian berjenama antarabangsa mungkin mereka agak gusar dengan harga yang tawarkan. Mereka mungkin terlupa inilah nikmat sebuah pembangunan yang dahulunya dikatakan membazir sedangkan kini ia memberikan pulangan dalam bentuk pelaburan jangka panjang kepada para peniaga dan juga Negara. Di Bukit Bintang pula, kelompok yang berpakaian baju tertentu juga kelihatan teruja dengan pembangunan rancak dari sektor pelancongan dan aktiviti ekonomi yang berjalan walaupun kelihatan sedikit suram berbanding minggu yang lainnya. Mereka terlupa bahawa inilah nikmat pembangunan yang telah dibawakan oleh kerajaan dan mendokong usaha keamanan, pelaburan dan meningkatkan taraf ekonomi Negara. Kini, sektor ekonomi akibat dari jumlah kemasukan pelancong menyumbang kepada pendapatan Negara dengan keuntungan yang bukan sedikit. Adakah mereka tidak mahu mengambil kesempatan ini kelak? Apakah mereka lupa bahawa nikmat kemakmuran ini tidak datang dengan sendirinya? Keamanan, kemakmuran serta keselamatan para pelancong ini bukan satu pelaburan yang mudah sekadar kata-kata. Tetapi ia lebih kepada komitmen kerajaan dalam menjayakan setiap rancangan yang telah dirancangkannya untuk kesejahteraan Negara dan rakyat terbanyak khasnya Malaysia tercinta ini. Prasarana ini dibangunkan dengan jumlah kewangan yang bukan sedikit selain untuk menjaganya dan menguruskan fasiliti tersebut agar mampan dan terus makmur. Jauh dari itu, keselamatan dan keamanan yang diciptakan untuk menarik pelabur dan pelancong bukanlah sekadar sekelip mata dan sekadar berkata-kata tetapi ia adalah dari satu pelan rancangan yang tersusun dan jitu. Bahkan, mengekalkan keamanan bukannya satu kerja yang mudah semudah ABC. Lihat di Indonesia, setelah kejatuhan Presiden Suharto, apakah yang boleh dibanggakan oleh rakyatnya? Akhirnya, rakyatnya bertambah ramai ke Malaysia untuk mencari sesuap nasi. Adakah reformasi mereka berjaya dan mereka mendapat nikmat dari demokrasi jalanan itu? Saban hari ada sahaja berita tertangkapnya pendatang asing tanpa izin Indonesia yang mencari sesuap nasi di bumi bertuah ini. Mereka telah gagal bahkan lebih gagal sebelum kejatuhan Suharto dahulu. Jika nilai rupiah pada suatu ketika dilihat sangat kukuh, kini setelah puluhan tahun reformasi ia tetap tidak kembali mengukuh setanding semasa pentadbiran Suharto. Rasuahnya malah lebih hebat dengan pengalaman cerita rakyat Malaysia yang melancong ke sana membayar pada harga yang tidak perlu serta keterbukaan penjawat awamnya meminta rasuah walaupun kepada pelancong. Adakah ini satu “kemajuan demokrasi” yang didambakan? Jauh menyorot isu ini, adakah golongan ini tahu bahawa perhimpunan yang telah menyusahkan beberapa kelompok peniaga dan pemandu teksi ini telah menyulitkan nafkah hidup orang lain? Adakah mereka tahu nilai pendidikan jauh lebih baik dan lebih mahal dari harga sebuah perhimpunan yang tidak memberikan apa-apa kesan kepada Negara bahkan menjauhkan pelancong jika dibuat berterusan? Sehinggakan di sebuah gedung di Bukit Bintang, anak-anak bukan Melayu mengatakan adalah lebih penting wang dipoket berbanding menjerit dan mendapat penat di jalanan. Begitulah jauhnya mentaliti anak bukan Melayu/Islam dengan mereka yang melaungkan keIslaman tetapi tidak dapat menggunakan akalnya bahawa memajukan ummah adalah satu jihad yang lebih penting – bahawa Ilmu dan pekerjaan adalah satu perkara pokok untuk menjayakan anak Melayu Islam. Suka saya mengingatkan bahawa segala kutukan yang diberikan kepada kepimpinan Negara sebenarnya telah memberikan mereka ini nikmat yang bukan sedikit. Landskap politik Malaysia dan Indonesia tidak banyak berbeza sekitar 30 tahun yang lalu. Jika di Jakarta van mini digelar Angkot menjadi nadi pengangkutan, di Kuala Lumpur terkenal dengan BMW (Bas Mini Wilayah). Tetapi setelah itu, kita harus berbangga dengan mempunyai sistem aliran ringan (LRT, Monorel, ERL dan akan datang MRT). Landskap Negara terus berubah setelah terpacaknya menara berkembar tertinggi di dunia sedangkan di Indonesia masih terpacak Monas seperti mana 30 tahun dahulu. Yang membezakan Malaysia dan Indonesia adalah pemimpin Negara yang telah bertungkus lumus mengharungi jerih perih membangunkan Negara agar rakyatnya aman, terpelajar dan boleh bekerja dengan gaji yang baik setidak-tidaknya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa Negara maju yang lain. Hari ini, kita semakin hampir dengan azam menuju wawasan menjadi Negara maju, adakah anak-anak ini tadi telah disiapkan oleh puak-puak tersebut menjadi seorang ahli professional yang ulung dan mendapat gaji yang setimpal? Atau akhirnya, menadah tangan meminta bantuan kerajaan kerana tertinggal di alam persekolahan kerana sibuk berhimpun. Masa depan Negara kita adalah dari anak anak yang dibangunkan jiwanya dengan cara yang betul dan berwawasan, bercita-cita tinggi. Bukannya melukut di tepi gantang. Bersorak bergegak gempita tetapi ekornya penuh dengan kekotoran yang tidak membawa apa-apa makna. Jihad di masa kini ialah menaikkan ekonomi sendiri. Jangan akhirnya selepas habis berdemonstrasi, hanya mampu membeli sebotol air mineral di sebuah gedung yang terkenal Negara kerana pendapatan hanya sekadar cukup-cukup makan.

