Dewasa kini, beberapa
perkara mengenai komunikasi telah menyelongkar segenap kamar jiwa masyarakat di
Malaysia sama ada orang awam, pemimpin politik dan pemimpin masyarakat termasuk
ahli pembuat dasar, pentadbir dasar sehingga penjual sayur di pasar turut membincangkan
hal ini.
Kempen ini bermula
apabila Tun Dr. Mahathir mendapati laman web dan blog beliau yang mengandungi
kalimat-kalimat menentang penjarahan Yahudi ke atas Tebing Gaza (pada Julai
2014) sehingga kepada tindak tanduk memboikot barangan dan produk Yahudi
merejalela di lelaman sosial termasuk di Facebook, Twitter dan blog-blog
percuma lainnya. Anehnya, beberapa
pengendali blog turut tidak terlepas dalam usaha menyuluh minda masyarakat agar
menentang penjarahan Israel ini yang turut diberikan amaran oleh pengendali
lelaman sosial berkaitan.
Umum mengetahui,
Malaysia adalah negara pengguna dalam aspek teknologi termasuk kandungan. Maka mereka menggunakan platform yang
dibangunkan oleh barat ini untuk meluahkan kekecewaan mereka. Oleh itu, tidak mustahil ramai yang berjuang
menentang kekejaman zionis ini menzahirkan amarah mereka yang paling ketat kepada
rejim kejam ini termasuk kepada sekutu kuatnya merangkap Polis Dunia – Amerika Syarikat. Walaupun membangunkan kandungan seperti
Facebook. Platform ini pula digunakan warga Malaysia dan dunia untuk menentang
mereka. Berang dengan tohmahan dan
kata-kata nista yang menyakitkan telinga serta duduk tingkah penduduk Malaysia
yang memainkan sentimen anti-Zionis ini, maka amaran serta tindakan menutup
leleman web penyuluh ini telah diambil.
Bagaikan tersentak
dari mimpi yang panjang – Tun Dr. Mahathir yang juga arkitek pembangunan
Koridor raya Multimedia (MSC) pada 1998 yang menerima tanpa bahas “kebebasan
dan keabsahan bersuara” khususnya di Media Internet atau dikenali media sosial kini
terkelu pucat. Bukankah beliau telah
diyakinkan bahawa dunia tidak akan mengawal walau seincipun kandungan di dalam
laman web, maka beliau tanpa ragu-ragu melunakkan cengkaman undang-undang dalam
Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 iaitu semasa memperkenalkan
internet tanpa tapisan di Malaysia.
Siapa yang tidak
kenal negarawan ulung Mahathir yang memerintah Malaysia dengan keluhuran
undang-undang dan pencegahan sehingga dia sering dianggap pelampau oleh
Barat? Undang-undang Anti Pemberontakan
Mahasiswa, undang-undang media cetak, undang-undang hasutan dan Akta
Keselamatan Dalam Negeri turut digunakan bahkan dibangunkan dalam usaha
memastikan keluhuran dan perpaduan umum terjamin tanpa hasutan dan kebebasan
mutlak. Tetapi dalam hal internet,
Mahathir mengambil sikap yang amat berbeza sekali.
Rasional Mahathir
dalam hal ini rupanya telah ditunjukkan Barat bahawa “kata-kata” mereka hanyalah
sekadar angina sepoi-sepoi yang bertiup.
Mana mungkin kebebasan mutlak itu diperolehi walaupun negara itu sendiri
yang meminda “First Amemandment” iaitu suatu undang-undang kebebasan
bersuara yang mutlak tanpa apa-apa kepentingan dan sekatan. Kini, Mahathir telah sedar bahawa Barat tidak
pernah jujur kepada sesiapa walaupun cuma sekali. Beberapa artikel saya sebelum ini sering
menilaikan bahawa “tiada kebebasan mutlak di dunia fana ini” bahkan sehingga turunnya Nabi dan Rasul, ia
masih di kawal selia oleh Malaikat dan Tuhan sendiri. Bahawa manusia itu suka menipu,
mengada-adakan cerita, membuat dan mereka cerita selain memutar belitkan
kenyataan melainkan Al-Quran yang telah dijamin oleh Allah SWT.
Kebebasan bersuara
ini memang tidak mutlak, Amerika Syarikat terasa terpukul dengan infografik
serta gambar-gambar yang berkapsyen yang mengutuk keterlibatan mereka dalam “perang
penghapusan etnik di Gaza” itu.
