Ahad, 8 Mei 2011

Badi Singapura Tekal Terjangkit Malaysia


Menjelang subuh jam 2:42 pagi pada 8 Mei 2011, keseluruhan kiraan undi di semua kerusi dalam Negara Kota Singapura telah usai dilakukan. Dengan parti pemerintah (Parti Tindakan Rakyat – PETIR/PAP) mendahului 81 kerusi selain 6 kerusi dimenangi Parti Pekerja (WP). Buat julung kalinya dalam sejarah pilihan raya Singapura, pihak pembangkang berjaya menguasai Undi Kelompok/Kumpulan (GRC) Aljunied selain mengekalkan satu kerusi persendirian di Hougang.

Jauh dari itu, kesemua kerusi, undi-undi popular parti pemerintah melorot jauh dari penakatan Singapura semenjak 1959. Parti-parti pembangkang telah berjaya mendekati lompang-lompang populariti tersebut dengan isu-isu semasa yang memeritkan parti pemerintah. Ada hujah dan isu yang tidak boleh dijawab sebaiknya oleh sang pemerintah dan akhirnya, jelang detik pengundian pada Rabu, 4 Mei 2011 – Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong terpaksa melutut memohon maaf kepada warga Singapura di atas beberapa kegagalan dan kecuaian yang dilakukan oleh sang pemerintah PAP itu.

Moral dan juga seluruh komitmen PAP terus melorot jatuh dan terus menjunam ke bawah dek permohonan maaf tersebut jelang waktu undi yang mendekat. Permohonan maaf ini dipergunakan dengan sehemat mungkin oleh pihak pembangkang untuk terus membenam PAP ke dasar bumi Temasek tersebut. Malah, sokongan kepada parti pembangkang terus menakat sehinggakan pihak pembangkang mempersoalkan adakah wajar sang pemerintah yang dibayar gaji yang tinggi dek bakat dan kelakonan yang baik boleh membuat silap kepada kepemerintahan dan rakyatnya. Mengambil jalan mudah dengan memohon maaf, Wajarkah permohonan maaf tersebut? Ujarnya.

Watan Singapura amat kurang senang dengan pemerintah Singapura sejak akhir-akhir ini terutama di kalangan remaja terkait pokok-pokok kesejahteraan awam yang semakin tidak betah dirasai di negara ekonomi mapan tersebut. Antaranya ialah kebanjiran pendatang asing ke republik itu yang semakin menjadi-jadi, keselamatan dalam negara yang longgar sehingga pengganas paling berbahaya Mas Selamat boleh bolos menyelinap ke sempadan Johor Bahru, kelakonan ekonomi yang menggalakkan tetapi tingkat sara diri awam yang terus melonjak tinggi yang menjadi isu bagi golongan muda selain harga flat-flat perumahan awam (HDB) yang semakin meningkat tinggi tanpa kawalan.

Lungsuri dari masalah tersebut, PAP kecundang di tangan pembangkang walau mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak 2 per tiga iaitu 81 dari 6 kerusi parlimen. Menteri Luar (Menlu) mereka yang amat terkenal diplomasinya juga tewas di kerusi AlJunied, satu kejutan yang hebat dek tangan pembangkang yang semakin menakat meraih undi awam.

Isu-isu yang tidak diselesaikan dengan baik ini, bisa mengorbankan satu pemerintahan yang telah bertahan lama jika ia tidak dipandang berat. Bolehkah ia terjadi dalam kondisi Malaysia yang menghitung detik menanti Pilihan raya Umum ke 13?

Malaysia dari Penakatan Singapura

Mantan Perdana Menteri Mahathir melahirkan kegesaan agar isu-isu setempat terutama hal terkait UMNO (parti utama komponen pemerintah Malaysia – Barisan Nasional (BN)) dan juga isu semasa hendaklah dibereskan terlebih dahulu oleh sang pemerintah sebelum molek melaksanakan dapatan undi meraih sokongan watan untuk membentuk kabinet pemerintah yang baru. Ini berikutan desas desus Dato’ Seri Najib mencadangkan dalam teka-teki untuk melaksanakan proses tersebut pada atau jelang November tahun ini yang dilihatnya angka-angka yang cantik untuk berbuat satu penakatan yang dikira ‘matang’.

Jika dilihat dalam konteks Malaysia, banyak isu yang masih gagal dijawab sejak pilihan raya umum yang ke-12 lalu yang mengorbankan beberapa negeri dan kerusi parlimen ke tangan pembangkang. Tersungkurnya Selangor di tangan pembangkang yang membentuk kerajaan bersama Pulau Pinang, Perak dan Kedah selain mengekalkan Kelantan merupakan satu tamparan yang maha kuat menggegarkan deria rasa parti pemerintah. Sehingga kini, hal tersebut enteng dipertaruhkan sang Menteri dan ahli politik UMNO untuk mengusainya.

Hal Pendatang Asing

Sejak mengepalai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Wakil Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengutarakan beberapa langkah dan jadual membendung bagi menangani kepadatan pendatang asing secara haram dan tidak terdaftar di Malaysia, sama ada di Sabah mahupun di ibu kota negara - Kuala Lumpur. Pelbagai inisiatif telah diutarakan bahkan canang-canang telah bergegak-gempita di makalah dan akhbar arus perdana sebelum ini. Tetapi penguatkuasaannya masih tidak betah dilaksanakan. Kenapa dan bila ia akan bermula? Sehingga BN tewas di pintu kuasanya???

Hal Kelakonan Ekonomi

Perdana Menteri acap kali mengumumkan bahawa potensi dan kemakmuran projek transformasi negara yang mengumumkan jumlah pelaburan yang boleh membutakan mata jika dilihat dengan mata kasar serta mencairkan halwa telinga bila mendengar. Jumlah pelaburan yang bernilai beberapa billion setiap satu kononnya untuk meraih pendapatan negara yang tinggi juga hanya sekadar meniup kuping telinga yang panas, tanpa memberikan apa-apa kesan kepada watan. Hari ini, anak-anak muda terus menganggur yang menggalakkan mereka terlibat menjadi keldai dadah, melakukan kejengkelan awam seperti merempit dan melakukan persundalan seperti berpesta tanpa moral dek kehimpitan dari ekonomi yang tidak betah ditanganinya sendirian.

Kenaikan kos kehidupan serta upah khidmat buruh tidak diraih sebaik mungkin oleh watan yang bekerja menyebabkan ada di kalangan warga yang terdesak menyertai skim cepat kaya, jualan pelbagai tingkat (MLM) dan ada yang tanpa cuak menjual/memproses dadah sebagai menampung beban sosial dek kehidupan yang semakin mencuram. Adakah peluang pekerjaan dengan gaji setimpal dapat disediakan kepada golongan muda di Malaysia sehingga artikel ini ditulis?

Penakatan paling penting ialah kegagalan jabatan awam melaksanakan dan menstrukturkan pentadbiran awam yang lemah dan amat tertinggal. Saman yang dikeluarkan boleh ditangguhkan pembayaran, melaksanakan undang-undang adalah berpilih dengan runding kira diambil perhatian besar selain menggalakkan rakyat terus terbeban.

Rasuah di sektor awam tidak terbendung dengan polis-polis masih lagi menagih wang-wang pendatang asing tanpa izin di sana sini selain menggugat keselamatan awam. Sang Imigresen yang menjadi benteng pintu masuk negara juga menjadi syaitan yang mengizinkan negara ini diserang pendatang asing tanpa segan-silu. Sekelumit rasa bersalah juga tidak wujud bagi mereka yang membuka pintu negara kepada musuh negara. Adakah petualang ini boleh dimaafkan dengan hati yang terbuka tanpa vonis yang maha keras?

Sekiranya, kerajaan betah dan dengar kata watannya, dengan segeralah kerajaan menghantar pendatang izin ini balik ke negara masing-masing. Selain itu polis di kawasan tertentu gagal menangkap pendatang asing tetapi memungut hasil rasuah demi kelakonan ekonomi yang teruk dengan menggadaikan keselamatan negara adakah ia salah masyarakat? Perasuah seperti polis, imigresesn mahupun kastam yang terduga dengan kesalahan tersebut hendaklah diasingkan dan jika terkait, hendaklah di vonis dengan seberat-berat hukum agar menjadi peringatan dan pengajaran. Buang sahaja petualang ini dalam perkhidmatan awam kerana ramai lagi penganggur yang tekal menggantikannya.