Isnin, 3 Oktober 2011

Kebebasan Bukan Kebenaran Mutlak


Kebebasan Bukan Kebenaran!

Menyampaikan sesuatu berita, maklumat dan juga cerita tentang sesuatu perkara menjadi lumrah dan fitrah manusia untuk berkongsi dan berkomunikasi. Manusia tanpa berkomunikasi dan berkongsi samalah dengan istilah Melayu iaitu seperti ‘kera sumbang’ yang terasing dari sisi masyarakat.

Dunia Melayu terkenal dengan sisi-sisi masyarakatnya yang suka mengambil tahu dan mengambil berat keprihatinan tentang jiran tetangga serta rakan terdekat mereka untuk diberikan satu perhatian yang amat untuk dikongsikan bersama. Dengan nilai-nilai murni mengambil berat dan perhatian ke atas masyarakat ini, mereka akan berkongsi komunikasi dalam menyampaikan sesuatu berita, maklumat dan juga cerita. Sedar atau tidak, sistem seperti perisik dan penyebar maklumat sudah ada dan lekat berakar umbi di dalam budaya Melayu.

Dengan kedatangan Islam, tabiat ini telah ditegur dalam nas-nas Al-Qur’an dan Hadis bahawa mengumpat serta menyampaikan berita, maklumat dan cerita palsu atau kurang diketahui duduk letaknya yang sebenar diibaratkan sebagai mengumpat dan ditakwilkan sebagai dosa bagi pelakunya. Menyampaikan sebahagian benar dan sebahagian ditutupnya juga menjadi kesalahan dalam Islam sekiranya ia boleh mendatangkan kegusaran dan pertelingkahan yang tidak membina umah. Maka, kesahihan berita, maklumat dan cerita hendaklah berdasarkan fakta, dan Islam telah menerajui mendahului zamannya mengiktiraf komunikasi hendaklah beretika dan ilmiah dari segi akademik bahannya.

