Ahad, 6 Julai 2014

Racun Barat Oleh Ulama Islam Malaysian Sendiri

Keracunan Barat

Malaysia merupakan sebuah Negara “Persekutuan atas Persekutuan” dan sebuah Negara bangsa sekular yang diwujudkan atas nama sebuah kemerdekaan palsu yang diberikan akibat tagihan sebuah parti politik tunggal orang Melayu – UMNO.  Maksud Persekutuan atas Persekutuan ialah:  Malaysia mengikat perjanjiannya antara Borneo iaitu Sabah dan Sarawak (sebelum itu termasuk Singapura) bersama sebuah lagi Persekutuan Tanah Melayu dari Semenanjung Malaysia.  Persekutuan Pertama Malaysia ialah Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri dari Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri-Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang. 


Manakala bagi negara bangsa, Malaysia menekankan beberapa ciri sekular yang sama semasa Merdekanya beberapa bahagian dunia Islam yang mengikut acuan Great Britain dan disusun kembali oleh Amerika (Sebuah Persekutuan Negara-Negara yang menjajah Dunia Baru).  Sejak keruntuhan Dar-al-Islam, sebuah Negara Tunggal umat Islam (Muslim) yang dikuasi oleh Turki Uthmaniyah, Great Britain, Perancis, Rusia, dan Jerman giat membahagikan hasil perang mereka dengan mewujudkan beberapa buah negara baru yang juga sekular.  Sekular dalam konteks ini bahawa negara-negara baru ini diberikan sempadan yang khusus, adalah satu suku atau kaum yang sama warna kulit/bangsa atau etnik, mengamalkan bahasa yang sama dan tunggal, sistem tulisan dan sastera yang tunggal serta mengamalkan ajaran atau anutan agama yang tertentu sahaja serta sistem pentadbiran yang memandang ke Barat sahaja.

Sedangkan semasa kepemerintahan Dar-al-Islam, agama tunggal Islam yang dianuti oleh segenap penduduk di wilayah Islam itu hanyalah beragama Islam tetapi mereka juga mempunyai pengikut agama dan ajaran lain (kafir zimmi), kebudayaan yang pelbagai, bahasa pertuturan yang banyak tetapi Bahasa Arab adalah Bahasa Rasmi, mempunyai kepelbagaian etnik atau suku bangsa serta bebas mengamalkan adat resam yang seiring dengan Islam yang Sejahtera itu.  Maka, kepelbagaian (diversiti) ini melahirkan satu ummah yang sihat, kuat serta mempunyai 1,001 macam politik, ekonomi, budaya, sastera dan cara hidup yang sentosa tanpa gangguan.  Manakala sang pemerintah hanyalah mengawal sistem ini dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada warganegaranya. 

Sejak kejatuhan Turki Uthmaniyah akibat kebusukan sistem pemerintahan yang korup, pelbagai ideologi Barat telah memasuki negara umat Islam ini yang merupakan jantung dunia.  Jantung ini telah dicemarkan dengan ideologi-ideologi asing yang kononnya demi kelangsungan Islam itu sendiri akibat kebodohan pemerintah dan si Ulama yang tersangat taksub dengan agama sehingga menafsirkan Islam secara sempit dan mengikut kehendak ukhrawi semata-mata.  Sedangkan Islam telah dimajukan 1,000 tahun lampau dengan penuh nilai kemasyarakatan yang lebih sempurna.  Arab adalah bangsa yang membesar dalam kekasaran dan selok-belok umat negara kota yang metropolitan.  Bukan seperti Kristian di Eropah yang mengamalkan sistem pertanian, Islam di Arab dibangunkan dan dikembangkan dalam sebuah negara kota yang mempunyai sistem lapisan masyarakat yang kompleks dan pelbagai (varian). 


Namun begitu, bila jantung dunia (Turki) ini telah tercemar dengan fahaman-fahaman karut marut dari Barat yang kononnya maju pada masa itu, Ulama-ulama pula meninggalkan cara hidup moden dan kota (kehidupan para Nabi dan Sahabat serta Khalifah-Khalifah lain sebelum itu), menjadi ulama yang menasihat ke arah kehidupan kampung yang sangat zuhud seolah-olah Allah menyuruh memilih kehidupan akhirat semata-mata.  Akibatnya, Islam semakin merosot dan puncanya adalah ulama dan ahli sufi dan zuhud melampau ini.  Akhirnya, Islam telah ditembak jantungnya, dan pemerintah yang bodoh telah meniru elemen Barat sehingga mendapat satu istilah baharu (ciptaan Ulama sesat) – Sekular. 

Sedar atau tidak, selepas Turki mengisytirhakan negara mereka mempunyai sempadan-sempadan tertentu dan membebaskan wilayah-wilayah Dar-al-Islam yang lain kepada Great Britain, Perancis dan Rusia, mereka menjadikan hanya bahasa Turki sahaja boleh dituturkan di wilayah itu serta mempunyai bangsa Turk serta adat resam kebudayaan Turk sahaja dibenarkan.  Manakala Islam hanyalah agama peribadi dan dianuti bagi tujuan ritual semata-mata untuk diri sendiri dan bukannya disebarkan – olah Bapa Sekular Modern – Mustafa Kamal. 

Sedangkan Islam sedari zaman Rasullullah SAW adalah sebuah agama yang dikembangkan daripada sebuah Kota Mekah – sebuah kota perjalanan suci, perdagangan dan bandar ibadat yang dilawati oleh segenap penjuru dunia untuk beribadat dari bangunan Hitam yang dibangunkan Ibrahim K.A dan anaknya Ismail A.S. sebelum berpindah pusat pentadbirannya di kota Madinah.  Bangsa Yahudi, Ajam, Nasrani serta suku-suku kaum yang lain juga telah berdiam dan berdagang di kota-kota ini semasa perkembangan Islam dan mereka telah bergabung dan bersebati dengan baik antara satu sama lain yang membentuk negara baru yang bersifat ukhuwah dan berstrata sosial yang adil dan saksama – tidak kira pemerintah, hamba atau ulama. 


Setelah Syria, Iraq, Iran dan Afghanistan dilukiskan dalam peta dunia, masing-masing mencontohi negara Turki untuk membentuk hala tuju negara bangsa masing-masing sama seperti negara “gila” tersebut yang meninggal Islam sebagai cara hidup (walaupun ada beberapa darinya yang kembali).  Di era 1900-an, negara-negara baharu ini mengikut telunjuk apa yang dipanggil “Westoxicifation” atau “Racun Barat” dalam memicu negara yang baru mendapat hasil emas hitam.  Ulama-ulama yang kononnya ingin melihat kesatuan ummah kembali menjadi Dar-al-Islam kembali terus menerus mengasingkan diri dan mengkritik pemerintah masing-masing mengikut duduk faham mereka serta apa yang diinginkan.  Di Semenanjung Arab, keluarga Al-Saud dan Al-Wahab mempromosikan diri sebagai pengikut Islam Perdana (Islam seperti ajaran awal Rasulullah SAW), di Iran, ulama-ulama yang ditekan oleh Shah Reza Pahlavi memberontak menjadikan Syiah yang mempercayai Imam Ghaib sebagai Ketua Revolusi dan mereka terus menerus menafsirkan Islam mengikut kehendak dan apa yang mereka fikirkan.  Di Afghanistan, Iraq dan Syria turut tidak ketinggalan, perang masing tidak muktamad sejak perang dunia pertama sehingga kini sampailah dikaitkan dengan Perang 11 September 2001 yang menggila itu.

Tanah Melayu

Berbalik ke Malaysia, negara ini tidak pernah mengiktiraf diri sebagai sebuah wilayah Dar-al-Islam bahkan terpisah secara harfiah dengan wilayah-wilayah agung Islam itu di masa kegemilangannya.  Walaupun dipempan oleh beberapa negara bangsa seperti Siam, Kemboja dan Myanmar, garisan akhir antara wilayah ini sudah terlalu dekat dengan Dar-al-Islam iaitu India atau Kesultanan Moghul pada masa itu.  Kerajaan Kecil lain seperti Demak dan Acheh turut dekat dengan Melaka sehinggakan wilayah-wilayah yang dekat dengan India (Indonesia kini) juga menjadi Islam dan mengamalkan pentadbiran yang hampir sama dengan Dar-al-Islam ini.  Namun, seperti di wilayah lain, Great Britain, Portugis dan Belanda terus menerus membodohkan umat Islam dengan “Racun Barat” sehinggakan pemerintah wilayah-wilayah kecil (dari Keruntuhan Tamadun Melayu Melaka) mengikut kehendak Barat yang lebih moden dan mempunyai kewangan/emas yang banyak dan teknologi yang hebat.  Ulama-ulama juga masih seperti di wilayah lain, menafsirkan Islam hanya mengikut kehendak “akhirat” semata-mata dan pemerintah yang tamak lagi sombong ini terus menerus meninggalkan ulama yang memuji akhirat melebih-lebih ini.