Perumahan Awam

Sehingga kini program rumah pertamaku masih terngiang-ngiang dicorong radio dan televisyen selain terpampang diakhbar tanpa kerja keras yang mendesak. Kerajaan bermain tarik tali tanpa tegas dengan pemaju-pemaju perumahan kerana tanggung membuat keputusan. Bank-bank akan terus menjadi ‘lintah darat’ dan ceti berlesen besar. Selepas ini, rakyat tega dihalau dari rumah dan diisytiharkan muflis kerana boleh berhutang rumah sehingga sampai 100 peratus. Adakah 100 peratus pinjaman itu tidak berbunga? Berapa pulakah harga sebiji rumah di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur?

Adakah pemerintah prihatin dengan rumah-rumah yang dibangunkan dan diberikan pinjaman oleh pihak bank dan akhirnya ‘bungkus’? Adakah pembeli mendapat pembelaan yang wajar? Ada watan yang menjadi pengemis demi kerana mahu memiliki sebuah rumah idaman.

Perlukah pilihan raya Jelang Kini?

Apakah kerajaan tidak prihatin dengan semua ini? Ini belum termasuk lagi dengan persoalan pokok isu-isu keselamatan negara, pentadbiran dan politik serta isu-isu terkait dengan agama, perkauman dan sebagainya. Kehematan kerajaan dalam melaksanakan kesanggupan politik amat lemah selemah sang yang memerintah.

Benarlah kata Mantan Perdana Menteri Mahathir, bahawa Malaysia masih tidak perlu mengadakan pungutan suara awam dalam membentuk pemerintah sekiranya hal-hal dibangkit pilihan raya umum ke12 masih tidak jelas dan tidak tertangani dengan sebaik-baiknya. Kerajaan hanya dilihat beretorik dengan kata-kata dan janji-janji tanpa satu usaha dan kesanggupan politik yang tinggi mengatasi keinginannya membentuk pemerintah yang cekap, efisien dan berintegriti.

Kerajaan/Pemerintah Masih Lemah!!!!

Khamis, 5 Mei 2011

Tingkat OPR Agar Inflasi Terkendali Melorot


Kuala Lumpur, 5 Mei 2011 — Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) setingkat 25 mata pokok menjadi tiga (3) peratus dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) dari dua (2) kepada tiga (3) peratus dalam kadar segera kuat kuasa 16 Mei 2011.

Oleh itu, penganalisis memandang perkiraan tingkat inflasi Malaysia akan tetap terkendali hingga akhir tahun. Jelas BNM, ekonomi jagat sedang mendaki pemulihan berterusan pada sukuan pertama 2011 tetapi pertumbuhan amat tidak setara di rantau.

Oleh itu, seharusnya inflasi tidak lebih dari tiga (3) peratus sampai akhir tahun manakala pertumbuhan di negara-negara ekonomi maju sewaktu ini kekal menyerdehana.

Bahkan, ia menilai tingkat inflasi boleh tetap di bawah tiga (3) peratus jika melihat keadaan ekonomi beberapa bulan ini. Inflasi tidak akan sebesar negara-negara maju jika membandingkan situasi Malaysia dengan negara-negara maju.

Menurut BNM, tingkat inflasi di sejumlah negara maju cukup tinggi kerana pencetakan wang demi menutupi defisit anggaran mereka. Kemudian, nilai mata wang mereka pun turun. Inflasi seharusnya naik dengan cepat di negara-negara tersebut. Dengan turunnya nilai mata wang, harga barang import akan naik.

''Kadar Dasar Semalaman (OPR) merupakan satu-satunya penunjuk pendirian dasar kewangan yang diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas setiap mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari,'' ujar BNM.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Jupiter Securities, Nazzary Rosli berkata, kenaikan OPR dan SRR itu merupakan 'senjata' yang digunakan BNM untuk mengekang inflasi.

Katanya, meskipun terduga OPR akan dikekalkan tetapi tekanan kuat kenaikan inflasi menyebabkan BNM bertindak untuk mengimbangi situasi itu.

''Tekanan kenaikan kadar faedah memang ada sebab itulah BNM membuat keputusan itu,'' kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Untuk itu, ia khuatir negara-negara Eropah dan Jepun. Deflasi yang dialami Jepun selama 20 tahun, lanjut dia, dapat terganggu oleh peristiwa gempa dan tsunami beberapa waktu lalu. "Ini dalam jangka menengah boleh meningkatkan inflasi secara cepat," ujar Nazzary mewajarkan situasi kewangan Jepun.

Seperti telah diberitakan, Malaysia, Nazzary menuturkan, memang ada kecenderungan naik. Namun, sekalipun naik tetapi masih tetap terkendalikan. "Naik, ya. Kalau misalnya bahan bakar naik, bahan makanan naik, ya siapa pun pasti akan merasakan dampaknya," ungkapnya.

Untuk itu, ia memperkirakan, jika Bank Negara membiarkan ringgit meningkat secara perlahan-lahan tapi pasti, seharusnya inflasi masih dalam skala yang wajar.

Sementara itu, Ketua Ekonomi RAM Holding Bhd. Dr. Yeah Kim Leng yakin BNM bertindak menaikkan OPR dan SRR setelah mendapat isyarat bahawa tekanan inflasi negara berada dalam keadaan yang kurang memuaskan.

Menurut beliau, tekanan inflasi hanya dapat dibendung dengan menaikkan OPR.

Malah, katanya, kenaikan SRR juga dipengaruhi oleh pengukuhan pinjaman bank sebesar 30 peratus yang disumbangkan oleh segmen gadai janji dan sewa beli.

Kebebasan Media Yang Tidak Mutlak


(sambungan dari ...Kebebasan Media Sedunia)

Dalam pasca kemodenan Malaysia sebagai negara paling membangun dewasa ini, satu penakatan yang amat menyerlah bolehlah digambarkan ke atas kapasiti Malaysia memajukan watannya.

Dari sebuah negara yang bersumberkan agro dan pertanian, Malaysia sebagai negara kuasa perindustrian kini telah semakin melangkaui jajaran keupayaan sebuah negara yang baru merdeka beberapa dekad lepas.

Kepesatan itu menyebabkan rakyatnya semakin cerdik maklumat, penakatan pembacaan watan yang terus menjulang serta kesesuaian awamnya memacu demokrasi ke tahap terbaik sejak dari zaman kepemerintahan Tun Dr. Mahathir (1981 – 2003). Pantulan dan juga lantunan dari jajaran tersebut ditambah dengan kesanggupan beliau berkompromi membawa sistem teknologi maklumat ke Malaysia terus menjulang nama kebebasan.

Sejak beliau menjemput teknologi maklumat ke pintu hati dan minda rakyat Malaysia, watan terus menakat dan semakin melongsor deras memacu kejayaan termasuk memperbaiki sistem demokrasi moden dan pasca milenium. Zaman Tun Mahathir dilihat sebagai pembuka pintu kebebasan media dan pengetahuan maklumat yang meluas selain kadar pembangunan terus mencapai aspirasi puncak. Tak lekang juga dengan kritikan dan cemuhan politik yang dilemparkan kepada tokoh pemodenan Malaysia itu. Namun, kritikan tidak betah menanam hajat beliau untuk membangunkan warga bangsanya yang progresif dan makmur.

Dewasa kini.....

Sejak pilihan raya umum ke 12, setelah Barisan Nasional (BN), parti tunjang dalam kepemerintahan negara tumbang di negeri-negeri paling maju dan membangun dan kehilangan majoriti selesa 2 per 3, kebebasan terus mempersoalkan kredibilitinya. Parti politik terus semakin galak melanggar rongga-rongga kosong dengan cerita dan juga acara mengundang kontroversi yang tidak menjanjikan apa-apa kepada warga melainkan sang yang gilakan kuasa.

Sedang rakyat terbanyak terus terbeban dengan pembangunan moden, kehendak ekonomi makro dan jagat tak menetu, warga Malaysia terus disajikan dengan cerita-cerita politik yang lapuk – sama ada dari genap segi pembangkang mahupun pemerintah.

Hari ini rakyat yang memihak pemerintah memaki hamun sistem media pembangkang yang kolot dan tidak telus serta tidak menjulang aspirasi sebenar diberikan perhatian. Pun begitu, keprihatinan pihak yang menentang pemerintah turut dimuat turunkan kepada pendapat awam terbanyak menentang sistem pemerintah yang dilihat usai dan tidak lena melungsuri pembangunannya.

Pihak pembangkang di Malaysia tidaklah betah dan menakat mencipta satu analogi pembangunan minda dan intelek watan dengan cara yang rasional serta menelungsuri kehendak watan dan jagat. Hari ini, pihak pembangkang menggunakan media mereka sama ada elektronik serta cetakan untuk mengkritik dan menghentam pihak sang pemerintah dengan alasan yang menundukkan emosi yang waras lagi tersangka.

