Sabtu, 7 Jun 2014

Melayu Yang Memualkan........

Kendiri dan Kelakonan Melayu Yang Memualkan.

Membaca keadaan politik, ekonomi, nilai kemasyarakatan dan penakatan Melayu waktu ini memberikan satu aspirasi bahawa bangsa Melayu itu semakin memualkan.

Masakan tidak, terdapat segelintir Melayu yang Islamnya lebih teruk bahkan lebih totok daripada Arab itu sendiri. Ada juga yang Melayu yang duduk faham Islamnya seperti kulit bawang pegangan akidahnya seperti para si Munafiqun. Bila terlalu ekstrim Islamnya, semua benda jadi haram, terlalu rigid dan ekstra hati-hati, tawaduknya sehingga tahap dia sahajalah yang pernah dan tahu beragama selain seolah-olah dilahirkan dengan penuh maksum tanpa cacat cela. Selain darinya adalah sang kafir yang tak pernah betul walaupun cikgu atau mak ayahnya sendiri. Segelintir lagi Melayu yang tahap akidahnya bak dewata raya pula imannya sehingga sanggup berpelesaran dengan wewenang, berzina dan minum arak dengan berlapang dada tanpa sungkan, segan silu bahkan menjemput rakan sebaya waima mak dan ayahnya sendiri terlibat sama. Paling memilukan, mak ayah mereka sanggup terlibat membawa dadah ke penjeran atau sama-sama menggugurkan kandungan anak luar nikah kepada anaknya yakni cucunya juga sendiri bahkan ada yang membunuh pula bayi malang tersebut.

Detik ini turut menunjukkan Melayu semakin bodoh dan terus membodohkan diri sendiri. Maaf kata memang bodoh pun sejak selepas merdeka dan sampai saat ini pun terus bodoh tak sudah; diajar tak makan, dimaki tak mempan. Bila berkata-kata dia sahaja yang juara, bila beraksi dia sahaja yang hebat, pendek kata; ada tanah, dijualnya, ada ilmu didagangnya dengan saudagar mimpi mata sepet, ada bijak digadainya demi sebuah kerusi Ahli Parlimen, ada kaya pula mendongak dada kelangit tangan mendepang tak pandang bumi kering kontang yang dipijak.


Melayu memang begitu kemaruknya. Patutlah dijajah ratusan tahun tak pernah serik sebab sudah selalu menjadi hamba di bumi sendiri. Dagang lalu ditanak nasi anak dirumah dituba mati. Kini selepas merdeka pun perangai dan fiilnya begitu tak pernah berubah bahkan semakin parah bodohnya. Nama sahaja Malaysia iaitu Melayu Raya tapi bangangnya bukan sedikit, penakutnya bukan alang-alang, bodohnya bukan boleh diajar atau dinasihatkan. Langsung tak berakal hidupnya, tak berpedoman, kalau ada beberapa kerat sahaja.  Buminya dilimpahkan rahmat dan makmur tapi mereka sendiri papa kedana ditanah airnya, sebab sesama sendiri bercakar, mendengkam dan membunuh aspirasi sesama sendiri – dengkinya bukan kecil anak. Yang Islam tahap dewa pula kata yang seperti itu dan ini adalah kafir dan haram, almaklumkan dia lebih mulia dan maksum daripada Nabi. Yang fasik pula tak pernah hendak kisah dengan bangsa bodohnya sebab dia pun sama bengapnya.  Nanti diajarnya cara menjadi liberal, pakat dimaki hamun lah dengan lebai-lebai cap unta yang maksum katanya.

Yang perasan nak jadi pemimpin jangan kata, tak dapat bertakhta sanggup berkomplot menjatuhkan pemimpin yang lain sama bangsa dengannya dengan bantuan sang penjajah moden. Tak naik takhta, dia sanggup gunkana ilmu guna-guna, santau, bahkan sihir. Paling dahsyat mereka tak segan menjemput British, Amerika, China, Singapura atau apa-apa kuasa untuk membantu menjajah negeri sendiri. Yang rakyat kecil (pemimpin topi koboi) pula asal dapat makan, pakai dan sekelumit kuasa sanggup jadi tali barut dan barua, sama macam si Buang dalam filem Sarjan Hasan. Dah bagi contoh pun orang Melayu haram nak belajar. Bodohnya sentiasa bertingkat-tingkat, nak serik janganlah berharap sama sekali.

