Memaparkan catatan dengan label hudud; PAS; DAP; UMNO; BN; Keadilan; Israel; Yahudi; Islam; Pagan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hudud; PAS; DAP; UMNO; BN; Keadilan; Israel; Yahudi; Islam; Pagan. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mac 2015

McDonal, Mesir dan Israel.......




Israel ialah Hamba Allah yang diberikan namanya oleh Allah SWT kepada Nabi Yaakub a.s. dan anak-anaknya seramai 12 orang. Dari kededua belas orang anaknya ini, Allah telah menjanjikan kpd Nabi Ibrahim a.s. bahawa akan anak cucunya akan dijadikan bangsa besar yg menghuni Kana'an kelak. Seorang anak Yaakub ini telah dibuang ke sebuah mata air (perigi padang pasir/oasis) dan dikutip pedagang hamba dan menjualnya kpd orang Mesir (bangsa Qibti).

Anak yang dibuang itu ialah Nabi Yusuf a.s. dari isteri kesayangan Nabi Yaakub yang berkongsi ibu bersama Benjamin (cicitnya melahirkan Nabi Isa a.s.). Setelah dijual ke Mesir, Yusuf menjadi hamba kpd Ketua Polis Mesir. Di pendekkan cerita, Zulaikha isteri sang Ketua telah menggoda Yusuf dan menyebabkan Yusuf dipenjarakan. Sebagai rasul Allah, Yusuf juga mempunyai irsan (keajaiban sebelum kenabian) iaitu boleh menafsir mimpi. Beliau pernah menafsir mimpinya iaitu bulan dan matahari serta 11 bintang sujud kepadanya yg membawa maksud beliau akan dipatuhi oleh ibu dan bapanya sendiri (yg juga nabi) dan adik-beradiknya.

Di penjara, dia juga menafsir mimpi si pembuat roti Firaun dengan tepat. Akhirnya, beliau dipanggil untuk menafsir mimpi pelik Firaun (dlm post sebelum ini telah diceritakan "Penasihat Ekonomi Firaun"). Yusuf dibebaskan dan diminta menjadi wakilnya bagi menguruskan ekonomi Mesir mengikut firasat dan ramalannya. Mesir telah berjaya mengumpulkan hasilnya dan menjual hasil-hasilnya tersebut kepada negara lain yg sedang mengalami masalah kebuluran akibat cuaca. Ini termasuk kepada keluarganya di Kana'an.

Akhirnya, kesemua adik beradiknya dijemput ke Mesir dan diberikan tempat oleh Firaun kpd keluarganya. Selepas kematian Yaakub dan dikebumikan di Baitul Maqdis sebelah kubur Ibrahim, Ishaq dan Sarah, Keluarga Israel ini (anak-anak Yaakub) terus berdiam di Mesir sehingga menjadi kaum yang besar di Mesir. Dianggarkan ketika di zaman Nabi Musa a.s., bangsa Israel dari 12 orang tadi) telah berkembang biak menjadi 400,000 ke 600,000 orang yang ditugaskan membuat binaan di Mesir sebagai buruh paksa. Bangsa Israel ini telah melupakan jasa Yusuf a.s. dan kaum ini dijadikan buruh paksa yg membina kubur Firaun dan rumah Tuhan-tuhan bangsa Qibti seperti Piramid, Sphinx dan rumah-rumah berhala lainnya.

Setelah Musa a.s. diutuskan dan diberikan Taurat (Kitab suci yg pertama utk Israel), bangsa Israel yg dibawa keluar dari Mesir (melalui permohonan yg amat sukar dari Firaun sehingga akhirnya Firaun mati ditelan laut) terus melupai jasa nabinya itu. Akhirnya, bangsa Israel yang degil dan sombong ini terus diazabkan dengan ujian yang bertimpa-timpa sehingga akhirnya mereka tetaplah terusir dari tanah yg dijanjikan Allah kpd mereka sehingga kini.

Dalam revolusi minda Israel oleh Alex Bein (Yahudi kelahiran German), beliau yg mengasaskan teori Zionist mengingatkan kaum Israel itu bahawa tanah yang dijanjikan itu tidak akan diberkati untuk didiami selagi Israel lupa kpd penderitaan mereka dihina menjadi buruh kasar di Mesir. Maka, dijadikan cerita bahawa dalam mengadakan dolar Amerika atau apa-apa simbol kekayaan dan kejayaan, hendaklah meletakkan gambar piramid bagi menggambarkan bahawa bangsa mereka pernah merempat dan dijadikan hamba tebusan oleh bangsa Qibti. Oleh itu, simbol piramid dan bangunan kuno Mesir mengingatkan darah dan air mata Yahudi di suatu masa dahulu sebelum diselamatkan oleh Musa a.s.