Kedugaan ini terus memacu minda watan yang terus keliru tidak menurut kehendak aspirasi yang melosngsor tetapi disekat dengan satu pemikiran membangkang tanpa ulas dan waras akal. Pernah seketika sang pembangkang berhasrat mahu menjual pembangunan moden lagi hebat aspirasi dari Tun Dr Mahathir kepada jutawan Saudi, tetapi kini terpaksa menyeka idea itu dari terus berlangsung. Rasionalnya bahawa sang pembangkang kepingin mahu meneroka ruang kuasa dan sistem kepemerintahan moden, dinamik dan progresif ala pembangkang.

Sang yang membangkang menjadikan institusi yang dibangunkan oleh si pemerintah sebagai satu beban, salah guna kuasa dan tadbir urus yang lembap menjerihkan lagi emosi rakyat yang sedia terbeban dek kelakonan ekonomi yang tidak memihak. Dek yang demikian cerita, sang pemerintah sering menjadi pokok bicara ketidakadilan, rasuah dan pembangunan yang tidak meliputi. Hal-hal sebeginilah yang menjadikan Indonesia sebagai satu contoh yang harus diteladani – tidak boleh memajukan jati diri.

Pihak-pihak pemerintah pula sering menjadikan tolakan dan penentangan idea mereka sebagai punca kemerosotan sokongan awam kepada yang memerintah dan melaksanakan polisi awam di sini. Bahkan sang pemerintah juga menjelaskan dengan nekad hak dan kebertanggungjawaban mereka kepada satu dua generasi mendatang akan hal-hal pembangunan dan ekonomi menerusi transformasi. Dek kerana satu idea yang saling bertentang maka ia tidak betah memadam api di kelompok dua kumpulan elitis politik ini. Yang terus membungkam adalah watan Malaysia itu sendiri yang saban waktu terus buntu dengan peperangan media dan maklumat yang disajikan seharian.

Emosi awam dijeratkan dengan satu cerita dan penolakan yang saling terus bertenang tanpa satu vonis yang mutlak. Sang pemerintah menuduh kepada sang yang membangkang dan di pihak yang menentang pula menggunakan kewarasan emosi untuk menikam sang yang memerintah dengan caranya. Rakyat awam terus keliru.

Inikah yang dinamakan media moden dan bersatu jitu lagi bebas?

Media, masing-masingnya tidaklah bebas dan selancap mulut-mulut yang menyebutkan kebebasan media melainkan satu entiti yang ditelungsiri jemarinya dengan sang yang terkait dengan peri kepentingan masing-masing. Media adalah alat yang tekal merosakkan rakyat serta menimbulkan satu keraguan yang maha mutlak. Yang mati beragan adalah watan Malaysia awamnya dan bukan sang elitis politik dan petualang negara yang terus subur lagi makmur menjual idea politiknya. Lebih membingung, rakyat pula menyokong yang masing-masingnya terus menjadi kaya dan berkuasa tanpa henti.

Di Pulau Pinang, sebuah negeri yang diketuai pihak yang menentang sang pemerintah utama melaungkan kebebasan akhbar serta menuduh akhbar wadah perjuangan warga Melayu/Islam – Utusan Malaysia sebagai rasis yang wajar ditolak dengan emosi. Sedang pada selang masa yang sama menjamin satu kebebasan mutlak pada media condong pembangkang. Adakah ini satu justifikasi maklumat yang bebas di akses oleh warga? Makanya, menjadi bodoh kepada rakyat yang semakin keliru.

Perhubungan awam menyebabkan media tak betah bertahan diam sebaliknya terus bercakaran. Para pejuang maklumat serta yang mendukung demokrasi terus menakat dalam mencari seberapa populis seseorang pemimpin itu dan akhirnya dapat menduduki kerusi kepemerintahan yang tertinggi negara. Rakyat akhirnya yang disajikan dengan kebebasan sebenarnya akan turut terikat dengan keterbatasan yang amat luas jurangnya. Maka di sini, media tidak pernah puas membohongi serta melacurkan nilai-nilai berita mereka melainkan demi untuk orang yang mereka dokongi walau terpaksa menipu dan membohong rakyat. Yang terus menerus menggigit jari jemari yang bekam ialah warga.

Maka, mencari maklumat amat penting tapi tidaklah lebih penting dari menyaring ilmu maklumat itu dengan nilai-nilai murni serta nilai keagamaan masing-masing. Bagi yang menganut agama Islam telah jelas di sebut Tuhan bahawa yang lebih tajam itu ialah mata pena berbanding mata pedang. Fitnah itulah yang akan menguasai dunia dan memusnahkan umat manusia di hujungnya di kandung kiamat.

Justeru itu, kepada yang beragama dan bernilai murni etika haruslah taat kepada maksud bahawa keterbatasan media itu tergantung kepada yang mendukung dan para pendukungnya. Yang menjadi kuli dan terus tertipu ialah kita melainkan kita mencari maklumat yang tertapis dengan ilmu dan pegangan agama yang kuat. Kokokan kita akibat betah percaya pada maklumat yang aneh bakal mengundang keputusan hukuman yang membunuh diri kita sendiri. Sesungguhnya media itu tidak bebas, sebebas pemikiran kita.......

Rabu, 4 Mei 2011

Hari Kebebasan Media Sedunia 2011


3 Mei 2011 adalah Hari Kebebasan Media Sedunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju menjadikan Mei ketiga dalam kalendar sebagai menghargai jasa Gutenberg dalam menyebar-luaskan maklumat sejak revolusi maklumat 1439 selepas pencetak mudah diperkenalkan di dunia moden.

Media massa adalah rangkaian media yang menyalurkan maklumat sama ada melalui media cetak, media gerak layar (televisyen), media suara (radio), media pelbagai (internet) dan sebagainya bagi sasaran awam yang ramai khalayaknya.

Justeru, media memainkan peranan untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada umum dan mengembangkan sesuatu perkara untuk diperhatikan oleh masyarakat awam dan sivil. Mendapat maklumat bukan sesuatu yang seratus peratus perlu dibenarkan dalam benak fikir kita tetapi sesatu perkara yang disampaikan yang perlu ditimbang kira oleh kita sebagai penerimanya.

Bolehkah berita atau maklumat disebarkan dengan jujur? Jujur dan penuh dedikasikah sang pemberita yang mencari dan menyebarkan berita menerusi medianya kepada masyarakat awam?

Amerika negara yang memperkenalkan 1,001 teori kebebasan (liberty) dan ilmu sekular dunia meletakkan Pindaan Pertama (First Amendment) sebagai garis panduan pemberitaan dan maklumat yang bebas tanpa sempadan. Masing-masing bagi setiap nyawa berhak mendapatkan berita dan bebas berbuat apa sahaja demi maklumat. Maklumat bagi negara sekular adalah amat penting tanpa mengira bagaimana dan siapa yang memberi maklumat tersebut. Kejanggalannya adalah kebebasan yang keterlaluan boleh meruntuhkan sesebuah institusi kenegaraan dan akhlak serta jati diri warganya.

Sebaliknya dalam sejarah ketamadunan Islam setiap nyawa penganutnya berhak (wajib) membaca (iqra’) untuk mendapatkan maklumat serta harus menapis maklumatnya dengan akidah dan tauhid maha tinggi serta akhlak terpuji dalam penyampaian berita dan media. Sehinggakan terdapat satu falsafah mengatakan setajam-tajam mata pedang, lebih tajam lagi mata pena’ bagi menunjukkan kekuasaan yang penulis maklumat dan jurang bagi sang pembacanya pula. Segala kejahatan dan tipu daya maklumat boleh memusnahkan umat dan agama Islam itu sendiri.

Pemberitaan yang baik adalah yang memberi maklum akan sesuatu berita dengan nilai dan etika sebaik dan semulia mungkin. Kebenaran kadangkala pahit tetapi ia baik untuk meneruskan penyampaian berita yang telus dan adil.
Lantaran, kini dunia disogokkan dengan kejayaan teori McLuhan bahawa dunia tanpa sempadan dalam perkongsian maklumat sejak terciptanya laman sesawang. Dunia menjadi sekecil kampung global di mana setiap inci muka bumi bisa disambungkan dan dijaringkan antara satu dengan yang lain. Dek kejayaan ciptaan tersebut, dunia moden era pasca milenium dipaksakan dengan jaringan media sosial yang lebih komprehensif seperti Facebook, Twitter, MySpace dan bermacam-macam-macam lagi media pelbagai dibangunkan bagi tujuan tersebut.

