Ahad, 29 Mac 2015

Melaka Maju Jaya..... (Onward Our Malacca....)




Kerajaan Negeri Melaka telah mengadakan satu pameran pelancongan di sebuah kompleks membeli belah di Bukit Bintang sebentar tadi (Mar 28). Saya telah berkesempatan melihat dan menilai kempen pelancongan negeri bersejarah yg kaya dgn warisan dan legenda ini. Sebagai negeri yg menjana ekonomi dgn sejarah (ekonomi perkhidmatan) yg unggul, pelbagai sumbang saran yg saya rasakan perlu untuk menambah baik kempen tersebut.

Dalam komunikasi, pameran secara terbuka dimasukkan ke dalam kaedah komunikasi bersemuka iaitu berhadapan dgn khalayak dan menyampaikan mesej dan cuba mendapatkan perhatian dan mesej disampaikan dgn baik dan dimanfaatkan oleh pendengar. Selain teknik menyampaikan mesej (dlm konteks ini 'sila dtg ke Melaka juga, kami tawarkan ini dan itu'), kaedah pembujukan, pemberitahuan dan mendidik selain teknik penyampaian hendaklah dgn lebih teratur dan menarik perhatian umum.

Pameran ini memaparkan ekopelancongan, pendidikan, lokasi bersejarah utk dilawati, makanan, demonstrasi karikatur dan mencuba makanan diadakan. Adakah itu sahaja yg dipaparkan? Banner dan bunting juga dgn kualiti sgt rendah sehingga bergulung serta tiada tanda-tanda itu lokasi pameran dan tempat tidak strategik juga bukanlah sumbang saran saya.
Melaka boleh dijual dgn lebih gaya lagi, imejnya, warisan, kampung, nilai dan budaya juga boleh dipasarkan dgn lebih baik lagi. Saya rasa sedikit terkilan dgn pameran itu yg saya kira amat kurang 'kick' atau 'umph'. Maaflah, sbg warga Melaka, saya melihat ia seolah-olah permainan atau pameran ke anak anakan dan tidak sebegitu profesional secara peribadi.
Melaka boleh dijual dgn Content atau di video kan dgn baik, bahan pameran yg melambangkan warisan dan nilai sebuah negeri bersejarah, bahan pameran yg berkualiti, daya centric dan kebudayaan yg dipamerkan yg 'kick' serta promo dan kaedah PR yg lebih menarik lagi. Pameran tadi selain menjual Melaka sbg pusat akademik dan pelancongan, seharusnya ada daya penarik lain yg membezakan ia pameran 'Selangkah ke Universiti' atau pameran menjual rumah.

Saya tidak pasti apakah ia tidak dirancang dgn baik, pemilihan lokasi percuma atau diadakan secara bidan terjun yg tergesa gesa. Cuma, terlalu byk yg boleh dibaiki spt penyambut tetamu memakai pakaian tradisi, panel pameran diadakan dgn artificial (replika) bangunan bersejarah yg ada, tv skrin besar yg memperlihatkan video promo Melaka, bahan promo dipasang di luar kompleks atau individu di luar utk menjemput tetamu melawat ruang pameran serta mengadakan permainan tradisi mahupun sesi band atau pemuzik tradisi.

Memang ia melibatkan sedikit kos tetapi bahan ini boleh digunakan dalam masa yg panjang. Penambahbaikan atau pengadaan semula perlu diadakan dgn minimum jika ia dibuat dgn tekad yg betul. Melaka tidak menjual produk fizikal, tetapi perkhidmatan pelancongan yg berbeza berbanding negeri lain. Tiket bas sehari dari KL atau Bkt Bintang ke Melaka termasuk pakej lawatan mudah boleh diadakan dgn kerjasama byk pihak. Selain itu, pelbagai agensi dan organisasi di Melaka boleh menawarkan pelbagai cenderamata ke gerai lawatan dgn cabutan bertuah atau insentif lainnya kpd pelawat. Mungkin ini hanya pandangan tak bermakna saya kpd negeri yg saya cintai ini.

Melaka seharusnya mempunyai ciri yg berbeza pada pandangan saya sgt unik dan ada beberapa elemen yg tiada di negeri lainnya. Pandangan ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja dan saya tahu ramai lagi pakar dan ahli yg bijaksana mempunyai buah fikir yg lebih rasional. Sbg rakyat kecil yg diberikan peluang oleh boss utk memberi idea kpd acara rasmi negara dan program antarabangsa yg melihat dgn dekat projek promo dan publisiti, maka saya mengulas nya. Mohon maaf kpd Kerajaan dan warga negeri Melaka kerana komen 2 posen saya.


Melaka Maju tanpa fasa kerana Melaka Maju Jaya........

Sistem Dual-Parti (Kerajaan dan Pembangkang)



"...PR melaungkan tindakan anti (menentang) kepada cukai baharu yg diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).  Tetapi, apakah pilihan lain pihak pembangkang menggantikan cukai itu dengan cara yang lebih baik? Apakah dasar atau polisi kewangan mereka jika GST itu perlu dimansuhkan?...."



Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dengan Raja Berperlembagaan.  Dalam sistem ini, Ahli Parlimen Malaysia dipilih oleh rakyat dengan cara memilih secara langsung anggota tersebut.  Sama ada calon untuk Ahli Parlimen itu dari parti mahupun individu yang ingin bertanding dan mewakili kawasan itu di Dewan Rakyat.  Manakala Dewan Negara atau setara Dewan Senat dipilih oleh Yang Di Pertuan Agong mengikut jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di wilayah, pertubuhan, wakil persatuan masyarakat, agama dan lain-lain kelayakan professional yang boleh menasihati dasar awam Negara selepas Dewan Rakyat.