Seolah-oleh juara umat Yahudi di alaf moden, Barack Obama yang
ditunjukkan pro-Islam dan adil bersetentang 360 darjah berbeza daripada
sepatutnya. Dek penyuluh-penyuluh minda
umat Islam di Malaysia dan dunia yang bersatu mengenai kekejaman zionis ini
semakin memarak dek kezaliman tanpa henti, mereka menyekat blog dan memberi
amaran kepada manusiawi-manuasiwi ini yang cuba mencerahkan minda umat manusia
agar prihatin tentang nasib Gaza ini.
Begitulah hebatnya
Amerika Syarikat yang ingin menjadi polis dunia walaupun keadilan hanya
diletakkan dalam poket baju atasnya.
Kezaliman Yahudi Kejam ini disimpan dengan cermat dan terus menerus
menyalahkan Arab Palestin yang kononnya memulakan serangan. Sehingga artikel ini ditulis (Ogos 6, 2014)
seramai lebih kurang 1,800 orang warga awam dan kanak-kanak Palestin terbunuh
serta memusnahkan struktur bangunan masjid dan sekolah di Palestin senilai
RM16billion. Manakala di pihak yang
kononnya diserang hanya melihatkan 70 orang mati serta kos kerosakan yang
minimum bagi infrastruktur. Apakah ini
satu nilai keadilan? Penceroboh
disusukan, yang diserang dimaki hamun?
Polemik Yahudi pro-Zionis
ini membukakan mata Tun Dr. Mahathir mengenai internet dan tahap kebebasan
bersuara khususnya oleh Amerika. Dalam
hal ini, Tun telah tersalah tindak dan bercadang dan menggesa agar tapisan ini
dikenakan kepada talian kita supaya anasir dan gejala kerosakan minda warga
Malaysia dan Islam khususnya tidak diheret ke dunia kuning (hedonism)
sana. Apakan daya, Mahathir telah
tersilap langkah dan warganya telah makan “bangkai-bangkai” Barat ini sejak
internet di perkenalkan pada 1998.
Kerajaan Tun Abdullah dan Najib menjadi mangsa kebebasan internet dan
tidak-dapat-tidak, rakyat dalam negeri saling bertingkah sama sendiri sehingga
kini. Paling menyakitkan hati ialah
apabila ada dakwaan kononnya kaum Cina bebas memperkotak katikkan agama Islam,
umat Islam pula yang akan didakwa atas tuduhan hasutan atau penindasan agama
atau sensitiviti. Akhirnya, rakyat dalam
negeri akan berparang sesama sendiri kerana “kebebasan buatan” ini.
Saya tidak bercadang
mengulas kelakonan masyarakat yang semakin menggila khususnya dalam soal
keadilan berpilih, tetapi menjurus kepada tapisan kandungan yang sering
memperlihatkan ‘kelembapan” Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) yang kelihatan gagal menjadi pemantau dan pengawal selia kepada pengguna
internet ini. Dikatakan jika bukan
Islam, tindakan amat lambat tetapi jika Islam pula sebaliknya. Walaupun hipotesis itu satu anggapan/pendapat
umum yang cuba dimarakkan, tetapi kelihatan bahawa kawalan akan gagal jika
tanpa pencegahan yang bermanfaat/berhemah daripada awal. Mencegah lebih baik daripada mengubati.
SKMM harus memainkan
peranannya dengan lebih signifikan lagi dalam menyusun kandungan yang baik
serta menyekat (jika perlu) kandungan-kandungan yang ‘bermasalah’. Kadang kala ia cuba dibuatkan/dicetuskan oleh
pihak luar untuk memusnahkan keamanan kita.
Jika Tun Dr. Mahathir telah tersilap langkah dan cegat menyedarinya,
mengapa kita harus berlengah memperbaiki niat dan maksud beliau? Jawapan Datuk Shahril Tarmizi (SKMM) kononnya
sehingga menyekat Facebook atau Twitter seperti di China adalah maklum balas
yang amat ketat dan terlalu ekstrem komentarnya. Memadailah dengan mengawal selia talian dan
kandungan dengan cerdik pandai Information
Technologies Operator (IT) agar keadaan dalam negara kita kembali
sentosa.
Percayakah kalian
bahawa sebebas-bebasnya negara Singapura itu, mereka mengawal selia setiap inci
kata-kata rakyatnya walau apa jua keadaannya tanpa mereka sedar. Inikan pula kita yang kelihatan jauh dari “kemajuan
negara Singa” itu?
Apakah yang kalian
dapat dengan kebebasan Mutlak? Barat
hanya bercakap, tetapi tidak pernah bercadang melaksanakannya melainkan memaksa
orang mengikuti kehendak mereka sendiri.
Dari dahulu hingga kini…… Barat tidak pernah cuba belajar. Tunggulah bila sistem itu sendiri gagal di
sana! Mereka pasti mengubahnya 360 darjah tanpa modal. Sedang kalian telah berbunuhan sesama
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.