Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Selasa, 11 Februari 2014

Bersenam dan Diet: Mana Lebih Berkesan?



Membuang kalori menjadi perkara penting ketika kita ingin mengurangi berat badan. Ini adalah kerana ketika kalori yang masuk lebih banyak daripada kalori yang keluar dari tubuh, ia akan menyimpan kalori tersebut menjadi tenaga simpanan dalam bentuk lemak.


Cara mudah untuk membuang kalori di dalam tubuh iaitu dengan bersenam atau dengan mengatur pola pemakanan (diet)?. Sayangnya, sebahagian kita lebih memilih untuk fokus terhadap salah satu di antara kededua hal tersebut. Lantas yang lebih efektif, bersenam atau berdiet untuk membuang kalori?

"Kalau mahu hasil yang efektif, sudah tentu harus melakukan kededuanya," ujar doktor pakar gizi pemakanan Samuel Oetoro kepada Kompas Health. 

Namun di antara kededuanya, Samuel mengatakan dietlah yang lebih efektif dalam membuang kalori dengan sebaiknya. Menurutnya, dengan melakukan diet pengambilan kalori boleh dikawal sehingga lebih cepat menurunkan berat badan dibandingkan dengan berolahraga sahaja.

Oleh yang demikian, dengan hanya melakukan diet seseorang tidak akan secara terus menerus mengurangi berat badannya. "Ada suatu titik berat badan tidak akan turun lagi, kerana metabolisme menjadi sangat lambat," jelasnya.

Samuel menjelaskan, mengurangi pengambilan kalori melalui kaedah diet bererti melambatkan metabolisme tubuh. Perkara tersebut membuatkan semakin sedikit kalori yang dibakar, sehingga akhirnya menjadi kurang efektif pula.


Sementara itu, jika hanya melakukan senaman sahaja tanpa mengatur pola pemakanan, metabolisme memang meningkat dan lebih banyak kalori yang boleh dibakar. Namun jika kalori yang diambil secara berlebihan pula, kemungkinan lebihan kalori tersebut tidak mungkin dibakar semuanya dengan senaman tadi.

Sebagai contoh, ketika keperluan kalori tubuh seseorang adalah sekitar 2,000 kalori,  kemudian individu itu melakukan jogging selama 30 minit dengan kelajuan 8 km/jam, ia dapat membakar 250 kalori. Tetapi pada masa yang sama, kalori yang diambilnya pula  adalah 2,300 kalori. Bererti individu itu masih mempunyai 50 kalori yang berlebihan. Berat badan tetap akan meningkat secara terkumpul.

"Maka agar berat badan boleh diturunkan secara drastik, bersenam dan berdiet perlu dilakukan seiringan. Ketika pengambilan kalori dikurangkan, tubuh tetap dapat membakar lebih banyak kalori, tentu hasilnya paling efektif," tutur Samuel.

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Science, disamping bersenam, menyingkirkan makanan tinggi kalori dalam daftar santapan adalah salah satu kunci penurunan berat badan yang ideal.

"Lebih baik menggunakan piring dan mangkuk yang kecil supaya kita selalu makan dengan porsi yang hanya cukup-cukup sahaja," kata pengkaji Brent McFerran.

Khamis, 6 Februari 2014

6 Perkara Kenapa Air Mineral/Putih Penting untuk tubuh



Kebiasaan membawa botol air minuman dalam perjalanan atau saat pergi ke mana-mana pun mungkin belum menjadi kebiasaan bagi sebahagian masyarakat kita. Bila haus di tengah jalan, kebanyakannya lebih suka membeli sebotol air minuman ringan beraroma seperti teh atau soda atau air mineral.


Keperluan tubuh kepada cecair memang tak boleh di bantah. Cairan penting dalam memelihara keseimbangan serta proses metabolisme tubuh. Bila pengambilan cairan ke dalam tubuh tidak seimbang dengan pengeluaran, maka pasti anda akan mengalami gangguan atau dehidrasi.

