Orang
Kaya, Pandai Sering Menipu Orang Miskin, Kebanyakan?
Betulkah
orang yang bijak pandai dan orang yang kaya sering memanipulasi dan mengambil
kesempatan ke atas orang yang miskin dan kebanyakan? Bunyinya seakan kasar dan kesat, tetapi
benarkah?
Setiap
sesuatu hipotesis atau kenyataan biasanya datangnya dari beberapa teori dan
pengamatan yang mendalam. Cuma dalam hal
ini, bukan semua orang sedar. Orang yang
kaya adalah mereka yang memanipulasikan sesuatu kepada orang kebanyakan agar memberi
keuntungan kepada mereka. Begitu juga
mereka yang bijak akan senantiasa mengambil kesempatan ke atas sesiapa sahaja
yang terlalai.
Orang
yang miskin dan kecerdasan yang kurang akan segera terpesona dengan uforia
kekayaan, kejayaan dan kebijaksanaan sehingga menjadi hanyut dan tertipu dengan
semua benda yang dicanangkan kepada mereka.
Mereka akan segera percaya dan terpesona dengan momokan dan juga retorik
(kata kata manis) yang memicu menipulasi.
Teori mudahnya bahawa kata-kata manis boleh membunuh manusia seperti
mana semut boleh terbunuh kerana umpanan gula.
Baru-baru
ini penceramah bersiri telah datang kepada umum dan membawa khabar perniagaan
dan peluang perniagaan yang boleh membuaikan perasaaan mereka yang ingin berjaya
atas alasan motivasi dan perkongsian.
Tenaga motivasi ini memberikan kata-kata manis dan ceramah yang
menaikkan keyakinan tetapi pada masa yang sama beliau sendiri tidak mempunyai
sesuatu penakatan yang melayakkannya menjadi sebegitu melainkan akademik dan
teori ilmunya sahaja. Benarlah kata
orang, “orang yang berilmu boleh kaya, tetapi orang kaya boleh menghabiskan
hartanya tanpa ilmu”. Uforia itu
memberikan harapan palsu kepada para pendengarnya, dan individu tersebut
membuat cetakan wang yang sangat bagus.
Setiap
siri jelajah perkongsian motivasinya memberikan pulangan wang yang berbaloi
dengan kata-kata pujian dan hamburan idea-idea yang terawang-awang. Mereka yang terpesona dengan khayalan palsu
ini akan berbondong-bondong menghadirinya dan memberikan satu sumpah ikatan
kejayaan serta menyampaikan dari mulut ke mulut kepada mangsa yang lain, tetapi
wahasil balik ke asal – hanya kekal begitu.
Pun
begitu, mereka yang suka ‘ditipu’ ini memang tidak akan sedar kerana nikmat dan
terpesona dengan idea idea harapan itu tidak dapat memadamkan kenyataan yang
sedang mereka alami.
Orang
yang kaya pula akan menunjukkan kekayaannya serta sedikit kepandaiannya untuk
menipu dalam melariskan jualan mereka.
Akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang kebanyakan yang akan membeli
dan mencuba sesuatu benda yang baharu ini dengan sedikit tampalan maklumat
serta ‘pesona yang ditampilkan’.
Mengambil contoh mudah, menjual produk berjenama yang baik bukanlah satu
matlamat, tetapi melariskan produk agar boleh dibeli pada tingkat harga tinggi
dan manipulasi serta mengharapkan kualiti yang mereka berikan sendiri boleh
membodohkan pembeli.
Sebagai
contoh, penjual beg akan memberikan harapan palsu kononnya jenama dan produk
mereka adalah yang berkualiti dan terbaik dalam pasaran. Tetapi ia bukanlah satu matlamat dan jaminan yang
jelas pembuktiannya melainkan hanya untuk melariskan jualannya dengan harga
yang mahal kerana barangan modalnya.
Akhirnya,
pembeli-pembeli akan membeli kerana terpedaya dengan harapan palsu itu dan
kekalkan orang yang pandai dan kaya itu selalu menipu dan mengambil kesempatan
ke atas kebodohan dan kelalaian orang kebanyakan.
Begitu
jugalah dengan ahli politik. Tugas
mereka adalah mencetak wang atas modal mereka mengambil hati pengundi. Setelah mereka menerima mandat, harga
kepenatan mereka meraih undi akan dibayar oleh rakyat kembali. Mereka hanyalah berniat untuk keuntungan diri
mereka dahulu barulah sisa bakinya kepada rakyat, sama ada pihak pemerintah
atau pihak yang menentang – mereka itu sama sahaja seperti ular. Setelah menerima undi dan harapan daripada
rakyat yang dibuaikan dengan janji-janji manisnya, rakyat akan membiayai
kehidupan sosial mereka yang mewah dan elegan kononnya atas nama diplomatik dan
pentadbiran yang sejagat dan globalisisi.
Harganya adalah undi orang kebanyakan yang memberikan mereka kesempatan
itu.
Cuba
fikirkan sekali, adakah anda pernah diperlakukan begitu dan anda rela dalam
redha?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.