Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)
Pandangan dua posen......
Tahun 1946 adalah tahun British Military Administration (BMA) yg baru mendapatkan Tanah Melayu dr Jepun (yg tewas dlm WWII) menubuhkan gagasan Malayan Union. Dan ia memaksa Raja Melayu bagi memaksa Malayan Union diterima oleh semua penduduk Tanah Melayu secara mutlak. Tetapi gagasan Malayan Union ini ditolak dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1948 dan tahun yg sama Borneo Utara di pisahkan dari kekuasaan rasmi Kesultanan Sulu dan dibahagikan kepada North British Borneo secara Crown Colony (Australian Military) dan Filipina. Sarawak pula dalam perbincangan dgn British dan Brunei bg melepaskan kuasa Rajah Brooke kpd Sykt Hindia Timur walaupun telah dilaksanakan dgn perbincangan yg saksama (secara pentadbiran khas selepas British masuk semula ke sana selepas WWII).
Pada tahun ini Akta kontroversi ini diwujudkan bagi memaksa semua penduduk Tanah Melayu dan kededua belah Borneo yg tidak dimasukkan ke dlm Indonesia Raya (yg membentuk negara bangsanya pada1945) agar patuh kepada Tanah Air sendiri dgn British sebagai tuannya secara tidak langsung. Suka atau tidak, semua pihak harus akur. Falsafahnya, British mahu memaksakan ideanya diterima (walaupun Malayan Union telah ditolak) oleh semua penduduk tanpa sekatan dan halangan lagi. British harus tebus kembali kegagalannya yg kedua di Malaya serta pemberontakan oleh keluarga Sulu dan rakyat Sarawak yg mahukan Rajah Brooke.
Akhirnya Akta ini wujud dan dikekalkan agar orang Melayu dan Bumiputera Borneo (ketika itu secara berasingan) tidak membunuh kaum2 pendatang sama ada warga British sendiri sbg Pentadbir Tanah Jajahan, kaum Cina sbg pekerja dan pedagang, Ceylon dan India yg dibawa oleh British utk bekerja - yg kemaruk dlm revolusi Merdeka dan gerak saraf komunis. Ini kerana gelombang hasutan pihak haluan kiri dan tengah sedang aktif menyebarkan propaganda masing2 mengikut acuan Jepun serta teknik hasutan gerila untuk menyertai puak mereka dan seterusnya mencetuskan rusuhan dan kacau ganggu awam termasuk menghina dan menimbulkan rasa marah dan geram rakyat kpd subjek tertentu i.e. Raja, Pemerintah, sistem birokrasi Kerajaan spt tentera, dan agama Islam.
Tanpa Akta ini, kemungkinan besar Tanah Melayu dan kededua Borneo akan disatukan di bawah payung Indonesia Raya yg menggila ketika itu oleh pihak berhaluan kiri. Terutama parti politik yg ekstrem ketika itu (MCAJA, Bintang Tiga dan Parti KRIS yg ingin memasukkan Malaya dlm Gagasan Indonesia Raya Sukarno). Gagasan Indonesia Raya yg bergerak secara massal itu telah memaksa ideologinya ke atas semua warga Tanah Asia Tenggara sebelah sini utk menjadi wilayahnya hingga memaksa Papua yg berada di sebelah sana turut dimasukkan ke dlm Negara Baru itu - dan ia berjaya menerusi kempen gerilanya.
Akta ini jugalah yg menjamin dan membendung bukan bumiputera untuk terus berada di sini (sejuta penduduk bukan Melayu mendapat taraf warganegara yg saksama semasa Merdeka 1957) pd masa yg sama kita (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) dpt berkumpul dan berada dalam satu gagasan Malaysia iaitu sbg sebuah Negara Bangsa; 1Negara dgn 3 Wilayah yg ada hak eksekutif (kabinet) yg sendiri. Sehingga China meniru konsep yg sama apabila Hongkong dipulangkan semula kpd China pada 1997.
Kita tidak dimasukkan dalam gagasan Indonesia Raya bahkan kita bersama sama membentuk gagasan Malaysia iaitu negara bangsa acuan British (yg mengandungi Ireland, Scotland dll wilayah) yg bersatu dan memperolehi kesaksamaan di mata dunia sehinggakan passport negara kita menjadi antara buruan jutaan manusia utk memperolehinya.
Nota: Malaya adalah termasuk Singapura dalam konteks ini kerana ia adlh pusat pentadbiran British di sini, manakala Labuan adalah pusat pentadbiran British di Borneo. Slps Gagasan Malaysia, Singapura keluar dr gagasan ini dan Merdeka secara sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.