Selasa, 6 Julai 2010

Kerajaan Yang Perlu Jimat

PERBINCANGAN MEJA BULAT
BAKAL PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK SESI II/2010
INSTITUT TADBIRAN AWAM (INTAN) WILAYAH SELATAN (IKWAS)

Perbelanjaan Berhemah. Langkah Kerajaan untuk memperbaiki perbelanjaan dan penambahbaikan sistem sedia ada.

a. Mengubah sistem subsidi rakyat terbanyak dengan mengenalkan satu negara dua warga iaitu – penduduk miskin di bawah pendapatan tertentu layak membeli barang kawalan dengan harga murah serta bersubsidi. Manakala warganegara dengan pendapatan lebih 9seperti dipersetujui) tidak layak mendapat kemudahan subsidi tersebut. Aplikasi ini termasuklah makanan, bayaran cukai-cukai kenderaan, pembelian barangan lain (GST) dan perkhidmatan penting seperti kesihatan. Penduduk bukan warganegara seperti pendatang dengan/tanpa izin juga perlu membeli dengan harga penuh tanpa subsidi bagi semua barangan kecuali penjagaan kesihatan. Industri juga tidak boleh membeli barangan awam dengan harga awam kecuali perniagaan perantisan atau mendapat geran yang mengecualikan penarikan subsidi tertentu dikekalkan.

b. Memperkemaskan perbelanjaan awam di dalam GLC. Sebagai contoh, kerajaan harus tidak terlibat dalam perniagaan dan mengaut keuntungan dalam negara. Sebagai contoh, KWSP, LUTH, PNB, PLUS tidak dibenarkan terlibat dalam campur tangan kerajaan dan membayar konsesi yang tidak perlu. Kerajaan tidak perlu mewajibkan setiap wang KWSP, LUTH dan lain-lain untuk membuat untung dalam negara yang membebankan rakyat. Pinjaman kerajaan juga tidak harus melibatkan faedah yang banyak yang bakal membebankan pengguna. GLC harus berdikari dan mencari alternatif perniagaan tan meminjam dari wang awam dan berusaha menggandakannya. Keadaan ini akhirnya membebankan pengguna dan kerajaan sendiri seperti menaikkan kadar tol dan membayar konsesi yang tidak perlu.
c. Sistem penjara yang tidak efisien. Penjara sebagai tempat melaksanakan hukuman dan bukannya untuk menanggung pesalah dengan wang awam. Penghuni penjara harus mencari kaedah membuat keuntungan sendiri. Sebagai contoh, penghuni penjara harus menubuhkan koperasi dan perniagaan sendiri untuk mendapatkan dana bagi kegunaan harian mereka. Banduan harus dikerah dengan menjalankan fungsi perniagaan dan buruh awam yang kosong akibat kekurangan penawaran buruh. Dengan ini banduan akan serik dan akan berminat dalam kerja-kerja awam yang lebih bermanfaat serta takut untuk dihukum lebih lama dan tidak berani membuat onar. Banduan harus diberikan kerja seperti buruh binaan, kakitangan pembersihan bangunan di lokasi tentera dan sebagainya agar menjana pendapatan sendiri dan menggalakkan khidmat awam.
d. Bangunan dan prasarana tidak perlu tidak wajar didirikan. Sebagai contoh terdapat 3 stadium besar di Kuala Lumpur yang pada akhirnya menjadi gajah putih tanpa sebarang aktiviti dan pulangan atas pelaburan yang dibuat. Kerajaan harus peka dan dengan pembaziran dan mencegah perbelanjaan infrastruktur yang tidak memberikan pulangan melainkan hanya nilai-nilai estatik semata-mata.
e. Membataskan pemberian pencen kepada anak kakitangan dan warisnya sehingga had umur 21 tahun sahaja atau sehingga berkahwin dan membatalkan pencen. Juga dicadangkan agar pemberian pencen bagi gaji penjawat melebihi sekian ribu ringgit sebulan hendaklah terbatal sehingga akhir hayat si penjawat sahaja kerana ini memudaratkan kewangan awam. Disarankan agar kumpulan Turus UTAMA tidak menyertai skim pencen dan hanya sertai skim KWSP bagi menjimatkan pengaliran wang awam dari segi emolumen perkhidmatan.
f. Kerajaan tidak harus memberikan subsidi serta mewujudkan monopoli dalam satu-satu industri. Kerajaan juga tidak wajar untuk memberikan pinjaman perniagaan kepada masyarakat awam dengan kadar faedah kerana tugas kerajaan adalah memberi perkhidmatan pada rakyat dan bukannya menjadi peniaga kepada mereka. Oleh itu, mendirikan satu perusahaan tempatan dan menggalakkan koperasi tempatan untuk mengusahakan perniagaan dengan wang awam dapat menjimatkan kos kerajaan. Kerajaan harus memberikan ‘pancing’ dan bukannya ‘ikan’ demi kelangsungan hidup rakyat. Mendirikan perusahaan tempatan mengalakkan penduduk setempat bekerja dengan modal disediakan kerajaan dan harus diganti tanpa kadar faedah. Dengan itu, industri akan terus berkembang, produk tempatan akan bertambah, kreativiti meningkat, penggunaan barangan tempatan serta mengurangkan pengangguran dan kadar tidak membayar kembali pinjaman awam juga dapat dielakkan.