Dalam memenuhi keperluan cairan, sebaiknya pilihlah minuman yang baik dan tak menimbulkan risiko bagi kesihatan. Salah satu yang terbaik tentunya adalah air putih, meski faktanya cairan ini kurang popular berbanding minuman soda beraroma dan beraneka rasa yang beredar di pasaran.

Supaya anda tidak meremehkan khasiat air putih (air mineral), berikut adalah enam fakta ilmiah betapa kebiasaan minum air putih secukupnya setiap hari penting bagi tubuh.

1. Pertahankan keseimbangan cairan tubuh
Fakta perubatan menunjukkan tubuh manusia terdiri daripada 60 peratus dari cairan.  Fungsi-fungsi cairan ini adalah untuk proses pencernaan, penyerapan, peredaran darah, menghasilkan air ludah, agen penyebaran nutrien badan, dan mengawal suhu badan.

2.  Kendalikan kalori
Sejak lama, orang yang menjalani program diet kebiasaan minum air putih yang banyak sebagai strategi menurunkan berat badan. Meskipun air tidak menghasilkan kesan serta-merta, menggunakannya sebagai pengganti minuman berkalori tinggi tentu saja akan sangat membantu.

"Program diet akan berhasil jika anda memilih air atau minuman tanpa-kalori sebagai pengganti minuman yang berkalori. Maka diet dengan mengambil makanan yang kaya dengan cairan lebih menyihatkan, berisi dan membantu anda membuang kalori," kata peneliti dari University State of Pennsylvania Barbara Rolls, dan juga penulis buku The Volumetrics Weight Control Plan.


3. Bantu bangkitkan otot
Sel-sel yang tidak mampu mempertahankan keseimbangan akan cairan dan elektrolit dalam badan akan mengakibatkan kekejangan otot.  Ketika sel-sel otot tidak memiliki cecair yang cukup, ia tidak akan berfungsi dengan baik dan kemampuannya berkurang.

Minum air ketika bersukan atau bersenam juga sangat penting. American College of Sports Medicine menyarankan bahawa dua jam sebelum berolahraga adalah masa yang baik untuk seseorang meminum 17 ons cairan.

4.  Kulit tetap bercahaya
Kulit anda sebenarnya mengandung banyak air dan berfungsi sebagai benteng dalam mencegah hilangnya cairan tubuh. Namun jangan pula berharap bahawa kelebihan cecair dalam tubuh dapat dijadikan sebagai cara ampuh menghilangkan kedut dan kesan luka pada kulit.

5.  Pelihara fungsi ginjal
Cairan tubuh merupakan media yang juga mengangkut sisa kumuh badan untuk keluar dan masuk ke dalam sel. Racun utama dalam tubuh adalah nitrogen urea darah, sejenis cairan yang dapat melalui ginjal yang kemudiannya diproses dan disalurkan dalam bentuk urin atau air kencing.

Ketika tubuh memiliki cukup cecair urin akan mengalir bebas, jernih, dan tidak berbau. Namun ketika tubuh tidak mempunyai cecair yang mencukupi, warna dan bau urin akan lebih kelihatan lagi kerana ginjal harus menyerap cecair lebihan untuk menjalankan fungsinya. Tak hairanlah apabila anda minum sedikit air, risiko anda mengalami penyakit batu karang akan meningkat terutama pada iklim tropika atau panas seperti di Malaysia ini.

6.  Pertahankan fungsi normal usus
Resapan cecair yang cukup dalam tubuh akan membuat makanan yang melalui saluran penghadaman dapat mengalir dengan lancar dan mencegah terjadinya sembelit. Ketika anda tidak mempunyai cukup secair dalam tubuh, usus akan menyerap cairan dari sisa kumuhan tubuh atau tinja untuk terus menjaga keseimbangan suhu tubuh badan. Oleh itu, sudah tentu buang air besar anda akan bermasalah dan mengakibatkan kesan sampingan yang lain pada tubuh kerana sisa kumuhan digunakan kembali oleh tubuh.

