Rabu, 23 April 2014

Melayu Islam Jangan Jadi Yahudi

Akhirnya orang Islam di Malaysia menjadi jumud, seperti mana jumudnya pemikiran kaum Yahudi.  Berbeza dengan maksud Qada’ dan Qadar, Yahudi berfikiran begitu kerana mereka telah diingatkan oleh para Rasul sebagai Raja mereka secara langsung ketika itu cuma mereka tidak percaya perkara-perkara ghaib dan mukjizat Allah.  Akhirnya, mereka terpaksa akur dan dihalau keluar dari Jerusalem oleh Raja Nebuchadnezzar dari Babylon pada tahun 586 (sebelum masihi). 

Penyesalan kaum Yahudi tidak terhenti setakat itu, semua keagungan dan keindahan istana dan pemerintahannya (Negara Tuhan Yang Satu) telah dimusnahkan oleh kaum pagan (penyembah berhala) itu dan menubuhkan Hukum Hammurabbi bagi menggantikan undang-undang Tuhan sesuai dengan kehendak Taurat ketika itu.  Mereka menyesali nasib kaum mereka, setelah dibawa oleh Musa merentasi Lautan Mati ke Tanah Yang Dijanjikan, mereka dapat membangunkan Jerusalem dengan berkat pertolongan Raja Saul (Thalut) yang menewaskan musuh mereka di sana (Goliath – Jalut).  Sesudah mereka membangunkan negara dan rumah ibadah yang besar (seakan Kaabah kini – King Solomon Temple / Istana Nabi Sulaiman) itu dan dipimpin oleh pelbagai Raja dan Nabi, mereka terpaksa melarikan diri dari Raja Yunani yang kejam kepada mereka (kerana kekufuran dan tidak patuhnya mereka  kepada Allah).  Hukuman pengusiran itu mereka lalui dengan penuh penghinaan dan sepanjang masa mereka berada di negara asing, sama ada menjadi hamba, kuli, barang dagangan mahupun dibunuh sesuka hati. 

Akhirnya, mereka berpendapat jika inginkan kehidupan yang kekal dan sempurna mereka haruslah mentaati suruhan raja dan Nabi serta mengikut perintah Tuhan yang Maha Esa seperti diajarkan oleh nabi-nabi.  Dengan penuh kesungguhan, sekali lagi Allah memberi mereka peluang kembali ke Jerusalem dengan dipimpin oleh Raja Zecharia (Nabi Zakaria A.S.).  Tetapi kedegilan dan keangkuhan mereka tetap membuat kemungkaran sehingga akhirnya mereka terusir secara kekal selepas penyaliban Jesus (Nabi Isa diangkat ke langit) dan negara mereka kembali diruntuhkan oleh kaum pagan yang lainnya termasuk oleh Maharaja Rom. 

Sudah terhantuk baru tengadah, begitulah nasib kaum Yahudi tersebut.  Mereka tidak dapat kembali semula ke Jerusalem dan membentuk negara mereka seperti sebelumnya iaitu sebuah “Taman-Taman Para Nabi dan Malaikat” di bumi anbiya’ di mana ia adalah pinggir dan taman bayang-bayang Arasy di atas Kaabah.  Kesedihan mereka menyebabkan mereka ingin benar kembali menjadi Yahudi yang taat lagi sejati dan kembali ke “Tanah Yang Dijanjikan”.  Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. 


Bagi umat Islam di Malaysia, mungkin mereka tidak sedar dan ingin benar menjadi seperti nasib kaum Yahudi.  Walaupun mereka tidak mempunyai walau satu Nabi atau Raja Yang Hebat mencipta sejarah dunia pada masa lampau.  Setidak-tidaknya Islam yang diwarisi ratusan tahun lalu melalui Raja Melaka (Parameswara) ini gunakanlah dengan sebaik-baiknya.  Jalankanlah perintah agama tauhid ini dengan sebaik-baiknya.  Janganlah kita menjadi bangsa yang sombong, bongkak dan memperkecilkan keimanan orang lain kepada Allah.  Di sisi Allah SWT, semua manusia itu sama melainkan yang paling bertaqwa dan beramal soleh.  Oleh itu, janganlah jumudkan minda kita dengan wewenangnya menjatuhkan hukum kepada rakan yang seakidah dengan kita.  Janganlah mendoakan kehancuran kita sesama Islam, mengagungkan bangsa kaum pagan (penyembah berhala termasuk ketuhanan Triniti) yang lain.  Di sisi Islam, agama ahli Kitab Suci itu telah tiada dan telah dimansuhkan oleh Allah menerusi Al-Quran/Al-Furqan. 