Jangan Mansuh UPSR & PMR!!!

PERBINCANGAN MEJA BULAT
BAKAL PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK SESI II/2010
INSTITUT TADBIRAN AWAM (INTAN) WILAYAH SELATAN (IKWAS)


Sistem Pendidikan Malaysia – Penilaian Semula dan Penambahbaikan sistem sedia ada.

a. Idea Awal

i. UPSR adalah penilaian yang diperkenalkan untuk menentukan sekolah Aliran Inggeris atau Kebangsaan pelajar sebelum ke Menengah Rendah. Penilaian pertama untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris serta aliran sekolah menengah rendah pelajar terbabit.

ii. PMR adalah ujian gantian bagi LCE (Lower Certificate Exam) bagi persediaan pelajar sebelum meneruskan pelajaran peringkat O’Level atau SPM. Diperkenalkan pada tahun 1993 – PMR menggantikan SRP adalah bertujuan menguji kelayakan pelajar sebelum mengambil SPM.

iii. Kedua-dua ujian/peperiksaan awam tersebut adalah penting untuk diduduki dan sekiranya gagal – pelajar perlu mengulang semula untuk naik kelas berikutnya.

iv. Pelajar lebih berorientasi peperiksaan dan kaki hafal teori berbanding praktikal.

v. Pelajar lelaki terus tertinggal di dalam universiti dan pelajaran.

vi. Sistem yang tidak praktikal untuk mewajibkan kanak-kanak dan remaja menghadapi tekanan untuk lulus dengan jayanya ujian tersebut sedangkan jika gagal juga pun masih boleh terus naik kelas.

b. Dicadangkan

i. TIDAK membatalkan kedua-dua peperiksaan tersebut.

ii. Memperkasakan sistem penilaian sahaja kerana jika dibatalkan pelajar akan membuang masa, tidak fokus serta tiada ujian peringkat keseluruhan (awam) untuk mengukur tahap pendidikan warganegara. Jika menunggu SPM, pelajar hanya tumpu semasa umur 15 ke 16 tahun sahaja.

iii. Perbaiki sistem meritokrasi yang lebih adil serta mengembangkan bakat dan kemahiran selain dari peperiksaan teori sahaja yang membosankan serta tidak mengembangkan minda pelajar untuk kreatif dan inovatif.

iv. Membahagikan markah peperiksaan awam seperti berikut:-


1. 50% peperiksaan berteraskan teori – penilaian dibuat oleh Kementerian dengan peperiksaan awam yang standard ke seluruh negara berkaitan teori dan asas pendidikan.

2. 25% peperiksaan berteraskan Kecerdasan Emosi (EQ) seperti kaedah penyelesaian masalah, kawalan emosi, berfikir secara generik serta kreativiti dalam sesuatu bidang yang ditentukan. Ujian dijalankan di peringkat sekolah.
25% adalah berteraskan bakat, kemahiran dan juga kebolehan pelajar sendiri. Kaedah penilaian peer/rakan sekelas dan guru kelas dapat mendedahkan pelajar dengan minat dan kemahiran teknikal atau vokasional yang diminatinya serta mengembangkan minat pelajar dalam bidang tertentu yang diminatinya seperti sains, sosiologi, kesusasteraan, teknologi, inovasi dan juga sukan.

Pengangkutan Awam M'sia Lemah

PERBINCANGAN MEJA BULAT
BAKAL PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK SESI II/2010
INSTITUT TADBIRAN AWAM (INTAN) WILAYAH SELATAN (IKWAS)


Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia dan Lembah Kelang. Langkah memperbaiki dan menambah baik sistem sedia ada.

a. Kelemahan
i. Unconsistent Time – sistem pengangkutan sedia ada adalah terlalu lambat dan tidak menepati masa yang dijadualkan. Sistem juga tidak efisien apabila sering menunda perjalanan bas, tren komuter dan pemandu yang lewat.