Puncak bagi kededua dewan ini ialah Yang Di Pertuan Agong yang mewakili cabang Perundangan (legislative) dalam sistem demokrasi.  Pemilihan wakil rakyat ini mensasarkan keupayaan seseorang (sama ada mewakili parti atau individu) yang mampu memberi khidmat kepada ahli kawasan yang diwakilinya mahupun melaksanakan dan mengetengahkan gagasan penduduk kawasan tersebut terhadap isu dan dasar Negara.  Misalnya, jika sesebuah kawasan baru ingin diteroka oleh pihak pemerintah (eksekutif), menjadi tanggung jawab ahli parlimen di kawasan itu mewakili penduduknya sama ada menerima pampasan yang setimpal ataupun enggan mengikut dasar yang dicadangkan serta memberikan maklum balas yang lebih setara kepada kededua pihak iaitu rakyat dan pemerintah akan hal yang ditolak atau diterima.  Dengan peranan kecil itu, seharusnya rakyat mendapat manfaat dari tugas ahli parlimen yang mewakili suara mereka di bawah. 

Di Malaysia, sistem dual parti atau hanya terdapat dua pihak sahaja yang bertanding dalam sesuatu pilihanraya hanya bermula pada tahun 1990 iaitu perintisan kepada sistem dua parti sejak merdeka.  Barisan Nasional (BN) mewakili parti pemerintah sedari Merdeka dan Angkatan Perpaduan Umah (APU) yang di dalamnya terdapat beberapa parti lain yang bergabung menentang parti Kerajaan ketika itu spt Semangat 46, PAS, DAP dan Parti Sosialis. 
 
BN adalah komponan parti-parti pelbagai kaum dan ideologi yang disatukan untuk menawarkan khidmat dan polisi dalam mana-mana pilihanraya.  Parti Islam Malaysia (PAS), Parti Sosialis mahupun Parti Tindakan Demokrasi (DAP) adalah antara parti-parti awal yang wujud bersama Perikatan (Asal kepada BN) yang sentiasa menentang BN/Perikatan dalam pilihanraya.  Tetapi pertandingan melawan BN ini hanyalah sebagai parti-parti kecil sahaja (ideologi yg sgt niche) dan tidak bergabung menjadi satu koalisi yang hebat seperti gagasan BN. 

Tidak salah jika pihak pembangkang ingin bergabung dan membentuk Barisan Alternatif (1999) mahupun Pakatan Rakyat (2008) yang meniru kaedah BN yang menggabungkan satu ideologi dalam satu simbol pilihanraya.  Cuma, dalam kededua keadaan ini, baik BA atau PR, masing-masing hanya meletakkan calon dan tidak bertanding di lokasi yang telah diwakili suara pembangkang bagi mengecilkan peluang kemenangan BN sahaja. Dari segi polisi, logo parti, kebersatuan dalam komponen dan ideologi nasional - mereka masih tercari cari falsafah yang jelas. 

DAP sejak ditubuhkan memegang konsep Malaysian Malaysia yang liberal dan sama rata, manakala PAS pula lebih kepada Islamik dalam matlamat memerintahnya.  Parti Keadilan (1999) atau Parti Keadilan Rakyat (2008) pula yang ditubuhkan atas serpihan ahli UMNO (sebuah komponen BN berteras Melayu/Islam) yang menyingkirkan seorang pemimpinnya dan berazam melawan parti itu (BN) dari luar.  Oleh itu, ideologi antara parti dalam pakatan tersebut dilihat tidak bersungguh-sungguh dan bersatu padu seperti mana ikatan dalam BN. 

Walaupun sistem dua parti yang cuba diwujudkan oleh pembangkang (dahulu parti-parti kecil akan bertanding secara sendirian melawan BN) dengan menandingi BN dilihat memberangsangkan pada tahun 1999, hanya pada tahun 2008 sahaja impaknya menjadi semakin baik apabila mereka berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN di dalam Dewan Rakyat.  Kejayaan awal ini hanyalah momentum rasa tidak puas hati rakyat kepada parti pemerintah ketika itu selain beberapa kesepakatan parti pembangkang yang dilihat meyakinkan pengundi untuk mewakili mereka.

BN mahupun Pakatan Rakyat (PR - tidak didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik sehingga kini) telah menunjukkan sistem dua parti sebenarnya boleh diwujudkan dan menjadi alternatif terbaik kepada rakyat selain wakil bebas.  PR juga harus memainkan peranan yang lebih progresif dalam menjadikan impian ini satu realiti sebagaimana di negara-negara maju lain didunia iaitu hanya mempunyai 2 parti utama sahaja dalam pilihanraya. 

PR yang berjaya mengurangi pencapaian BN untuk mengekalkan kemenangan 2/3 serta didakwa sebagai sebuah gabungan parti yang paling popular (2013) berbanding BN harus lebih bersungguh-sungguh jika mahu melawan BN tidak cuma sekadar retorik mahupun jalinan kerjasama antara parti dan NGO yang rapuh ataupun berharap belas rakyat semata-mata. 

Sehingga kini, PR tidak menunjukkan struktur organiasasi idaman mereka seperti Kabinet Bayangan yang boleh mengimbangi Kabinet Sebenar Kerajaan kini.  Pihak pembangkang juga tidak menyediakan polisi-polisi dan dasar-dasar awam yang akan mereka laksanakan jika diberikan peluang menjadi pemerintah.  Apakah mereka hanya akan menjabat jawatan Perdana Menteri dan Menteri-menteri barulah memikirkan langkah pembaikan yang mereka rasakan perlu?  Atau dikatakan 'membetulkan sistem dari dalam' bila hanya setelah berkuasa? 

Dalam kelompok masyarakat, jika kita menegur orang lain - ia boleh dikatakan sebagai angkuh dan cubaan tunjuk pandai.  Kedua, mereka akan digelar cuba memandai-mandai walaupun tegurannya ada asas tertentu.  Dan ketiga, jangan tegur jika nampak silapnya, ini akan memberikan kemenangan atau point kepada pihak tertentu menangguk di air keruh (mengambil kesempatan).  Apakah ketiga-tiga perkara ini menjadikan PR tidak mahu kelihatan bersungguh-sungguh menjadi parti alternatif?

Selain harus membentuk Kabinet Bayangan, PR juga harus mempunyai pakar-pakar strategik, pakar penggubal dasar dan isu serta penganalisa yang sesuai bagi menyediakan pelan alternatif kepada semua perkara yang dibangkitkan oleh Kerajaan untuk rakyat khasnya.  Sebagai contoh, PR melaungkan tindakan anti (menentang) kepada cukai baharu yg diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).  Tetapi, apakah pilihan lain pihak pembangkang menggantikan cukai itu dengan cara yang lebih baik? Apakah dasar atau polisi kewangan mereka jika GST itu perlu dimansuhkan?  Setakat ini, mereka masih membantahnya secara membuta tuli tanpa memberikan penyelesaian terbaik.  Jika ada pun gantian cukai yang dinyatakan sebelum ini (Cukai Progresif), ia telah dibantah oleh cendekiawan yang berpihak kepada Kerajaan sebagai pilihan yang tidak praktikal (dan tiada hujah timbal balas). 

