Terdengar dalam
liputan akhbar setempat (26 Jun 2014) bahawa seramai 15 orang penduduk Malaysia
telah terkorban akibat dari mengangkat senjata melawan rejim Basyar Al-Ashad,
seorang pemimpin Syiah yang menunjangi kuasa Syiah di sempadan Israel dan dunia
Arab.
Bahawa Syria atau
Suri adalah bumi yang diberkati bagi pedagang-padagang yang melalui kawasan ini
dari Mekah menuju Baitul Maqdis. Pada
zaman pemerintahan Umayyah di Madinah, terdapat segolongan penduduk yang mengasingkan
diri dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah memencilkan diri di antara
jalan-jalan pedagangan ini – kaum Assasyin iaitu segolongan lelaki yang berdiam
di sahara yang panas mengasingkan diri dari diperintah rejim Muawiyah.
Golongan ini berada
di antara Iraq dan Syria tetapi di luar kekuasaan Parsi dan Empayar Rom, mereka
membentuk sistem pemerintahan kafilah mereka sendiri serta hanya bergaul sesame
sendiri dan tidak taat pada pemimpin Khalifah Al-Rasyidin dan Muawiyah. Sedang mereka (penyokong Ali dan Hussin RA) menjanjikan
Hussain bin Ali sebuah hijrah yang baharu ke Iraq dan membaiahnya pemerintah
Iraq, akhirnya Hussain terbunuh di Karbala kerana menentang pemerintah umat
Islam yang sah (Ulil Amr). Kelompok
pembelot ini akhirnya tetap dipinggirkan dari pemerintahan Islam yang bertapak
di Madinah dan meneruskan legasi Muhammad SAW secara (Sunnah Wal Jamaah – Dalam
Satu Sistem Yang Sama mengikut suara terbesar).
Terpinggirnya
golongan ini di sekitar pesisir jalan antara Syria dan Empayar Parsi dan Rom
menyebabkan mereka tidak dihiraukan sehinggalah mereka menjadi satu kaum yang
berpegang kepada adat-adat mereka dan mencampuradukkan Islam yang Tauhid kepada
sati baiah yang melampaui akal fikiran terhadap manusia yang lain seperti
fahaman mereka – Imam Dua Belas. Inilah
menyebabkan mereka di gelar kafir. Kafir
yang pertama adalah kerana mereka keluar dari pemerintahan Islam yang
disepakati ramai (Ulil Amr) dan yang kedua mereka mengagung-agungkan Hussin bin
Ali melebihi dari Muhammad SAW sebagai Nabinya.
Sedangkan selepas Muhammad bin Abdullah, tiada sesiapa lagi yang
diberikan taraf maksum dan hendaklah berpaling kepada Al-Quran dan
As-Sunnah.
Golongan Assasyin
inilah yang membantu tentera-tentera Frank (Empayar Rom Barat) menentang
Kerajaan Wazir Mesir yang diperintah oleh Salahuddin bin Ayubi pada 1099M. Golongan ini menggunakan teknik berperang ala
gerila bagi membunuh musuh-musuh agama dan politik mereka. Nama pembunuh berani mati dalam Bahasa Inggeris
“Assassin” ini diambil dari sifat juang golongan Syiah ini menentang Wazir
Mesir dan Pemerintah Islam yang telah berpindah ke Iraq. Dengan bantuan tentera dari Syria, Wazir
Salahuddin berjaya mematahkan serangan-serangan kaum Frank dan mengekalkan
status aman di Mesir dan sepanjang laluan ke Baitul Maqdis.
Iraq yang menjadi
nadi peradaban dunia sejak kelahiran manusia terus menjadi lokasi penciptaan
sejarah sehingga kini. Golongan Syiah
yang menguasai Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussin (Ahli Sunnah) terus menerus
membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah kononnya sebagai kafir kerana tidak
mempertahankan Hussin bin Ali ketika dalam hijrahnya ke Iraq serta menganggap
Kerajaan di bawah sistem Khalifah adalah kafir dan tidak mengikut ketentuan Allah. Dendam mereka yang dibuli dan diabaikan
semasa pemerintahan Saddam turut menyemarakkan benci mereka kepadaAhli Sunnah
selama ini. Kini, Rejim Basyar Al-Ashad
dibela-bela kerana sefahaman dengan akidah mereka. Duit-duit keuntungan dari bumi Iraq
dilaburkan dengan baik kepada rakan sekufunya Syria dan Basyar menggunakannya
dengan membunuh Ahli-Ahli Sunnah yang dianggap belot kepadanya.
Benarlah kata-kata
pujangga bahawa “sekiranya kering sungai-sungai di Kufah dan Baghdad, setinggi
gunung pun emasnya, ia akan membawa bencana kepada Islam dan Akidah Tauhidmu”. Oleh itu, dengan keluarnya “Emas hitam” dari
sungai Tigris dan Euprathes tersebut, maka bermulalah perang antara umat
Islam. Malangnya, Syiah ini mendapat pembelaan
yang sewajarnya dari tentera kafir iaitu Amerika yang menggulingkan Saddam dan
menyedut minyak Iraq sehingga kelontang.
Iraq pula menyokong krooni seagamanya Basyar dalam membunuh penganut
Ahli Sunnah tersebut.