Dunia Maklumat Tanpa Sempadan

Dek perluasan kuasa maklumat tadi, beberapa individu telah menjadi jutawan dan konglomerat yang sangat untung seperti Encik Trump di Amerika. Kejayaannya menjadi sumber berita utama dunia sebenarnya boleh mengancam dunia. Berita tanpa sempadannya atau berita sedunia (world press) adalah satu penakatan media yang sangat kejam yang boleh menakluki minda dan juga meruntun keprihatinan sang pembaca.

Kini dalam skop Malaysia sejak kemunculan internet pada 1998, jumlah pelanggan terdaftar Facebook dan Twitter melangkaui lebih 10 juta warganya, ia merupakan satu kecanggihan dunia komunikasi dan maklumat jagat.

Warganegara Malaysia mengikuti berita dengan dekat sama ada menerusi laman sesawang (blog), media layar-reka internet (You-Tube), media sosialnya (Facebook dan Twitter), menerusi pesanan ringkas telefon (SMS), pesanan elektronik (email) mahapun secara konvensional iaitu surat khabar, berita televisyen dan lain-lain media.

Kesejagatan maklumat ditambah dengan celik huruf serta celik teknologi maklumat warganya hasil pasakkan pemerintahnya Tun Dr Mahathir melahirkan satu warganegara yang sangat aktif menggunakan pelbagai sumber untuk menerima maklumat.

Sayangnya, warganegara Malaysia ini sangat rapuh dalam menapisi setiap agenda serta provokasi asing terhadap kandungan maklumat yang diterimanya. Kegagalan watan untuk menapis maklumat kandungan menyebabkan mereka keliru, janggal serta tidak dapat membezakan nilai bermaklumat (informative), nilai pemberitaan (newsworthiness), nilai pesona (esthetics) dan lain-lain nilai kandungan sehingga kepada agenda yang menjahanamkan minda dan kritis analitis.

Rentetan dari itu, setiap maklumat yang berjaya dipesongkan menerusi permainan media bakal menyebabkan rakyat Malaysia percaya dan tanpa segan silu menyokong idea itu yang pada akhirnya merosakkan diri mereka sendiri. Media bukanlah seratus peratusnya bersih dan mutlak. Sebebas-bebas Amerika yang menguatkuasakan undang-undang kebebasannya tidaklah lebih bebas kepada sang pemiliknya. Begitu juga di Malaysia.

Media bukanlah bebas melainkan mengikut si pemberi dana kewangannya. Jika akhbar arus perdana di Malaysia dikatakan milik pemerintah negara seperti Utusan Malaysia milik UMNO, Berita Harian milik Barisan Nasional, The Star milik MCA dan lain-lainnya, media beraliran setentang juga sebegitu rupa. Harakah adalah milik penuh Parti PAS, Suara Keadilan milik PKR dan Rocket milik sang DAP. Masing-masing sudah barang tentu mengikut kehendak yang memberi dana dan tidaklah bebas sebebas-bebasnya.

Suara politik di Malaysia berkumandang dengan sangat kuat gemanya setelah pilihan raya umum ke-12 lepas. Ngauman suara-suara parti pemerintah dan parti pembangkang sama kuat dan sama besar dalam pelbagai isu dan perkara. Setiap jentera akhbar/maklumat memainkan perang maklumat yang sangat berkesan dan kuat sekali. Parti-parti menggerakkan pakar perhubungan awam masing-masing dalam usaha menembusi benteng pertahanan masyarakat awam untuk memihak kepada khemah mereka selain menyerang khemah musuh dengan hebatnya.

Akhirnya, di manakah jawapan kepada setiap pihak? Mereka bahkan keliru dan terus janggal dengan bom-bom maklumat yang diperangkan kepada masyarakat awam. Rakyat hari ini terus dimomokkan dengan pelbagai isu dan perkara yang mengelirukan mereka sehingga asas-asas perkara pokok juga mereka jadi keliru. Betapa hebatnya kuasa perang maklumat di Malaysia hari ini?
Kem Pembangkang menuduh pihak Pemerintah memfitnah tokoh mereka dengan keaiban serta mahu mengaut hasil mahsul negara tanpa segan-silu. Manakala di kem Pemerintah mereka mempertahankan hak dan keadilan sosial serta meminta rakyat membuat pertimbangan wajar tentang parti dan tokoh pembangkang yang dilihat tidak mempunyai kelakonan yang baik sebagai sang Pemerintah negara.

Tolak-menolak dan asak-mengasak mencemaskan warga. Akhirnya, siapalah yang menang dalam permainan media ini? Adakah media bebas seperti yang diharapkan? Adakah kita berhak mendapat maklumat yang tepat? Bolehkan setaip maklumat harus kita percayainya tanpa was-ragu?

Bersambung.......

Selasa, 26 April 2011

Rejim Singapura Kekal Di Tampuk Kuasa


Rejim Pemerintah Singapura Kekal di Tampuk Kuasa

Singapura telah mengumumkan tarikh pilihan raya umumnya diadakan pada 7 Mei 2011 jelang beberapa hari selepas sambutan Hari Buruh, Mei pertama tahun 2011.

Singapura yang turut dikenali sebagai Temasek mula melakari sejarah negara bangsa yang penuh bergaya dan berjaya sejak merdeka dari gabungan persekutuan Malaysia 1965. Dan semenjak dari saat itu, Singapura tidak lekang untuk membangunkan watannya agar kelakonan dan kendiri masyarakatnya terus mandiri dan berdaya saing di peringkat tempatan mahupun jagat.

Dek kelakonan yang amat membanggakan pemerintahnya, Singapura yang mengamalkan sistem Republik Berparlimen ala Westminster akan melangsungkan kesinambungan pemerintahan demokrasi terpandu pada Mei ini.

Untuk rekod, sejak merdeka sehingga kini, parti pemerintah utama iaitu Parti Tindakan Rakyat (PAP) terus menunjangi pemerintahan dan menguasai majoriti mutlak parlimen sejak 1959. Pulau yang dipisahkan dengan Tambak di Johor itu meliputi watan yang pelbagai kaum ditunjangi kaum Cina, India, Melayu serta minoriti Asia dan Eropah akan menunaikan tanggungjawab kebangsaannya pada tarikh yang dijanjikan.

Sehingga kini watan Singapura mencakupi seramai 2.91 juta penduduk dan baki penduduk dari 5 juta orang adalah warga asing yang mendapat sijil penduduk sementara dan pekerja asing turut sama menumpang kejayaan dan kemegahan negara pulau tersebut.

Hegemoni Parti Tindakan Rakyat masih kebal dan betah mengusai politik Singapura dan kali ini turut dijangka menang dengan majoriti serta membentuk sistem pemerintahannya yang mutlak sepenuhnya. Singapura merupakan rejim hibrid dalam pemerintahan, ekonomi serta kepatuhan kepada undang-undang yang amat tinggi serta paling terkawal di serata pelosok dunia.

Walau bagaimanapun, kali ini PAP didapati melalui laluan sukar dalam pilihan rayanya walaupun dijangka menang mudah. Ini kerana diramal ramai profesional dan cendekiawan pembangkang akan turut sama menyertai pilihan raya kali ini dan menyaingi penguasaan PAP di parlimen. Parti-parti pembangkang seperti Parti Buruh, Parti Sosial Demokratik dan sebagainya tidak akan membiarkan PAP terus menang tanpa tentangan yang hebat dari kubu mereka kali ini.

Isu-isu kebanjiran warga asing, kelakonan ekonomi yang dikatakan baik, isu pemerintahan setempat, isu keselamatan dan paling menyengat ialah isu perumahan awam rakyatnya turut menjadi modal penting dalam pilihan raya kali ini.

Kelakonan PAP walaupun dikatakan paling cekap dan betah mentadbir dengan baik sebenarnya menyimpan onak dan duri dalam pengurusan awamnya. Ini termasuk menyajikan watannya dengan kelangsungan ekonomi terus yang amat berdaya saing serta melibatkan kompetitif awamnya sebagai satu perniagaan mutlak. Sedangkan dalam sistem berkerajaan dan pemerintahan awam, pemerintah selaku pentadbir harus menjaga dan menyanjung kebajikan awam - tetapi ia tidak pernah terlibat di sana.

Awam Singapura harus terus berdaya saing walau apa juga rintangan yang berlaku. Ini termasuklah harus menerima dengan reda kenaikan harga barangan sedunia, perumahan awam yang dipajak sewenang-wenangnya dek perkembangan harga hartanah semasa, isu penjenayah militan yang lepas-bebas dari jagaan keselamatan serta isu-isu menyaman pihak pembangkang untuk menutup mulut mematikan demokrasi awam pada pemilihan awam ini.