Dalam dunia moden Malaysia, media arus perdana menjadi satu-satunya sumber informasi rakyat sebelum terciptanya jaringan internet lewat 90an. Pemerintah Malaysia mengungsi semua maklumat yang ada dalam sekitaran negara secara kawalan yang tidak terlihat dengan mata kasar dek pemerintah yang menjaga kesemua berita, maklumat dan cerita.

Kawalan media yang tidak terlihat ini disusupkan dengan satu doktrin bahawa Malaysia ialah sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian etnik, falfasah, fahaman dan anutan yang berbeza termasuk sisi pandangan peribadi dan politiknya. Parti pemerintah mewarisi beberapa undang-undang pasca kemerdekaan demi memastikan bahawa perbezaan itu diimbangi dengan sebaiknya. Wartawan sebagai pelapor utama media pula hendaklah memahami kepelbagaian tersebut serta saling menjaga hati dan perasaan satu antara yang lain demi untuk mengekalkan kesaksamaan dan kemakmuran selepas era rusuhan etnik tahun 1969.

Tanggungjawab ini dipikul media dengan sehemat-hematnya untuk menjaga hati dan sensitiviti masyarakat yang ada dalam negara ini dan pada masa yang sama nilai-nilai ini dipanjangkan oleh pemerintah untuk kepentingan dan kelangsungan politiknya. Media hari ini bukanlah estet keempat dalam demokrasi berparlimen di Malaysia kerana tugas utama media sebagai pemerhati yang prihatin kepada watannya telah bertukar menjadi sebaliknya – sebagai pelapor utama kegiatan pemerintah dan agen penyebar fikiran falsafah pemerintah kepada warganya.

Hari ini media di Malaysia sejak dari zaman tertubuhnya mereka terus digasak dengan sekatan dan larangan langsung atau tidak langsung dalam menyebarkan berita, maklumat dan cerita yang sebenar-benarnya berlaku. Adakah kita kisah dan ambil peduli bahawa kebenaran itu kadangkala pahit untuk didengar? Bagi menjayakan kemakmuran dari warganegara yang pelbagai lagi berbeza ini, media sanggup memikul tanggungjawab sosialnya apabila tidak membuat liputan yang boleh menyentuh kesantunan adat dalam bermasyarakat majmuk. Tetapi betahkah pemerintah juga turut serta mengambil kesempatan dengan hanya melaporkan hal-hal yang terkait dengan mereka dan fahaman politik mereka? Bolehkah media arus perdana di Malaysia mendapat khalayak yang neutral dan menyebarluaskan berita, maklumat dan cerita yang benar sebenar-benar yang terjadi dan diingini madani?

Adakah kita perlu untuk mengambil pusing bahawa media perdana merupakan media yang didokong oleh suara majoriti atau suara terbanyak? Dalam hal ini kerajaan atau pemerintah Malaysia ialah suara terbanyak dan wajarkan mereka menggunakan media arus perdana untuk menyemai nilai dan falsafah mereka dan mengenetepikan adat, budaya, falsafah umum yang sebelum ini tidak didokong oleh pemerintah itu sendiri? Inikah nilai sebuah kebebasan bersuara?

Baru-baru ini (selepas 16 September 2011) beberapa sekatan undang-undang yang mengawal media arus perdana secara tidak langsung telah dimansuhkan secara pemwartaan di Parlimen yang bakal bersidang pada Oktober 2011. Pemwartaan (jika selepas Oktober 2011 dianggap akademik) memansuhkan Akta Mesian Cetak dan Penerbitan (PPPA 1945), Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, semakan semula Akta Polis 1960 dan beberapa sekatan lain telah menimbulkan satu lagi peluang dan ancaman kepada pemerintah dan juga media itu sendiri.

Adakah kebebasan mutlak ini diperlukan oleh media arus perdana di Malaysia sedangkan di dalam media-media alternatif (bertentangan nilai dengan media arus perdana) hangat membincangkan topik-topik yang jelas menguris hati dan perasaan rakyat yang majoriti tadi. Mereka juga (media alternatif) mengambil kesempatan ini menghentam nilai dan budaya serta falsafah pendokong majoriti. Adakah wajar bertindihan ini berlaku dalam sistem pemerintahan Malaysia kini? Adakah ini sebuah nilai kebebasan yang kita perlukan?