Pembangkang di Malaysia tidak harus membangkang apa sahaja usaha-usaha Kerajaan lakukan untuk rakyat.  Jika mereka beranggapan mereka popular di kalangan rakyat, mereka harus lebih strategik dan menyusun langkah ke hadapan dengan perkasa sebagai pilihan kedua rakyat Malaysia.  Datangkan pakar strategik yang benar dan polisi yang bakal menggugat Kerajaan BN, bukan hanya berbohong, memfitnah, mencela dan menidakkan usaha Kerajaan yang kelihatan lebih bersungguh-sungguh membantu rakyat.  Mereka (PR) harus mengurangkan politiking dan melihat ke hadapan (sekitar 3 tahun ke hadapan), apakah impian rakyat yang ingin dipenuhi bagi menggantikan BN jika mahu berkuasa. 

Sehingga ke jam ini, parti-parti pembangkang yang menentang pelbagai usaha dan agenda Kerajaan BN dilihat terus berretorik atau "kata berdegar-degar" tanpa memberikan rakyat pilihan terbaik yang mereka tawarkan.  Jika mereka (PR) berkata BN akan tumbang pada PRU-14, apakah kerana rakyat memilih mereka kerana polisi yang sangat kukuh atau sebagai pengaut kuasa kerana kemarahan rakyat yang seketika?  Jika mereka mengambil kesempatan kerana emosi rakyat yang marah, sebenarnya mereka bukanlah alternatif yang terbaik buat rakyat Malaysia.  Mereka (PR) tidak ubah seperti 'itik yang membereskan lumut-lumut selepas hujan'. 

Pembangkang yang baik ialah menggunakan rasional dan merangka polisi yang strategik untuk memenangi hati dan minda rakyat, bukannya emosi.  Emosi boleh berubah dalam beberapa ketika tetapi perancangan yang kukuh boleh dipertahankan sehingga bergenerasi.  Jadi, rakyat Malaysia harus menunggu beberapa dekad lagi untuk mendapatkan sistem dual-parti dalam pilihanraya bagi menepati aspirasi mereka dalam bernegara yang demokratik. 


Pembangkang yang ada kini masih ditahap mentah dan hanya pandai berteriak tanpa hala tuju.  Saya menantikan pembangkang yang matang dan menjadi alternative terbaik kepada rakyat.  Oleh itu, biarlah BN meneruskan agendanya kerana mereka mempunyai pelan pembangunan negara dan objektif untuk negara yang rasional dan progresif - bukannya emosi.

Jumaat, 27 Mac 2015

Melaka Maju Jaya....


Melaka mempunyai legasi warisan terulung di Asia Tenggara khususnya wilayah ini pernah menjadi pelabuhan éntrépot yg terbaik di rantau ini. Selain itu, beberapa legasi seperti warisan budaya, makanan, kaum/keturunan baru iaitu Baba & Nyonya, Chetty serta kaum Portugis kuno juga telah menjadi sebahagian warisan negeri ini bersama-sama kemegahan keagungan Istana Melaka dan warisan penjajah yg menawannya kemudian.



Melaka juga pernah menyambut bingkisan kemerdekaan terawal secara langsung dari British melalui Tunku Abdul Rahman yg tiba di Batu Berendam pada 20 Februari 1956 yg memberi mesej Kemerdekaan Malaya. Melaka yang pernah di jajah Portugis (1511), Belanda (1641) dan British (1824) serta dijadikan wilayah jajahan British (melalui Negeri Selat 1946) sebelum diisytiharkan Merdeka pada 1957 bersama Malaya.

Pelbagai warisan ini kemudiannya menjalar dan mengakar dalam bangsa Melayu moden kini yang turut disumbangkan oleh perabadan Melayu Melaka semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka dan penjajahan asing ini. Sejak merdeka, Melaka tidak pandang kebelakang apabila terus maju mencapai kekuasaan wilayahnya sebagaimana sebelum dijajah dahulu walaupun dilihat agak lambat berbanding masa yg dibangunkan Paramesrawa dahulu.

Melaka telah ditadbir sebanyak 6 orang Tuan Yang Terutama (TYT) bersama 10 orang Ketua Menteri dalam tempoh 57 tahun berbanding 8 orang Sultan dalam masa 111 tahun dahulu. Melaka membangun dengan begitu pesat ketika zaman kegemilangan Sultan Megat Iskandar Shah (Sultan Kedua). Namun, Melaka moden pula makmur dan berubah landskap politiknya di bawah TYT yg ke-6 dan Ketua Menteri yang ke-9.

Melaka telah berubah dari sebuah negeri/wilayah keempat terkecil dan jumlah penduduk kedua terkecil di Malaysia menjadi raksasa ekonomi dalam sektor pelancongan dan pembangunan. Ayer Keroh dahulunya rimbun dengan hutan dan pokok-pokok, kini telah berubah menjadi hutan batu di bawah kuasa kededua tokoh ini. "Perkampungan Dalam Bandar" serta lokasi pelancongan yang strategik ini telah mengubah sektor pendapatan penduduk dan Kerajaan Negeri. Melaka kini mampu berbangga dengan pencapaian ekonomi dan sosialnya. Selain penuh dengan warna warni sejarah dan pembangunan, Melaka juga terkenal dengan negeri yang bersih.

Dalam zaman moden ini juga, Melaka tidak tertinggal dalam teknologi hijaunya apabila memperkenalkan ladang kuasa suria yang pertamanya di Malaysia serta menyediakan pengangkutan awam dengan bahan yg sesuai dgn teknologi ramah lingkungan tersebut. Slogan "Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia" dan "Melakaku Sayang: Bandar Teknologi Hijau" adalah kata-kata yg menyokong Melaka untuk terus maju dan tidak berpaling lagi. Melaka terus maju dan akan terus menjana kewangan dan pendapatan negerinya seperti kejayaannya dahulu. Walaupun kecil dan tiada hasil bumi, Melaka yg membuka sektor perkhidmatan (pelancongan) kini telah menggantikan pelabuhan (juga perkhidmatan) dahulu. Sehingga ia mendapat status UNESCO sangking lamanya warisan yg disimpannya.