Maka, terjajahlah Tanah Melayu oleh agenda “Racun Barat” ini.  Ulama dan para orang berilmu juga tidak boleh dikecualikan dalam kebobrokan ini kerana mereka “gagal” memberikan nasihat yang saksama kepada pemerintah wilayah kecil yang rakus dan disuntik dengan “Racun Barat”.  Akhirnya, beberapa tokoh nasionalis yang terpengaruh dengan kehebatan Turki cuba mencontohi perjuangan itu untuk mewujudkan wilayah yang merdeka dari “Racun Barat” dan bergerak mengikut acuan Turki – sekular.  Rundingan demi rundingan telah berjaya menyimpulkan satu kemerdekaan (walaupun negara ini tidak dijajah secara langsung, kecuali Melaka dan Pulau Pinang).  Gabungan-gabungan kerajaan-kerajaan kecil di beberapa wilayah telah membentuk satu Persekutuan Tanah Melayu dan mencapai apa yang dipanggil “merdeka” dari pemerasan Barat.  Terpesona dengan agenda “Racun Barat” negara ini juga menjadikan agama Islam dan bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal tetapi bahasa dan agama lain bebas diamalkan tetapi tidak boleh dikembangkan.  Hanya bangsa Melayu adalah bangsa dominan tetapi menerapkan bangsa lain boleh mendiami bumi ini secara saksama – pendek kata sama seperti di wilayah Islam yang baru diberikan kuasa oleh Barat tadi.    Persekutuan negeri-negeri ini sekali lagi menjemput Sabah, Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan atas Persekutuan dan syarat sama telah dikekalkan.  Cuma yang menjadi persoalan pokok, apakah peranan para ulama dalam keadaan Malaysia?

Seperti biasa, bahalol-bahalol agama ini masih kekal dan tawaduk dengan diri mereka kononnya Islam untuk perjuangan sesudah mati sahaja.  Mereka telah lumpuh dan manjadi apa yang dipanggil ulama politik moden sebagai “Ulama Bisu” yang mendiamkan diri.  Namun, akibat pergeseran kuasa dalam menyertai pemerintahan (sama seperti di Iran), bahalol-bahalol agamawan kononnya Islam ini membentuk sebuah parti dalam menyaingi kuasa pemerintah yang dihitung sebagai sekular – Parti Islam Se Tanah Melayu / Parti Islam se-Malaysia kini. 

Sedihnya, dari dahulu sehingga kini, ulama-ulama bahalol ini masih kekal begitu – menentang apa yang dipanggil pemerintah palsu dan sekular, memisahkan agama Islam sebagai cara hidup.  Caranya ialah mengurangkan undi parti pemerintah yang dikatakan sekular dengan pelbagai cara termasuk memfitnah, menggunakan segala macam hukum Al-Quran, Taurat dan Zabur serta hadis dalam mengurangkan kuasa politik dalam pemerintahan.  Sehinggakan di zaman “Racun Barat” semakin melumpuhkan Islam – mereka tak segan-segan menggunakan racun yang sama menyuntik umat Islam Melayu yang terus lumpuh kaku ini.  Racun Barat iaitu sekularisme, liberalisme, pluralisme dan idealisme terus menerus digunakan oleh apa yang dipanggil “ulama” untuk melumpuhkan umat Islam sendiri.

Bayangkan – mereka yang ketandusan sebuah kuasa sanggup menyuntik virus-virus ini terus kepada penganut kalimah Tauhid ini?  Inilah yang dikatakan Ulama Racun Barat yang semakin sesat.  Nik Abdul Aziz salah seorang kelompok ulama tersebut tanpa segan-segan menyatakan bahawa sanggup bersekongkol dengan “Syaitan” dalam menumbangkan pemerintah yang kononnya zalim.  Berbeza dengan Iran dan Arab, ulama-ulama ini memecut pemerintah dalam menafsirkan semula “Racun Barat” serta mengajak umat Islam di sana membangunkan ilmu dan teknologi moden secara Islami untuk menjadi khalifah yang lebih baik sama ada untuk keluarga atau masyarakat.  Terbalik di Malaysia yang awalnya sudah sekular, Ulama bahalol ini terus menerus menggasak rakyat agar memberikan kuasa kepada mereka – ingin menjadikan Islam sebagai cara hidup yang lebih baik, tetapi menyuntik “Racun Barat” ini lebih pekat ke dalam jantung umat Islam Malaysia yang telah lumpuh akibat dengannya. 


Jika di Turki yang dihina-hina itu kerana sekularisme, kini telah menyuntikkan elemen Islam sehingga menjadi bertambah tawaduk dan lebih murni Islamnya, ulama di Malaysia bertindak sebaliknya.  Mereka menduduki kerusi pentadbiran dengan senang hati, membiarkan “Racun Barat” ini terus merebak – dan sering menyalahkan pemerintah bila racun ini di sebut-sebut.  Apa tugas ulama Malaysia? Mereka membenarkan Allah (Allah yang Tunggal dan Tidak Diperanakkan) menjadi tuhan yang sama dengan umat Kristian, membela tanpa menyiasat secara harfiah dakwaan liwat ketua mereka (liwat adalah ancaman Allah yang utama selepas syirik, bunuh dan zina), mengecam pembangunan yang memberikan warganegara pendapatan dan pengetahuan, mengheret warga yang ingin mendapat ilmu (acuan Sekular) kepada tidak langsung berilmu (sama ada dunia atau akhirat), mengabaikan institusi-institusi Islam tetapi mengimarahkan masjid dengan kempen politik semata-mata serta banyak lagi program karut-marut mereka dalam mendapatkan kuasa dan mengulingkan pemerintah.  Racun-Racun ini terus disuntik kepada rakyat Malaysia bukannya menyembuhkannya. 

Seharusnya ulama-ulama ini mendekatkan diri mereka dengan tafsiran Islam yang sebenar – Islam adalah agama negara kota yang maju dan makmur.  Bangunkan sistem sosial dan ekonomi dengan perancangan yang teliti dan cekap.  Kelantan sebuah wilayah dikuasi ulama bahalol ini juga terus-menerus gagal dalam menjadikan umatnya sebagai “berjaya di dunia dan di akhirat” dengan taraf ekonomi hampir setaraf dengan kota-kota di Afghanistan dan Palestin.  Mereka lebih rela menjerit dan memekik menuntut royalti minyak tanpa memikirkan alternatif lain mambangunkan wilayah itu agar lebih Islami.  Sejujurnya, mereka membangunkan waqaf-waqaf iaitu pertubuhan Islam (mengecualikan cukai) dan membina rumah mampu milik, membina komuniti perniagaan yang lebih baik, menyediakan prasarana untuk memudahkan proses mengimport dan mengeksport barangan, menaja pertubuhan-pertubuhan (seakan-akan kartel) dalam perniagaan seperti di Turki di mana ulama menyediakan modal melalui tabung waqaf dan zakat masjid.  Mereka juga harus membangunkan institusi Ilmu iaitu universiti dan sekolah-sekolah yang mengkaji Islam itu bukan sahaja sebagai agama (teologi) tetapi sebagai cara hidup yang terkini (kerana Islam itu adalah agama bandar) serta apa-apa pembangunan insani yang lebih terarah dan fokus.

Islam memandang pembangunan sebagai sesuatu bangunan dan perdagangan yang kukuh dan menyatukan umah.  Kesalahan Kerajaan Persekutuan hendaklah ditunjukkan dengan menjadikan negeri itu sebagai model yang lebih baik dan bukannya hanya “duduk mengaji siang dan malam serta berdoa tanpa berusaha”.  Itu tidak akan menjadikan Islam lebih baik tetapi suatu bangsa yang berharapkan bantuan semata-mata.  Masjid-masjid yang telah didirikan, kumpulkan bantuan dan sumbangan kecil-kecil ini dan berniagalah dengan wang itu sesama komuniti masjid serta belilah hartanah tempatan dan jadikan lokais perdagangan atau perumahan untuk mereka yang memerlukannya. Dengan membangunkan umat secara harfiah “sakinah warahmah” tanpa mempedulikan agenda politik, ulama seharusnya mengurangkan toksin-toksin atau racun-racun barat yang telah disuntik oleh pemerintah yang pro-Barat dahulunya.  Setelah 57 tahun, ulama-ulama ini tetap gagal menyembuhkan racun ini bahkan beberapa kalangan dari mereka menjadi penyangak kepada masyarakat dan terus dibela-belakan. Ada yang berjuang untuk puak jihadis yang tidak perlu tetapi dalam menjadi umat perdana, mereka sebenarnya semakin jauh dan racun barat oleh Pemerintah tetap disuntik generasi demi generasi.  Bahkan ulama bahalol kini juga bertindak atas kapasiti yang sama – menyuntik racun barat ke dalam masyarakat Islam di Malaysia sejak merdeka sama seperti pemerintah – tidak berbeza.



Umat Islam Malaysia, janganlah kamu bergantung kepada ulama yang mengambil kesempatan ini, tetapi hendaklah kita tanamkan iktiqad mencari pejuang-pejuang suci yang ikhlas membangunkan umat, jadilah bangsa berilmu yang mencontohi sufi-sufi Turki yang menyusun umat Islam di sana membentuk satu kesatuan dan menjadi Islam yang diredai Allah dengan memajukan kita sesama umat – hindarkan sifat hasad dengki, cemburu dan tamak kita jauh dari bumi dan akar ini.  Allahu Alam.  

Khamis, 3 Julai 2014

Imam-imam di Malaysia Membiakkan Kemiskinan dan Melarat?