Lepas 57 tahun berkongsi kuasa kononnya atas paksi ketuanan Melayu ia semakin kelaut dan tak relevan kononnya. Ketuanan Rakyat pula prinsip modern kata halwa telinga, nak berubah kononnya – entahkan iya, entahkan tidak!. Tak sedar diri dia dibodohkan pula dengan ideology karut-marut ini bahkan tanpa segan-segan pula dia membangangkan orang lain. Bukan orang lain sebenarnya, bangsa dia sendiri.


Lepas 57 tahun katanya bebas dari penjajah dia sudah merdeka. Tapi tengok apa yang dia ada; nak cari makan pergilah tokak ke kedai Cina sebab nak beli sekilo gula. Nak harapkan Melayu, beli dadah lebih senanglah kalau nak mencari tokan Melayu. Pasal jual gula murah, untung kecil. Jual dadah pula cepat kaya, boleh naik haji lima enam kali.  Tengok orang pakai kereta, dia nak beli kereta, hutang bertahun pun tak apa sebab nak bergaya. Bak kata orang Perak; biar papa asal bergaya. Kerja pula sanggup jadi peon tauke Cina kononnya gaji lebih. Sanggup pula jadi babu dan macai tak apa asal dapat makan ayam goreng Amerika. Kalau kerja Kerajaan, kembangnya dada sampai nak meletup jantung. Hidung yang pesek tue sampai kembang sebelanga lah juga bangganya. Jiran sebelah lalu haram nak pandang, yang fakir miskin tak makan, harap nak bantu – kalau nak kutuk, iya, silakan!.

Bila dah bodoh dan sombong sampai macam itu, dia sahajalah yang mabrur, zuhud dan Islamnya lebih Arab dari Arab bahkan lebih maksum dari Nabi. Semua pandangan orang lain salah, semua tak betul kecuali dia dan kaum kerabat yang satu kapal dengannya. Walaupun Melayu makin kelaut sejak Merdeka tak mengapa sebab dia sahaja yang dapat makan ayam Amerika.  Kalau naik kereta kancil hutang 15 tahun tak mengapa, boleh pula cagaran refinance jika mahu dengan bank yang dikuasai orang Cina. Kuasa semakin kecil tak mengapa sebab dia boleh santau dan fitnah orang lain dengan ilmu maksumnya tadi.  Kerana dia pun terasa nak duduk di kerusi takhta itu. Adakah dia nak kisah kalau aku tak makan katanya sambil menghembuskan jampi serapah sumpah, seranah sebab dia pun sebenarnya kepingin bertakhta di atas singgahsana.

Akhirnya dengan kekuatan berpecah, ada pihak yang laga-lagakan, menambahkan nasi tambah semakin menjadi-jadilah. Sedaplah makan dengan ayam goreng Amerika. Sanggup hina kaum sendiri sebab dapat nasi tambah percuma, maka dia lupa bangsa dia semakin dihalau di tepi pantai, di tebing bukit yang curam. Tanah pamah yang Sultan dahulu kala dan nenek moyang dia warisi sudah lama digadaikan sebab nak pakai kereta kancil. Anak dia tak sekolah tak mengapa sebab Kerajaan dah bagi subsidi percuma, tak bagi tahulah dia berdemo dari pagi bawa ke petang, dari  siang sampai ke malam selain menjatuhkan hukum kafir dan haram pada Kerajaan sebab dia kan maksum kepada ahlimya. 