Kawalan media serta maklumat di Singapura amat ketat sehinggalah kepada perbualan umum yang amat kritis untuk membidas parti keluarga PAP ini. Mantan Perdana Menteri merangkap Menteri Mentor Singapura Goh Chok Tong meramalkan bahawa PAP akan melalui laluan sedikit sukar dalam pilihan raya kali ini dek beberapa isu serta penakatan calon pembangkang yang membanggakan.

Walaupun tersangka menguasai parlimennya tetapi penglibatan pembangkang akan meningkat sekitar 20 dengan 40 peratus jumlah undi kali ini. PAP dijangkakan akan ditentang di beberapa kawasan kubu kuatnya serta diramal calon menang tanpa bertanding akan berkurang dek penglibatan aktif pembangkang pada pilihan raya kali ini.

Walaupun disekat dari bercakap akan isu-isu sensitif, kawalan media dan pungutan wang derma yang terhad, pembangkang bakal mengejutkan dengan momentum perubahan warga Singapura yang dilihat semakin membelakangi polisi awam PAP di negara tersebut.

Warga muda dan berpendidikan luar negara akan terus mendapatkan isu-isu perbincangan awam di laman sosial dan maya untuk menghasilkan satu ledakan baru dalam sistem demokrasi Singapura. Dan tidak mustahil tsunami politik yang melanda Malaysia akan turut menguasai Singapura. Walaupun tidak sehebat Tunisia dan Mesir dalam menukar rejim, PAP pasti merasai satu perubahan minda dan pemikiran watannya yang semakin kritis dengan isu-isu semasa yang terus membungkam.

Digertak dengan kelakonan dan kebolehan PAP untuk membangunkan negara, kesejagatan awamnya yang terdiri dari pelbagai etnik serta ketokohan calon PAP yang dilantik berpandukan meritokrasi tidak lagi menjadi gula-gula untuk dimomokkan rakyatnya kali ini. Selain turut mempertikaikan meritokrasi, kebanjiran pendatang asing yang punyai bakat dari luar menutup pintu watannya di negara sendiri serta menggalakkan watannya berhijrah untuk membina kehidupan yang lebih aman di luar negara turut harus mendapat perhatian dari PAP.

Rasuah adalah satu tindakan yang amat keras vonis di sisi awam dan polisi pemerintahan turut amat berat perihal tersebut. Tetapi secara tidak jujur, PAP sebenarnya menjadikannya helah dalam pilihan raya kali ini. Menjerat awamnya dengan kenaikan kos sara diri yang semakin membebankan, pemerintah telah menawarkan satu rasuah awam iaitu dengan mengembalikan cukai-cukai barangan (GST) kepada awam sebagai satu ‘perkongsian’ awam. Hasil mahsul dari cukai-cukai ini diagihkan kepada watannya sebagai satu bonus walaupun dapat dilihat dengan mata kasar sebagai umpan politik.

Sistem kekeluargaan mentadbir negara dari En. Lee Kuan Yew kini kepada anak lelakinya En. Lee Hsein Long turut mempertikaikan satu dapatan awam yang berbeza. Sedang meritokrasi dicanangkan dengan meluasnya serta mengelak amalan kronisme, bekas Perdana Menteri Lee dengan rela hati melangsungkan anaknya sendiri mengusai pemerintahan awam dan partinya kali ini. Dengan berbekalkan modal gaji yang maha mahal di negara jagat lain sebagai Perdana Menteri, ketelusan Singapura dalam hal ini dipencilkan kepada umum dan disogokkan dengan ketaksuban awam kepada kejayaan Singapura di mata dunia.

Walaupun sebahagian besar watan Singapura akan meneruskan legasi PAP tetapi bukan semuanya akan terus memangkah PAP kali ini. Berpaling dari PAP menyediakan satu habuan yang maha berat hukumannya kepada sesuatu kawasan peti undi harus turut harus diambil kira. Kegagalan meneruskan kemenangan PAP menjanjikan satu hukuman yang tidak pernah terlupa dek warganya yang memangkah calon lain selain dari PAP.

Maka warga Singapura harus bersedia mental dan fizikal untuk meneruskan kesinambungan idea penolakan PAP dan meneruskan angin perubahan seperti yang dikehendakinya. Tiada sesiapa yang dapat menyelam lubuk hati setiap warga Singapura yang hebat di luar tetapi berat di dalam. Bukan semua warganya sehebat penghuni Bukit Timah dan bukan semua warganya mendapat nikmat meritokrasi yang dicanang-canangkan tersebut.

Maka, hanya warga Singapura sendirinya akan terus mandiri memilih sistem pemerintahan awamnya kali ini sama ada untuk melangsungkan kesinambungan kroni PAP ataupun melalui perubahan yang tak deras tetapi sekadar memperbanyakkan perbincangan ‘semak dan adil’ di meja bundar untuk rundingan Parlimen agar suara-suara PAP tidak lagi majoriti untuk terus membenamkan kehendak dan kebajikan rakyatnya bersama air laut di Selat Tebrau dan Laut China Selatan.

Kepada warga Singapura seluruhnya, selamat mengundi!

/mfa

Rabu, 20 April 2011

Keadilan Yang Berbeza Maksud


Polisi sebuah parti politik tertentu di Malaysia ialah "Perpaduan dan Hak Asasi Manusia yang sama rata". Doktrin ini membawa maksud plural iaitu semua adalah sama, setiap naluri harus disamakan dan semua berhak ke atas kesamaan dalam semua bidang; antaranya politik, ekonomi, sosial, pendidikan, teknologi serta lain-lain.

Jika dilihat dari segi ideologi, ia sama seperti Singapura yang menyatukan semua elemen di atas di bawah satu pentadbiran dan satu matlamat; ekonomi. Doktrin ini kelihatan serupa dengan fahaman Sosialis di mana semua berhak ke atas semuanya, tiada golongan elitis, pekerja dan golongan miskin melainkan semua sumber kekayaan dihasilkan dan diagihkan sama rata kepada semua warga. Tetapi sistem sosial ini menjengkelkan apabila harta/ekonomi harus dikongsi dengan orang lain. Sudah tentu orang yang kaya tidak suka akan perkara tersebut. Mereka berpenat lelah, tetapi harta mereka diagihkan dengan orang lain. itu naluri dan bukannya ideologi (termasuk di Korea Utara, elit politik membolot semua hasil mahsul negara mereka sedangkan keringat rakyat di perah kononnya untuk semua watan) .

Maka, unsur Kristianisasi dimasukkan agar matlamat Sosialis ini tidak dipandang sempit sebaliknya lebih kepada jagat. Kritianisasi tersebut ialah unsur keadilan. Keadilan dalam dunia Islam ialah dua makna yang berbeza. Sebagai contoh, penjenayah melakukan kesalahan tanpa mengira kaum, jawatan, pangkat, agama dan kekayaan adalah berhak dihukum. Manakala dalam sistem keadilan kedua ialah Pemerintah berhak dalam pertimbangannya mengagihkan sumber kekayaan zakat kepada golongan fakir dan miskin – fakir diutamakan terlebih dahulu berbanding miskin, keluarga terdekat terlebih dahulu (rakyat di kawasan zakat) berbanding rakyat di luar kawasan, kelihatan double standard tetapi Adil – yang dahulu di dahulukan, dan yang kemudian dikemudiankan (di baca Islam – Tertib).

Tetapi dalam Kristian dan sosialis ‘Adil’ ialah semua adalah sama (just), manakala dalam Islam Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya (fair), iaitu pekerja dengan haknya, elit dengan peranan dan tanggungjawabnya serta golongan miskin dan fakir pada kedudukannya. Adil umpama minyak dengan air, sama jernih tetapi ada lapisan nipis yang membezakan mereka. Adil pertama meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan adil kedua semua adalah sama kecuali ketakwaan kepada Allah SWT yang berbeza.

Menjadikan semua entiti adalah satu, ia kelihatan amat sosialis seperti pentadbiran Singapura dan China selain Korea Utara. Maka satu parti politik telah menjadikan tema ini sebagai teras iaitu "Keadilan". Ini kerana keadilan kelihatan lebih diterima termasuk oleh orang Melayu/Islam dan kaum-kaum lain.