Kejatuhan Kerajaan Umayyah memang dikenang sebagai kejatuhan “zaman pra-emas Islam” di Timur Tengah.  Kerajaan Abasiah yang dinaikkan oleh Abu Muslim telah mengorbankan Kerajaan Umayyah di mana Islam telah mendapat pembelaan dalam segi harta dan ilmu awal yang sangat banyak – akibat perluasan kuasa Dar Al Islam, dari Madinah sehingga ke Parsi dan Mesir. Benyak kawasan Empayar Rom Timur dan Parsi dapat ditawan Islam dan kepandaian Khalifah Umayyah yang mengumpul harta perbendaharaan dan meningkatkan tahap hidup golongan Islam awal amatlah signifikan sehingga bangsa Arab yang terkenal dengan perdagangan menjadi terkenal sebagai bangsa bertamadun yang kaya raya di zaman itu. 

Dari runtuhnya Kerajaan Umayyah kerana golongan Syiah beranggapan keluarga Nabi SAW sahaja yang layak menjadi pemimpin (Imam) kepada umat Islam, maka ia menggulingkan kerajaan sedia ada.  Tetapi kerana gagal memakmurkan Dar Al Islam (Bani Ummayah adalah suku yang terkenal dengan kekayaan dan perdagangan), akhirnya ia digulingkan oleh Kerajaan Seljuk (berasal dari masyarakat Turki).  Kejatuhan ini menyebabkan bangsa Mamluk (dalam bahasa moden – Pegawai Tadbir dan Diplomatik seperti di Malaysia) menjadi pentadbir kepada Kerajaan Dar Al-Islam ini seterusnya kerana kehebatan pentadbiran mereka.  Kehebatan yang paling ketara di zaman Abasiah ialah mereka berjaya memakmurkan kembali wilayah-wilayah Islam yang luas lagi ramai penduduk ini.  Maklumlah, Masyarakat Islam telah menjadi masyarakat kota dengan aktiviti perdagangan adalah sangat tinggi di dunia ketika itu.

Dengan membangunkan sistem sokongan kepada ekonomi, Khalifah Mansur adik Abas telah membangunkan masyarakat kota yang mewah ini dengan perkembangan ekonomi wakaf yang lebih kompleks.  Jika di bawah naungan Umayyah, golongan kaya akan menghantar wangnya ke waqaf (di baca “Pertubuhan NGO” pendidikan pada masa kini) bagi tujuan mengelak cukai (dalam zaman moden di baca “Corporat Social Responsibility”) agar harta benda mereka dapat dikecualikan dari membayar cukai yang tinggi kepada Kerajaan.  Maka, institusi waqaf ini telah melahirkan banyak sarjana Islam dalam pengembangan ilmu dan membukukan maklumat-maklumat penting.  Lebih alim (berilmu) pengurus-pengurus waqaf ini, lebih banyaklah golongan kaya yang akan menyumbang kepada waqafnya kerana kepercayaan mereka selain berharap kekayaan ini dapat membebaskan mereka dari api Neraka dan seksaan kubur. 


Semasa zaman Khalifah Mansur ini, amalan ini diteruskan tetapi institusi ini dikembangkan bukan sahaja kepada ilmu bahkan kepada harta tanah untuk anak-anak yatim, golongan miskin serta kanak-kanak mangsa perang sesama Islam atau tawanan/hamba perang dengan empayar lain (seperti Sansaniah dan Rom).  Institusi Waqaf ini akan membeli tanah-tanah kerajaan dengan harga yang berpatutan dan ekonomik (tiada istilah subsidi dan bantuan dari Kerajaan seperti sekarang kerana harta kerajaan turut diniagakan untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada Negara khususnya tentera).   Maka, waqaf-waqaf terbaik ini akan membangunkan rumah-rumah dan hotel penginapan ilmu serta masjid mereka sendiri kepada anak-anak dan golongan yang memerlukan ini.  Kanak-kanaknya diajarkan ilmu-ilmu perang, pertahanan diri, membangunkan senjata api, ilmu pengurusan dan penulisan serta tafsiaran-tafsiran ilmu yang lebih kompleks.  Dana-dana ini dikumpul dari sumbangan masjid yang didirikan, zakat yang dibayar terus kepada masjid-masjid serta waqaf-waqaf yang menerima bantuan dari golongan kaya dijana untuk member manfaat kepada umah dan sistem ekonomi yang lebih baik.

Pendek kata di zaman tersebut tiada umat Islam yang tidak terbela melainkan mereka memilih untuk menjadi sufi atau seorang zuhud yang keterlaluan seperti Rabiatul Adawiyah R.A dan sebagainya.   Kemiskinan hampir tidak wujud secara jelas kerana masyarakat telah memainkan peranan mereka iaitu dari menyumbang, membentuk waqaf-waqaf dan menjaga amanah itu dengan baik, membuat urus niaga yang menguntungkan atas wang tersebut dan membesarkan anak-anak yatim, mangsa perang dan culik serta hamba dan golongan miskin yang memerlukan. 

Oleh itu, zaman ini dikenali dengan Zaman Kegemilangan Islam awal kerana dengan sistem tersebut (kelihatan seperti sistem sekolah pondok atau pesantren kini) telah melahirkan ratusan cendekiawan dan ilmuan-ilmuan terkenal.  Antara yang lahir dari institusi ini adalah bangsa Mamluk iaitu bangsa Turki yang diculik atau yatim-piatu yang kehilangan keluarga akibat perang.  Dari institusi ini, cendekiawan dan ilmuan dalam pelbagai bidang agama, ekonomi, pengurusan sehinggalah kepada sastera telah berjaya dilahirkan (dari golongan miskin dan papa kedana) sehingga menjadi penjawat awam yang paling berkaliber di zaman Abasiah.  Kerajaan Abasiah tidak ragu-ragu dengan kehebatan ilmu dari golongan waqaf ini (termasuk Mamluk) dan memberikan satu amanah iaitu sistem pengurusan Istana Negara dan Perbendaharaan Negara kepada pantadbir-pentadbir muda tersebut.

Sistem ini adalah sama seperti sistem Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Malaysia di mana Kerajaan memilih bakat-bakat terbaik dari MRSM dan Sekolah Asrama Penuh dan diberikan biasiswa dan akhirnya mereka yang cemerlang akan kembali berkhidmat kepada kerajaan dan rakyat dengan sebaik-baiknya.  Namun, MRSM dan Sekolah Asrama Penuh ini didirikan oleh Kerajaan dan sudah tentu golongan pentadbir ini akan mendengar kata-kata dari pemberi makanan dan roti kepada mereka berbanding orang lain. 

Oleh itu, dalam kemelut Tengku Adnan Tengku Mansur Menteri Wilayah Persekutuan menyekat golongan gelandangan, adalah menjadi kesalahan kita pula memarahi dan menghina tindakan beliau (4 Julai 2014/6Ramadan 1435H).

Sebenarnya, masyarakat Malaysia telah meletakkan semua benda di atas bahu Kerajaan tanpa memikirkan bahawa Kerajaan adalah pemerintah sahaja yang menjadi wadah menguruskan masyarakat dan membentuk mereka ke arah yang lebih baik.  Dengan wadah itu, bukan semuanya harus diletakkan di bahu mereka kerana sebagai anggota dalam masyarakat, kitalah batu-batu yang mengikat antara satu sama lain untuk membentuk bangunan.  Seharusnya kita datangkan idea-idea bagaimana menghapuskan peminta-peminta sedekah dan golongan gelandangan dan miskin ini dari terus mencengkam dan memalukan ibu negara kita.  Tak salah kita bersedekah tetapi biarlah di masjid atau di wakaf-wakaf tertentu sahaja agar dapat membangunkan masyarakat.  Bahkan sehingga ada peminta sedekah dari Thailand dan China datang ke mari kerana percaya bahawa rakyat Malaysia yang Islam khususnya sangat pemurah untuk mencapai nikmat akhirat.  Di Arab Saudi dilaporkan, peminta sedekah dari Dubai menjadi jutawan kerana sikap dermawan penganut Islam yang membuta tuli.  Sedang peminta sedekah (Kafir atau Islam menjadi jutawan) mereka tetap merempat dan hidup ala kadarnya. 

Seharusnya Masjid-Masjid di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri memainkan peranan yang aktif terutama institusi Masjid dan Baitul Mal khususnya.  Janganlah duduk di masjid membaca Al-Quran dari pagi sampai malam bahkan sehingga mempolitikkan semua perkara kerana tiada pekerjaan yang signifikan ingin dilakukan.  Lantiklah imam-imam muda yang berpendidikan ekonomi dan pengurusan untuk membangunkan harta-harta yang didermakan anggota masyarakat ini, belilah tanah dan belalah golongan miskin di negara kita.  Mereka boleh bertindak selaku pentadbir kewangan masjid yang ekonomik dan strategik untuk menambah hasil pendapatan zakat dan kutipan sumbangan orang ramai itu.  Manfaatkannya dengan membiayai rumah-rumah anak yatim, fakir miskin serta dirikanlah sekolah-sekolah swasta yang berketrampilan tinggi agar umah setempat dapat dimajukan minda dan rohani.