Walaupun begitu, bangsa Israel ini masih tetap sombong dan degil dengan janji Allah. Mereka masih mengamalkan riba, tipu daya dalam segala urusan dan mempermain-mainkan agamanya sendiri. Peristiwa Sabath, dikepung oleh Jalut, berkelana di pinggir Kana'an dan menyembah patung lembu (oleh Samiri), adalah bukti mereka sgt degil. Sehingga kini, sistem perbankan dunia masih berteraskan riba' atau interest mengikut konsep ekonomi Yahudi/Israel ini.
 
Oleh itu, selagi mana kita (umat Islam) ini terus terpedaya dengan teori dan pendapat Yahudi/Israel ini, selagi itulah kita akan terus tertipu dengan muslihat mereka. Mereka mengingatkan penderitaan mereka dihina dengan simbol kekayaan (dollar), tetapi kita masih terus ditipu walaupun Allah telah sebut berpuluh kali di dalam Al Quran. Siapa nak dengar cakap Allah (Al-Quran) dalam zaman kononnya moden ini? Tidak-tidak, kata-kata Yahudi/Israel juga kita patuh sebab membawa dolar kepada kita.


Moral of the story ada 2. Pertama, Kita terus dibodohkan oleh Yahudi/Israel dan kita still setia dengan tipu daya mereka dan kedua, cuba tengok McDonald (dan kedai milik US dan Yahudi lain), dah mula yg tutup aurat sekerat (pakai tudung, baju lengan pendek) masuk dan makan tanpa segan-segan. Bak kata orang, pantang sekerat. Cuba masukkan dialog P.Ramlee beberapa minit sebelum tamat filem 3 Abdul...... fikirlah sendiri, bro....

Selasa, 13 Mei 2014

Terengganu: Jantankah Muhyidin Menyangkal Najib?

Jantankah Muhyidin Menyangkal Najib?

Terengganu negeri kedua Timur di Semenanjung Tanah Air adalah sebuah negeri yang tenteram dengan kehidupan para nelayan, penduduk desa sehingga kepada penggali minyak di negeri “penyu bertelur” itu bertukar ganas dan menarik perhatian kini.

Suhu yang panas bukan kerana hangat mentari, tetapi kerana majlis perkahwinan anak MB yang dikisahkan menggugat sebuah kerajaan.  Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu (MB) sejak 2008 – apabila Idris Jusuh sebelum itu dinafikan mengangkat sumpah di hadapan Al-Sultan Terengganu Darul Iman walaupun menerima undi yang memuaskan.  Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi terpaksa akur dengan keengganan Al-Sultan menerima calon MB dari parti BN tersebut telah mencadangkan personaliti yang kurang politikus sebagai ganti yang menyandang jawatan tersebut sehingga merempuh Pilihanraya Umum ke-13 (PRU) yang lalu.

Syarat dalam menjabat jawatan MB diberikan kepada Ahmad Said sehingga setahun selepas PRU-13 tersebut dan Ahmad Said akur.  Janji memang harus ditepati, tetapi rintangan dan halangan dari Allah tiada siapa yang menghalang begitulah Ahmad Said telah menerima rezeki apabila anaknya mendapat jodoh dan bercadang melangsungkan perkahwinan anaknya dengan status sebagai “Menteri Besar”.  Nampak sangat peribadi dan tidak berjiwa besar dalam politik, tetapi Ahmad Said bukannya ahli parti yang semberono dan suka menggunakan kuasa secara salah.  Beliau jika telah berbakti sekecil manapun tetap mengharapkan ehsan dan sokongan rakan dalam menjayakan impian keluarganya – mengadakan perkahwinan dengan status yang hebat tersebut seperti kebanyakan bapa jika berpeluang.


Apakan daya, janji Perdana Menteri Najib Razak adalah janji keramat – jawatan tersebut harus digusur – suka atau tidak.  Pasal perkahwinan anak adalah peribadi yang tidak penting disisi negara mahupun parti.  Sebenarnya, air muka bagi orang Melayu yang kaya budi bahasa itu amat tinggi berbanding wang ringgit dan rupa paras.  Begitulah arakian kisah budi bahasa orang Melayu itu.  Tetapi setelah kad undangan diedarkan atas kapasiti Menteri Besar, jemputan kepada orang kenamaan telah mengesahkan kehadiran yang dibuat di rumah agam MB tersebut, dia terpaksa bergusur seminggu sebelum anaknya mengadakan majlis bersanding dan makan beradap – satu lagi khazanah perkahwinan orang Melayu.  Ahmad Said seolah-olah tidak diberikan satu penghargaan dan terima kasih atas sumbangannya kepada BN – beliau harus tinggalkan rumah agam tersebut dan mengadakan majlis perkahwinan peribadi di lokasi lain dan tidak menggunakan status MB bagi jemputan kenamaan yang telah dibuat.  Jika orang kebanyakan, Orang Kenamaan boleh tidak hadir ke jemputan tersebut, tetapi jika ada jawatan setidak-tidaknya orang kenamaan akan turut hadir kerana status MB tersebut dan Ahmad Said berasakan ianya hanya penghargaan kepada keluarganya. 