Oleh itu,
bagaimanakah lagi Islam ini? Islam yang
terpisah menjadi Sunnah dan Syiah sering bermusuh. Sedang Iran (Syiah) kononnya dianggap
fundamentalis dan ekstrims dalam beragama Islam dilihat sebagai satu ancaman
kepada Barat (Kristian) tetapi sebenarnya adalah sekutu kaum kafir yang
dipergunakan untuk membunuh umat Islam yang lainnya. Sama seperti kaum Frank menggunakan puak
Assasyin ini membunuh dan menghuru-harakan penduduk Mesir sebelum ini. Iran dianggap musuh Yahudi tetapi sehingga
kini satu tindakan provokatif pun tidak diambil ke atas Iran. Mereka bebas berada di pentas dunia dan
menggertak mana-mana Negara yang mereka suka tanpa sekatan dari Amerika mahupun
Israel. Jika ada pun hanya teguran
manja. Amerika tidak kisah dengan Iran
kerana “dosa” orang Iran/Parsi kepada bangsa Frank (Orang Kulit Putih –
Kristian) telah terbalas diserang Saddam pada 1980an. Bahkan mereka berterima
kasih kepada bangsa Parsi/Syiah ini kerana membantu mereka menggulingkan Saddam
dan menyedut minyak Iraq dengan rakus.
Sehinggakan “perang
saudara” di Syria juga tidak diendahkan oleh Amerika walaupun terdapat
desakan-desakan kecil menonjolkan peranan Amerika jika dia adalah polis
dunia. Tetapi tindakan ke atas Basyar –
tidak ada.
Sejarah telah membuktikan
bahawa Kaum Parsi ini adalah kaum yang senantiasa menjadi pembela golongan
kafir dalam apa jua sejarahnya. Parsi
adalah kaum sama dengan keturuan Yakjuj dan Makjuj. Dimana pada zaman pemerintahan Israel yang
mengamalkan monotheism iaitu menyembah tuhan yang esa tetapi telah membelot
dari manhaj sebenar agama Yahudi, Allah
telah menghantar satu gerombolan tentera dari Timur iaitu bangsa Assyiria untuk
menghapuskan kaum Yahudi yang belot itu.
Rajanya Nebuchanezzar telah menghalau keluar Yahudi dari Israel (tanah
yang dijanjikan) keluar dari kota itu.
Tetapi kaum Parsilah yang telah membantu Yahudi kembali untuk kali kedua
ke bumi tersebut melalui Raja Medes.
Bahkan kaum Parsi ini
juga telah mengaplikasikan beberapa agama kaum Yahudi dan mengubahsuaikan agama
itu kepada suatu agama yang baru iaitu Zoroaster. Agama baru ini adalah seperti
agama kaum Yahudi ketika itu iaitu mempercayai kewujudan tuhan dengan
dilambangkan sebagai symbol api (ada yang menganggap Majusi), tetapi
mempraktikkan gaya hidup sederhana iaitu membezakan antara baik dengan buruk
serta membuat pilihan untuk ke syurga atau Neraka dengan pilihan sendiri
(Konsep ini diperluaskan dengan fahaman Yin dan Yang oleh tokoh bangsa China
kemudiannya). Akhirnya, agama Yahudi
telah dicemarkan oleh kaum Parsi ini tetapi membntu kaum Yahudi tersebut
memasuki Israel.
Kini perana kaum
Parsi juga sama. Mereka melalaikan orang
Islam yang lain kononnya sebagai ancaman kepada Israel dan Amerika tetapi pada
masa yang sama melalaikan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mengadakan perang
saudara di Syria. Mereka membunuh Ahli
Sunnah di Iraq dan Syria dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian dunia
dari sengekta Yahudi dan Arab Palestin (juga berfahaman Ahli Sunnah). Dengan kededua rantaian sejarah, kita dapat
melihat bahawa Parsi senantiasa mengubah suai sesuatu agama tauhid menjadi
agama budaya mereka yang baharu. Setelah
itu, mereka akan tetap membantu kaum Yahudi agar terus berada di bumi yang
dijanjikan iaitu Israel kini dari campur tangan umat Islam yang berfahaman Ahli
Sunnah.
Adakah anda percaya
Syiah kerana Islamnya yang sangat menyeleweng (mengagungkan manusia bernama
Hussin bin Ali – dari keturunan Rasulullah).
Adakah anda percaya Syiah yang menyokong Yahudi dan Amerika bagi menghancurkan
Arab yang membela Islam? Bacalah sejarah
dan kajilah bahawa bangsa Parsi ini senantiasa menjahanamkan manusia yang tidak
menyokong Yahudi. Jika dahulu Zoroaster
diciptakan untuk menyesatkan fahaman mentauhidkan Tuhan orang Yahudi, kini
Islam Syiah digunakan untuk menyesatkan umat Islam yang taat kepada Muhammad
SAW. Jika dahulu mereka menyokong Yahudi
masuk semula ke bumi yang dijanjikan, mereka juga memerangi kaum Muslimin yang
menyerang Baitul Maqdis dari tentera Kristian (Kaum Frank), kini mereka kembali
menyokong kaum Frank menyingkirkan Arab di Iraq dan Syria serta Bailtul
Maqdis.