Sedar Melayu semakin memualkan, sang Raja Pentadbir berpakat nak menolong. Dok bagi nasihat, amanat sehingga tersantak wasiat Melayu tetap tak nak dengar; kononnya sebab Raja lah Tanah Melayu ini dijajah. Dek sedar Melayu ini semakin menjadi alat, sang Raja tawarkan agar dia membantu dengan diberikan kuasa atas tanah dan dijaga keluhuran wilayahnya. Menurut pandang sang Raja, jangan seperti nasib Temasek atau Kota Singa sebab suara-suara Melayu telah dikotak-kotakkan dalam rumah burung merpati, hingga tak boleh cakap besar. Insaf dengan suara undi demokrasi itulah sang Raja rasakan dia perlu bagi isyarat jelas bahawa nasib Melayu semakin hampir ke laut. Gelang Patah telah mematahkan jati diri orang Jawa bahawa suara mereka telah dikecilkan dengan ekonomi dan kuasa milikan rumah yang kecil. Jika tidak bertindak segera, contoh itu boleh menjadi ikutan di tempat lain.

Melayu bodoh seposen dua pula membantah kononnya mencampuri pentadbiran awam. Awam ke mana? Nak makan ayam goreng Amerika pun tunggu subsidi BR1M. Sanggup pula sediakan nota bercakap (talking point) pada pemuja munafik sementara mereka kononnya tidak demokrasi. Dia tak sedar, pada bila bila masa sahaja dia boleh direbus dan dicampakkan ke gaung dek bangsa itu kelak. Sanggup pula guna agama kononnya jubah yang dia pakai memberi isyarat itu adalah zalim. Zalim kepala hangguk dia!

Rakyat kecil pula takut jadi kafir, menurut sahaja kehendak Pemimpin Islam yang lebih maksum dari Nabi ini sebab nak jaga akidah katanya. Melayu ke laut tak mengapa asalkan takhta ini dapat berkuasa dan menjadi sorotan lensa kamera sambil makan ayam goreng Amerika, naik kereta Kancil. Nak bertekak sesama sendiri, ada aku kisah apa asalkan nak pangkah kotak lihat muka siapa nanti. Maka, layu la Melayu yang memualkan ini bersama pendampingnya yang punya keinginan tersirat – Mereka tahu atau berpura-purak tidak tahu, sebab nak duduk atas takhta?

Kini jika hendak bekerja dengan tauke Cina kena pandai jadi babu, kena pandai bodohkan Melayu lain, jadi macai, kena cekap makan ayam Amerika, kena bijak sediakan nota bercakap mengutuk orang dan paling afdal kalau boleh angkat diri sendiri sebagai umat Islam yang paling maksum kalahkan Nabi. Al Sultan nak bagi persedar pun tak mahu dengar kononnya dia lebih arif dan demokrasi. Dia lupa orang Melayu nak buat mancis untuk masak nasi pun tak tahu, nak jahit baju pun hantar ke kedai Bangladesh, nak makan pun kena pergi ke gerai Bakso Indonesia.


Alahai Melayu. Kenapalah aku boleh jadi seorang Melayu yang aku sedari padang kejayaan orang Melayu begitu kering kontang. Padang ekonomi dan pendidikan kaum pendatang ke tanah Melayu Raya ini pula subur lagi menghijau hingga jatuhpun tak terluka berkudis.  Mereka bercekar pun masih boleh makan daging panggang, engkau yang Melayu nak makan ayam goreng Amerika pun susah. Ekonomi dan pendidikan mereka takkan kemana manapun, kaya pun mereka berkongsi sesama bangsa mereka – nak bagi pada Melayu, jauhkan panggang ari api. Nak harapkan Melayu, kalau tak ada subsidi PTPTN boleh harap ke anak-anaknya nak masuk universiti? Masuk tadika pun harap bantuan RM100 kerajaan. Nak makan ayam goreng Amerika? Buat pilihan, 1. Tunggu subsidi BR1M, atau pun  2. Jadi barua dan babu mereka. Hidupmu akan senang.


Sayugia bila teringat dari 10 orang yang kaya di bumi Melayu Raya ini hanya 1 sahaja orang Melayu Islam. Yang lain semua ke laut, tapi kalau cakap, semua nak kelangit. Yang satu itu pun dia nak bomohkan sampai muntah hijau. Alahai Melayu, memualkan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.