Jika zaman persekolahan dahulu, anak-anak Cina sanggup sanggup membawa sebotol besar air masak atau air mineral dari rumah berbanding membelinya di kantin.  Bagi anak-anak orang Melayu, mereka lebih gemar membeli sirap atau oren di kantin berbanding dibekalkan dirumah.  Oleh itu, sehingga besar mereka tetap inginkan air beraroma atau berperisa serta soda yang sudah semestinya tidak bagus untuk tubuh jika diambil dengan kerap. 

Apa salahnya jika membawa air mineral dan letakkan di dalam beg mahupun kereta dan minumlah saat ia diperlukan berbanding perlu membeli.  Berjimat dan berhemat hak anda, tetapi kesihatan harus diperhatikan juga.  Dianggarkan sebanyak 3 juta jiwa telah mendapatkan rawatan di Hospital awam dan swasta tahun 2013 kerana pelbagai jenis penyakit.  Oleh itu, hargailah kesihatan dan masa depan anda.  Apalah adanya cuma air mineral tetapi mampu menjaga kesihatan kita. 

Isnin, 3 Februari 2014

7 Jenis Teh dan Manfaatnya



Begitu banyak jenis teh yang kita temui jika kita berbelanja di pasar raya. Anda pun mungkin tertanya-tanya apakah jenis-jenis teh ini dan apa manfaatnya kepada kita. Mari kita semak pelbagai jenis teh dan manfaatnya bagi kesihatan kita. Seperti yang ditukilkan dari Times of India berikut ini.

Teh hijau. Teh ini dianggap sebagai teh terbaik jika anda ingin menurunkan berat badan. Teh hijau mengandungi dos yang tinggi dari EGCG. Bahan ini memiliki sifat dominan yang berkesan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser pangkal rahim, payu dara, paru-paru, perut, dan sebagainya. Ia juga membantu dalam mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk), membakar lemak tepu dalam badan dan mengurangkan stress (tekanan).

Teh hitam. Teh ini sangat terkenal dan digunakan secara meluas. Terdiri dari daun teh yang difermentasi atau melalui proses penapaian, teh hitam mengandungi kafein yang tinggi. Menurut kajian, teh hitam sangat efektif dalam mengendalikan kerosakan paru-paru akibat dari tabiat merokok. Selain itu juga menurunkan risiko penyakit angina ahmar (stroke).

Teh oolong. Teh ini kurang lebih mirip dengan teh hitam, perbezaannya adalah teh ini difermentasikan dengan waktu yang lebih lama sehingga ia memberikan rasa yang lebih kuat. Akibat dari proses penapaian yang lama, enzim tertentu dalam teh ini boleh membantu mencairkan trigliserida dan membantu dalam penurunan berat badan.

Teh putih. Teh putih mengalami pengolahan secara minimum atau sedikit proses campur tangan manusia sehingga ia memiliki tingkat antioksidan yang tinggi. Antioksidan dalam teh putih ini membantu dalam mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas dalam makanan mahupun persekitaran. Selain itu, jika penggunaannya diambil secara teratur, ia membantu dalam menurunkan risiko barah, tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol dalam darah.

Teh Pu-erh. Teh ini adalah dari daun dan batang tanaman Camellia Sinensis. Kededuanya melalui proses penapaian/fermentasi dan penyimpanan yang panjang. Teh ini berguna untuk meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan dan membantu mengurangi kolesterol tinggi dalam tubuh.

Teh berperisa. Selain teh hitam, putih, atau teh hijau biasa, terdapat teh yang dicampur dengan pelbagai perisa seperti rasa kayu manis, lavender, cengkih dan sebagainya. Teh jenis ini juga memiliki kadar antioksidan yang sama, selain menambahkan rasa pada the yang diminum. Pilihlah yang bebas dari gula untuk menjaga kadar gula dalam tubuh anda.


Teh herbal. Teh ini adalah kombinasi buah-buahan kering, bunga, dan tumbuh-tumbuhan lain. Ada pelbagai jenis teh herbal ini di pasaran seperti teh chamomile, pepperment tea, dan sebagainya. Semuanya memiliki manfaat tertentu, sama ada dapat membuat tidur yang nyenyak sehingga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan stress anda.

Anda sudah cuba teh yang mana?