Tugas imam bukan sahaja menjadi ketua dalam solat, bahkan menjadi pengurus kewangan awam yang efisien agar ia memberi manfaat keseluruhannya.  Imam-imam politik hanya hanya pandai berkata-kata dan memaki hamun semua pihak di zaman dahulu telah lama dihumban ke tengah-tengah padang pasir seperti mana dilakukan oleh Khalifah Mansur ke atas pengikut Syiah (Fahaman Hashashin).  Oleh itu, imam-imam serta pentadbir waqaf ini hendaklah lebih kreatif membangunkan institusi masyarakat daripada menyalahkan Kerajaan semata-mata.  Jika mereka gagal sebenarnya, barulah kerajaan yang secara menyeluruh akan gagal.  Mereka lupa bahawa unit-unit kecil di bawah yang musnah adalah kerana kemusnahan dari mereka sebelum merebak kepada Kerajaan di atas sana.

Tanah di Kampung Chu Badak yang dibeli oleh Saudagar Gula, Vincent Tan dan menghalau penduduk Islam, apakah peranan Institusi Agama Islam?  Mana mereka menyorokkan wang kutipan zakat yang bernilai jutaan ringgit tersebut?  Mereka seharusnya membeli kembali tanah tersebut atau membeli tanah-tanah lain untuk membangunkan kelompok masyarakat yang memerlukan, bukannya menjadi dalang menganjurkan tunjuk perasaan.  Kerana kebodohan mereka di bawahlah, maka orang miskin ini tidak terbela.  Menjadi tugas kerajaan adalah memaklurkan semua rakyatnya secara umum.  Dengan menjual tanah tersebut kepada saudagar Cina yang kaya tersebut, Kerajaan dapat mengutip hasil dan memberi bantuan dan seterusnya membangunkan infrastruktur serta cukai lainnya kelak kepada masyarakat.  Kesannya nampak seperti pendek, tetapi signifikan menyebabkan Kerajaan harus menjual tanah agar keuntungannya dapat digunakan seluruh masyarakat sama ada Islam atau tidak.  Di mana imam-iman dan tok-tok siak di Masjid? Apa yang merek buat untuk majukan ekonomi Umah? Dimana wang tabung kutipan masjid? Masuk poketkah atau dibayar bil-bil air sahaja?  Adakah jumlahnya tidak diakaunkan? Adakah sumbangan itu memberi manfaat?  Inilah punca sistem Gereja menjadi kuat dan berjaya membodohkan orang Eropah di masa silam, kerana penduduk yang bodoh telah dibodoh-bodohkan pula oleh pendeta agama Kristian dengan segala macam dosa dan larangan yang mereka cipta-ciptakan dan menghasut penduduk untuk menjadi warga yang beragama tetapi bodoh.  Agar wang penghapus dosa boleh menyebabkan pendeta Kristian menjadi kaya dahulu. 



Imam seharusnya mengajarkan ilmu-ilmu ekonomi dan pengurusan kepada penduduknya dan mengajar mereka menjadi muslim yang baik dan menyumbangkan wang untuk membina sistem kewangan Islam yang lebih mampan dan memberkan hasil bermanfaat sehingga kita mati dan pahalanya kekal dinikmati.  Bukannya menjadi juara berguling dijalan atau bersyarah dengan unsur unsur hasutan dan membenci dan maki hamun.  Apa kata anda?

Selasa, 1 Julai 2014

Tiada Negara Islam di Dunia Moden Kini....

Info Ramadan Kareem.


Sejak terbunuhnya Saidina Ali bin Abu Talib R.A (Khalifah Islam yang keempat selepas pemerintahan Rasulullah SAW) di Madinah, pemerintahan Islam di Dar Al Islam yang berpangkalan di Madinah adalah sekular dan bersifat politik kekuasaan. Sama ada dari Khalifah yang datangnya dari nasab Muawiyah, Abbasiah, Fatimiyah, Seljuk, Nurruddin, Salahuddin, Moghul, Turk semuanya adalah kekuasaan pemerintahan sahaja secara politik.

Hanya Khulafa Ar Rasyidin sahaja diisytiharkan sebagai Pemerintahan Islam Perdana yang menjalankan perintah berasaskan Wahyu, Al-Quran dan Sunnah.  Manakala bagi kaum Syiah pula (perpecahan Politik di awal kekuasaan Islam dan bukannya fahaman Syiah kini) hanya Ali bin Abu Talib R.A sahaja dianggap sebagai pemerintahan Islam Perdana kerana dinasabkan kepada Bani Hashim dan Rasulullah SAW.

Oleh itu, jika zaman Tabi' Tabiin sekalipun negara Dar Al Islam tidak diiktiraf sebagai negara Islam, apakah wajar kita yg terlalu jauh dari nasab wahyu Islam/Al-Quran serta pedoman sahabat-sahabat Nabu SAW dan golongan Islam Perdana mengisytiharkan diri sebagai negara Islam? Sedangkan kita menjalankan beberapa bidaah, ijtihad yang baharu, serta meninggalkan beberapa perkara pokok dalam Fiqh, Syariah dan Akhlak masih menuntut kita menjalankan perintah kekhalifahan yang tulen?  Negara-negara OIC hanya menyamatarafkan negara Islam sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai serta Islam bebas diamalkan di wilayah tersebut dan diketuai oleh pemerintah yang Islam.  Termasuklah Negara Turki yang memisahkan Islam dalam kehidupan harian mereka. 

Ibn Tamiyah menjelaskan bahawa Negara Islam hanyalah di zaman Islam Perdana (di bawah pemerintahan Khulafa Al- Rashidin) dan selain darinya adalah pemerintahan wilayah secara politik dan membangunkan Negara mengikut kehendak perabadan yang madani bukannya berteraskan sumber Al-Quranb dan As-sunnah secara mutlak dalam pemerintahan. Maka sebaliknya yang baki pemerintah dahulu dan kini hanyalah atas nama atau diketuai oleh orang Islam di mana penduduknya ramainya beragama Islam, bebas menjalankan kehendak agama Islam di wilayah tersebut.  Pemberontak ISIL atau mereka yang bercita-cita ingin menubuhkan kononnya negara Islam atau sistem khalifah moden serta berjihad untuk itu adalah perbuatan yang sia-sia dan dianggap bidaah selain “tidak perlu”.  Apakah nas atau natijah mutlak dengan sistem khalifah tunggal itu akan menjamin Dar Al-Islam itu lebih Islam dari zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan Khalifah Ar Rashidin?  Sedangkan perkara pokok dalam beribadat dan akhlah manusia zaman materi ini amat menjauhkan diri dari kezuhudan, ketaqwaan maha agung selain tasawuf yang membenamkan cinta dunia melebihi cinta akhirat. 


Allahua'lam.

Rabu, 25 Jun 2014

Parsi/Syiah Pendokong Yahudi/Kristian

Terdengar dalam liputan akhbar setempat (26 Jun 2014) bahawa seramai 15 orang penduduk Malaysia telah terkorban akibat dari mengangkat senjata melawan rejim Basyar Al-Ashad, seorang pemimpin Syiah yang menunjangi kuasa Syiah di sempadan Israel dan dunia Arab.


Bahawa Syria atau Suri adalah bumi yang diberkati bagi pedagang-padagang yang melalui kawasan ini dari Mekah menuju Baitul Maqdis.  Pada zaman pemerintahan Umayyah di Madinah, terdapat segolongan penduduk yang mengasingkan diri dari pemerintahan Yazid bin Muawiyah memencilkan diri di antara jalan-jalan pedagangan ini – kaum Assasyin iaitu segolongan lelaki yang berdiam di sahara yang panas mengasingkan diri dari diperintah rejim Muawiyah. 

Golongan ini berada di antara Iraq dan Syria tetapi di luar kekuasaan Parsi dan Empayar Rom, mereka membentuk sistem pemerintahan kafilah mereka sendiri serta hanya bergaul sesame sendiri dan tidak taat pada pemimpin Khalifah Al-Rasyidin dan Muawiyah.  Sedang mereka (penyokong Ali dan Hussin RA) menjanjikan Hussain bin Ali sebuah hijrah yang baharu ke Iraq dan membaiahnya pemerintah Iraq, akhirnya Hussain terbunuh di Karbala kerana menentang pemerintah umat Islam yang sah (Ulil Amr).  Kelompok pembelot ini akhirnya tetap dipinggirkan dari pemerintahan Islam yang bertapak di Madinah dan meneruskan legasi Muhammad SAW secara (Sunnah Wal Jamaah – Dalam Satu Sistem Yang Sama mengikut suara terbesar). 

Terpinggirnya golongan ini di sekitar pesisir jalan antara Syria dan Empayar Parsi dan Rom menyebabkan mereka tidak dihiraukan sehinggalah mereka menjadi satu kaum yang berpegang kepada adat-adat mereka dan mencampuradukkan Islam yang Tauhid kepada sati baiah yang melampaui akal fikiran terhadap manusia yang lain seperti fahaman mereka – Imam Dua Belas.  Inilah menyebabkan mereka di gelar kafir.  Kafir yang pertama adalah kerana mereka keluar dari pemerintahan Islam yang disepakati ramai (Ulil Amr) dan yang kedua mereka mengagung-agungkan Hussin bin Ali melebihi dari Muhammad SAW sebagai Nabinya.  Sedangkan selepas Muhammad bin Abdullah, tiada sesiapa lagi yang diberikan taraf maksum dan hendaklah berpaling kepada Al-Quran dan As-Sunnah. 

