Rabu, 2 Jun 2010

Approval Permit (AP)


Tanganku Terikat Di Langit, Kakiku Terpasak Di Bumi – Mulutku Disumbat Api!
Episod: Approval Permit (AP)


Menggunakan kenderaan atau lebih tepat kereta di Malaysia amat dibutuhkan. Dalam bahasa mudah ia satu keperluan dan bukannya kehendak. Seperti makanan, keperluannya penting sebagai medium pencari makan. Fungsinya membawa diri dan keluarga – digunakan untuk hantar anak ke sekolah dan untuk sang bapa atau ibu bergerak mencari nafkah.

Kereta-kereta di Malaysia saban tahun meningkat sebabnya ia keperluan. Kenapa keperluan? Sebab sistem pengangkutan darat awam atau kenderaan awam di Malaysia berada dalam sistem ‘tolol’.

Teksi dengan perangainya tak mahu beralah, menaikkan harga meter, memilih penumpang serta selalu menipu jalan dan jarak.

Bas pula tidak cekap, kalau waktu perjalanan mereka suka berdalih kononnya kesesakanlah sedangkan bukannya nak ikut waktu yang tepat, suka melepak dan bersembang bila jumpa kawan-kawan. Masa tak ditepati selepas itu jalan ikut suka hati sahaja, lewat 5 ke 10 minit tue macam biasa. Kalau bas ekspres pula tak sah kalau tak ada yang mati saban tahun. Nyawa manusia macam nyawa binatang dah dibuatnya, yang penting trip mereka kencang – hujung bulan kocek penuh. Selamat tak selamat belakang kira.

Bab LRT Komuter pula, sampai penyek dibuatnya dalam kenderaan tersebut dibuatnya. Maka kalau naik untuk ke tempat kerja tue umpama masuk dalam tin sardinlah jawabnya. Sesak! Belum kira dengan lambatnya.

Maka, belilah kenderaan sendiri lebih selesa, boleh rancang masa sendiri, boleh rileks dalam perjalanan. Mudah.

Tapi masalahnya, kenderaan Malaysia mahal. Kena bayar tol, kena isi petrol (walaupun bersubsidi). Penggunaan minyak pula tidak menjimatkan seperti kereta Jepun mahupun Korea.

Maka, jika berduit sedikit belilah kereta luar negara – murah pun murah, kualiti pun elok dan bagus.

Tahukah kita setiap kereta yang diimport masuk ke negara ini perlu mendapat kebenaran (Approval Permit – AP). Satu AP itu amat besar nilainya – tak payahlah saya sebutkan. Ribu-riban jugalah sebiji.

Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin teruslah miskin. Sebab yang kaya dan berkroni dengan kerajaan sahajalah yang dapat AP tersebut. Pak Cik Ali dok kampung sana dan bukan tokoh usahawan tak boleh dapat AP tersebut. Paling penting Pak Cik Ali tue bukan ahli politik kanan dalam sistem pentadbiran. Maka Pak Cik Ali tak layak la dapat AP tersebut.

AP ini meneruskan sang usahawan kaya tadi terus menambahkan kekayaannya. Duit macam cetak-cetak pula di kedai pameran kereta importnya. Kereta nasional, lantak pi la yang penting poket aku kencang ujarnya.

Kalau dibiarkan, perusahaan industri kereta tempatan bukan bertambah maju bahkan mundur. R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) prototaip yang lebih hebat juga tak tentu hala sebab untung makin ciput. Bersaing dengan AP katanya. Maka buatlah kereta nasional ala-ala kadar aja. Asal dapat pulang modal sudah!. Kompetitif tue hanya dalam buku sahaja, tak praktik pun tak mengapalah.

Alahai sang penerima AP, kayalah kita sebelum mati. Eh! Salah tue kalau dah mati pun masih kaya. Berbelas-belas keturunan pun tak habis makan kata Pak Cik Ali kat kampung yang sekadar mampu menunggang kapcai honda tahun 70an dulu. Kesian Pak Cik Ali, melopong lagi!

Oh Kerajaan Rakyat, tak bolehkah beri sekat AP kepada kroni tertentu dan biar industri dalam negara terus berkembang pesat? Ambil tenaga dalam negara untuk majukan R&D negara dan bantu untuk rendahkan harga kenderaan dalam negara agar persaingan negara terus meningkat.

Ataupun, berilah Pak Cik Ali dan orang kampung tersebut peluang untuk menguruskan AP tersebut. Pak Cik Ali memang tak pandai, tapi kalau duit orang-orang kampung dikumpul bersama dengan duit Pak Cik Ali lalu dibuka satu koperasi untuk mengimport kereta-kereta tertentu dengan sokongan kerajaan, kan Pak Cik Ali dapat mulakan hidup baru dengan penduduk kampungnya.

Pak Cik Ali bolehlah digelar usahawan baru yang dibentuk kerajaan. Mesti Pak Cik Ali kata kat anak dia – “Inilah Hasil kita menyokong kerajaan, nak! Jangan lupa jasa mereka nanti.”

Kerajaan oh Kerajaan!! Tak boleh fikirkah???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.