Persoalan ini tidak bisa dirungkai dan dijawab dengan begitu mudah tanpa kajian yang sungguh kritis dan akademik melainkan jika pemerintah Malaysia kembali kepada lembayung kuasa Islam sebagai sumber utama negara. Dimaksudkan dengan istilah Islam ialah Malaysia menjawat kebebasan bersuara dan kebebasan media dengan kembali kepada kaedah teologi mutlak iaitu Islam. Sudah tentu bagi barat, nilai dan hak kebebasan bersuara demokratik telah cuba dilenyapkan dan sudah tentu idea kebebasan bersuara ini seolah-oleh cuba disekat pemerintah Malaysia. Bahkan sebahagian (kurang majoriti) rakyat negara ini juga akan menentang idea ini juga.

Secara logiknya, kebebasan bersuara mutlak tidak harus diamalkan di Malaysia dek kerana suara majoriti turut diancam oleh pergerakan suara yang minoriti. Sedangkan kadangkala kedengaran suara minoriti lebih kuat berbanding suara majoriti. Apakah nilai sebuah berita, maklumat dan cerita jika pada akhirnya sebuah negara terpaksa dikorbankan dan jiwa-jiwa warganya melayang satu persatu dek kebebasan bersuara itu tadi. Adakah kebebasan ini akan didokong oleh satu set nilai dan etika yang tinggi oleh warga Malaysia pasca penjajah yang masih setahun jagung merdeka?

Maka, kebebasan bersuara itu tidak terlalu baik bagi kita dan membataskan media juga bukanlah satu pendekatan yang berkelakonan tinggi. Apa yang lebih penting bagi warga Malaysia yang inginkan berita, maklumat dan cerita yang tepat dan benar ialah berpandukan kepada nilai dan falsafah diri kita sendiri yang mana ia didokong oleh sistem maklumat Islam iaitu: “lihatlah apa yang disampaikan dan bukannya siapa yang menyampaikannya”.

Tepuk dada tanyalah iman. Kebebasan dan kebenaran bukannya milik mutlak kita – manusia, tetapi ia milik Sang Yang Mencipta.

/mfa







Selasa, 2 Ogos 2011

6 Tanda Tubuh Anda Perlu Tidur


Tidur sama pentingnya seperti makanan untuk kelangsungan hidup. Akan tetapi, yang lebih sering terjadi kita mengorbankan waktu tidur demi menyelesaikan pekerjaan atau bermain daripada melewati waktu makan.

Menurut Dr Mary Susan Esther, Presiden American Academy of Sleep Medicine, kekurangan tidur yang kronik (berlangsung lebih dari tiga minggu) akan memberi kesan pada kesihatan. Bukan hanya kelelahan dan kurang konsentrasi, tetapi juga tekanan darah tinggi, kemurungan, gangguan hormon, menurunnya sistem imun, serta gangguan memori.

Jadi, sudahkah anda memiliki tempoh dan kualiti tidur yang baik? Cuba semak apakah anda memiliki tanda-tanda kekurangan tidur berikut ini:

1. Tidak lapar saat makan siang (tengah hari)

Kurang tidur akan membuat tubuh secara berterusan ingin selalu makan atau merasakan perut terlalu kenyang. Hal ini terjadi kerana kurang tidur mengganggu jam semula jadi tubuh yang berpengaruh pada rasa lapar dan kenyang. Ini sebabnya mengapa ada orang-orang yang jadi gemuk atau kurus selama waktu kurang tidur.

2. Kurang Perhatian

Perhatikan apakah hari ini anda membuka tiga situs berbeza dalam waktu 5 minit atau berganti-ganti bacaan. Kurang tidur memang membuat kita kesulitan dalam fokus.

3. Pelupa

Otak memerlukan waktu tidur untuk menyegarkan dan memperbaharui diri. Tanpa hal itu, gangguan memori jangka pendek pasti terjadi.