ii. Unreachable – Kebanyakan sistem pengangkutan awam darat dibina bukan pada kawasan ‘mesra penduduk’. Individu perlu menaiki bas pengantara atau berjalan kaki untuk ke sesuatu stesen tren di Lembah Kelang. Sebagai contoh di Stesen PUTRA Dang Wangi yang tidak punya penduduk padat selain di Abdullah Hukum, Kelana Jaya dan Taman Jaya. Hanya digunakan dengan sambungan tren yang banyak dan melibatkan kos tambahan.

iii. Expensive – Sistem pengangkutan di Kuala Lumpur mengenakan kos yang mahal serta tidak bersepadu. Jika menaiki tren STAR, harga yang dikenakan sekian banyak dan jika terdapat sambungan lain, maka ia perlu dibayar lagi. Selain itu sistem tidak berintegrasi iaitu PUTRA, Monorel, STAR dan Komuter adalah dari pengendali berbeza. Antara sambungan (inter-connection) yang jauh serta melibatkan kos yang banyak. Kos menaiki juga tidak sepadan dengan jarak, kemudahan, sambungan luar serta kepadatan isi penumpang.

iv. Perkhidmatan – selain perkhidmatan yang tidak efisien tadi seperti integrasi, pengendali berbeza, sistem juga tidak mengamalkan konsep mesra penumpang iaitu perlukan khidmat pelanggan yang baik. Selain itu, perkhidmatan tidak 24 jam dan tidak menyeluruh di Lembah Kelang. Penggunaan tandas juga perlu dibayar dengan harga lain sedangkan tandas adalah keperluan.

v. Kondisi – sistem pengangkutan tidak menggunakan lokomotif (tren) yang baik dan memudahkan penumpang seperti servis internet broadband, kemudahan tempat duduk mencukupi dan ruangan kopi semasa menunggu tren. Selain itu, terdapat juga lokomotif yang uzur serta kusyen yang buruk.

b. Aspek Perlu diperbaiki

i. Memperbaiki Masa – masa perkhidmatan perlulah ditambah kepada 24 jam jika perlu. Selain itu, menepati masa tren di stesen yang dijanjikan satu kemestian untuk individu menepati masa dan merancang masa mereka sendiri. Pemandu tren atau bas perlulah menepati masa memulakan operasi selain harus tiba di stesen yang dijanjikan pada masa yang tepat. Jika terlalu awal, hendaklah ditunggu penumpang dan tidak boleh terlewat walaupun beberapa minit.

ii. Sistem yang dihubungi – Perkhidmatan perlulah mudah dihubungkan dengan demografi penduduk. Lokasi membina laluan tren hendaklah di kawasan padat serta menghubungkan dengan infrastruktur awam dan tumpuan awam. Oleh itu ia lebih mesra penumpang. Sambungan tren juga hendaklah dekat serta tidak menyusahkan seperti inter-connection dengan PUTRA LRT Dang Wangi dan Monorel Bukit Nanas yang jaraknya hampir 1kilometer. Ini menyusahkan dan memenatkan pengguna.

iii. Kos Yang Murah – seharusnya pengguna menikmati satu kadar bagi satu perjalanan yang terkonsesi. Ini memandangkan sistem yang tidak cekap dan tidak integrasi menyusahkan pengguna. Sebagai contoh sistem tren di Hong Kong amat berintegrasi dan murah. Satu perjalanan dari/ke sesuatu destinasi adalah murah termasuk lokaliti kedudukan destinasi dituju, jarak dengan stesen yang lain, kepantasannya lebih murah dan terkonsesi.

iv. Perkhidmatan – Pengendali haruslah berusaha untuk membina satu perjanjian atau konsortium untuk menyeragamkan sistem agar bersepadu dan berintegrasi dari segi harga dan perkhidmatan. Jika boleh mengeluarkan satu jadual harga yang sama serta melibatkan satu kos bagi satu perjalanan walaupun pelbagai medium tren/bas. Selain itu tandas haruslah dikemaskan dan penggunaannya hendaklah percuma. Ruangan menunggu dengan banyak kerusi serta kemudahan internet hendaklah diberikan secara percuma. Pengendali juga perlu memikirkan mendirikan sudut kopi bagi pengguna yang ingin menikmati sarapan sendiri sambil menunggu tren sebelah pagi/malam seperti kedai kopi tren di tren Hong Kong dan Tokyo.

v. Kondisi – Keadaan bas dan komuter terutamanya hendaklah dikendalikan dengan baik serta sentiasa dibersihkan. Terdapat tren yang kotor serta berbau yang memualkan penumpang. Terdapat juga bas yang usang serta tidak sesuai lagi digunakan di atas jalan raya. Menambah baik serta menyeragamkan warna adalah satu idea yang mampu memberikan persepsi yang positif kepada penumpang.