Inilah masalahnya bila orang Melayu/Islam lupa bahawa keadilan adalah dua justifikasi berbeza. Dan Kristian akan bertukar bentuk dan rupa dalam banyak keadaan untuk menarik seramai boleh umat manusia mempercayai agama dan menganuti fahaman Kristian. Elemen tersebut tadi dengan mudahnya menjejaskan akidah tauhid Muslim walaupun dengan elemen keadilan (just) yang kita harus mempunyai kefahaman dan mendukungnya (tetapi satu lagi elemen keadilan telah dilenyapkan bila kita tidak dapat mendefinisikan keadilan dengan baik).

Maka, keadilan telah disalah tafsirkan dengan semua berhak ke atas semua termasuk rakyat berhak ke atas kerajaan/pemerintah. Kononnya wang awam adalah dari rakyat dan untuk rakyat. Begitu juga dengan cara pemerintahan – kebajikan untuk semua. Sedangkan adalah jelas asnaf-asnaf yang wajib dipatuhi. Ini termasuk bahawa pengutip hasil juga berhak mendapat bahagiannya dalam ekonomi iaitu pemerintah berhak menggunakan sumber awam untuk tujuan yang dimaklumkan kepada awam menerusi belanjawan dan Rancangan Malaysia. Pembelotan serta rasuah dalam wang awam adalah akauntabiliti pemimpin bersama Allah SWT bukannya kita berhak menjatuhkan hukum ke atas mereka.

Oleh itu menurut Islam, pemerintah adalah golongan pentadbir yang membantu rakyat/masyarakat dengan mengkoordinasi semua sumber dan memakmurkan rakyat jelata dengan koordinasi kewangan yang terbaik untuk ummah. Wang awam dibelanjakan dengan berhemah untuk tujuan kebaikan dunia dan akhirat. Pemerintah berhak melakukan apa sahaja demi kesinambungan kebajikan kepada rakyatnya. Jika individu tidak merasainya, maka orang lain berhak merasainya mengikut ketentuan Adil tadi. Maka darjat mereka (pemerintah) lebih tinggi berbanding golongan yang menerima habuan (rakyat) kerana “...... orang yang memberi lebih baik dari orang yang menerima......”. Begitu juga ilmu, orang yang Alim/Berilmu diberikan satu darjat lebih tinggi dari yang biasa (yang kurang ilmunya) kerana mereka mempunyai sumber ilmu yang memakmurkan ummah (“....ilmu yang dimanfaatkan untuk ketakwaan kepada Allah SWT...”).

Maka, parti politik tertentu dengan jelasnya telah berjaya menukarkan konsep adil dengan maksud Hak Asasi Manusia/semua untuk semua dengan makna Islam iaitu Adil dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Maka wujudlah anak-anak muda (Melayu/Islam) yang cetek kefahamannya tentang keadilan yang inginkan semuanya dikongsi sama rata, sama rasa, manakala satu lagi konsep keadilan telah dilenyapkan iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Mereka lupa bahawa ada sesetengah perkara kita tidak berhak mencampuri atau mengambil tahu dan ada sebahagiannya kita berhak untuk mengambil tahu dan mencampurinya (hukum Fardu Kifayah). Maka, disebut hak asasi manusia, umat Melayu/Islam akan berkata :Aku juga mahu dan boleh (itu dan ini...”) sedangkan mereka lupa bahawa hak dan batas yang telah Allah SWT gariskan antara satu sama lain. Allah SWT menjadikan manusia dalam pelbagai bentuk, rupa, saiz serta warna kulit yang berbeza untuk saling kenal mengenali. Perbezaan ini termasuklah pemikiran, ilmu, kedudukan, pangkat dan jawatan yang berbeza untuk masing-masing lengkap-melengkapi serta untuk saling kenal mengenali antara satu dengan yang lain. Perbezaan ini melengkapkan kehidupan umat manusia sebagai khalifah untuk melakukan yang terbaik dalam keabdiannya kepada Allah, Rasul dan manusia... (di baca Hamblum minallah dan hamblum minal-nas)

Kristianisasi telah berjaya memainkan retorik politik untuk sesebuah parti politik di negara ini untuk mendapatkan kuasa pemerintahan dengan idea tersebut. Mereka telah berjaya menggunakan konsep perhubungan awam yang baik iaitu dengan “Propaganda” - ialah kaedah bagaimana ajaran Kristian boleh disebarkan kepada semua orang lain dengan slogan (di baca “Adil” dan “hak asasi manusia”).

Jika dilihat nota Prof. Datuk Hamdan Adnan: Propaganda ialah menyuntik (12 elemen perhubungan awam antaranya, slogan, label, bandwitch, word-wagon, dan lain-lain...) idea ke atas penyebaran Kristian kepada semua tanpa mengira geografi, ras dan biologi seseorang sejak tahun 1641 di Itali). Kaedah perhubungan awam ini digunakan dengan semaksimum yang boleh untuk menyesatkan umat Melayu/Islam di seluruh dunia dengan keabdiannya kepada gereja. Dan di Malaysia dewasa kini mereka telah berjaya.

Maka, program brain-wash ke atas umat Islam (terutama golongan muda) di Malaysia telah berjaya menakluki ideologi Kristinasi dan Sosialis dalam sistem psikografi politik di Malaysia. Parti tersebut telah berjaya dengan konsep perhubungan awamnya. Dan mudah-mudahan kita tidak terjejas dengan permainan perhubungan awam yang hebat ini.


Khamis, 14 April 2011

Pengundi Muda Membungkam Singapura

PARTI Tindakan Rakyat (PAP) dan parti pembangkang perlu berdepan bukan sahaja dengan isu-isu harian seperti kos sara hidup yang tinggi, malah pengundi yang lebih berpendidikan dalam pilihan raya kali ini.

Pengundi muda, yang lebih selesa dengan media sosial, membentuk kumpulan pengundi yang besar, dan undian mereka boleh mempengaruhi masa depan Singapura.

Pengamat politik yang juga mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Zulkifli Baharudin, meramalkan bahawa pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertandingan sengit.

'Ini kerana dalam pilihan raya kali ini kita akan melihat kemunculan pengundi muda yang sebahagian besarnya berpendidikan.

'Mereka ini terpasak pada Internet, baik blog, Facebook mahupun Twitter. Mereka tidak seperti generasi terdahulu yang hanya bergantung kepada akhbar-akhbar untuk mengetahui perkembangan terkini. Tidak seperti generasi muda yang terdahulu, generasi sekarang juga lebih aktif.

'Selain muda dan berpendidikan, mereka mahu sistem pemerintahan yang ideal - pemerintah dan pembangkang yang kuat - walaupun mereka membesar dengan hanya mengenali satu parti yang dominan,' ujar beliau.

Konsultan risiko politik, Encik Azhar Ghani, berkata pengundi baru itu akan membentuk sebahagian besar undi beralih atau undi berpindah (swing vote) dalam pilihan raya kali ini.

Dalam setiap pilihan raya, undi beralih bergantung pada bagaimana orang ramai memberikan respons terhadap isu-isu yang bersifat emotif.

'Dalam pilihan raya yang lalu, isu-isu emotif ini sering merupakan isu-isu yang melibatkan kehidupan harian seperti kos sara hidup yang tinggi.

'Namun kali ini undi beralih ini dapat dilihat daripada kumpulan pengundi muda (mereka yang dalam lingkungan usia 20-an dan awal 30-an tahun), terutama mereka yang tidak pernah mempunyai peluang mengundi.

'Mereka ini mungkin mempunyai pendapat yang kuat mengenai beberapa aspek politik di Singapura, atau mereka tidak mempedulikan langsung keputusan pilihan raya itu,' jelasnya.

Encik Azhar selanjutnya berkata melihat kepada keputusan pilihan raya yang lalu, undi popular tidak akan beralih atau berpindah lebih daripada 5 peratusan mata kepada pihak pembangkang (walaupun dalam pilihan raya umum 1991 apabila parti pembangkang menang empat kerusi dalam pilihan raya itu).

Sebanyak 13 daripada 15 kawasan undi perwakilan kumpulan (GRC) dan kesemua 12 kawasan undi perseorangan (SMC) dijangka menjadi medan pertarungan apabila parti-parti mengemukakan calon pada Hari Penamaan Calon kelak.

GRC yang mungkin menyaksikan pertandingan hangat ialah Aljunied, Moulmein-Kallang dan Tampines jika dilihat kepada pasukan terkuat yang bakal ditampilkan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya kali ini.

Mengenai kos sara hidup yang tinggi dan pembanjiran pekerja asing yang dijangka menjadi isu hangat dalam pilihan raya kali ini, Encik Zulkifli berkata:

'Negara-negara yang mempunyai dasar terbuka terhadap imigresen biasanya berakhir dengan kegagalan di kotak undi. Ini dapat dilihat di banyak negara.