Diharapkan Melaka tidaklah memberhentikan usaha membangunkan dan menjayakan kehendak rakyatnya yang inginkan kemajuan. Jika boleh, negeri yang paling tersusun, negeri dalam bandar yang moden dan serba serbi maju seperti bandar-bandar di Eropah termasuk mengekalkan kebersihan dan teknologi hijaunya.

Oleh itu, legasi Ketua Menteri ke-9 ini dapatlah diteruskan dan ditambah baik dicelah-celah kesilapan (jika ada). Melaka perlu terus Maju dan Berjaya tanpa perlu Fasa atau Tahap-tahap pembangunan tertentu. Walaupun cuma slogan, tetapi dengan pemilihan fasa dan bertahap, rakyat akan melihat sampai bilakah fasa tersebut akan selesai dan muktamad? Apakah akan adanya fasa ke-294? Sebenarnya Melaka perlukan slogan yang terus menerus menunjukkan aspirasi yang moden, kreatif dan inovasi terbaik oleh pewarisnya tanpa fasa.

Di dalam media sosial khususnya YouTube atau maklumat "soft-content", Melaka masih perlukan sebegitu besar sumbangan pemerintah untuk memajukan gagasan ini. Melaka boleh "dijual" dengan memasarkan maklumat yang tepat, banyak dan niche (ceruk maklumat) yang lengkap agar sektor perkhidmatan (pelancongan) ini dapat dijual dengan sebaik-baiknya diseluruh dunia. Infrastruktur dan pembangunan modal insan Melaka juga perlu dipertingkatkan dengan memperbanyakkan lokasi "Tourist-peneurship" atau pedagang pelancongan (seperti gerai jajaan makanan, penginapan dan lojing, dan produk kesihatan sampingan i.e. spa serta lain2 lagi).


Oleh itu, Melaka hendaklah terus maju dan dipacu dengan begitu mesra oleh Ketua Menterinya kini dan mendirikan infra yang bagus dan disokong maklumat dan kelajuan internet yang terbaik serta modal insan yang bersedia menjadi pedagang pelancongan yang baharu di Melaka. Semoga Melaka Maju Jaya......... (tanpa fasa)

McDonal, Mesir dan Israel.......




Israel ialah Hamba Allah yang diberikan namanya oleh Allah SWT kepada Nabi Yaakub a.s. dan anak-anaknya seramai 12 orang. Dari kededua belas orang anaknya ini, Allah telah menjanjikan kpd Nabi Ibrahim a.s. bahawa akan anak cucunya akan dijadikan bangsa besar yg menghuni Kana'an kelak. Seorang anak Yaakub ini telah dibuang ke sebuah mata air (perigi padang pasir/oasis) dan dikutip pedagang hamba dan menjualnya kpd orang Mesir (bangsa Qibti).

Anak yang dibuang itu ialah Nabi Yusuf a.s. dari isteri kesayangan Nabi Yaakub yang berkongsi ibu bersama Benjamin (cicitnya melahirkan Nabi Isa a.s.). Setelah dijual ke Mesir, Yusuf menjadi hamba kpd Ketua Polis Mesir. Di pendekkan cerita, Zulaikha isteri sang Ketua telah menggoda Yusuf dan menyebabkan Yusuf dipenjarakan. Sebagai rasul Allah, Yusuf juga mempunyai irsan (keajaiban sebelum kenabian) iaitu boleh menafsir mimpi. Beliau pernah menafsir mimpinya iaitu bulan dan matahari serta 11 bintang sujud kepadanya yg membawa maksud beliau akan dipatuhi oleh ibu dan bapanya sendiri (yg juga nabi) dan adik-beradiknya.

Di penjara, dia juga menafsir mimpi si pembuat roti Firaun dengan tepat. Akhirnya, beliau dipanggil untuk menafsir mimpi pelik Firaun (dlm post sebelum ini telah diceritakan "Penasihat Ekonomi Firaun"). Yusuf dibebaskan dan diminta menjadi wakilnya bagi menguruskan ekonomi Mesir mengikut firasat dan ramalannya. Mesir telah berjaya mengumpulkan hasilnya dan menjual hasil-hasilnya tersebut kepada negara lain yg sedang mengalami masalah kebuluran akibat cuaca. Ini termasuk kepada keluarganya di Kana'an.

Akhirnya, kesemua adik beradiknya dijemput ke Mesir dan diberikan tempat oleh Firaun kpd keluarganya. Selepas kematian Yaakub dan dikebumikan di Baitul Maqdis sebelah kubur Ibrahim, Ishaq dan Sarah, Keluarga Israel ini (anak-anak Yaakub) terus berdiam di Mesir sehingga menjadi kaum yang besar di Mesir. Dianggarkan ketika di zaman Nabi Musa a.s., bangsa Israel dari 12 orang tadi) telah berkembang biak menjadi 400,000 ke 600,000 orang yang ditugaskan membuat binaan di Mesir sebagai buruh paksa. Bangsa Israel ini telah melupakan jasa Yusuf a.s. dan kaum ini dijadikan buruh paksa yg membina kubur Firaun dan rumah Tuhan-tuhan bangsa Qibti seperti Piramid, Sphinx dan rumah-rumah berhala lainnya.

Setelah Musa a.s. diutuskan dan diberikan Taurat (Kitab suci yg pertama utk Israel), bangsa Israel yg dibawa keluar dari Mesir (melalui permohonan yg amat sukar dari Firaun sehingga akhirnya Firaun mati ditelan laut) terus melupai jasa nabinya itu. Akhirnya, bangsa Israel yang degil dan sombong ini terus diazabkan dengan ujian yang bertimpa-timpa sehingga akhirnya mereka tetaplah terusir dari tanah yg dijanjikan Allah kpd mereka sehingga kini.