4. "Enggak nyambung" – Tidak Peka

Tidak boleh mengikuti perbincangan kerana otak seakan "tepu" merupakan hal yang sering dialami penderita insomnia yang teruk.

5. Malas

Bila akhir-akhir ini anda merasa malas saat mesyuarat atau duduk di belakang meja, barangkali penyebabnya bukan kerana bosan pada pekerjaan, tetapi kerana anda kurang tidur.

6. Tak enak badan

Sistem kekebalan tubuh diperbaiki dan menjadi kuat kembali saat kita tertidur. kerana itu, mereka yang hobi berjaga malam biasanya lebih mudah terserang selesema atau masuk angin. Memperkuatkan sistem daya ketahanan badan atau imunisasi dengan cara sederhana, tidur 7-8 jam setiap malam.

Tukikan: http://health.kompas.com/read/2011/07/27/10503617/6.Alarm.Tubuh.Anda.Perlu.Tidur

Diedit ke Bahasa Melayu

/mfa

Sukses Berpuasa dengan Tidur Sihat


Saat berpuasa, secara sedar kita mengalami perubahan pola tidur. Waktu tidur berkurang dan jadual yang berubah tak dapat dihindari, sementara tuntutan aktiviti sehari-hari tak berubah. Tanpa kita perhatikan, banyak hal yang berkaitan dengan kesihatan, produktiviti dan keselamatan jadi terganggu.

Konsep kesihatan kini mengenali istilah “Triumvirate of Health” yang digagaskan oleh Prof. William Dement, pakar kedoktoran tidur. Konsep ini mengedepankan optimum kesihatan seseorang dengan memperhatikan tiga faktor, kebugaran fizik, keseimbangan nutrisi pemakanan dan kesihatan tidur. Ketiganya saling mempengaruhi dan saling melengkapi. Misalnya olahraga yang rutin akan memperbaiki kebiasaan tidur, dan tidur yang baik akan memperbaiki metabolisme kita. Begitu pula dengan tidur yang sihat, akan memberikan kebugaran fizik hingga kita lebih aktif berolahraga.

Berkurangnya waktu tidur, akan meningkatkan berbagai keluhan fizik ringan namun mengganggu seperti sakit kepala, badan kurang selesa atau keletihan. Tetapi hati-hati bagi penderita penyakit darah tinggi atau diabetes. Keadaan kurang tidur ini dapat memicu peningkatan tekanan darah dan/atau gula dalam darah.

Untungnya, pada bulan puasa ini pengambilan makanan amat dibatasi, tapi tetaplah waspada pada saat berbuka nantinya. Tetap jaga pengambilan makanan anda sebab keadaan kurang tidur yang dialami akan mengganggu proses metabolisme.

Di bulan puasa ini juga umum suka mengeluh dengan rasa kurang selesa badan. Rasa lemas, difahami sebagai akibat tidak adanya pengambilan makan mahupun minuman. Tapi ingat, perubahan pola tidur pun memberi kesan pada rasa lelah dan sukar memberikan tumpuan. Di awal puasa, ini menjadi tentangan tersendiri kerana kita belum membiasakan diri dengan pola tidur baru. Setelah beberapa waktu, irama tubuh kita akan menyesuaikan.

Untuk sedikit menambah waktu tidur, ada baiknya memanfaatkan waktu di siang hari untuk tidur siang. Bagi yang aktif bekerja manfaatnya akan langsung terasa. Dengan istirahat sejenak di waktu biasanya makan siang, satu kepuasan tidur akan tercapai, dan kita akan bangun dengan rasa segar dan bugar. Setelah tidur sejenak, kemampuan konsentrasi, ketelitian dan kreativiti akan kembali meningkat, sehingga produktiviti pun kembali tinggi. Dan tahukah anda, bahawa tidur yang cukup akan menurunkan nafsu makan? Untuk itu, tidur siang sejenak akan lebih memudahkan ibadah puasa.

