Pelarian Dalam Kaca Mata Malaysia
Dalam konteks dunia
moden kini, Malaysia adalah sebuah negara bangsa apabila ia bersekutu bersama
Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara yang dikenali Malaysia. Kesatuan bangsa ini (bangsa yang majmuk ditakrifkan
umum sebagai Bumiputera dan Bukan Bumiputera) yang dibentuk pada 1963 telah
bersetuju secara politik dan diperlembagakan untuk menentukan hak sempadan
wilayah dan kedaulatan masing-masing merangkumi Persekutuan Tanah Melayu
(Malaya), Sabah dan Sarawak. Sehingga
hari ini, ketiga-tiga Wilayah ini menjalankan tugas penjagaan sempadan secara pentadbiran
Wilayah di tempat masing-masing yang dinamakan Malaysia tetapi atas nama
Malaya, Sabah dan Sarawak.
Sesiapa sahaja dari
warga Tanah Melayu yang ingin ke wilayah Sabah dan Sarawak perlulah
mengemukakan dokumen pengenalan (walaupun dalam satu negara) dan barang siapa
yang tidak diberikan izin untuk masuk ke Wilayah itu, adalah hak kepada Kabinet
di negeri tersebut dalam menentukan hukum imigresen yang terpakai. Manakala bagi warganegara lainnya yang ingin
berkunjung ke Malaysia (Malaya, Sabah dan Sarawak), sebanyak 194 buah negara telah
bersetuju dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia dibolehkan ke negara
ini dan warganegara ini juga boleh ke negara-negara tersebut. Sehinggakan passport Malaysia mendapat tempat
ke-9 sebagai passport yang paling digemari untuk dimiliki oleh penduduk dunia
kerana “kuasa diplomatiknya”.
Pelarian dan Malaysia
Malaysia adalah sebuah
negara Islam moderat dan mengamalkan nilai-nilai tertentu dalam menjaga
hubungan kaumnya yang pelbagai. Dalam negara
yang mengamalkan Islam selaku agama rasmi serta agama lain diterima untuk
diamalkan (bukan disebarkan), serta etnik yang banyak maka satu kawalan agar
rusuhan atau pertempuran antara kaum dan agama hendaklah dielakkan. Malaysia telah bersetuju menganugerahkan 1
juta warganegara kepada penduduk Cina dan India yang di bawa masuk ke Malaya
oleh British sebelum merdeka. Oleh itu,
komposisi kaum dan agama amat memainkan peranan di sini. Kata-kata, perbuatan dan apa-apa cubaan bagi
menaikkan kemarahan atau perasaan tidak sihat boleh menjejaskan negara ini
walaupun sekecil apa pun – perlu dielakkan.
Sejak itu, tiada lagi anuegarah warganegara secara massa dikurniakan
kepada bangsa lain selari dengan desakan orang Melayu yang menolak Malayan Union pada 1946.
Pada 24 Oktober 1945
semasa menamatkan krisis Perang Dunia ke II, Pertubuhan Liga Bangsa Bersekutu
(PBB) telah ditubuhkan. Dan dalam pada itu
bagi menangani krisis kemanusian dan politik, PBB dalam konvensyennya
mewujudkan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Pelarian Liga Bangsa (UNHCR) bagi
mengizinkan pemberian taraf pelarian
kepada pihak yang dirasakan perlu. Pada
1951 - mengenai Hak Pelarian dan sebuah
Protokol 1967 (Pelarian) yang bertindak langsung ke atas pelarian tadi
(khususnya negara bangsa).
Dalam definisi ini
pelarian adalah seseorang yang melarikan diri dari negara asalnya dan mencari
suatu suaka di negara lain kerana didakwa atau diancam dengan sesuatu hukuman
akibat dari pertikaian dan perbezaan dengan negaranya akan Keturunan, Agama, Kebangsaannya, penyertaan dalam suatu kumpulan sosial
massa dan pencanggahan politik dari negara asalnya – layak diberikan
pelindungan sebagai pelarian.
Mana-mana negara dunia
menandatangani konvensyen tersebut tetapi tidak bagi Malaysia yang mempunyai
terma dalam sistem Perlembagaannya yang tersendiri sehingga kini. Malaysia adalah salah satu dikalangan negara-negara
moderate lagi moden yang tidak menandatangani dan bersetuju dengan tatacara
dokumen tersebut.
