Selasa, 6 Julai 2010

Pengangkutan Awam M'sia Lemah

PERBINCANGAN MEJA BULAT
BAKAL PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK SESI II/2010
INSTITUT TADBIRAN AWAM (INTAN) WILAYAH SELATAN (IKWAS)


Sistem Pengangkutan Awam di Malaysia dan Lembah Kelang. Langkah memperbaiki dan menambah baik sistem sedia ada.

a. Kelemahan
i. Unconsistent Time – sistem pengangkutan sedia ada adalah terlalu lambat dan tidak menepati masa yang dijadualkan. Sistem juga tidak efisien apabila sering menunda perjalanan bas, tren komuter dan pemandu yang lewat.

ii. Unreachable – Kebanyakan sistem pengangkutan awam darat dibina bukan pada kawasan ‘mesra penduduk’. Individu perlu menaiki bas pengantara atau berjalan kaki untuk ke sesuatu stesen tren di Lembah Kelang. Sebagai contoh di Stesen PUTRA Dang Wangi yang tidak punya penduduk padat selain di Abdullah Hukum, Kelana Jaya dan Taman Jaya. Hanya digunakan dengan sambungan tren yang banyak dan melibatkan kos tambahan.

iii. Expensive – Sistem pengangkutan di Kuala Lumpur mengenakan kos yang mahal serta tidak bersepadu. Jika menaiki tren STAR, harga yang dikenakan sekian banyak dan jika terdapat sambungan lain, maka ia perlu dibayar lagi. Selain itu sistem tidak berintegrasi iaitu PUTRA, Monorel, STAR dan Komuter adalah dari pengendali berbeza. Antara sambungan (inter-connection) yang jauh serta melibatkan kos yang banyak. Kos menaiki juga tidak sepadan dengan jarak, kemudahan, sambungan luar serta kepadatan isi penumpang.

iv. Perkhidmatan – selain perkhidmatan yang tidak efisien tadi seperti integrasi, pengendali berbeza, sistem juga tidak mengamalkan konsep mesra penumpang iaitu perlukan khidmat pelanggan yang baik. Selain itu, perkhidmatan tidak 24 jam dan tidak menyeluruh di Lembah Kelang. Penggunaan tandas juga perlu dibayar dengan harga lain sedangkan tandas adalah keperluan.

v. Kondisi – sistem pengangkutan tidak menggunakan lokomotif (tren) yang baik dan memudahkan penumpang seperti servis internet broadband, kemudahan tempat duduk mencukupi dan ruangan kopi semasa menunggu tren. Selain itu, terdapat juga lokomotif yang uzur serta kusyen yang buruk.

b. Aspek Perlu diperbaiki

i. Memperbaiki Masa – masa perkhidmatan perlulah ditambah kepada 24 jam jika perlu. Selain itu, menepati masa tren di stesen yang dijanjikan satu kemestian untuk individu menepati masa dan merancang masa mereka sendiri. Pemandu tren atau bas perlulah menepati masa memulakan operasi selain harus tiba di stesen yang dijanjikan pada masa yang tepat. Jika terlalu awal, hendaklah ditunggu penumpang dan tidak boleh terlewat walaupun beberapa minit.

ii. Sistem yang dihubungi – Perkhidmatan perlulah mudah dihubungkan dengan demografi penduduk. Lokasi membina laluan tren hendaklah di kawasan padat serta menghubungkan dengan infrastruktur awam dan tumpuan awam. Oleh itu ia lebih mesra penumpang. Sambungan tren juga hendaklah dekat serta tidak menyusahkan seperti inter-connection dengan PUTRA LRT Dang Wangi dan Monorel Bukit Nanas yang jaraknya hampir 1kilometer. Ini menyusahkan dan memenatkan pengguna.

iii. Kos Yang Murah – seharusnya pengguna menikmati satu kadar bagi satu perjalanan yang terkonsesi. Ini memandangkan sistem yang tidak cekap dan tidak integrasi menyusahkan pengguna. Sebagai contoh sistem tren di Hong Kong amat berintegrasi dan murah. Satu perjalanan dari/ke sesuatu destinasi adalah murah termasuk lokaliti kedudukan destinasi dituju, jarak dengan stesen yang lain, kepantasannya lebih murah dan terkonsesi.

iv. Perkhidmatan – Pengendali haruslah berusaha untuk membina satu perjanjian atau konsortium untuk menyeragamkan sistem agar bersepadu dan berintegrasi dari segi harga dan perkhidmatan. Jika boleh mengeluarkan satu jadual harga yang sama serta melibatkan satu kos bagi satu perjalanan walaupun pelbagai medium tren/bas. Selain itu tandas haruslah dikemaskan dan penggunaannya hendaklah percuma. Ruangan menunggu dengan banyak kerusi serta kemudahan internet hendaklah diberikan secara percuma. Pengendali juga perlu memikirkan mendirikan sudut kopi bagi pengguna yang ingin menikmati sarapan sendiri sambil menunggu tren sebelah pagi/malam seperti kedai kopi tren di tren Hong Kong dan Tokyo.

v. Kondisi – Keadaan bas dan komuter terutamanya hendaklah dikendalikan dengan baik serta sentiasa dibersihkan. Terdapat tren yang kotor serta berbau yang memualkan penumpang. Terdapat juga bas yang usang serta tidak sesuai lagi digunakan di atas jalan raya. Menambah baik serta menyeragamkan warna adalah satu idea yang mampu memberikan persepsi yang positif kepada penumpang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.