Siapa yang tidak terkilan dan berkecil hati?  Seminggu sebelum ayah pengantin mendapat menantu?  Seminggu sebelum majlisnya berlangsung? Apakah tidak ada sekelumit rasa bersalah dan penghargaan kepada figura ini walaupun namanya tidak sekental Anwar Ibrahim mahupun Rafizi Ramli di kem pembangkang?  Tetapi Najib Razak yang hanya mendengar khabar-khabar sang penasihat tidak mengupayakan permohonan Ahmad Said bertangguh SEMINGGU SAHAJA sebelum majlis telah bertindak menghalaunya keluar dari kediaman tersebut. 

Berang dengan layanan bak anjing kurap, Ahmad Said bertindak keluar parti sehingga menggoncang kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai tunggak pemerintahan negeri tersebut.  BN mempunyai 17 kerusi manakala saingannya daripada PAS 2 kerusi dan PKR 1 kerusi telah bergoncang dengan Ahmad Said dan 3 orang ADUN BN telah menjadi calon bebas.  Kini BN sedang bergolak mempertahankan takhta Kerajaan Negeri dengan 15 kerusi (seorang menarik balik keputusannya), PAS dengan 14 dan PKR 1 manakala bebas dengan 2 kerusi.  BN terselamat secara pentadbiran kerana mempunyai Speaker sebagai 1 suara dalam Dewan tetapi tidak berkerusi rasmi.  Jika tidak Dewan Undangan Negeri terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya Negeri (PRN) kena diadakan dalam masa 60 hari.  Hanya kerana PM yang tidak mempunyai sedikit budi bahasa, rasa berterima kasih dan menghargai orang lain. 
Jika tidak kerana Muhyidin memberikan campurtangan dalaman kepada krisis ini, (walaupun ada yang berbisik ada harga yang dibayar) sudah tentu seorang ADUN dari Bukit Besi menarik balik keputusannya.  Sedang Ahmad Said mempunyai teman rapat (seramai 6 orang) untuk menolongnya menggoncangkan BN di sana.  Tetapi rasional kawan-kawan hanya “tunggu dan lihat” kemelut ini dan hanya akan bertindak jika rakannya terus dianiaya parti kononnya keramat orang Melayu yang kaya budi bahasa itu.  Beranikah PM Najib turun ke Terengganu memberikan penjelasannya dan memegang kata-katanya?  Benar, janji juga satu perkara penting dalam Islam dan orang Melayu – harus ditepati.  Tetapi bolehkah budi bahasa dan rundingan diadakan dalam memecahkan hal ini, seminggu sahaja pun?

PM Najib sudah tentu Perdana Menteri yang mendengar kata-kata penasihatnya secara membuta tuli sahaja tanpa pertimbangan wajar dan tanpa melihat dengan kepala dan mata sendiri – hanya harapkan nasihat orang.  Oleh itu, jika krisis ini berlanjutan, maka perkara terbesar dalam sambutan Hari UMNO ke-68 (pada 11 Mei 2014 – Ahmad Said dipecat 12 Mei 2014) adalah hari malang UMNO mempunyai pemimpin seperti Najib Razak.

Adakah Muhyidin sudah bersedia menggempur pemimpin yang tidak menghormati pendapat, mendengar masalah rakyat (termasuk Ahmad Said sebagai seorang pemimpinnya) dan berpengetahuan luas dalam mewarnai area politik negara yang kian bercelaru kini?

Ketika Najib mengumumkan kejayaan Dasar Transformasinya pada malam 12 Mei 2014, rakyat melihatnya seolah-olah membodohkan diri sendiri kerana ia tidak sampai kepada rakyatnya sebaliknya tindakannya memecat Ahmad Said seolah-olah itulah wajah PM dan UMNO cukup membuatkan orang lari meninggalkan UMNO yang busuk di bawah kendalian Najib Razak.  Adakah Muhyidin sanggup menggempur Najib dan kembalikan UMNO ke pangkal jalan?  Bersediakan Muhyidin yang kental berjiwa Melayu mempertahankan partinya berbanding ketuanya yang sombong itu?  Bersediakah Muhyidin mengetuai parti terbesar orang Melayu ini?  Atau Muhyidin seperti Hang Tuah yang jantan hanya untuk mempertahankan tuannya (Sultan), tetapi tidak sanggup mempertahankan dirinya dan rakannya?


Sehingga jam 10:00 pagi 14 Mei 2014, inilah situasi politik Terengganu.