Jantankah Muhyidin
Menyangkal Najib?
Terengganu negeri
kedua Timur di Semenanjung Tanah Air adalah sebuah negeri yang tenteram dengan
kehidupan para nelayan, penduduk desa sehingga kepada penggali minyak di negeri
“penyu bertelur” itu bertukar ganas dan menarik perhatian kini.
Suhu yang panas bukan
kerana hangat mentari, tetapi kerana majlis perkahwinan anak MB yang dikisahkan
menggugat sebuah kerajaan. Ahmad Said,
Menteri Besar Terengganu (MB) sejak 2008 – apabila Idris Jusuh sebelum itu
dinafikan mengangkat sumpah di hadapan Al-Sultan Terengganu Darul Iman walaupun
menerima undi yang memuaskan. Perdana
Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi terpaksa akur dengan keengganan
Al-Sultan menerima calon MB dari parti BN tersebut telah mencadangkan personaliti
yang kurang politikus sebagai ganti yang menyandang jawatan tersebut sehingga
merempuh Pilihanraya Umum ke-13 (PRU) yang lalu.
Syarat dalam menjabat
jawatan MB diberikan kepada Ahmad Said sehingga setahun selepas PRU-13 tersebut
dan Ahmad Said akur. Janji memang harus
ditepati, tetapi rintangan dan halangan dari Allah tiada siapa yang menghalang
begitulah Ahmad Said telah menerima rezeki apabila anaknya mendapat jodoh dan
bercadang melangsungkan perkahwinan anaknya dengan status sebagai “Menteri
Besar”. Nampak sangat peribadi dan tidak
berjiwa besar dalam politik, tetapi Ahmad Said bukannya ahli parti yang
semberono dan suka menggunakan kuasa secara salah. Beliau jika telah berbakti sekecil manapun
tetap mengharapkan ehsan dan sokongan rakan dalam menjayakan impian keluarganya
– mengadakan perkahwinan dengan status yang hebat tersebut seperti kebanyakan
bapa jika berpeluang.
Apakan daya, janji
Perdana Menteri Najib Razak adalah janji keramat – jawatan tersebut harus digusur
– suka atau tidak. Pasal perkahwinan
anak adalah peribadi yang tidak penting disisi negara mahupun parti. Sebenarnya, air muka bagi orang Melayu yang
kaya budi bahasa itu amat tinggi berbanding wang ringgit dan rupa paras. Begitulah arakian kisah budi bahasa orang
Melayu itu. Tetapi setelah kad undangan
diedarkan atas kapasiti Menteri Besar, jemputan kepada orang kenamaan telah
mengesahkan kehadiran yang dibuat di rumah agam MB tersebut, dia terpaksa
bergusur seminggu sebelum anaknya mengadakan majlis bersanding dan makan
beradap – satu lagi khazanah perkahwinan orang Melayu. Ahmad Said seolah-olah tidak diberikan satu
penghargaan dan terima kasih atas sumbangannya kepada BN – beliau harus
tinggalkan rumah agam tersebut dan mengadakan majlis perkahwinan peribadi di
lokasi lain dan tidak menggunakan status MB bagi jemputan kenamaan yang telah
dibuat. Jika orang kebanyakan, Orang
Kenamaan boleh tidak hadir ke jemputan tersebut, tetapi jika ada jawatan
setidak-tidaknya orang kenamaan akan turut hadir kerana status MB tersebut dan
Ahmad Said berasakan ianya hanya penghargaan kepada keluarganya.
Siapa yang tidak
terkilan dan berkecil hati? Seminggu
sebelum ayah pengantin mendapat menantu?
Seminggu sebelum majlisnya berlangsung? Apakah tidak ada sekelumit rasa
bersalah dan penghargaan kepada figura ini walaupun namanya tidak sekental
Anwar Ibrahim mahupun Rafizi Ramli di kem pembangkang? Tetapi Najib Razak yang hanya mendengar
khabar-khabar sang penasihat tidak mengupayakan permohonan Ahmad Said
bertangguh SEMINGGU SAHAJA sebelum majlis telah bertindak menghalaunya keluar
dari kediaman tersebut.