Yang pasti, kita sedang menunggu Al-Mahdi atau Penyelamat Dari Timur (Messiah bagi penganut Kristian dan Yahudi).  Yakinlah, sebelum Anti-Islam (Dajjal – Anti-Christ bagi Kristian) tiba, berbuatlah baik dengan amal-amal soleh serta jalanilah sistem pemerintahan sedia ada dengan sebaik-baiknya.  Semua ujian yang melanda kini (kehilangan pesawat MAS, kekurangan air semasa musim hujan, kemarau, jerebu serta-apa-apa bencana) janganlah kita saling menyalahkan melainkan itulah ketentuan Allah SWT dalam menguji keimanan dan kebersatuan kita.  Kita bersyukur kerana bumi Malaysia ini tidak berada dalam lingkaran gempa bumi dan gunung berapi yang aktif.  Tetapi ujian-ujian kecil ini jika kita tidak bersatu, nescaya Allah cabut kembali nikmatNya kepada kita.

Bersatulah kita dalam menjalani kehidupan yang penuh bermanfaat dan bertaqwa kepada Allah sebelum Allah cabut dan kembalikan kita seperti bangsa yang merempat ditangan bangsa-bangsa pagan (sebagaimana orang Yahudi dipaksakan menyembah berhala di zaman Maharaja Rom) kerana kesombongan dan keangkuhan dan akhirnya kehilangan kuasa ditanah air kita sendiri.

Ustaz-ustaz, alim ulama’ dan fuqaha’ dari mana-mana parti, cerdik pandai dan cendekiawan Islam dalam negara ini janganlah banyak tingkah (komplen) melainkan kita sama-sama bangunkan negara Islam yang menepati kehendak Allah dan syariatNya.  Kita tahu juga nanti bahawa Malaysia ini akan hancur ditangan Dajjal (anti-Islam) sebelum kita sempat lari ke Kota Yang Suci (Mekah dan Madinah) dan menjadi hamba dan rakyat Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s.  Maka, sebelum Dajjal datang memusnahkan Malaysia, cepat atau lambat, kita harus sama-sama membangunkan negara ini mengikut syiarNya.  Janganlah jadi seperti Yahudi yang kehilangan tanah dan kuasa serta agama disebabkan kesombongan dan keangkuhan kepada manusia, Allah dan RasulNya. 


Allahu ‘Alam.  

Hukum Hudud di Malaysia : Suatu Kepastian?

Hukum Hudud Malaysia

Tanggal 21 Oktober 2013 yang lalu, pemerintah Negara Brunei Darussalam telah memutuskan untuk melaksanakan hukum-hukum perundangan negara dengan cara syariah Islam iaitu Hudud, Qisas dan Takzir sesuai dengan Al-Quran dan Hadith.  Dengan pengumuman itu, dijangkakan pada April 2014, Brunei akan melaksanakan hukuman-hukuman ke atas kesalahan jenayah, sivil, dan lain-lain undang-undang tort dengan melalui perundangan Islam. 

Islam menerapkan konsep keadilan secara adil (bukan fair iaitu setara tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan betul dan benar), berbentuk pencegahan dan juga hukuman punitif (hukum yang wajar).  Dengan ketiga-tiga elemen ini, hukuman hukuman secara Islam adalah lebih bersifat ‘menjeran’ atau memastikan wujudnya rasa ‘gerun’, ‘takut untuk membuat jenayah’ dan juga satu bentuk kepastian mutlak agar tidak melibatkan diri dengan jenayah-jenayah dan kerosakan kepada manusia bagi menjamin kesejahteraan umat Islam dan bangsa-bangsa lain yang bukan beragama Islam dalam masyarakat, nyawa, akal fikiran dan harga benda,. 
 