Dalam revolusi minda Israel oleh Alex Bein (Yahudi kelahiran German), beliau yg mengasaskan teori Zionist mengingatkan kaum Israel itu bahawa tanah yang dijanjikan itu tidak akan diberkati untuk didiami selagi Israel lupa kpd penderitaan mereka dihina menjadi buruh kasar di Mesir. Maka, dijadikan cerita bahawa dalam mengadakan dolar Amerika atau apa-apa simbol kekayaan dan kejayaan, hendaklah meletakkan gambar piramid bagi menggambarkan bahawa bangsa mereka pernah merempat dan dijadikan hamba tebusan oleh bangsa Qibti. Oleh itu, simbol piramid dan bangunan kuno Mesir mengingatkan darah dan air mata Yahudi di suatu masa dahulu sebelum diselamatkan oleh Musa a.s.

Walaupun begitu, bangsa Israel ini masih tetap sombong dan degil dengan janji Allah. Mereka masih mengamalkan riba, tipu daya dalam segala urusan dan mempermain-mainkan agamanya sendiri. Peristiwa Sabath, dikepung oleh Jalut, berkelana di pinggir Kana'an dan menyembah patung lembu (oleh Samiri), adalah bukti mereka sgt degil. Sehingga kini, sistem perbankan dunia masih berteraskan riba' atau interest mengikut konsep ekonomi Yahudi/Israel ini.
 
Oleh itu, selagi mana kita (umat Islam) ini terus terpedaya dengan teori dan pendapat Yahudi/Israel ini, selagi itulah kita akan terus tertipu dengan muslihat mereka. Mereka mengingatkan penderitaan mereka dihina dengan simbol kekayaan (dollar), tetapi kita masih terus ditipu walaupun Allah telah sebut berpuluh kali di dalam Al Quran. Siapa nak dengar cakap Allah (Al-Quran) dalam zaman kononnya moden ini? Tidak-tidak, kata-kata Yahudi/Israel juga kita patuh sebab membawa dolar kepada kita.


Moral of the story ada 2. Pertama, Kita terus dibodohkan oleh Yahudi/Israel dan kita still setia dengan tipu daya mereka dan kedua, cuba tengok McDonald (dan kedai milik US dan Yahudi lain), dah mula yg tutup aurat sekerat (pakai tudung, baju lengan pendek) masuk dan makan tanpa segan-segan. Bak kata orang, pantang sekerat. Cuba masukkan dialog P.Ramlee beberapa minit sebelum tamat filem 3 Abdul...... fikirlah sendiri, bro....

Selasa, 24 Mac 2015

Kekuatan Orang Melayu...




Masyarakat Melayu/Islam di Malaysia kini seperti melukut di tepi gantang atau hidup segan, mati tak mahu. Kelakonan masyarakat Melayu/Islam di dalam dunia ekonomi, politik dan sosial termasuk dalam bidang teknologi dan pendidikan masih 'merumput' berbanding bangsa lain yang mulai terbang ke langit. Bahkan, bangsa Indonesia juga walaupun miskin telah menakat dalam beberapa bidang termasuk pendidikan, teknologi bahkan kelakonan dalam kebudayaan.

Masyarakat Melayu/Islam pra-kemerdekaan hanyalah bersandarkan kepada kehidupan secara sendiri-sendiri iaitu hanya menguruskan periuk nasi mereka sendiri tanpa memikirkan wawasan dan hala tuju dirinya dan anak cucunya kandung/darah dagingnya sendiri. Ini terbukti apabila mereka bersikap acuh tidak acuh dengan menjabat jawatan di Istana Raja atau pejabat penjajah. Bagi mereka, asalkan kerja tanam ubi kayu atau bersawah padi mahupun ke laut sudah cukup memberikan rezeki kepada keluarga mereka.
 
Ekonomi sara diri dan tidak dikembangkan ini terus sebegitu walaupun pendatang asing seperti Cina telah mula menjadi pembekal barangan dan perkhidmatan sekunder kepada penjajah dan Istana. Melayu masih lagi di dalam kampung tanpa memikirkan jati diri bangsanya. Cerita kehebatan dan kekuatan Melayu seperti ketokohan Laksamana Hang Tuah, Kerajaan Melayu Melaka yang gagah dan kaya, serta kemahiran Melayu mengukir keris dan membuat rumah limas menjadi kenang-kenangan dan disebut sebut sebagai warisan antik tanpa niat mengembangkan legasinya.

Akhirnya, bila Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan barulah Melayu/Islam ini sedar bahaya selama mereka dijajah ini, mereka lena diulit dan tidak barang sedikit campur tangan dalam urusan Kerajaan Melayu mahupun apa yang dibuat oleh penjajah termasuk pendatang asing ini. Bila ramai Cina yang dibunuh oleh Jepun, mereka hanya berkata bahawa masyarakat itu terlalu kaya dan menjadi broker kepada British. Hal Ehwal dunia hanya segelintir sahaja yang mengambil perhatian. Bila British datang kembali selepas tamat perang dunia kedua, barulah Melayu ini semakin tertekan bila British ingin membalas jasa tauke-tauke Cina dan India dengan memberikan kerakyatan secara terbuka.

Melayu baru perasan jika niat British ini tidak dihalang, mereka dan Raja-raja mereka akan menjadi alat dan subjek British dan lebih malang setara dengan kaum pendatang Cina dan India yang dibawa masuk British. Bahkan, di masa itu kaum pendatang ini telah melebihi dari jumlah penduduk tempatan. Jika tidak kerana kemelesetan ekonomi dunia pada 1938 dan Perang Dunia Kedua, Melayu sudah lama terkubur jika diadakan pilihanraya secara demokrasi. Lantas dengan tanah-tanah akan menjadi hak British dan pendatang, mereka menyusun langkah untuk bersatu.

Melayu tidak punya apa-apa ketika itu waima keris setiap seorang mahupun senapang. Melayu hanya ada satu "PERPADUAN" yang berjaya mengheret British menggugurkan Malayan Union dan Kerakyatan Jus Soli itu. Jika berharap pada kepandaian, kekuatan perang dan strategis, Melayu sudah lama dicampakkan ke laut satu persatu oleh pendatang dan penjajah ini. Tetapi bila Melayu/Islam itu telah bersatu tanpa mengira darah kacukan India atau Arab, kecil atau besar, daerah atau negeri mana - mereka berjaya menumbangkan British dengan kekuatan mereka sehingga kuasa besar dunia itu "MALU" dgn penolakan itu.
 
