Selasa, 6 Julai 2010

Jangan Mansuh UPSR & PMR!!!

PERBINCANGAN MEJA BULAT
BAKAL PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK SESI II/2010
INSTITUT TADBIRAN AWAM (INTAN) WILAYAH SELATAN (IKWAS)


Sistem Pendidikan Malaysia – Penilaian Semula dan Penambahbaikan sistem sedia ada.

a. Idea Awal

i. UPSR adalah penilaian yang diperkenalkan untuk menentukan sekolah Aliran Inggeris atau Kebangsaan pelajar sebelum ke Menengah Rendah. Penilaian pertama untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris serta aliran sekolah menengah rendah pelajar terbabit.

ii. PMR adalah ujian gantian bagi LCE (Lower Certificate Exam) bagi persediaan pelajar sebelum meneruskan pelajaran peringkat O’Level atau SPM. Diperkenalkan pada tahun 1993 – PMR menggantikan SRP adalah bertujuan menguji kelayakan pelajar sebelum mengambil SPM.

iii. Kedua-dua ujian/peperiksaan awam tersebut adalah penting untuk diduduki dan sekiranya gagal – pelajar perlu mengulang semula untuk naik kelas berikutnya.

iv. Pelajar lebih berorientasi peperiksaan dan kaki hafal teori berbanding praktikal.

v. Pelajar lelaki terus tertinggal di dalam universiti dan pelajaran.

vi. Sistem yang tidak praktikal untuk mewajibkan kanak-kanak dan remaja menghadapi tekanan untuk lulus dengan jayanya ujian tersebut sedangkan jika gagal juga pun masih boleh terus naik kelas.

b. Dicadangkan

i. TIDAK membatalkan kedua-dua peperiksaan tersebut.

ii. Memperkasakan sistem penilaian sahaja kerana jika dibatalkan pelajar akan membuang masa, tidak fokus serta tiada ujian peringkat keseluruhan (awam) untuk mengukur tahap pendidikan warganegara. Jika menunggu SPM, pelajar hanya tumpu semasa umur 15 ke 16 tahun sahaja.

iii. Perbaiki sistem meritokrasi yang lebih adil serta mengembangkan bakat dan kemahiran selain dari peperiksaan teori sahaja yang membosankan serta tidak mengembangkan minda pelajar untuk kreatif dan inovatif.

iv. Membahagikan markah peperiksaan awam seperti berikut:-


1. 50% peperiksaan berteraskan teori – penilaian dibuat oleh Kementerian dengan peperiksaan awam yang standard ke seluruh negara berkaitan teori dan asas pendidikan.

2. 25% peperiksaan berteraskan Kecerdasan Emosi (EQ) seperti kaedah penyelesaian masalah, kawalan emosi, berfikir secara generik serta kreativiti dalam sesuatu bidang yang ditentukan. Ujian dijalankan di peringkat sekolah.
25% adalah berteraskan bakat, kemahiran dan juga kebolehan pelajar sendiri. Kaedah penilaian peer/rakan sekelas dan guru kelas dapat mendedahkan pelajar dengan minat dan kemahiran teknikal atau vokasional yang diminatinya serta mengembangkan minat pelajar dalam bidang tertentu yang diminatinya seperti sains, sosiologi, kesusasteraan, teknologi, inovasi dan juga sukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.