Golongan Assasyin inilah yang membantu tentera-tentera Frank (Empayar Rom Barat) menentang Kerajaan Wazir Mesir yang diperintah oleh Salahuddin bin Ayubi pada 1099M.  Golongan ini menggunakan teknik berperang ala gerila bagi membunuh musuh-musuh agama dan politik mereka.  Nama pembunuh berani mati dalam Bahasa Inggeris “Assassin” ini diambil dari sifat juang golongan Syiah ini menentang Wazir Mesir dan Pemerintah Islam yang telah berpindah ke Iraq.  Dengan bantuan tentera dari Syria, Wazir Salahuddin berjaya mematahkan serangan-serangan kaum Frank dan mengekalkan status aman di Mesir dan sepanjang laluan ke Baitul Maqdis. 

Iraq yang menjadi nadi peradaban dunia sejak kelahiran manusia terus menjadi lokasi penciptaan sejarah sehingga kini.  Golongan Syiah yang menguasai Iraq selepas kejatuhan Saddam Hussin (Ahli Sunnah) terus menerus membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah kononnya sebagai kafir kerana tidak mempertahankan Hussin bin Ali ketika dalam hijrahnya ke Iraq serta menganggap Kerajaan di bawah sistem Khalifah adalah kafir dan tidak mengikut ketentuan Allah.  Dendam mereka yang dibuli dan diabaikan semasa pemerintahan Saddam turut menyemarakkan benci mereka kepadaAhli Sunnah selama ini.  Kini, Rejim Basyar Al-Ashad dibela-bela kerana sefahaman dengan akidah mereka.  Duit-duit keuntungan dari bumi Iraq dilaburkan dengan baik kepada rakan sekufunya Syria dan Basyar menggunakannya dengan membunuh Ahli-Ahli Sunnah yang dianggap belot kepadanya. 

Benarlah kata-kata pujangga bahawa “sekiranya kering sungai-sungai di Kufah dan Baghdad, setinggi gunung pun emasnya, ia akan membawa bencana kepada Islam dan Akidah Tauhidmu”.  Oleh itu, dengan keluarnya “Emas hitam” dari sungai Tigris dan Euprathes tersebut, maka bermulalah perang antara umat Islam.  Malangnya, Syiah ini mendapat pembelaan yang sewajarnya dari tentera kafir iaitu Amerika yang menggulingkan Saddam dan menyedut minyak Iraq sehingga kelontang.  Iraq pula menyokong krooni seagamanya Basyar dalam membunuh penganut Ahli Sunnah tersebut. 


Oleh itu, bagaimanakah lagi Islam ini?  Islam yang terpisah menjadi Sunnah dan Syiah sering bermusuh.  Sedang Iran (Syiah) kononnya dianggap fundamentalis dan ekstrims dalam beragama Islam dilihat sebagai satu ancaman kepada Barat (Kristian) tetapi sebenarnya adalah sekutu kaum kafir yang dipergunakan untuk membunuh umat Islam yang lainnya.  Sama seperti kaum Frank menggunakan puak Assasyin ini membunuh dan menghuru-harakan penduduk Mesir sebelum ini.  Iran dianggap musuh Yahudi tetapi sehingga kini satu tindakan provokatif pun tidak diambil ke atas Iran.  Mereka bebas berada di pentas dunia dan menggertak mana-mana Negara yang mereka suka tanpa sekatan dari Amerika mahupun Israel.  Jika ada pun hanya teguran manja.  Amerika tidak kisah dengan Iran kerana “dosa” orang Iran/Parsi kepada bangsa Frank (Orang Kulit Putih – Kristian) telah terbalas diserang Saddam pada 1980an. Bahkan mereka berterima kasih kepada bangsa Parsi/Syiah ini kerana membantu mereka menggulingkan Saddam dan menyedut minyak Iraq dengan rakus.

Sehinggakan “perang saudara” di Syria juga tidak diendahkan oleh Amerika walaupun terdapat desakan-desakan kecil menonjolkan peranan Amerika jika dia adalah polis dunia.  Tetapi tindakan ke atas Basyar – tidak ada. 

Sejarah telah membuktikan bahawa Kaum Parsi ini adalah kaum yang senantiasa menjadi pembela golongan kafir dalam apa jua sejarahnya.  Parsi adalah kaum sama dengan keturuan Yakjuj dan Makjuj.  Dimana pada zaman pemerintahan Israel yang mengamalkan monotheism iaitu menyembah tuhan yang esa tetapi telah membelot dari manhaj sebenar agama Yahudi,  Allah telah menghantar satu gerombolan tentera dari Timur iaitu bangsa Assyiria untuk menghapuskan kaum Yahudi yang belot itu.  Rajanya Nebuchanezzar telah menghalau keluar Yahudi dari Israel (tanah yang dijanjikan) keluar dari kota itu.  Tetapi kaum Parsilah yang telah membantu Yahudi kembali untuk kali kedua ke bumi tersebut melalui Raja Medes. 

Bahkan kaum Parsi ini juga telah mengaplikasikan beberapa agama kaum Yahudi dan mengubahsuaikan agama itu kepada suatu agama yang baru iaitu Zoroaster. Agama baru ini adalah seperti agama kaum Yahudi ketika itu iaitu mempercayai kewujudan tuhan dengan dilambangkan sebagai symbol api (ada yang menganggap Majusi), tetapi mempraktikkan gaya hidup sederhana iaitu membezakan antara baik dengan buruk serta membuat pilihan untuk ke syurga atau Neraka dengan pilihan sendiri (Konsep ini diperluaskan dengan fahaman Yin dan Yang oleh tokoh bangsa China kemudiannya).  Akhirnya, agama Yahudi telah dicemarkan oleh kaum Parsi ini tetapi membntu kaum Yahudi tersebut memasuki Israel.

Kini perana kaum Parsi juga sama.  Mereka melalaikan orang Islam yang lain kononnya sebagai ancaman kepada Israel dan Amerika tetapi pada masa yang sama melalaikan umat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan mengadakan perang saudara di Syria.  Mereka membunuh Ahli Sunnah di Iraq dan Syria dan pada masa yang sama mengalihkan perhatian dunia dari sengekta Yahudi dan Arab Palestin (juga berfahaman Ahli Sunnah).  Dengan kededua rantaian sejarah, kita dapat melihat bahawa Parsi senantiasa mengubah suai sesuatu agama tauhid menjadi agama budaya mereka yang baharu.  Setelah itu, mereka akan tetap membantu kaum Yahudi agar terus berada di bumi yang dijanjikan iaitu Israel kini dari campur tangan umat Islam yang berfahaman Ahli Sunnah.


Adakah anda percaya Syiah kerana Islamnya yang sangat menyeleweng (mengagungkan manusia bernama Hussin bin Ali – dari keturunan Rasulullah).  Adakah anda percaya Syiah yang menyokong Yahudi dan Amerika bagi menghancurkan Arab yang membela Islam?  Bacalah sejarah dan kajilah bahawa bangsa Parsi ini senantiasa menjahanamkan manusia yang tidak menyokong Yahudi.  Jika dahulu Zoroaster diciptakan untuk menyesatkan fahaman mentauhidkan Tuhan orang Yahudi, kini Islam Syiah digunakan untuk menyesatkan umat Islam yang taat kepada Muhammad SAW.  Jika dahulu mereka menyokong Yahudi masuk semula ke bumi yang dijanjikan, mereka juga memerangi kaum Muslimin yang menyerang Baitul Maqdis dari tentera Kristian (Kaum Frank), kini mereka kembali menyokong kaum Frank menyingkirkan Arab di Iraq dan Syria serta Bailtul Maqdis.  

Sabtu, 7 Jun 2014

Melayu Yang Memualkan........

Kendiri dan Kelakonan Melayu Yang Memualkan.

Membaca keadaan politik, ekonomi, nilai kemasyarakatan dan penakatan Melayu waktu ini memberikan satu aspirasi bahawa bangsa Melayu itu semakin memualkan.

Masakan tidak, terdapat segelintir Melayu yang Islamnya lebih teruk bahkan lebih totok daripada Arab itu sendiri. Ada juga yang Melayu yang duduk faham Islamnya seperti kulit bawang pegangan akidahnya seperti para si Munafiqun. Bila terlalu ekstrim Islamnya, semua benda jadi haram, terlalu rigid dan ekstra hati-hati, tawaduknya sehingga tahap dia sahajalah yang pernah dan tahu beragama selain seolah-olah dilahirkan dengan penuh maksum tanpa cacat cela. Selain darinya adalah sang kafir yang tak pernah betul walaupun cikgu atau mak ayahnya sendiri. Segelintir lagi Melayu yang tahap akidahnya bak dewata raya pula imannya sehingga sanggup berpelesaran dengan wewenang, berzina dan minum arak dengan berlapang dada tanpa sungkan, segan silu bahkan menjemput rakan sebaya waima mak dan ayahnya sendiri terlibat sama. Paling memilukan, mak ayah mereka sanggup terlibat membawa dadah ke penjeran atau sama-sama menggugurkan kandungan anak luar nikah kepada anaknya yakni cucunya juga sendiri bahkan ada yang membunuh pula bayi malang tersebut.