Hanya itulah kekuatan Melayu/Islam ketika itu dan saki baki kekuatan dan ketakutan itu menyebabkan Tanah ini berjaya mendapat rahmat MERDEKA. Kini, seperti biasa sebelumnya - Melayu/Islam tetap begitu. Ada tanah, mereka akan jualkan untuk untung segera, ada lesen mereka akan pajakkan kepada sesiapa sahaja yang berikan ringgit, ada anak dan isteri diletakkan di dapur atau dihantar ke mana-mana untuk mencetak duit tanpa memikirkan hala tuju keturunan dan darah daging mereka sendiri. Asalkan mereka boleh hidup dan selesa - itu sahaja sudah cukup buat mereka. Waima hari ini pendatang asing dari Nepal, Bangladesh, Indonesia, Myanmar dan mana-mana negara pun mereka tak endahkan lagi.

Jadi, inilah masyarakat Melayu/Islam yang lupakan kekuatan perpaduan mereka itu yg menghalau British dari tanah ini. Jangan risau jika Melayu/Islam ini akan terjajah sekali lagi kerana membincangkan mengenai hak dan Undang-Undang Islam mereka sendiri pun mereka masih menjadi 'pak turut' dan sanggup diperbudak-budakkan, apatah lagi isu-isu ekonomi, kebudayaan, kemasyarakatan mahupun teknologi yang jauh panggang dari api.


Wahai Melayu/Islam, marilah kita berseru - BERSATULAH. Janganlah kalian menjadi Datuk dan Nenek kalian yang pana dan benak dalam menjadikan negara ini Syurga kehidupan. Hentikan sifat tamak kuasa dan harta demi kelangsungan bangsa kalian yang semakin menyonsong kebelakang ini. Berserulah bangsa Melayu/Islam..... BERSATULAH

Cukai dan Kemusnahan Byzantine




Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur adalah empayar yg unggul di zaman pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah. Walaupun ditewaskan oleh tentera Parsi sehingga umat Islam kecewa ketika itu (Empayar ini beriman kpd Tuhan yg Satu dan ahli kitab), empayar ini kembali menang beberapa tahun setelah itu. Hal ini dirakamkan di dalam Al Quran.

Namun, hanya beberapa tahun sahaja selepas kemenangan itu, sebahagian dari Empayar Agung ini dimusnahkan kembali tetapi kali ini oleh tentera Islam pula yg mempunyai tentera 1 per 5 sahaja (45,000 tentera Islam berbanding 240,000 tentera Rom) di Yarmouk pada tahun 636M di bawah Khalifah Umar Alkhatab. Selain faktor kegerunan dan semangat jihad yg tinggi masyarakat Islam ketika itu, faktor cukai juga adalah faktor kedua penting dalam sejarah terkubur nya empayar tersebut.

Pelbagai cukai dikenakan oleh pihak Istana dari baju, perabot, gandum sehingga susu. Cukai yg dikutip ini dihantar ke Kerajaan Pusat yg digunakan utk pembangunan kota dan bukan utk kegunaan wilayah jajahan. Manakala kutipan di lakukan di Mesir, Palestin, Syria, Mesopotamia atau Iraq moden kini sehingga ke Semenanjung Iberia atau sebahagian Eropah kini.

Kemarahan penduduk di wilayah bukanlah disebabkan oleh cukai juga tetapi tiada manfaat dari kutipan cukai yg banyak itu dikutip serta gaya hidup mewah pegawai Istana dan Raja menyebabkan rakyat di wilayah tadi memberikan kerjasama yg erat kpd tentera Islam sehingga Empayar Agung ini terjerumus musnah dalam jeda waktu Islam yg masih muda.
 
Disebabkan Islam yg hanya mengutip zakat dan Jizyah serta Baitul Mal yg menguasai ekonomi dgn nilai yg adil dan mulia telah menambat hati penduduk sebahagian warga Empayar Byzantine ini memeluk Islam dan meletakkan taat setia kpd Khalifah Islam di Madinah. Iaitu sebuah negara yg hanya baru dilahirkan 20 tahun berbanding 4 abad Kerajaan Byzantine yg hebat.


Cukai Byzantine telah menyebabkan rakyatnya di Asia Barat khususnya di sekitar Jazirah Arab, Mesir, Damsyik, Syria atau bandar Homs, Allepo dan sekitarnya membelot dan memeluk Islam dan taat kpd khalifah yg jujur dan mentadbir sebuah negara yg muda.

Bersekutu Bertambah Mutu....

Slogan Persekutuan Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu ialah "Bersekutu Bertambah Mutu" ialah slogan dari erti muafakat atau gotong royong, bekerjasama antara masyarakat dan seisi dalamnya.

Malaysia yg terdiri dari Wilayah Merdeka Sabah dan Sarawak serta Negara Merdeka Bersekutu, Negara Merdeka Tidak Bersekutu dan Wilayah Mahkota Selat telah digabungkan menjadi sebuah negara yg ditadbir secara federasi atau Persekutuan.
Hak autonomi asal spt Undang2 Tubuh setiap Wilayah dan Negara (kini disebut negeri) diwujudkan serta sistem pemerintahan sendiri diberikan secara saksama. Hak pihak Persekutuan pula adalah merentasi hak asas keperluan setiap warga yg sama merentasi sempadan wilayah autonomi tadi spt pendidikan, kesihatan, keselamatan, dan lain lain perkara di dalam jadual Negeri dan Persekutuan.

Negeri dan wilayah ini berhak mentadbir jajahan mereka dgn sistem politik dan ekonomi mengikut ciri khas wilayah dan negeri itu sendiri. Waima hasil hasil tertentu juga berhak dikutip oleh Kerajaan Negeri dan Wilayah selain saguhati dan sumbangan dari Persekutuan bg hasil mahsyul bersama mengikut bilangan rakyat di dalam negeri tersebut saban tahun.