'Ini kerana penduduk tidak dapat melihat kesan positifnya, yang sering dilihat ialah kesan negatifnya. Malangnya saya menjangkakan isu imigresen ini akan menjadi isu hangat dalam pilihan raya kali ini, sedangkan isu itu patut dibincangkan secara terbuka selepas pilihan raya.

'Malah, saya mahu melihat lebih banyak isu dibincangkan dengan lebih terbuka,' jelasnya lagi.

Oleh
Azahar Mohd

Berita Harian Singapura

Rabu, 13 April 2011

BN Hadapi Tentangan Sengit di Sarawak


BN HADAPI CABARAN SENGIT DARIPADA PAKATAN RAKYAT

KETUA MENTERI SARAWAK MASIH ENGGAN TETAPKAN TARIKH PERALIHAN KUASA DAN PELETAKAN JAWATAN

KUCHING: Dua hari lagi, pengundi Sarawak akan keluar mengundi tetapi suasana agak meragukan dan kurang senang menyelubungi kem Barisan Nasional (BN).

Menurut beberapa sumber, semuanya itu berpunca daripada sikap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang dikatakan masih enggan menetapkan jadual waktu bagi peralihan kuasa - khususnya peletakan jawatan beliau.

Namun, ada juga beberapa pihak yang berpendapat BN masih berpeluang menang, dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, dalam sesi-sesi menemui penduduk di beberapa daerah luar bandar kaum Melayu-Dayak dilihat sebagai satu 'faktor tarikan' kepada pengundi.

Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Tan Sri Abdul Taib menetapkan tarikh peletakan jawatannya, di samping keengganannya menerima hakikat bahawa BN kini berhadapan cabaran sengit daripada Pakatan Rakyat (PR), buat kali pertamanya dalam sejarah negeri itu, agak menyukarkan keadaan.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu.

PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progesif Sarawak (SPDP) adalah parti komponen BN.

Malah, beberapa pegawai BN juga dikatakan kecewa dengan pendirian Tan Sri Abdul Taib yang tidak mahu menerima hakikat bahawa beliau sebenarnya menjadi punca serangan negatif terhadap kepimpinan perikatan itu di Sarawak.

'Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri).

'Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN sebaliknya hanya kerana kepentingan diri,' kata satu sumber BN kepada laman berita The Malaysian Insider, sambil merujuk kepada jaminan Datuk Seri Najib Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku segera selepas pilihan raya negeri Sarawak ke-10 itu.

Berikutan itu, BN bertindak melakarkan semula strategi pilihan rayanya, dan cuba menumpukan usaha kempennya kepada kerusi-kerusi majoriti kaum Melayu-Dayak, yang selama ini menjadi benteng kukuh parti itu.

Namun, PR juga mencapai kemajuan dalam percubaannya menembusi kawasan luar bandar yang sukar diakses itu sejak beberapa hari lalu. Malah, para pemerhati politik berpendapat PR kini mampu memenangi '20 hingga 30 kerusi'.

Semalam, Datuk Seri Najib dipetik laman berita Malaysiakini sebagai berkata sasaran 'minimum' BN adalah membentuk sebuah kerajaan, manakala penguasaan 'dua pertiga majoriti adalah satu bonus'.

Mengulas, saintis politik daripada Universiti Pengurusan Singapura (SMU) yang kini berada di Sarawak, Dr Briget Welsh, berkata isu politik tempatan akan mempengaruhi keputusan pilihan raya Sarawak, Sabtu ini.

'Apabila berlaku perubahan di kawasan luar bandar, ia akan membabitkan perbezaan pandangan di kalangan anggota masyarakat itu (biasanya merupakan sungutan politik terhadap pilihan calon) dan kemarahan terhadap isu tanah setempat,' jelasnya.

Sekitar 45 daripada 71 kerusi dalam pilihan raya negeri Sarawak adalah dari luar bandar.

Sementara itu, sejumlah 18,363 pengundi pos berdaftar - kakitangan tentera, polis dan mereka di luar negara - mula mengundi semalam. -- Agensi.

Tukikan: Berita Harian Singapura ( 14 April 2011 – Online http://cyberita.asia1.com.sg/home)

Rabu, 16 Februari 2011

Samseng Diupah Menjaga Parking!


Memandu di sekitaran Wisma Consplant dan Empire Shopping Gallery, Subang Jaya kelihatan banyak kereta yang meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan antara kedua bangunan. Bertanya kepada beberapa pemilik kereta tersebut termasuk rakan saya, mengapa harus meletakkan kenderaan di situ sehingga bertarung dengan tindakan Polis dan MPSJ untuk di saman, mereka masih berani lagi di saman berbanding berhadapan dengan penjaga konsesi parking di bangunan tersebut. Aneh!

Baru-baru ini, saya berpeluang untuk mengunjungi pasar raya tersebut untuk membeli belah dan mengunjungi pusat kecerdasan Platinum di bangunan tersebut walaupun saya telah kerap ke sana tambahan pula keesokannya adalah cuti umum.

Walau bagaimanapun, itulah nasib malang saya bagi melihat sendiri tata kelakuan penjaga konsesi tempat letak kereta seperti yang telah dikhabarkan oleh rakan dan pemilik kereta tadi.

Dengan memasuki konsesi letak kereta tersebut, saya memberi jaminan peribadi bahawa akan selamat dari serangan penjenayah serta tindakan saman oleh polis dan penguat kuasa tempatan, rupanya lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga.

Saya telah meletakkan kenderaan dalam jam 9:30 malam tetapi pada mesin terimaan kad di daftarkan sebagai 9:22 malam. Saya telah membayar tiket konsesi tersebut berharga RM2.00 pada jam 10:00 malam tetapi pada resit tiket dicetak pada 9:46 malam. Terleka dengan waktu konsesi dan waktu sebenar, saya telah lewat keluar dari meletak kenderaan melepasi 15 minit masa yang disyaratkan walaupun peraturan tersebut tidak begitu jelas dinyatakan di tempat bayar mahupun di tiket.

Di pintu keluar, kenderaan saya tidak dapat diakses untuk keluar. Saya telah membunyikan hon bagi mencari dan memanggil pengawal bertugas untuk membantu saya kerana kereta telah beratur panjang di belakang. Dek kerana mempunyai petugas keselamatan warga asing, seorang demi seorang yang datang selang waktu tertentu masih tidak dapat membantu saya sehingga 3 orang pengawal terpaksa dipanggil dan membantu menyelesaikan masalah saya.

Akhirnya dengan tekanan hon dari kenderaan belakang, masa yang terus berjalan sehingga lepas jam 10:45 malam, akhirnya 3 orang petugas konsesi tempat letak kereta telah datang dengan lagak seorang adi wira.

Dengan gaya penyangak filem P.Ramlee, mereka datang dengan memaki hamun dengan kata-kata berbaur provokasi yang boleh menaikkan angin, perkauman serta menghina kaum lain dan anutannya, maruah saya tercabar dengan sikap sinisnya dan provokasi melampau. Dan susuk jaguh ini pun masih tidak mendapat penyelesaian untuk membantu saya walaupun telinga dan hati telah mendidih dibuatnya.

Salah seorang dari mereka bertindak dengan membuka pintu sebelah penumpang hadapan kereta saya untuk mengajak beradu wira, walaupun saya memberi amaran untuk berhenti setakat itu sebelum saya menghubungi polis.

Desakan saya itu dipatuhi walaupun dengan ketiga-tiganya terus memaki hamun, mengherdik dalam provokasi melampau dan masih tidak melepaskan saya. Akhirnya berang dengan perbuatan mereka, saya terpaksa menghubungi 999 untuk membantu saya. Polis tiba selepas 15 minit panggilan dibuat. Dan menurut perbincangan polis dan penjaga konsesi tindakan yang perlu saya lakukan ialah dengan membayar RM2.00 lagi konsesi tersebut di mesin. Saya menuruti perintah polis tersebut tanpa banyak kata dan tiada masalah sekiranya itulah penyelesaiannya dalam kes saya jika dinyatakan dari awal. Akhirnya dengan campur tangan polis, kereta saya melepasi pengadang pada jam 11:15 malam.

Tetapi menjadi trauma dan panas hati saya adalah perbuatan provokasi penjaga konsesi tersebut yang memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata provokasi melampau ke atas saya serta sanggup membuka pintu kereta saya untuk beradu kekuatan. Apakah memang dalam mengendalikan kes-kes berkaitan penjagaan tempat letak kereta, pengurusan Empire harus melantik seorang yang tangkas jagoan untuk beradu kekuatan sebagai terma utama? Apakah pihak pengurusan konsesi tempat letak kereta sengaja melatih pekerja mereka bersikap provokasi serta susuk jaguh untuk mengendalikan semua kes yang berlaku di konsesi mereka?

