
Melungsuri laman sesawang mantan Perdana Menteri Malaysia ke-empat yang dianggap negarawan terulung di Asia barat (bukan di Malaysia) amat menarik untuk diulas. Topik yang menjadi wacana kali ini ialah kelibat makhluk tuhan yang terlalu fanatik seolah-olah menganggap seseorang itu maksum dan mutlak suci peri tanduknya – membenarkan satu kritikan sosial dibuat ke atas pemikir-pemikir jumud lagi bodoh ini!
Suka saya mengulas seperti yang terpampang di lelaman web tersebut bahawa:-
Tidakkah seseorang yang beriman dan berakal/berfikiran dapat mengetahui bahawa menjadi tugas khalifah di bumi ini untuk membina satu kekuatan ummah dunia dan akhirat yang serentak? Perlukah jika Ulama menjaga agama, khalifah menjaga negara? Dimana slogan hidupku, matiku kerana Allah yg dibaca seawal rakaat pertama solat - bahawa semua perbuatan hidup kita adalah ibadah? Menegur orang ibadah, membaca ibadah, memimpin ibadah, bersolat ibadah, mencuci tandas ibadah, bekerja ibadah, membuang air besar/kecil juga ibadah - kerana hidupku dan matiku kerana Allah....
Mengapa perlu mengasingkan hidup (dunia) dan mati (akhirat)? Mana slogan membangun bersama Islam kononnya hidupku matiku Lillahitaala? Kenapa perlu hanya sekarang tukar pemikiran bahawa Umarak hanya mentadbir dan Ulama mengawal agam Islam? Fatwa mana, agama siapa? Bukan Rasullullah adalah contoh bahawa beliau Umarak dan beliau juga Ulama? Bukankah 4 Khalifah Ar-Rasyidin juga Ulama merangkap Umarak yang mentadbir negara Islam berpusat di Madinah?
Bila orang Islam mengeluarkan perkataan mulalah mencari yg mana silap, yang mana salah kerana Taksub dengan wali dunia yang tak lekang dengan hasutan sang Syaitan nir-Rojim. Sedang bila Barat berkata sesuatu tentang demokrasi mulalah melompat bak kera hilang anak terpekik-pekik melolong bak dirasuk polong untuk bersetuju dan mengikutnya! Adakah Rasul Allah – Muhammad itu mengajarkan sistem demokrasi ala Barat itu?
Inilah Umat Islam Malaysia hari ini yang senantiasa membantah dan hidup dalam keadaan membantah dan saling mencurigai antara satu dengan yang lain yang seagama, sebangsa? Kemajuan Islam apa yang di bawa? Ilmu barat tak sanggup mereka tinggal sehingga sanggup menangis air mata darah bila tak dapat biasiswa ke London, ke Amerika kononnya hak mereka sahaja yang dirompak kerajaan. Apakah jenis minda orang sebegini taksub dan ujub kepada kehidupan mereka semata-mata?
Bila ditegur mulalah mereka menyinga melesang tak tentu pasal kononnya mereka sahaja yang betul, mereka sahaja yang maksum dan mereka sahaja yang sebaik-baik kejadian sedangkan orang lain semuanya salah, palsu dan paling keji menuduh orang tidak beriman? Beriman sangatkah orang yang berkata begitu? Tinggi mana Imannya/ Boleh nampak, boleh tengokkah dengan mata kasar? Kalau tidak nampak iman dan ketaqwaan seseorang itu berhentilah dari berkata-kata. Jadilah orang Islam yang sejati, mukmin yang soleh yang patuh dan taat pada Agama Islam yang Salam Sejahtera?
Adakah dengan hudud yang tunggal boleh membezakan tahap fasik dan keislaman seseorang itu? Adakah dengan tidak menjadi Imam solat maka kita tidak boleh bertanya kepada Imam dan Ulama. Ulama bukan maksum, jadilah Ilm' iaitu yang berilmu yang beramal dengan ilmunya yang Alim. Bukan menjadi penurut semata-mata.
Tidak hilang Islam seseorang itu selagi ia mengaku bahawa Allah itu Esa, Muhammad itu rasul-Nya dan menunaikan lima kewajipan yang utama. Yang berhak membezakan iman seseorang itu ialah kerja Allah-hu-Akhbar yang Maha Besar untuk menentukannya.
Janganlah jadi taksub, ujub dengan takwil kepada seseorang yang masih boleh dipertikaikan peranannya. "Kami dengar dan kami patuh" bukanlah satu ayat (sami'na wa ata'na) yang menghalalkan kita mentaati seseorang secara membuta tuli membunuh diri, tetapi dengan ilmu yang kita boleh cari dan bertanya kepada yang lain. Bukankah dalam Islam itu Allah mengarahkan agar kita berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan kepada kesabaran?
Jangan jadi taksub yang membunuh sedang ilmu masih cetek kerana katanya Hafal Al-Qur'anul Kareem tapi tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan Kalam Tuhan itu...
Walallu'alam.
/mfa