Tanganku Terikat Di Langit, Kakiku Terpasak Di Bumi – Mulutku Disumbat Api!
Episod: GULA oh Gula!
Mendengar penjelasan DS Idris Jala pada minggu lepas (Mei 30, 2010) mengenai negara bakal muflis pada 2019 amatlah memeranjatkan. Manakan tidak RM73bilion digunakan untuk biayai subsidi dalam negara.
Suka saya ulas, Malaysia memang negara subsidi seperti ulasan-ulasan saya sebelum ini. KDNK negara mampu biayai hutang-hutang ini tetapi dalam defisit makin bertambah iaitu kira-kira RM360bilion setakat ini hutang luar negara. Satu angka yang besar jika tidak ditangani mampu menjejaskan ekonomi negara.
Setiap watan/nyawa rakyat Malaysia berhutang kira-kira RM15,000.00 seorang dalam negara ini – Malaysia.
Kerajaan hendak menarik subsidi gula, tepung, beras, minyak dan petrol, laluan bertol serta mana-mana subsidi berkaitan berdikit-dikit sehingga tahun 2015 untuk mengurangkan kira-kira RM103bilion dalam tempoh tersebut.
Inilah kerajaan rakyat; Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan.
Berat hati saya untuk mengulas tetapi apakan daya saya; tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi dan mulut disumbat api!
Jom kita lihat satu fenomena ini – Yang kaya terus kaya dan yang miskin makin miskin walaupun gaji meningkat.
(saya pernah ulas jika gaji naik, biarlah barang naik sebab mampu menyelamatkan kitaran ekonomi. Tetapi jika kadar inflasi naik sedangkan ia hanya terkesan pada rakyat jelata (kelas pertengahan dan rendah) sedang kelas atasan tak terjejas – adakah agihan ekonomi kita betul dan stabil???)
Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit dalam subsidi gula yang diberikan pada kilang-kilang gula di Malaysia seperti Gula CSR dan Seberang Perai. Sedang rakyat belinya dengan harga bersubsidi. Satu peket sekilogram sekitar RM1.65 dan baki RM0.45 telah diberi subsidi kepada kedua-dua syarikat gula terbesar tersebut. Berapa banyak RM syarikat tersebut akan peroleh dalam setiap tahun kewangannya??? Wajarlah salah seorangnya menjadi billionnaire negara.
(Semua orang dari kaya hingga miskin membeli dengan harga yang sama. Syarikat perniagaan lain SME atau Industri Kecil gula boleh borong secara haram untuk dapat harga subsidi. Tidak lagi rakyat derhaka yang menjual hasil subsidi ini ke negara jiran dan mendapat labanya – ketirisan subsidi)
Berilah kupon kepada golongan kelas tengah dan rendah untuk dapatkan pada harga subsidi sahaja. Yang lain-lain biar dibeli pada harga penuh. Selain itu, apalah salahnya jika kerajaan dapat bertegas dengan membuka dua atau tiga lagi lesen mengimport gula ini diberikan kepada koperasi bumiputera. Kan lebih manis gula itu jika harga pasarannya lebih terbuka tanpa campur tangan kartel yang membusuk dalam dua tiga kerat syarikat berbanding lebih enam ke tujuh syarikat yang lebih banyak lesen yang ada.
Kartel gula ini boleh dipengaruhi sang tauke yang menguruskan perniagaan gula bersubsidi ini sebenarnya. Sorok-menyorok gula menguntungkan kedua-duanya – sang tauke biadap dan sang pengedar kurang ajar. Mereka tetap mendapat laba dengan jual pada SME atau sorok dengan tujuan menimbulkan panik. Bila panik kerajaan akan tambah bekalan dan sang tauke akan dapat lebihan laba subsidi. Sedang kerajaan peruntukkan jutaan bahkan bilion ringgit untuk membiayai subsidi tersebut kepada tauke. Si penyorok gula pula dapat menjual pada SME atau perniagaan bahkan pembelot negara di sempadan negara. Alangkah bodohnya sang pemerintah dalam hal ini.
Berikan sahaja dua atau tiga lesen mengimport, mengilang dan membungkus gula kepada koperasi tertentu dan biar harga pasaran mengawal harga gula. Sekiranya kerajaan ingin juga mengawal hati dan perasaan rakyat kelas rendah dan sederhana rendah, berikan sahaja kupon untuk mereka tebus setiap kali pembelian.
Sang penyorok gula tak dapat sorok gula lagi sebab harga adalah ditentukan dengan banyak syarikat yang bersaing. Sang tauke akan menawarkan mengikut permintaan dan berlaku keseimbangan pasaran. Bukannya monopoli atau oligopoli tertentu.
Sang penyangak yang menderhaka menjual gula di sempadan dan seludup juga tak dapat berbuat apa sebab harga gula di pasaran mahal dan hanya kelompok tertentu sahaja dapat membeli gula pada harga bersubsidi.
Kerajaan oh Kerajaan!! Tak boleh fikirkah???

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.