Cerita
Nabi Yusof A.S. mengenai ekonomi.
Nabi
Yusof dipenjarakan oleh pemerintah Mesir atas permohonan Ketua Polis kerana
kononnya Yusof a.s. menggoda Isterinya (sedangkan dia tahu Yusof tidak
bersalah. Firaun (gelaran Raja di Mesir Kuno) mendapat mimpi yang tidak
menyenangkan tidurnya beberapa kali dan berharap ada individu berjaya
menterjemahkan mimpinya.
Yusof
ditunjukkan bagi merungkai mimpi sang Firaun. Menurut Yusof (dari mimpi lembu
gemuk dimakan lembu kurus), Mesir akan makmur
selama tujuh (7) tahun dan kemakmuran itu hendaklah disimpan kerana selepas
tujuh (7) tahun berikutnya, akan berlaku kemelesetan dan persekitaran ekonomi
(termasuk cuaca) yg tidak memihak Mesir. Telahan Yusuf benar dan beliau menjadi
penasihat ekonomi Mesir setelah itu dan menjadi pentadbir Mesir setelah Firaun
mangkat dan berkahwin dengan Zulaika (isteri Ketua Polis Mesir tadi).
Dalam
zaman moden kini, cerita Yusof A.S. itu masih relevan. Setiap tujuh (7) tahun
masalah ekonomi akan melanda kembali negara. Pada tahun 2007, Abdullah (Perdana
Menteri Malaysia) menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 seliter kerana harga
yg mahal di pasaran dunia dan menjerut leher pemerintah pada PRU 2008 dan pada
2009 beliau terpaksa meletak jawatan. Setelah tujuh (7) tahun berlalu
(2014/2015), Najib Tun Razak (Perdana Menteri kini) terpaksa menurunkan harga
minyak kerana harga komoditi itu turun di pasar dunia. Penurunan ini juga bukan
sesuatu yang baik.
Penurunan
itu memberikan kesan buruk kepada Malaysia yang mengeksport minyak petroleum
antara terbaik di dunia. Petronas menyumbang hampir 50% dari pendapatan negara
dalam pelbagai bentuk (Cukai, CSR, Royalti, pemberian dan Caj). Dengan
kejatuhan harga, keuntungan Petronas dijangka akan turut turun dan menjejaskan
Akaun Perdagangan Antarabangsa (Dollar dalam Simpanan Bank Negara) negara. Kini,
(minyak yang jatuh) memberikan kesan buruk kepada Malaysia apabila Ringgit
terus melemah (dengan anggapan Rezab Dollar oleh Malaysia yg melemah), pasaran
saham Malaysia yg muram (kerana spekulatif rezab) dan harga barang import
menjadi mahal dan eksport menjadi murah.
Nah,
itulah harga kisaran sebuah ekonomi yang harus dibereskan dengan baik semasa
dalam kemakmuran. Begitu juga dengan individu, senantiasa menyimpan wang dan
emas agar ia dapat menyimpan nilai. Pesanan untuk saya dan kawan-kawan yang sudi.
Terima kasih Yusof dan Allah yang telah "memberitahu" manusia akan
hal itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.