Sebagai contoh, walaupun Kelantan merupakan negeri besar di dalam semenanjung tetapi pembangunan fizikal masih rendah kerana kerajaan negeri menumpukan pembangunan modal insan yg lebih baik sbg tenaga kerja. Melaka yg merupakan Negeri Selat terkecil serta tiada hasil bumi diketuai Ketua Menteri telah memilih sektor pelancongan dan warisan sebagai daya ekonomi utamanya. Begitu juga negeri lain spt Selangor yg memilih pembangunan fizikal dan industri perkilangan.
 
Kepelbagaian kaedah pembangunan dalam negara juga tergantung kebijaksanaan Kerajaan Negeri masing2 serta kehendak penduduk setempat mengikut pilihan politik di Dewan Undangan Negeri mereka. Persekutuan pula hanya menyelaras dan menjaga kepentingan sosial dan politik secara umum sahaja. Walaupun parti tertentu memegang negeri tertentu dan sebahagian negeri memilih parti beraspirasikan Kerajaan Pusat, mereka berhak memutuskan had dan tahap kedaulatan wilayah masing masing.

Kerajaan Selangor misalnya meminta kajian semula pembekalan air di negerinya terhadap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan membentangkan Undang2 Hudud dan Undang2 Peribadi Hudud di Parlimen mengesahkan kedaulatan wilayah masing2 serta had dan tahap kuasa antara negeri dan Persekutuan. Sabah dan Sarawak pula wilayah yg mempunyai autonomi sempadan imigresen nya juga menikmati keluhuran federasi ini tanpa bantahan perundangan.

Membangunkan sosio ekonomi dan politik adalah kewenangan negeri dan wilayah serta di sempadan kan dgn garis yg jelas ini turut terbukti dgn jelas. Sebagaimana Kerajaan Pusat yg menguasai keseluruhan negeri lain menerusi parti yg sama dan Parlimen, mereka masih tiada hak memutuskan perjanjian hasil air dengan Selangor mahupun membangun tanah untuk mangsa banjir besar di Kelantan baru baru ini. Bukti ini jelas bahawa setiap negeri diberikan kewenangan dalam urus tadbir negeri dan wilayah mereka dan Kerajaan Persekutuan harus dengan akur menjamin melalui Perlembagaan.

Melihat Negara lain yg mengamalkan federasi mutlak dan memperkasakan kuasa Pusat di rantau ini, menggambarkan bahawa kuasa Kerajaan Pusat hanya tunggal dan tertumpu di kota pusat negara itu sahaja. Bahkan, pembangunan juga terbatas serta persaingan menjadi lebih buruk. Inilah membezakan Malaysia dan negara jiran lainnya di rantau ini.

Benarlah, kebijaksanaan pemimpin wilayah dan negeri sahajalah yg membezakan ciri khas sesebuah negeri dan wilayah ini mengikut budi lentur pemimpinnya yg dipilih. Pembangunan tidak boleh dipaksakan jika tiada keizinan dari wilayah dan negeri kerana kedaulatan adalah hak negeri. Oleh itu, bersekutu yg menyerlahkan bakat kepimpinan negeri dan wilayah ini memberikan diversiti yg rencam kpd warga Malaysia di mata orang luar dan ia unik.


Itulah lainnya Bersekutu Bertambah Mutu untuk Malaysia.

Tuhan sahaja Maha Kaya.....

Ada yang bertanya kenapa ramai rakyat Malaysia kini semakin ramai yang sewel? Adakah dunia penuh material ini mengorbankan akal fikiran dan minda warganya? Apakah mereka masih miskin dan mengemis utk isi perut pada esoknya hingga ingatan menjadi singkat lagi sinting?


Ramai di kalangan kita semakin hari semakin menakat dengan amat maju dan kelihatan moden dan bertamadun selari dengan kelakonan ekonomi Malaysia dan diri yg baik dan pekerjaan yg juga secara relatifnya baik juga. Dengan pendidikan yg baik, maka peluang pekerjaan dan nilai keusahawanan juga semakin baik dan memacu cara hidup yang lebih baik sesuai dengan pendapatan dan gaya hidup modernist kini.

Kereta besar, rumah yg agak luas serta boleh makan di restoran terbaik serta melancong keluar negara membuktikan kelakonan ekonomi warga semakin baik. Bahkan ada yang memiliki aset yang lebih baik dan memiliki pelbagai jenis barangan mewah serta berjenama antarabangsa. Sedarkah kita akan hakikat itu?

Sebenarnya, semua aset dan penilaian kelakonan kita hari ini betapa banyaknya terlibat dengan riba dan unsur bunga yang menggilakan minda dan mengotorkan akal dan budi manusia. Hutang kereta besar, rumah yg luas, makan dgn mencagarkan kad kredit serta melancong paling tidak melibatkan unsur riba atas pinjaman dengan pihak bank. Tidak ramai di kalangan kita membelinya secara tunai mahupun mewarisi daripada generasi terdahulu apatah lagi barangan jenama terkini dan kereta terbaharu.
 
Waima membeli kereta besar lagi mewah bukanlah bukti kekayaan kita tetapi bukti bahawa kebolehan membayar hutang berserta riba dengan pendapatan yg kita ada. Begitu juga rumah, 10 tahun pertama hanyalah membayar bunga dan bakinya lah membayar pokok. Bila kita melibatkan riba dan faedah atas kewangan, sebenarnya kitalah yang menjerumuskan diri ke dalam kecelaruan akal dan fikiran yang fitrah. Bandingan dgn negara jiran Indonesia, mereka kebanyakannya membeli secara tunai walau bukan mutlak semuanya.


Oleh itu, Kekayaan yg cuba ditampilkan secara kosmetik hari ini hanyalah keupayaan warga membayar hutang dan faedah bunga dgn pendapatan yg mereka ada. Benarlah, dalam Malaysia moden kini - Hanya Tuhan Yang Maha Kaya, bakinya adalah mereka yg merosakkan minda dengan hutang dan bermain dengan riba bersama faedah pinjaman bank.

Roh sebuah Negara bernama Malaysia...

Malaysia ialah gabungan 3 wilayah dan Persekutuan dalam Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya bersama sama wilayah Sabah dan Sarawak (sebelum ini Singapura) membentuk Persekutuan negara bangsa Malaysia ini. Persekutuan negeri negeri Melayu (Bersekutu, Tidak Bersekutu dan Selat) bersetuju meletakkan roh ke atas negara bangsa ini sesuai dgn ciri asal dari negeri asalnya sebelum dijajah dan dijarah barat.


