Semalam semasa
pilihanraya umum ke-13, puak-puak pembangkang di Malaysia terutamanya
bangsa-bangsa DAP dengan yakin dan penuh tawaduk atas nasihat ketua de factonya Anwar Ibrahim mengheret SPR
ke perang dingin, menghasut jelata rakyat melakukan unjuk rasa membantah dan
protes keluhuran dan ketelusan pilihanraya yang kononnya ada pengundi hantu, terdapat
hamper 40,000 pengundi dari Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional (BN),
pengundi palsu atau pengundi dua kali serta semasa proses pengiraan undi sedang
berlangsung, berlaku tindakan petugas yang mematikan bekalan elektrik agar
memihak pada pihak di sebelah sana (BN). Tetapi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)
tetap istiqamah walaupun fitnah-fitnah itu mengheret integriti dan maruahnya
selain dihina, dicerca, diunjuk rasa secara massa besar-besaran sehingga
menyusahkan orang lain.
Kini mereka pula (Parti Keadilan Rakyat – PKR) mengadakan
pemilihan dalaman parti. Walaupun mereka melaungkan hak kebebasan memilih dan
meraikan demokrasi secara liberal total tetapi dengan sedikit telingkah
dalaman, sebenarnya mereka hanya berkata retorik palsu sedap dikata tak
tertunai pada hakikat yang realiti atau nyata. Akhirnya mereka terpaksa akur
bahawa SPR yg mereka keji dan hina itu telah lakukan proses pengundian yang terbaik
dari mula masa berkempen hingga kepada pengiraan undid an pengumuman rasmi
kemenangan pihak parti yang menyertai pilihanraya di Malaysia. Tidak pula untuk
mereka. Mereka menggantung, membuang, memecat malah mengkritik dan mengecam
pihak atau ahli yang berbantah dalam pemilihan mereka sendiri.
Seharusnya mereka harus lebih telus agar SPR juga dapat
belajar dari penakatan dan perbuatannya.
Rupanya tidak, mereka bahkan lebih kejam dan zalim kepada ahlinya sendiri yang
sudah tentu bukannya 10 juta pun pengundi berdaftar di Malaysia. Tidak
setanding SPR, pemilihan mereka yang sekebun kangkung itu telah mengheret integriti
mereka ke lembah kehinaan dari kata luta, maki dan cacinya sendiri. Benarlah
kata orang; mengata dulang paku serpih, mengata orang dia pula yang lebih.
Di manakah Puan Ambinga dan penyajak terkenal A. Samad Said dan
para pendukung kempen BERSIH? Apa duduk letak pendirian mereka dalam bab ini? Mengapa
tidak bersuara dalam duduk letak perkara ini? Atau hanya tahu nampak salah
orang bahkan salah sendiri disorok? Bangkai gajah tak dapat disorok dengan
nyiru. Kuman seberang laut kelihatan, babi depan mata tak terlihat tak terhidu
perinya. Alahai......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.