Berang dengan layanan
bak anjing kurap, Ahmad Said bertindak keluar parti sehingga menggoncang
kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai tunggak pemerintahan negeri
tersebut. BN mempunyai 17 kerusi
manakala saingannya daripada PAS 2 kerusi dan PKR 1 kerusi telah bergoncang
dengan Ahmad Said dan 3 orang ADUN BN telah menjadi calon bebas. Kini BN sedang bergolak mempertahankan takhta
Kerajaan Negeri dengan 15 kerusi (seorang menarik balik keputusannya), PAS
dengan 14 dan PKR 1 manakala bebas dengan 2 kerusi. BN terselamat secara pentadbiran kerana
mempunyai Speaker sebagai 1 suara dalam Dewan tetapi tidak berkerusi
rasmi. Jika tidak Dewan Undangan Negeri
terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya Negeri (PRN) kena diadakan dalam masa 60
hari. Hanya kerana PM yang tidak
mempunyai sedikit budi bahasa, rasa berterima kasih dan menghargai orang
lain.
Jika tidak kerana
Muhyidin memberikan campurtangan dalaman kepada krisis ini, (walaupun ada yang
berbisik ada harga yang dibayar) sudah tentu seorang ADUN dari Bukit Besi
menarik balik keputusannya. Sedang Ahmad
Said mempunyai teman rapat (seramai 6 orang) untuk menolongnya menggoncangkan
BN di sana. Tetapi rasional kawan-kawan
hanya “tunggu dan lihat” kemelut ini dan hanya akan bertindak jika rakannya terus
dianiaya parti kononnya keramat orang Melayu yang kaya budi bahasa itu. Beranikah PM Najib turun ke Terengganu
memberikan penjelasannya dan memegang kata-katanya? Benar, janji juga satu perkara penting dalam
Islam dan orang Melayu – harus ditepati.
Tetapi bolehkah budi bahasa dan rundingan diadakan dalam memecahkan hal
ini, seminggu sahaja pun?
PM Najib sudah tentu
Perdana Menteri yang mendengar kata-kata penasihatnya secara membuta tuli sahaja
tanpa pertimbangan wajar dan tanpa melihat dengan kepala dan mata sendiri –
hanya harapkan nasihat orang. Oleh itu,
jika krisis ini berlanjutan, maka perkara terbesar dalam sambutan Hari UMNO
ke-68 (pada 11 Mei 2014 – Ahmad Said dipecat 12 Mei 2014) adalah hari malang
UMNO mempunyai pemimpin seperti Najib Razak.
Adakah Muhyidin sudah
bersedia menggempur pemimpin yang tidak menghormati pendapat, mendengar masalah
rakyat (termasuk Ahmad Said sebagai seorang pemimpinnya) dan berpengetahuan
luas dalam mewarnai area politik negara yang kian bercelaru kini?
Ketika Najib
mengumumkan kejayaan Dasar Transformasinya pada malam 12 Mei 2014, rakyat
melihatnya seolah-olah membodohkan diri sendiri kerana ia tidak sampai kepada
rakyatnya sebaliknya tindakannya memecat Ahmad Said seolah-olah itulah wajah PM
dan UMNO cukup membuatkan orang lari meninggalkan UMNO yang busuk di bawah kendalian
Najib Razak. Adakah Muhyidin sanggup menggempur
Najib dan kembalikan UMNO ke pangkal jalan?
Bersediakan Muhyidin yang kental berjiwa Melayu mempertahankan partinya
berbanding ketuanya yang sombong itu? Bersediakah
Muhyidin mengetuai parti terbesar orang Melayu ini? Atau Muhyidin seperti Hang Tuah yang jantan
hanya untuk mempertahankan tuannya (Sultan), tetapi tidak sanggup
mempertahankan dirinya dan rakannya?
Sehingga jam 10:00
pagi 14 Mei 2014, inilah situasi politik Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.