Selain itu, dengan melantik pengawal keselamatan warga Nepal dan Bangladesh yang sukar memahami bahasa juga membelenggu kami yang memerlukan jaminan keselamatan yang lebih baik serta jaringan pemantauan yang lebih terkawal.

Maka di sini dapatlah saya mendengar kata dan ilmu dari rakan-rakan saya bahawa meletakkan kenderaan di bahu-bahu jalan lebih aman kerana paling tidak cuma membayar saman berbanding meletakkan di konsesi letak kereta boleh menyebabkan hilang nyawa atau paling ringan kereta akan dicalarkan atau di pancitkan.

Saya menyeru pemilik kenderaan di Kuala Lumpur khasnya, berhati-hatilah dengan penjaga konsesi tempat letak kereta kerana jika silap hari bulan nyawa di hujung tanduk dek majikan yang mengupah jaguh-jaguh samseng untuk menjaga konsesi mereka. Semoga pihak polis dapat memantau hal ini dengan lebih dekat serta pemilik bangunan juga tahu akan pengurusan tersebut oleh ‘membunuh’ pemilik kereta pada akhirnya.

Pengguna sentiasa Benar

Empire Gallery, Subang

Rabu, 9 Februari 2011

Penerbit Kandungan atau Penonton Yang Bodoh?


Kutipan filem Ngangkung (genre seram) mengutip angka tertinggi dalam sejarah sinema di Malaysia. RM8.3 juta ringgit bukan satu angka yang kecil. Jika Dato’ Yusof Haslam boleh digelar Mr Six billion ringgit dari kejayaan filem cinta Sembilu II, David Teoh juga boleh digelar jutawan filem alaf baru pasca milenium.

Genre seram semakin memenuhi selera pemain filem di Malaysia dewasa kini. Lepas satu slot satu slot yang baru diwujudkan bagi melayari filem yang diterbitkan kononnya atas kehendak dan kemahuan penonton. Kenyataan yang paling pesimis dan klise bila dikatakan yang penonton yang mahukan filem sebegitu tahyul dan syirik tersebut. Jika dibuat undi, benarkah akan ada peminat filem seram yang majoriti?

Di universiti, pengajian media didedahkan dengan kajian populariti sesuatu perkara melalui Pendapat Umum (Public Opinion) yang amat mahir dikuasai oleh Prof. Hamdan Adnan, amat berbeza dengan kajian politik atau polling system dalam amalan demokrasi. Kaedah dan wahana yang sama tetapi pendekatan dan hasil yang berbeza. Maka klise kononnya peminat mahukan filem genre seram amatlah membodohkan khalayak yang lain.

Saban kali membaca akhbar mahupun blog-blog arus perdana, banyak yang merungut akan filem seram, tahyul, mengarut serta entah apa-apa kandungannya termasuk yang terbaru penggantungan drama bersiri terbitan pelakon Sheila Rusly lungsuri dari kejayaan filem klasik lakonan Datuk Seri Jins Shamsudin – Panca Delima. Lebih menggamatkan ruangan Siti Jarum setiap Ahad serta penulis-penulis seangkatannya, filem seram dan tahyul-mahyul semakin membelenggu ruangan slot televisyen kita sekarang. Dari TV3 sehingga ASTRO, tidak dapat tidak, pasti ada ruangan cerita hantu.

Orang Melayu memang suka hantu kah? Orang Melayu memang suka mistik kah? Soalan ini hanya boleh dijawab oleh peminat isi kandungan sahaja dan bukannya dsi tukang pembangun kandungan dan meletakkan kesalahan tersebut ke atas bahu penonton. Jika itu yang di sajikan, maka itulah yang ‘terpaksa’ di tonton. Kekosongan ruang ini menyebabkan penonton tidak punya banyak pilihan, cerita Indonesia yang lebih sarat keburukannya dengan filem tempatan yang karut-marut.

Acap kali itu juga penonton dipersalahkan kononnya kutipan filem tertinggi iaitu filem Jangan Pandang Belakang dan Ngangkung menyebabkan pembangun kandungan terus menerus berlumba-lumba membangunkan cerita seram, mistik dan tahyul ditambah perisa karut-marut dan sesat-syirik.

Budaya Escapism

Di Amerika, kejayaan Wall Disney Channel dan 20th Fox Century serta pelbagai lagi terbitan escapism pada zaman perang dunia melayakkan filem-filem fiksyen, tahyul serta luar imaginasi digunakan sebaik mungkin oleh pembangun kandungan bagi mengelakkan rasa tengang di kalangan rakyatnya. Terutama ketika perang dunia ke dua dan Perang Vietnam, budaya hipi memainkan peranan penting dalam pembangunan kandungan. Melalaikan penonton boleh mengurangkan tegangan dalam fikiran rakyat ketika itu. Maka wujudlah novel-novel yang aneh, fiksyen serta yang melampaui pemikiran akal logik manusia.

Amerika yang tidak berkiblatkan mana-mana panduan serta mengamalkan demokrasi penuh, menghalalkan pelbagai cara dalam dunia escapism ini termasuk membenarkan pengunaan morfin dan kokain dalam aktiviti masyarakatnya - desakan dari perang dan jumlah korban yang saban hari meningkat dan membelenggu generasinya.


Tetapi itu cerita escapism warga Amerika beberapa dekad lepas. Kini budaya escapism itu bolehlah dikaitkan dengan jalan yang sama di Malaysia cumanya Malaysia tidak terlibat dengan perang dan budaya hipi serta pegangan rakyatnya yang masih majoritinya berpandukan Islam sebagai cara hidup yang sebenar.

Tidak dapat tidak, kita dapat melihat budaya escapism ini telah memaksa warga Malaysia untuk melihat kandungan yang dangkal, tahyul bahkan karut marut serta tidak bermasa depan dalam pembangunannya. Bak kata orang “asalkan untung sahaja” semua mahu dilambakkan dan dipaksakan ke atas penonton. Satu lagi persoalan, adakah dalam erti mengisi ketegangan hidup yang semakin bermaterial tinggi ini, maka warga Malaysia layak dicampakkan dengan sampah-sarap begitu dan mereka pula dipersalahkan dengan pembangunan filem atau kandungan tersebut?

Para penerbit budiman, tidak salah mengisi kekosongan dan mencantaskan ketegangan fikiran umum dengan cerita yang di luar kemampuan biasa tetapi perlulah signifikan, berunsur fiksyen dan paling penting senantiasa menerapkan elemen-elemen tempatan yang lebih moderat dan Islamik selain futuristik dan sosial masyarakat yang berbudi bahasa berhemah.

Jika Iran boleh mengisi ruang escapism watannya dengan cerita yang boleh memenangi anugerah peringkat dunia kenapa Malaysia yang lebih moden kononnya tidak boleh? Bahkan membodohkan penontonnya pula. Sudahlah penonton dibodohkan dengan cerita seram yang tahyul dan karut, penonton pula dipersalahkan kononnya mereka yang mahukan kandungan sebegitu.

Ukuran terpenting bagi kandungan yang baik ialah dengan memenuhi elemen-elemen sosial yang baik, nyata serta menjalinkan fabrik sosial yang berkisarkan budaya hidup tempatan. Filem Ngangkung bukanlah lebih baik melainkan hanya filem lucu dan lawak yang menyelitkan hantu sebagai jalan cerita utama. Lebihnya tidak.

Kritikan filem Arahan Khalid Mamat – Hantu Kak Limah Balik Rumah pula begitu signifikan. Juga hantu yang dijadikan sebagai penyeri tetapi Khalid lebih kritis bila akhirnya, Kak Limah itu bukan hantu tetapi mangsa kepada warga ‘hantu’ yang membiarkannya sendirian tanpa perhatian.

Kritikan dan filem sebeginilah yang lebih baik nilainya berbanding meletakkan pelbagai cerita hantu dan koleksi hantu-hantu tahyul Malaysia dihimpunkan dalam filem dan kandungan. Apakah pelajar Malaysia perlu diingatkan bahawa budaya mereka mempunyai hantu saka, hantu raya, susuk dan segala macam hantu yang perlu dingat sebagai warisan?

Tepuk dada tanya selera. Inikah nilai penonton kita? Inikah minda pembangun kandungan filem kita? Atau pembangun filem kita ini lebih ‘bodoh’ dari penonton itu sendiri?

/mfa