Bagi yang tak terbiasa tidur, kelihatannya ini akan sulit. Tetapi dengan adanya beban hutang tidur, dorongan mengantuk untuk tidur pada jam istirahat siang tidak akan dapat dihindari. Setelah berehat, anda dapat berbaring seketika. Jika memungkinkan ada baiknya anda siapkan alas untuk sekadar berbaring di belakang meja kerja. Penutup mata dan alunan muzik yang lembut akan membantu tidur lebih puas.

Kesihatan tidur demi keselamatan memandu amatlah penting. Justeru ini yang terpenting. Di awal puasa tahun lalu saya sempat melihat terjadi 3 kecelakaan sepanjang perjalanan ke pejabat. Patut berhati-hati, bahawa kemampuan memandu amat dipengaruhi oleh tidur yang sihat. Dengan perubahan jadual tidur yang tiba-tiba, kemampuan konsentrasi dan refleks memandu jelas menurun secara mendadak. Belum lagi efek mengantuk yang membebani mata. Yakinkan diri anda tidak mengantuk sebelum berangkat ke pejabat di pagi hari. Jika mengantuk, terutama di minggu pertama bulan puasa, sebaiknya gunakan saja pengangkutan awam.

Saat memandu dan anda mula menguap serta mengusap-usap mata yang terasa lebih berair, ini tanda mengantuk mula menyerang. Apalagi jika setelah beberapa waktu, seolah-olah anda terbangun dari lamunan dan terlupa akan perjalanan 10-15 minit yang telah lalu. Ketahuilah, bahawa sebahagian otak telah tertidur! Jangan ambil risiko, letaklah kenderaan dan tidurlah sejenak. Jika menunggang motosikal, hentikan tunggangan dan bergerak-geraklah sebentar. Gerakan-gerakan senam ringan dapat memberikan kesegaran sejenak. Juga ketika anda merasa terlalu mengantuk untuk memandu pulang, tidurlah sejenak di pejabat. Ini jauh lebih baik berbanding harus memaksakan diri pulang.

Bagi penderita insomnia, ibadah puasa memberikan tentangan tersendiri. Tetapi jika kita lebih positif, dengan bertambahnya hutang tidur justeru akan memudahkan tidur. Pendengkur yang menderita ‘sleep apnea’ sebaiknya lebih berhati-hati. Mengantuk berlebihan jelas membuat lebih berbahaya saat memandu. Penderita ‘sleep apnea’ yg belum dirawat, sebaiknya memberi jarak waktu makan dan tidur sekurangnya 2 jam. Sumbatan nafas semasa tidur dapat memancing muntah. Atau jika terpaksa, tidurlah dalam posisi setengah duduk.

Manfaatkan setiap waktu yang terluang untuk membayar hutang tidur. Bahkan di waktu senggang saat menanti waktu berbuka. Jika sempat, beristirahatlah sejenak. Tidur bukanlah tanda kemalasan, tapi langkah cerdas untuk meningkatkan kesihatan dan produktiviti. Akhir kata, selamat melaksanakan ibadah puasa.

http://health.kompas.com/read/2011/08/01/08430492/Sukses.Berpuasa.dengan.Tidur.Sehat

10 Makanan Ini Bikin Tidur Lebih Nyenyak


Anda mengalami masalah kesukaran tidur pada malam hari? Apakah semua cara yang dilakukan, seperti membaca buku atau mandi sebelum tidur, tidak cukup membantu? Mungkin saja ada yang salah dengan makanan anda. Menurut para ahli, mengambil makanan yang tepat beberapa saat sebelum beristirahat dapat membantu anda lebih cepat mengantuk dan bahkan memperbaiki kualiti tidur anda.

Cubalah memilih jenis makan dan minuman di bawah ini untuk membuat anda tidur lebih baik. Namun, harus diingat, hindari mengambil makanan dua jam sebelum ke tempat tidur agar sistem pencernaan anda mempunyai waktu yang cukup untuk memproses makanan dengan sempurna.