Detik ini turut menunjukkan Melayu semakin bodoh dan terus membodohkan diri sendiri. Maaf kata memang bodoh pun sejak selepas merdeka dan sampai saat ini pun terus bodoh tak sudah; diajar tak makan, dimaki tak mempan. Bila berkata-kata dia sahaja yang juara, bila beraksi dia sahaja yang hebat, pendek kata; ada tanah, dijualnya, ada ilmu didagangnya dengan saudagar mimpi mata sepet, ada bijak digadainya demi sebuah kerusi Ahli Parlimen, ada kaya pula mendongak dada kelangit tangan mendepang tak pandang bumi kering kontang yang dipijak.


Melayu memang begitu kemaruknya. Patutlah dijajah ratusan tahun tak pernah serik sebab sudah selalu menjadi hamba di bumi sendiri. Dagang lalu ditanak nasi anak dirumah dituba mati. Kini selepas merdeka pun perangai dan fiilnya begitu tak pernah berubah bahkan semakin parah bodohnya. Nama sahaja Malaysia iaitu Melayu Raya tapi bangangnya bukan sedikit, penakutnya bukan alang-alang, bodohnya bukan boleh diajar atau dinasihatkan. Langsung tak berakal hidupnya, tak berpedoman, kalau ada beberapa kerat sahaja.  Buminya dilimpahkan rahmat dan makmur tapi mereka sendiri papa kedana ditanah airnya, sebab sesama sendiri bercakar, mendengkam dan membunuh aspirasi sesama sendiri – dengkinya bukan kecil anak. Yang Islam tahap dewa pula kata yang seperti itu dan ini adalah kafir dan haram, almaklumkan dia lebih mulia dan maksum daripada Nabi. Yang fasik pula tak pernah hendak kisah dengan bangsa bodohnya sebab dia pun sama bengapnya.  Nanti diajarnya cara menjadi liberal, pakat dimaki hamun lah dengan lebai-lebai cap unta yang maksum katanya.

Yang perasan nak jadi pemimpin jangan kata, tak dapat bertakhta sanggup berkomplot menjatuhkan pemimpin yang lain sama bangsa dengannya dengan bantuan sang penjajah moden. Tak naik takhta, dia sanggup gunkana ilmu guna-guna, santau, bahkan sihir. Paling dahsyat mereka tak segan menjemput British, Amerika, China, Singapura atau apa-apa kuasa untuk membantu menjajah negeri sendiri. Yang rakyat kecil (pemimpin topi koboi) pula asal dapat makan, pakai dan sekelumit kuasa sanggup jadi tali barut dan barua, sama macam si Buang dalam filem Sarjan Hasan. Dah bagi contoh pun orang Melayu haram nak belajar. Bodohnya sentiasa bertingkat-tingkat, nak serik janganlah berharap sama sekali.

Lepas 57 tahun berkongsi kuasa kononnya atas paksi ketuanan Melayu ia semakin kelaut dan tak relevan kononnya. Ketuanan Rakyat pula prinsip modern kata halwa telinga, nak berubah kononnya – entahkan iya, entahkan tidak!. Tak sedar diri dia dibodohkan pula dengan ideology karut-marut ini bahkan tanpa segan-segan pula dia membangangkan orang lain. Bukan orang lain sebenarnya, bangsa dia sendiri.


Lepas 57 tahun katanya bebas dari penjajah dia sudah merdeka. Tapi tengok apa yang dia ada; nak cari makan pergilah tokak ke kedai Cina sebab nak beli sekilo gula. Nak harapkan Melayu, beli dadah lebih senanglah kalau nak mencari tokan Melayu. Pasal jual gula murah, untung kecil. Jual dadah pula cepat kaya, boleh naik haji lima enam kali.  Tengok orang pakai kereta, dia nak beli kereta, hutang bertahun pun tak apa sebab nak bergaya. Bak kata orang Perak; biar papa asal bergaya. Kerja pula sanggup jadi peon tauke Cina kononnya gaji lebih. Sanggup pula jadi babu dan macai tak apa asal dapat makan ayam goreng Amerika. Kalau kerja Kerajaan, kembangnya dada sampai nak meletup jantung. Hidung yang pesek tue sampai kembang sebelanga lah juga bangganya. Jiran sebelah lalu haram nak pandang, yang fakir miskin tak makan, harap nak bantu – kalau nak kutuk, iya, silakan!.

Bila dah bodoh dan sombong sampai macam itu, dia sahajalah yang mabrur, zuhud dan Islamnya lebih Arab dari Arab bahkan lebih maksum dari Nabi. Semua pandangan orang lain salah, semua tak betul kecuali dia dan kaum kerabat yang satu kapal dengannya. Walaupun Melayu makin kelaut sejak Merdeka tak mengapa sebab dia sahaja yang dapat makan ayam Amerika.  Kalau naik kereta kancil hutang 15 tahun tak mengapa, boleh pula cagaran refinance jika mahu dengan bank yang dikuasai orang Cina. Kuasa semakin kecil tak mengapa sebab dia boleh santau dan fitnah orang lain dengan ilmu maksumnya tadi.  Kerana dia pun terasa nak duduk di kerusi takhta itu. Adakah dia nak kisah kalau aku tak makan katanya sambil menghembuskan jampi serapah sumpah, seranah sebab dia pun sebenarnya kepingin bertakhta di atas singgahsana.

Akhirnya dengan kekuatan berpecah, ada pihak yang laga-lagakan, menambahkan nasi tambah semakin menjadi-jadilah. Sedaplah makan dengan ayam goreng Amerika. Sanggup hina kaum sendiri sebab dapat nasi tambah percuma, maka dia lupa bangsa dia semakin dihalau di tepi pantai, di tebing bukit yang curam. Tanah pamah yang Sultan dahulu kala dan nenek moyang dia warisi sudah lama digadaikan sebab nak pakai kereta kancil. Anak dia tak sekolah tak mengapa sebab Kerajaan dah bagi subsidi percuma, tak bagi tahulah dia berdemo dari pagi bawa ke petang, dari  siang sampai ke malam selain menjatuhkan hukum kafir dan haram pada Kerajaan sebab dia kan maksum kepada ahlimya. 


Sedar Melayu semakin memualkan, sang Raja Pentadbir berpakat nak menolong. Dok bagi nasihat, amanat sehingga tersantak wasiat Melayu tetap tak nak dengar; kononnya sebab Raja lah Tanah Melayu ini dijajah. Dek sedar Melayu ini semakin menjadi alat, sang Raja tawarkan agar dia membantu dengan diberikan kuasa atas tanah dan dijaga keluhuran wilayahnya. Menurut pandang sang Raja, jangan seperti nasib Temasek atau Kota Singa sebab suara-suara Melayu telah dikotak-kotakkan dalam rumah burung merpati, hingga tak boleh cakap besar. Insaf dengan suara undi demokrasi itulah sang Raja rasakan dia perlu bagi isyarat jelas bahawa nasib Melayu semakin hampir ke laut. Gelang Patah telah mematahkan jati diri orang Jawa bahawa suara mereka telah dikecilkan dengan ekonomi dan kuasa milikan rumah yang kecil. Jika tidak bertindak segera, contoh itu boleh menjadi ikutan di tempat lain.

Melayu bodoh seposen dua pula membantah kononnya mencampuri pentadbiran awam. Awam ke mana? Nak makan ayam goreng Amerika pun tunggu subsidi BR1M. Sanggup pula sediakan nota bercakap (talking point) pada pemuja munafik sementara mereka kononnya tidak demokrasi. Dia tak sedar, pada bila bila masa sahaja dia boleh direbus dan dicampakkan ke gaung dek bangsa itu kelak. Sanggup pula guna agama kononnya jubah yang dia pakai memberi isyarat itu adalah zalim. Zalim kepala hangguk dia!

Rakyat kecil pula takut jadi kafir, menurut sahaja kehendak Pemimpin Islam yang lebih maksum dari Nabi ini sebab nak jaga akidah katanya. Melayu ke laut tak mengapa asalkan takhta ini dapat berkuasa dan menjadi sorotan lensa kamera sambil makan ayam goreng Amerika, naik kereta Kancil. Nak bertekak sesama sendiri, ada aku kisah apa asalkan nak pangkah kotak lihat muka siapa nanti. Maka, layu la Melayu yang memualkan ini bersama pendampingnya yang punya keinginan tersirat – Mereka tahu atau berpura-purak tidak tahu, sebab nak duduk atas takhta?

Kini jika hendak bekerja dengan tauke Cina kena pandai jadi babu, kena pandai bodohkan Melayu lain, jadi macai, kena cekap makan ayam Amerika, kena bijak sediakan nota bercakap mengutuk orang dan paling afdal kalau boleh angkat diri sendiri sebagai umat Islam yang paling maksum kalahkan Nabi. Al Sultan nak bagi persedar pun tak mahu dengar kononnya dia lebih arif dan demokrasi. Dia lupa orang Melayu nak buat mancis untuk masak nasi pun tak tahu, nak jahit baju pun hantar ke kedai Bangladesh, nak makan pun kena pergi ke gerai Bakso Indonesia.


