Kemana Hala Tuju
Komunikasi Malaysia?
![]() |
Ahmad Shabery Cheek: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia |
Sebelum ini saya
telah tukilkan mengenai keadaan perhubungan Internet di Malaysia yang usang lagi
lembab tetapi biaya perkhidmatan tersebut amat tinggi bagi isi rumah
Malaysia. Internet bukan seperti dahulu
iaitu barangan mewah untuk kelas ekonomi tertentu, internet kini menjadi satu
kebutuhan asas seseorang mahupun organisasi dan perhubungan seperti telefon di
awal tahun 60-an serta telefon bimbit di awal tahun 90-an. Teknologi yang berkembang pesat turut menarik
innovator mengubah keperluan internet dari kegunaan perniagaan besar kepada
pengguna kecil bahkan kepada individu walaupun di bangku sekolah. Bahawa maklumat perlu dihujung jari.
Seperti anganan
mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, maklumat adalah asas dalam
kehidupan minda sama seperti makanan dan minuman untuk fizikal dan maklumat itu
adalah pengubah daripada “buta” kepada “bermakna” dalam erti sebuah kehidupan
dan juga negara. Beliaulah yang
mengetengahkan Teknologi Maklumat (ICT) di Malaysia apabila memperkenalkan
Dasar ICT Negara pada tahun 1998 dan membangunkan Multimedia Super Corridor
(MSC). Beliau membangunkan infrastruktur
dan kemahiran yang diperlukan sesuai dengan kehendak pasaran bahkan lebih maju
dan jauh kehadapan setanding dengan kehebatan Singapura pada masa itu. Kini, setelah belasan tahun dasar beliau
terus terkulai tanpa pembelaan yang sewajarnya dari pemerintah parti BN sendiri.
Zaman Tun Abdullah
Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Shabeery Cheek dilantik
menjadi Menteri Penerangan (2006) dan ditukarkan kepada Tan Sri Rais Yatim
beberapa tahun selepas itu. Selepas
Pilihanraya Umum ke-13, Najib Razak kembali membentuk kabinetnya dan melantik Ahmad
Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggantikan
Tan Sri Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(KPKK).
Di zaman Tan Sri
Rais, keperluan internet dinamakan Program Merapatkan Jurang Digital/Telekomunikasi
telah menyemarakkan internet di kalangan masyarakat iaitu mengadakan
perkampungan bebas internet serta capaian internet di hujung desa dan kampung agar
mudah diakses oleh masyarakat khususnya diluar bandar.
Beberapa perkampungan tanpa wayar di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (SKMM) telah diwujudkan dari Semenanjung hingga ke Sabah dan
Sarawak. Program-program kemasyarakatan
berbudaya dan bermaklumat turut diadakan dalam mendidik pengunaan internet khasnya untuk berniaga telah diadakan, diskuasi serta kempen penggunaan berhemah telah diadakan.
Manakala di masa
kini, program-program yang telah ada hanyalah dikekalkan tanpa keprihatinan
yang mendesak. Menteri juga kelihatan
tidak prihatin dengan laporan bahawa teknologi dan infrastruktur internet di
Malaysia telah tertinggal jauh di belakang Singapura bahkan memburukkan keadaan
di belakang Vietnam, Bangkok dan Kemboja iaitu sebuah negara-negara ketiga yang baru
membangunkan infrastrukturnya. Menteri
juga tidak memprihatinkan bahawa kos sara diri individu yang meningkat dengan keupayaan
dan keperluan internet yang asas telah mengabaikan mesej ini bahkan tiada
langkah yang signifikan dalam memartabatkan ICT ini dikalangan rakyat. Sedang syarikat telekomunikasi mengaut
keuntungan sehingga billion ringgit dari penjualan pelan data, pembangunan
infrastruktur serta penambahbaikannya masih tidak ada pangkal mulanya.
Apakah Yang Berhormat
(YB) ini sedar bahawa kadar penggunaan internet ini adalah mahal sedangkan
kelajuannya masih boleh dipertikaikan? Apakah dasar ini (jika ada
penambahbaikan) ini diuar-uarkan kepada masyarakat? Adakah mengurangkan jurang
digital dan maklumat ini masih dijalankan? Jika ada, berikan satu petunjuk
bahawa sang Menteri sedang melaksanakan pelbagai program dan inisiatif dalam melaksanakannya. Rakyat perlu tahu dan masyarakat perlu sedar
bukannya semasa hari pengundian sahaja.
Menteri juga harus peka bahawa teknologi zaman Jepun ini perlu
digantikan bahawa teknologi telekomunikasi di Malaysia adalah peninggalan tahun
1970-an perlu ditambahbaik secara bertahap, maka mulakanlah dan beritahu
kepada umum yang Menteri sedang bekerja demi mengurangkan kos digital yang
lembab tetapi mahal. Bahawa internet
adalah perkhidmatan keperluan asas yang wajar dinikmati segenap lapisan masyarakat. Bahawa generasi muda perlu tahu tanggungjawab
berinternet dengan baik dan benar.
Apakah yang sedang
dan akan dilakukan oleh Yang Berhormat ini?
Adakah tugas beliau menonton wayang dan berpidato itu dan ini tanpa
apa-apa tindakan yang signifikan khususnya dalam bidang portfolionya?
Lain dari itu, Yang
Berhormat amat prihatin tentang pengedaran gambar kematian Karpal Singh yang
tidak wajar di lelaman Facebook. Tetapi
apalah guna teguran jika hanya segelintir sahaja yang membacanya (teguran di FB beliau)? Sewajarnya dalam menangani isu tersebut, lawatlah
Universiti berkaitan komunikasi dan perhubungan massa dan nasihatkan para
pelajar bahawa menggunakan internet dengan etika adalah perlu dan wajar sebagai
warganegara yang prihatin dan bertaraf maju.
Bilakah YB ini melawat Fakulti Komunikasi dan mengadakan pidato dengan
pelajar mengenai hala tuju telekomunikasi dan penerangan ini? Apakah peranannya dalam mempercepatkan
siasatan terhadap aduan soldadu media DAP (Red Bean Army) menerusi SKMM? Apakah tindakannya sehingga jam ini? – TIADA.
Benarlah kata
pepatah, yang baik tak selalu hadir, yang merosakkan itu ramai. Bila
Mahathir membangunkan infrastruktur mega ini ramai yang menghentam keluhuran
beliau memajukan negara dan bangsanya bahkan pembangkang turut mengkritiknya tetapi terus menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga kini. Tetapi bila ia ditinggalkan, tiada seorang
pun memberikan idea dan cadangan yang bernas dalam menambahbaik perkhidmatan yang telah
diadakan.
Jika ada, Perdana Menteri telah memberikan diskaun RM200.00 kepada golongan muda menerusi SKMM untuk menggalakkan penggunaan telefon
pintar, tetapi wahasil balik ke asal – TIADA apa-apa manfaat dari itu kerana
internet tetap lembab dan kos datanya tetap mahal – Rakyat makin miskin,
syarikat telekomunikasi terus mencetak billion duit ringgit. Pemimpin tetap di atas, rakyat yang mengundi
juga bodoh!!!!
Teguran terbuka untuk
YB Menteri KKMM.