1. Kacang Badam

"Almond adalah pemenang," kata Jacob Teitelbaum, Pengarah Perubatan Fibromyalgia and Fatigue dan penulis From Fatigued to Fantastic. Badam mengandung magnesium yang membantu Anda tertidur dan relaksasi otot. Selain itu, badam memiliki manfaat tambahan, iaitu menyediakan protein yang membantu menjaga kadar gula darah yang stabil selama anda tertidur. Kacang ini juga membuat anda mengantuk dengan cara mematikan siklus adrenalin yang mengingatkan anda untuk beristirahat.

2. Teh hijau

Menghindari kafein pada malam hari adalah salah satu kunci agar mudah tertidur. Namun, banyak minuman tanpa kafein yang membantu anda cepat tertidur, kata Dr Teitelbaum. Meminum teh chamomile dan teh hijau merupakan pilihan yang baik untuk masalah ini. Teh hijau mengandung theanine yang dapat membantu Anda mudah tidur.

3. Sup miso

Miso mengandung asam amino yang dapat meningkatkan produksi melatonin, hormon alami yang dapat membantu Anda mengantuk. Penelitian menunjukkan bahawa cairan panas, seperti sup dan teh, meringankan gejala selesema, membantu anda mudah tertidur.

4. Pisang

Memakan sebuah pisang sebelum tidur dapat membantu anda, kata Saundra Dalton Smith, internis yang juga penulis Set Free to Live Free: Breaking Through the 7 Lies Women Tell Themselves. Pisang merupakan sumber yang sangat baik dari magnesium dan potasium yang dapat membantu otot-otot anda berehat. Pisang juga mengandung triptofan yang diubah menjadi serotonin dan melatonin yang berguna menenangkan hormon otak. Meminum jus pisang yang dicampurkan dengan secawan susu sebelum tidur dapat membuat anda mengantuk.

5. Susu

Yogurt, susu,dan keju mengandung triptofan dan memiliki khasiat yang membuat anda tertidur. "Kesan dari kalsium ialah mengurangi stres dan stabilisasi saraf otak, kata Smith. Ini bererti mengambil yogurt kegemaran anda sebelum tidur tidak hanya dapat membantu anda tidur, tetapi juga membantu anda berhenti mengkhuatirkan hal-hal aneh.

6. Serat Oat

Serat Oat biasanya anda santap untuk sarapan, tetapi mencuba semangkuk bubur gandum hangat membantu anda mendapatkan lebih banyak istirahat, kata Stephan Dorlandt, ahli klinik gizi di California Selatan. "Oat adalah magnesium hangat, lembut, menenangkan, mudah untuk dipersiapkan, murah, dan berkhasiat. Oatmeal ini kaya kalsium, fosfor, dan silikon yang dikenal untuk mendukung tidur. Tetapi, jangan memilih oat dengan pemanis (gula). Mengambil gula terlalu banyak sebelum tidur menimbulkan kesan yang tidak bagus. Sebaiknya gunakan jus buah-buahan, seperti pisang.

7. Snek berprotein tinggi

Jika anda susah tidur pada malam hari, hal itu boleh jadi kerana anda tidak mengambil makanan berprotein tinggi sebelum tidur. Atau, mungkin menu yang anda pilih adalah makanan mengandung gula tinggi dan karbohidrat sederhana, seperti kek dan gula-gula. "Karbohidrat sederhana bisa membuat gula darah melonjak dan menurun secara drastik saat anda tidur sehingga anda bisa terjaga pada pukul 2 atau 3 dinihari," kata Dr Teitelbaum. Cubalah memilih makanan kaya protein, seperti telur rebus, keju, atau kacang-kacangan, sehingga tidur anda lebih lelap.

8. Kedelai

Kedelai mengandung fitoestrogen yang sangat membantu, khususnya bagi kaum wanita yang sudah dalam masa menopaus, mengendalikan keluhan rasa tidak nyaman pada malam hari dan membantu anda tertidur. Camilan ringan, seperti edamame dengan kadar garam rendah, dapat menjadi pilihan.