Alahai Melayu. Kenapalah aku boleh jadi seorang Melayu yang aku sedari padang kejayaan orang Melayu begitu kering kontang. Padang ekonomi dan pendidikan kaum pendatang ke tanah Melayu Raya ini pula subur lagi menghijau hingga jatuhpun tak terluka berkudis.  Mereka bercekar pun masih boleh makan daging panggang, engkau yang Melayu nak makan ayam goreng Amerika pun susah. Ekonomi dan pendidikan mereka takkan kemana manapun, kaya pun mereka berkongsi sesama bangsa mereka – nak bagi pada Melayu, jauhkan panggang ari api. Nak harapkan Melayu, kalau tak ada subsidi PTPTN boleh harap ke anak-anaknya nak masuk universiti? Masuk tadika pun harap bantuan RM100 kerajaan. Nak makan ayam goreng Amerika? Buat pilihan, 1. Tunggu subsidi BR1M, atau pun  2. Jadi barua dan babu mereka. Hidupmu akan senang.


Sayugia bila teringat dari 10 orang yang kaya di bumi Melayu Raya ini hanya 1 sahaja orang Melayu Islam. Yang lain semua ke laut, tapi kalau cakap, semua nak kelangit. Yang satu itu pun dia nak bomohkan sampai muntah hijau. Alahai Melayu, memualkan!!

Pemilihan Parti Kangkung Semalam..... vs. SPR

Semalam semasa pilihanraya umum ke-13, puak-puak pembangkang di Malaysia terutamanya bangsa-bangsa DAP dengan yakin dan penuh tawaduk atas nasihat ketua de factonya Anwar Ibrahim mengheret SPR ke perang dingin, menghasut jelata rakyat melakukan unjuk rasa membantah dan protes keluhuran dan ketelusan pilihanraya yang kononnya ada pengundi hantu, terdapat hamper 40,000 pengundi dari Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional (BN), pengundi palsu atau pengundi dua kali serta semasa proses pengiraan undi sedang berlangsung, berlaku tindakan petugas yang mematikan bekalan elektrik agar memihak pada pihak di sebelah sana (BN). Tetapi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tetap istiqamah walaupun fitnah-fitnah itu mengheret integriti dan maruahnya selain dihina, dicerca, diunjuk rasa secara massa besar-besaran sehingga menyusahkan orang lain.

Kini mereka pula (Parti Keadilan Rakyat – PKR) mengadakan pemilihan dalaman parti. Walaupun mereka melaungkan hak kebebasan memilih dan meraikan demokrasi secara liberal total tetapi dengan sedikit telingkah dalaman, sebenarnya mereka hanya berkata retorik palsu sedap dikata tak tertunai pada hakikat yang realiti atau nyata. Akhirnya mereka terpaksa akur bahawa SPR yg mereka keji dan hina itu telah lakukan proses pengundian yang terbaik dari mula masa berkempen hingga kepada pengiraan undid an pengumuman rasmi kemenangan pihak parti yang menyertai pilihanraya di Malaysia. Tidak pula untuk mereka. Mereka menggantung, membuang, memecat malah mengkritik dan mengecam pihak atau ahli yang berbantah dalam pemilihan mereka sendiri.

Seharusnya mereka harus lebih telus agar SPR juga dapat belajar dari penakatan  dan perbuatannya. Rupanya tidak, mereka bahkan lebih kejam dan zalim kepada ahlinya sendiri yang sudah tentu bukannya 10 juta pun pengundi berdaftar di Malaysia. Tidak setanding SPR, pemilihan mereka yang sekebun kangkung itu telah mengheret integriti mereka ke lembah kehinaan dari kata luta, maki dan cacinya sendiri. Benarlah kata orang; mengata dulang paku serpih, mengata orang dia pula yang lebih. 


Di manakah Puan Ambinga dan penyajak terkenal A. Samad Said dan para pendukung kempen BERSIH? Apa duduk letak pendirian mereka dalam bab ini? Mengapa tidak bersuara dalam duduk letak perkara ini? Atau hanya tahu nampak salah orang bahkan salah sendiri disorok? Bangkai gajah tak dapat disorok dengan nyiru. Kuman seberang laut kelihatan, babi depan mata tak terlihat tak terhidu perinya. Alahai...... 

Selasa, 13 Mei 2014

Kemana Hala Tuju Komunikasi Malaysia?

Kemana Hala Tuju Komunikasi Malaysia?

Ahmad Shabery Cheek:  Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia 
Sebelum ini saya telah tukilkan mengenai keadaan perhubungan Internet di Malaysia yang usang lagi lembab tetapi biaya perkhidmatan tersebut amat tinggi bagi isi rumah Malaysia.  Internet bukan seperti dahulu iaitu barangan mewah untuk kelas ekonomi tertentu, internet kini menjadi satu kebutuhan asas seseorang mahupun organisasi dan perhubungan seperti telefon di awal tahun 60-an serta telefon bimbit di awal tahun 90-an.  Teknologi yang berkembang pesat turut menarik innovator mengubah keperluan internet dari kegunaan perniagaan besar kepada pengguna kecil bahkan kepada individu walaupun di bangku sekolah.  Bahawa maklumat perlu dihujung jari.

Seperti anganan mantan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, maklumat adalah asas dalam kehidupan minda sama seperti makanan dan minuman untuk fizikal dan maklumat itu adalah pengubah daripada “buta” kepada “bermakna” dalam erti sebuah kehidupan dan juga negara.  Beliaulah yang mengetengahkan Teknologi Maklumat (ICT) di Malaysia apabila memperkenalkan Dasar ICT Negara pada tahun 1998 dan membangunkan Multimedia Super Corridor (MSC).  Beliau membangunkan infrastruktur dan kemahiran yang diperlukan sesuai dengan kehendak pasaran bahkan lebih maju dan jauh kehadapan setanding dengan kehebatan Singapura pada masa itu.  Kini, setelah belasan tahun dasar beliau terus terkulai tanpa pembelaan yang sewajarnya dari pemerintah parti BN sendiri.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Shabeery Cheek dilantik menjadi Menteri Penerangan (2006) dan ditukarkan kepada Tan Sri Rais Yatim beberapa tahun selepas itu.  Selepas Pilihanraya Umum ke-13, Najib Razak kembali membentuk kabinetnya dan melantik Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menggantikan Tan Sri Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). 

Di zaman Tan Sri Rais, keperluan internet dinamakan Program Merapatkan Jurang Digital/Telekomunikasi telah menyemarakkan internet di kalangan masyarakat iaitu mengadakan perkampungan bebas internet serta capaian internet di hujung desa dan kampung agar mudah diakses oleh masyarakat khususnya diluar bandar.  Beberapa perkampungan tanpa wayar di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diwujudkan dari Semenanjung hingga ke Sabah dan Sarawak.  Program-program kemasyarakatan berbudaya dan bermaklumat turut diadakan dalam mendidik pengunaan internet khasnya untuk berniaga telah diadakan, diskuasi serta kempen penggunaan berhemah telah diadakan.

Manakala di masa kini, program-program yang telah ada hanyalah dikekalkan tanpa keprihatinan yang mendesak.  Menteri juga kelihatan tidak prihatin dengan laporan bahawa teknologi dan infrastruktur internet di Malaysia telah tertinggal jauh di belakang Singapura bahkan memburukkan keadaan di belakang Vietnam, Bangkok dan Kemboja iaitu sebuah negara-negara ketiga yang baru membangunkan infrastrukturnya.  Menteri juga tidak memprihatinkan bahawa kos sara diri individu yang meningkat dengan keupayaan dan keperluan internet yang asas telah mengabaikan mesej ini bahkan tiada langkah yang signifikan dalam memartabatkan ICT ini dikalangan rakyat.  Sedang syarikat telekomunikasi mengaut keuntungan sehingga billion ringgit dari penjualan pelan data, pembangunan infrastruktur serta penambahbaikannya masih tidak ada pangkal mulanya.

Apakah Yang Berhormat (YB) ini sedar bahawa kadar penggunaan internet ini adalah mahal sedangkan kelajuannya masih boleh dipertikaikan? Apakah dasar ini (jika ada penambahbaikan) ini diuar-uarkan kepada masyarakat? Adakah mengurangkan jurang digital dan maklumat ini masih dijalankan? Jika ada, berikan satu petunjuk bahawa sang Menteri sedang melaksanakan pelbagai program dan inisiatif dalam melaksanakannya.  Rakyat perlu tahu dan masyarakat perlu sedar bukannya semasa hari pengundian sahaja.  Menteri juga harus peka bahawa teknologi zaman Jepun ini perlu digantikan bahawa teknologi telekomunikasi di Malaysia adalah peninggalan tahun 1970-an perlu ditambahbaik secara bertahap, maka mulakanlah dan beritahu kepada umum yang Menteri sedang bekerja demi mengurangkan kos digital yang lembab tetapi mahal.  Bahawa internet adalah perkhidmatan keperluan asas yang wajar dinikmati segenap lapisan masyarakat.  Bahawa generasi muda perlu tahu tanggungjawab berinternet dengan baik dan benar.

Apakah yang sedang dan akan dilakukan oleh Yang Berhormat ini?  Adakah tugas beliau menonton wayang dan berpidato itu dan ini tanpa apa-apa tindakan yang signifikan khususnya dalam bidang portfolionya? 

Lain dari itu, Yang Berhormat amat prihatin tentang pengedaran gambar kematian Karpal Singh yang tidak wajar di lelaman Facebook.  Tetapi apalah guna teguran jika hanya segelintir sahaja yang membacanya (teguran di FB beliau)?  Sewajarnya dalam menangani isu tersebut, lawatlah Universiti berkaitan komunikasi dan perhubungan massa dan nasihatkan para pelajar bahawa menggunakan internet dengan etika adalah perlu dan wajar sebagai warganegara yang prihatin dan bertaraf maju.  Bilakah YB ini melawat Fakulti Komunikasi dan mengadakan pidato dengan pelajar mengenai hala tuju telekomunikasi dan penerangan ini?  Apakah peranannya dalam mempercepatkan siasatan terhadap aduan soldadu media DAP (Red Bean Army) menerusi SKMM?  Apakah tindakannya sehingga jam ini? – TIADA.