Bila mana Wilayah Berdaulat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuan Baharu Malaysia, wakil wilayah berdaulat tadi bersetuju dgn beberapa terma utama negara bangsa yang baharu (termasuk 20 perkara tambahan ). Antara persetujuan umum bagi meletakkan roh dan jasad kpd negara Malaysia ini ialah fiziknya terdapat Bumiputera dipanjangkan juga kpd pribumi Sabah & Sarawak dan bukan Bumiputera bagi yg bukan subjek Raja dengan kerakyatan secara terhad.

Rohnya ialah Islam sebagai agama Persekutuan sbg otak fikir dan tingkah laku, Bahasa Melayu sbg Bahasa Rasmi dan Utama pertuturan, dan kebudayaan Kebangsaan bercirikan Melayu/pribumi dan Islam sbg ciri khas negara ini.

Memang agama lain bebas diamalkan tanpa sekatan tetapi menyebarluaskannya adalah ditegah dan bahasa lain boleh digunakan secara terhad dan menggunakan bahasa Kebangsaan sbg ciri utama bangsa ini. Oleh itu, sebagai subjek Raja Berdaulat, bangsa ini haruslah mentaati asas Perlembagaan ini di mana ia menaungi Raja sbg Ketua Negara. Walaupun dikatakan sebagai tonggak atau simbol, Raja Melayu tetap kekal sebagai Pentadbir Utama negara bangsa ini walau apa pun yg terjadi.

Bahkan mencirikan negara ini haruslah saksama dan liberal dgn bangsa lain bukanlah pilihan utama. Negara ini bukan sekata dan sebebas negara lain di dunia ini kerana asas negara ini telah ditetapkan sbg ciri utama negara ini. Malaysia tetap harus mempertahankan Perlembagaan yg meletakkan Raja dan Islam sbg ciri utamanya walaupun diancam puak liberal yg ingin menjadikan ia sbg Republik atau mengeluarkan sebahagian Wilayah lain dari Persekutuan ini.

Waima Persekutuan ini terpisah atau diancam dgn nilai bukan Islam, kita harus yakin bahawa pendokong Islam akan tetap mempertahankan legasi warisan ini dgn sepenuh hati dan mengembalikan kpd Petadbir Negara juga akhirnya. Dan ia akan kekal sbg mana sebelum Merdeka dgn ciri asalnya iaitu Raja sbg pemilik negara dan bangsa.

Meletakkan Islam sbg roh negara ini amatlah tepat dan ia tetaplah terjamin sehingga menyamaratakan dgn fahaman dan agama lain adalah tidak wajar sama sekali. Oleh itu, jgn lah terpedaya dgn liberalisasi dan kesamarataan yg tidak jelas itu. Pertahankan lah status quo ini kerana ia menjamin hak bernegara umat Melayu dan Peribumi di tanah bertuah ini dan tidak boleh ditukarkan lagi dengan ringgit atau dolar.

Melayu itu Islam sedari 700 tahun.....

Sebelum PRU ke-13 yg lalu, seorang rakan bukan Melayu memaklumkan bahawa masyarakat bukan Islam akan solid menyokong pakatan pembangkang (Pakatan Rakyat tidak didaftarkan secara rasmi). Mereka tidak akan tersentuh dgn hudud saranan PAS kerana ia telah digantikan dgn manifesto 'Negara Berkebajikan' atas tarbiah DAP dan PKR. Kita semua maklumi hal ini.


Saya telah memberikan kronologi gabungan dan himbauan tentang ideologi kededua BN dan gabungan pembangkang. Secara kesimpulan saya maklumkan bahawa PAS akan bersikeras melaksana hudud bahkan masyarakat Cina khususnya yg benar benar anti hudud akan dikecewakan dgn gabungan itu akhirnya.

Memang bukan Islam tidak perlu khuatir dgn langkah PAS melangsungkan hudud kerana ia hak milik Islam dan Melayu yg berakidahkan tauhid sahaja. Tetapi tidak bagi mereka khususnya yg melihat hudud sebagai langkah ke depan men-jenayah-kan salah laku moral dan integriti umat Islam yg terjebak dgn gejala tidak susila. Mereka melihat peluang merosakkan integriti dan susila umat Melayu dan Islam di Malaysia akan menjadi sukar dan perniagaan tidak jelas dalam hal ini bakal terjejas.

PAS akhirnya tercabar dgn hudud yg dilaksanakan Brunei tanpa basa basi dilaksanakan negara majoriti Islam itu bertekad menjayakannya di Kelantan sesuai dgn janjinya 30 tahun lalu. UMNO parti teras Melayu dan Islam juga bersetuju tanpa syarat spt mana telahan saya bahawa yg akan kecewa juga akhirnya pihak yg anti hudud juga.
PAS dan UMNO walau tanpa diikat sebarang legasi perundangan tetap akan bersekutu atas nama akidah dan maruah Islam. Walaupun akhirnya UMNO tersingkir dari BN dan PAS dihalau dari pakatan pembangkang, demi meletakkan Islam sbg Daulat Tanah Melayu, mereka akan menjadi sekufu mempertahankan Islam. Dan 60% Islam dan Melayu di Malaysia akan tetap menang juga akhirnya.

Jika PAS dan UMNO membentuk kerajaan di Selangor dan meletakkan Islamiah dan hudud sbg agendanya, maka terpukul dan mati kutu lah kpd pihak anti hudud. Jgn mereka turun ke jalan raya pula sudahlah. Adakah perkara itu mustahil? Saya telah mentelahkan hal ini yg bakal terjadi sejak MCA solid memihak DAP dan UMNO memiliki 88 kerusi lagi.


2 lagi telahan saya bahawa Selangor akan melaksanakan hudud dan Malaysia memperkasakan Mahkamah Syariah dan Perkara 121A dan B akan menggegarkan umat bukan Islam (bukan subjek Raja) sehingga memaksa satu referendum umum diadakan. Saya yakin bahawa Kanun Melaka akan terpakai di Malaysia kelak bila Islam kembali ke jalan yg menyusul siasah Malaysia.