Ahad, 20 April 2014

Perjalanan Suci (Umrah)

Perjalanan Suci (Umrah) 

Perjalanan suci menuju rumah ibadah tertentu telah bermula ribuan tahun sebelum masehi dimulai oleh Ibrahim (Abraham) dari Babylon ke Jerusalem (Tanah yang dijanjikan). Sejak itu, jutaan jiwa telah membuat pekerjaan mulia yang sama iaitu "umrah" dengan Bani Israel mendahului amalan tersebut diikuti oleh pihak Kristian selepas Kristian tersebar di benua Eropah dalam jajahan empayar Rom Timur. Perjalanan Yahudi dan Kristian ke Jerusalem juga adalah sama dan selari kerana kededua Rasul itu berada di kota suci tersebut dalam kelahiran dan dakwah mereka.  

Setelah kedatangan Islam, sejarah yg sama berulang dalam urusan perjalanan suci tetapi Muhammad SAW (Ahmad) telah memulakannya dari Madinah ke Mekah (negeri kota asal usul beliau) dan diikuti oleh jutaan jiwa Muslim kemudiannya termasuk mengerjakan Haji (Haji lebih utama berbanding umrah). Sedang Kristian menggunakan istilah "ziarah suci" bagi mengumpulkan tenaga memulakan "Perang Salib I", bangsa Israel ketika itu masih kekal berada dalam diaspora (kumpulan kaum kecil terasing di negeri-negeri Mediteranean) kerana dihalau dari tanah tersebut (Jerusalem) dan tidak dapat meneruskan "ziarah" ke "Tanah Yang Dijanjikan" kerana sumpahan oleh Tuhan dan juga kerana dosa-dosa mereka yang kekal angkuh dan degil dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Umat Islam pula tidak mengalami masalah dalam mengerjakan perjalanan suci mereka kerana kerana kiblat mereka telah ditukarkan ke Mekah dari Jerusalem dan perjalanan suci mereka pula tidak bertembung dengan bangsa agama tauhid (monotisme) yang lain (Yahudi dan Kristian). Sedang bangsa pagan (agama budaya) tidak mempunyai perjalanan suci ini.

Perjalanan suci ini telah melahirkan ribuan sarjana, ilmuan termasuk tokoh-tokoh agama dan sejarah yang terkenal selain Abraham dan Muhammad. Akan lahir juga dari perjalanan suci ini dari Timur seorang tokoh yang akan mengubah dunia modern iaitu Al-Mahdi manakala bagi kaum Yahudi dan Kristian mereka memanggilnya dengan Messiah.  Tujuan kededuanya (Al-Mahdi bagi Islam dan Messiah bagi Yahudi dan Kristian) adalah sama iaitu menegakkan kembali Syiar Tauhid yang semakin pudar di kalangan umat agama Monotiesme.  Tetapi bagi umat Islam mereka menjangkakan kebangkitan Al-Mahdi dan Isa akan membunuh kaum Yahudi di Jerusalem dan membesaskan tanah tersebut.  Manakala bagi agama Yahudi dan Kristian, kebangkitan Messiah adalah untuk menengakkan Kristian/agama yang sebenar.  Untuk makluman pembaca, Islam, Kristian dan Yahudi adalah dari teras agama yang sama iaitu mentauhidkan Keesaan Allah (Tuhan) yang Maha Mencipta dan Maha Besar.  Manakala dalam kepatuhan tauhid ini, Yahudi telah lama (kuno) dalam pentauhidannya dan Kristian juga telah ketinggalan dalam amalan dan ritual mereka kerana ia telah digantikan oleh Muhammad dengan agama Islamnya.  Oleh itu, agama-agama kuno ini (Kristian dan Yahudi) adalah batal dan mansukh.  



Selamat menunaikan umrah (perjalanan suci) kepada mereka yang telah dijemput Allah..... (Ke Mekah untuk penganut Islam dan ke Jerusalem bagi Yahudi dan Kristian) 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.