Benarlah kata pepatah, yang baik tak selalu hadir, yang merosakkan itu ramai.  Bila Mahathir membangunkan infrastruktur mega ini ramai yang menghentam keluhuran beliau memajukan negara dan bangsanya bahkan pembangkang turut mengkritiknya tetapi terus menggunakan perkhidmatan tersebut sehingga kini.  Tetapi bila ia ditinggalkan, tiada seorang pun memberikan idea dan cadangan yang bernas dalam menambahbaik perkhidmatan yang telah diadakan.  

Jika ada, Perdana Menteri telah memberikan diskaun RM200.00 kepada golongan muda menerusi SKMM untuk menggalakkan penggunaan telefon pintar, tetapi wahasil balik ke asal – TIADA apa-apa manfaat dari itu kerana internet tetap lembab dan kos datanya tetap mahal – Rakyat makin miskin, syarikat telekomunikasi terus mencetak billion duit ringgit.  Pemimpin tetap di atas, rakyat yang mengundi juga bodoh!!!!


Teguran terbuka untuk YB Menteri KKMM.  

Terengganu: Jantankah Muhyidin Menyangkal Najib?

Jantankah Muhyidin Menyangkal Najib?

Terengganu negeri kedua Timur di Semenanjung Tanah Air adalah sebuah negeri yang tenteram dengan kehidupan para nelayan, penduduk desa sehingga kepada penggali minyak di negeri “penyu bertelur” itu bertukar ganas dan menarik perhatian kini.

Suhu yang panas bukan kerana hangat mentari, tetapi kerana majlis perkahwinan anak MB yang dikisahkan menggugat sebuah kerajaan.  Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu (MB) sejak 2008 – apabila Idris Jusuh sebelum itu dinafikan mengangkat sumpah di hadapan Al-Sultan Terengganu Darul Iman walaupun menerima undi yang memuaskan.  Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi terpaksa akur dengan keengganan Al-Sultan menerima calon MB dari parti BN tersebut telah mencadangkan personaliti yang kurang politikus sebagai ganti yang menyandang jawatan tersebut sehingga merempuh Pilihanraya Umum ke-13 (PRU) yang lalu.

Syarat dalam menjabat jawatan MB diberikan kepada Ahmad Said sehingga setahun selepas PRU-13 tersebut dan Ahmad Said akur.  Janji memang harus ditepati, tetapi rintangan dan halangan dari Allah tiada siapa yang menghalang begitulah Ahmad Said telah menerima rezeki apabila anaknya mendapat jodoh dan bercadang melangsungkan perkahwinan anaknya dengan status sebagai “Menteri Besar”.  Nampak sangat peribadi dan tidak berjiwa besar dalam politik, tetapi Ahmad Said bukannya ahli parti yang semberono dan suka menggunakan kuasa secara salah.  Beliau jika telah berbakti sekecil manapun tetap mengharapkan ehsan dan sokongan rakan dalam menjayakan impian keluarganya – mengadakan perkahwinan dengan status yang hebat tersebut seperti kebanyakan bapa jika berpeluang.


Apakan daya, janji Perdana Menteri Najib Razak adalah janji keramat – jawatan tersebut harus digusur – suka atau tidak.  Pasal perkahwinan anak adalah peribadi yang tidak penting disisi negara mahupun parti.  Sebenarnya, air muka bagi orang Melayu yang kaya budi bahasa itu amat tinggi berbanding wang ringgit dan rupa paras.  Begitulah arakian kisah budi bahasa orang Melayu itu.  Tetapi setelah kad undangan diedarkan atas kapasiti Menteri Besar, jemputan kepada orang kenamaan telah mengesahkan kehadiran yang dibuat di rumah agam MB tersebut, dia terpaksa bergusur seminggu sebelum anaknya mengadakan majlis bersanding dan makan beradap – satu lagi khazanah perkahwinan orang Melayu.  Ahmad Said seolah-olah tidak diberikan satu penghargaan dan terima kasih atas sumbangannya kepada BN – beliau harus tinggalkan rumah agam tersebut dan mengadakan majlis perkahwinan peribadi di lokasi lain dan tidak menggunakan status MB bagi jemputan kenamaan yang telah dibuat.  Jika orang kebanyakan, Orang Kenamaan boleh tidak hadir ke jemputan tersebut, tetapi jika ada jawatan setidak-tidaknya orang kenamaan akan turut hadir kerana status MB tersebut dan Ahmad Said berasakan ianya hanya penghargaan kepada keluarganya. 

Siapa yang tidak terkilan dan berkecil hati?  Seminggu sebelum ayah pengantin mendapat menantu?  Seminggu sebelum majlisnya berlangsung? Apakah tidak ada sekelumit rasa bersalah dan penghargaan kepada figura ini walaupun namanya tidak sekental Anwar Ibrahim mahupun Rafizi Ramli di kem pembangkang?  Tetapi Najib Razak yang hanya mendengar khabar-khabar sang penasihat tidak mengupayakan permohonan Ahmad Said bertangguh SEMINGGU SAHAJA sebelum majlis telah bertindak menghalaunya keluar dari kediaman tersebut. 

Berang dengan layanan bak anjing kurap, Ahmad Said bertindak keluar parti sehingga menggoncang kedudukan Barisan Nasional (BN) sebagai tunggak pemerintahan negeri tersebut.  BN mempunyai 17 kerusi manakala saingannya daripada PAS 2 kerusi dan PKR 1 kerusi telah bergoncang dengan Ahmad Said dan 3 orang ADUN BN telah menjadi calon bebas.  Kini BN sedang bergolak mempertahankan takhta Kerajaan Negeri dengan 15 kerusi (seorang menarik balik keputusannya), PAS dengan 14 dan PKR 1 manakala bebas dengan 2 kerusi.  BN terselamat secara pentadbiran kerana mempunyai Speaker sebagai 1 suara dalam Dewan tetapi tidak berkerusi rasmi.  Jika tidak Dewan Undangan Negeri terpaksa dibubarkan dan Pilihanraya Negeri (PRN) kena diadakan dalam masa 60 hari.  Hanya kerana PM yang tidak mempunyai sedikit budi bahasa, rasa berterima kasih dan menghargai orang lain. 
Jika tidak kerana Muhyidin memberikan campurtangan dalaman kepada krisis ini, (walaupun ada yang berbisik ada harga yang dibayar) sudah tentu seorang ADUN dari Bukit Besi menarik balik keputusannya.  Sedang Ahmad Said mempunyai teman rapat (seramai 6 orang) untuk menolongnya menggoncangkan BN di sana.  Tetapi rasional kawan-kawan hanya “tunggu dan lihat” kemelut ini dan hanya akan bertindak jika rakannya terus dianiaya parti kononnya keramat orang Melayu yang kaya budi bahasa itu.  Beranikah PM Najib turun ke Terengganu memberikan penjelasannya dan memegang kata-katanya?  Benar, janji juga satu perkara penting dalam Islam dan orang Melayu – harus ditepati.  Tetapi bolehkah budi bahasa dan rundingan diadakan dalam memecahkan hal ini, seminggu sahaja pun?

PM Najib sudah tentu Perdana Menteri yang mendengar kata-kata penasihatnya secara membuta tuli sahaja tanpa pertimbangan wajar dan tanpa melihat dengan kepala dan mata sendiri – hanya harapkan nasihat orang.  Oleh itu, jika krisis ini berlanjutan, maka perkara terbesar dalam sambutan Hari UMNO ke-68 (pada 11 Mei 2014 – Ahmad Said dipecat 12 Mei 2014) adalah hari malang UMNO mempunyai pemimpin seperti Najib Razak.

Adakah Muhyidin sudah bersedia menggempur pemimpin yang tidak menghormati pendapat, mendengar masalah rakyat (termasuk Ahmad Said sebagai seorang pemimpinnya) dan berpengetahuan luas dalam mewarnai area politik negara yang kian bercelaru kini?

Ketika Najib mengumumkan kejayaan Dasar Transformasinya pada malam 12 Mei 2014, rakyat melihatnya seolah-olah membodohkan diri sendiri kerana ia tidak sampai kepada rakyatnya sebaliknya tindakannya memecat Ahmad Said seolah-olah itulah wajah PM dan UMNO cukup membuatkan orang lari meninggalkan UMNO yang busuk di bawah kendalian Najib Razak.  Adakah Muhyidin sanggup menggempur Najib dan kembalikan UMNO ke pangkal jalan?  Bersediakan Muhyidin yang kental berjiwa Melayu mempertahankan partinya berbanding ketuanya yang sombong itu?  Bersediakah Muhyidin mengetuai parti terbesar orang Melayu ini?  Atau Muhyidin seperti Hang Tuah yang jantan hanya untuk mempertahankan tuannya (Sultan), tetapi tidak sanggup mempertahankan dirinya dan rakannya?


Sehingga jam 10:00 pagi 14 Mei 2014, inilah situasi politik Terengganu.