Benar, di Malaysia tidak
sedikit jumlah pelarian sehingga hari ini terdapat lebih 143,435 pelarian dari
pelbagai pelosok dunia dan bukan sedikit dari negara bangsa yang datang untuk
mendapatkan suaka khusus tersebut; sama ada secara politik, ekonomi, krisis,
bencana dan kemanusiaan. Mereka dapat
masuk dan bernaung tetapi TIDAK diiktiraf secara rasmi di Malaysia – termasuk tidak
boleh bekerja dan membuat apa-apa fahaman yang berlawanan dengan negaranya ke negara
ini serta menyebarkan kempen-kempen awam dan menggugat kedudukan asas negara asal
pelarian itu berada dan hasutan lain terhadap massa di negara ini. Khusus dan jauh dari itu, Malaysia memastikan
Islam akan sentiasa dibela dan didaulatkan dalam apa jua konvensyen – begitulah
yang berlaku pada pelarian Somalia, Negro (Afrika), Bosnia, Kemboja, Bansa Moro
(Filipina), Acheh (Tsunami) dan kini Myanmar (Rohingnya).
Beberapa desawarsa
yang lalu, Malaysia mengizinkan pelarian dari Kemboja memasuki sempadan negara dengan
mudah diikuti dengan Bosnia sehingga kepada Myanmar terutama kepada etnik
Rohingnya yang tidak berwarganegara setelah kewujudan pemerintahan awam di sana. Jumlah pelarian pada hari ini datang dalam
pelbagai bentuk, etnik, kesatuan liga dan negara, fahaman politik termasuk
bencana dan mara bahaya yang dialami di negara sendiri. Demi untuk sebuah kedaulatan, Malaysia hanya
menghulurkan tangan sebagai satu bantuan secara terhad.

Menghormati Hak Asasi Manusia
Malaysia meletakkan
Islam sebagai tiang utama yang menangkis hak asasi manusia yang bertentangan
dengan Islam. Individu yang dihalau dari
negara asalnya yang menghina Islam, melaungkan kebebasan beragama, perjuangan
LGBT, liberalism Islam serta fahaman komunis adalah disekat secara mutlak di
pintu-pintu sempadan waima sebagai pelarian menanti hukuman mati sekalipun
kerana Malaysia mempertahankan Islam lebih utama berbanding individu dan
fahamannya yang bercanggah. Malaysia
sering dikritik kerana hal ini kerana menghalang perkahwinan sejenis, penghina
Islam atau sesiapa yang cuba menyemai perkara yang tidak murni di negara ini –
kerana mempertahankan asas (fundamental) negara.
Malaysia juga tidak
mengiktiraf kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang lahir di negara ini dan
memberikan mereka pendidikan dan kesihatan kerana bagi Malaysia, mereka
mempunyai masalah dengan ulil amr (pemerintah) mereka dan Malaysia hanya tempat
mereka berada seketika dan bukannya berdiam secara domisil terus dan
berkerakyatan negara ini untuk dibela-bela.
Oleh itu, membangunkan anak bangsa, kesihatan dan pendidikan anak-anak
Malaysia lebih utama dan darurat berbanding individu lain yang menentang
fahaman ulil amr mereka sendiri.
Manakala bagi
pelarian bencana seperti Acheh dan Bosnia, kelonggaran bekerja telah diberikan
dan demi kanak-kanak mereka sendiri, mereka boleh mengadakan pungutan untuk
membiayai sekolah mereka dan bukannya pendidikan formal dari wang rakyat
Malaysia. Walaupun bantuan diberikan,
tetapi ia adalah bersifat bermesra dan menyalurkan kepada mereka yang
memerlukannya.
Walau pun kelihatan
Malaysia sangat tegas dengan undang-undang dan konvensyen Pelarian ini, tetapi
Malaysia tetap mempunyai jiwa yang santun apabila pelarian Rohingnya ini boleh
bekerja dan mengutip derma dan dana dalam negara ini termasuk kepada NGO bahkan
ada yang bekerja dengan tekun sekali.
Cuma keizinan kanak-kanak untuk menjadi warganegara Malaysia dan
mendapatkan pendidikan dan kesihatan yang saksama dengan warganegara tidak diberikan.
Benar, ramai
kanak-kanak ini tidak berwarganegara dan menjadi pelarian (stateless) di Negara
ini khususnya di Sabah dan Kuala Lumpur tetapi ini adalah kerana tindakan orang
tua mereka. Malaysia pastinya tidak
boleh berbuat apa memandangkan negara ini bukan penerima pelarian dan
menjadikan mereka warganegara dengan semudah itu. Membangunkan pribumi dan rakyatnya lebih
memprihatinkan pemerintah Malaysia. Oleh
itu, menekankan fundamental Malaysia itu lebih penting berbanding bersetuju
dengan hak asasi manusia (barat) yang mengangungkan kebebasan mutlak berbanding
Malaysia – mempunyai kebebasan dalam acuan dan ruang lingkup Islam dan
terpelihara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.