9. Buah ceri

Ternyata segelas jus ceri merupakan salah satu cara yang efektif untuk tertidur lebih cepat, kata pasukan penyelidikan dari University of Pennsylvania dan University of Rochester. Dalam penelitian mereka menemukan bahawa ceri, khususnya jenis ceri tart, secara semula jadi meningkatkan melatonin pada tubuh, yang membantu penghidap insomnia.

10. Makanan Bijian

Kita tak perlu merasa bersalah karena semangkuk kecil sereal sebelum tidur, terutama makanan bijian rendah gula, biji-bijian. Sereal merupakan camilan sihat dan dapat membantu untuk tertidur. "Makanan kaya dengan karbohidrat kompleks menyediakan triptofan dalam aliran darah yang meningkatkan kesan merangsang tidur," kata Smith. Membuat mangkuk sereal dengan taburan ceri kering untuk tambahan membantu anda lebih cepat tertidur.

Tukikan: http://health.kompas.com/read/2011/08/02/09471173/10.Makanan.Ini.Bikin.Tidur.Lebih.Nyenyak

Diedit ke Bahasa Melayu

/mfa

Tidur Siang Cukup 5 Minit


Siapa yang sering merasa mengantuk sesudah makan siang atau menjelang pukul 3 petang? Jangan-jangan, sebahagian besar dari kita akan mengangkat tangan. Mengantuk di siang hari, menurut Hiromi Shinya, adalah perkara yang wajar. Penyebabnya adalah enzim kita banyak digunakan saat bangun dan beraktiviti.

Jika tubuh sudah memberi isyarat demikian dengarkanlah. Jangan abaikan kerana alasan apa pun. Jangan juga khawatir pekerjaan tertunda. Sebab, untuk memulihkan tenaga kita cuma perlu waktu 5 minit.

Untuk kita terapkan, carilah tempat di mana kita tidak akan diganggu. Setelah itu, tarik nafas dalam-dalam dan rehatkan seluruh otot tubuh. Kalau memang mengantuk, tidur saja.

Shinya menyebut tidur siang sejenak ini sebagai ‘power nap’. Sebab, hanya dalam waktu 5 minit atau paling banyak 30 minit, kita pasti akan terbangun dengan kekuatan penuh. Istirahat singkat, menurut penulis buku Miracle of Enzyme itu, mengizinkan tubuh melakukan homestatis atau pemulihan diri. Walhasil, kerja kita di sesi selanjutnya akan berlangsung dengan efektif.

Tukikan:

http://health.kompas.com/read/2010/12/06/16112917/Tidur.Siang.Cukup.5.Menit

Tidur Kurang dari Lima Jam Bahayakan Jantung


Jika kuantiti tidur kurang dari lima jam sehari, termasuk tidur siang, akan memperbesar risiko menderita angina, penyakit jantung koroner, serangan jantung, dan stroke (angin ahmar).

Penelitian ini dilakukan Karin Zeitvogel di Fakulti Kedoktoran West Virginia University dan dituliskan di jurnal ”Sleep”—terbitan American Academy of Sleep Medicine (AASM) dan the Sleep Research Society—edisi Minggu (1/8) di Washington, AS.

Karin menyebutkan, kelompok usia berisiko terbesar adalah di bawah 60 tahun yang tidur lima jam atau kurang dalam semalam. Mereka berisiko diserang dengan penyakit kardiovaskuler tiga kali ganda lebih berbanding orang yang tidur tujuh jam.

David Dinges, Ketua Unit Tidur dan Khronobiologi di Fakulti Kedoktoran Universitas Pennsylvania menemukan, 142 orang dewasa yang tidur amat terbatas selama lima hari, lebih lambat bereaksi dan sukar untuk fokus.

”Satu atau dua jam tambahan tidur di pagi hari setelah kerugian tidur kronik bermanfaat untuk pemulihan tahap kepekaan kendiri,” ujar Dinges.

Pihak AASM mencadangkan: orang dewasa tidur sekitar tujuh sampai lapan jam setiap malam agar tak terkena risiko penyakit jantung.

Tukikan:

http://health.kompas.com/read/2010/08/02/07520115/Tidur.Kurang.dari.Lima.Jam.Bahayakan.Jantung