Pesalah hudud di sebat di khalayak ramai di Banda Acheh - Daerah Istimewa Acheh, Indonesia
Di Malaysia, undang-undang Hudud ini sangat ditekankan oleh Parti Islam Malaysia (PAS) bagi menggantikan undang-undang sedia ada yang dipanggil sekular -  diwarisi daripada British dan undang-undang sosial yang diwujudkan sejak zaman Kesultanan Melaka lagi.  Undang-undang ini memakai roh “common law” iaitu undang-undang teras berdasarkan nilai hidup, falsafah dan budaya masyarakat British bernegara semasa pemerintahan beraja di England pada kurun ke-14 yang lalu.  Undnag-undang ini kebanyakannya tidak bertulis tetapi menjadi garis panduan sosial dalam bermasyarakat dan membendung mereka terjebak dengan kesusilaan yang tidak pantas dilihat di dalam masyarakat.  Undang-undang budaya juga telah mengalir dalam diri masyarakat Melayu termasuk menerusi Islam sebagai pegangan akidah mereka sejak zaman bahari lagi – zaman Kesultanan Melayu Melaka. 

Tetapi Islam tidak diserapkan dengan baik semasa Portugis merampas Melaka daripada Sultan Mahmud sekitar tahun 1511 di Melaka dahulu.  Belanda dan Inggeris juga tidak mengambil undang-undang Islam Melaka secara total dalam mengurus dan mentadbir Melaka kerana ia menjadi tugas Penghulu dan ketua-ketua Masyarakat yang menjaganya terutama ehwal budaya dan adat resam Melayu Islam untuk bermasyarakat.  Manakala undang-undang sekular Barat diperkenalkan British secara bertahap di Tanah Melayu bagi mengurangi kejadian jenayah dan kesalahan lain mengikut pertimbangan mereka yang menyamakan negara ini adalah di bawah kekuasaan undang-undang Ratu England.  Akhirnya, semua perundangan di tangan Penghulu dan Ketua Masyarakat ini diambil alih oleh Majistret dan pentadbir-pentadbir perundangan oleh British.  Lenyaplah undang-undang Islam Melaka (juga undang-undang Perak dan Kedah yang mengamalkan undang-undang Budaya/Islam) di Tanah Melayu. 

Konsep perundangan Islam sangat jelas iaitu mencegah dan mengelakkan dari berlaku pelanggaran sosial serta menghukum dengan keras agar menjadi peringatan bahawa perbuatan jenayah tidak akan berlaku lagi selain terdapat beberapa perkara dalam menjatuhkan hukumannya. 

“Maka Kami jadikan apa yang berlaku itu sebagai suatu hukuman pencegah bagi orang-orang yang ada pada masa itu dan orang-orang yang datang kemudian, dan suatu pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”.  (Al-Baqarah 2:66)

“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”  (Al-Maaidah 5:38)


Jelaslah bahawa Islam itu menangani isu adalah secara tuntas dan tidak bertangguh-tangguh selain memastikan masalah masyarakat dapat di atasi dengan sebaik-baiknya tanpa ulangan.  Islam juga menegah kepada pembelaan kepada mereka yang benar-benar salah kerana adalah lebih berintegriti bagi setiap pesalah mengakui kesalahannya dan memohon keampunan Allah SWT dan kepada mangsa kerana akhirnya pelaku-pelaku jenayah ini akan sedar kesalahannya.  Bagi yang membela mereka yang bersalah, sebenarnya akan melakukan pengkhianatan kepada masyarakat di mana penjenayah ini tidak akan berasa bersalah bahkan mengulanginya lagi di masa hadapan dan akhirnya kebijaksanaan menipu ini akan menimbulkan kejanggalan sosial dalam hidup rukun bermasyarakat. 

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.”  (An-Nisaa' 4:105)

Dalam pada itu, sebagai mentaati seruan Islam yang menggalakkan kehidupan yang penuh rukun dan aman, Islam menekankan konsep adil dalam melaksanakan hukuman.  Beberapa ayat kelihatan sangat keras bunyinya iaitu memotong tangan bagi pelaku pencurian atau rompakan (mengambil hak orang lain tanpa kebenaran).  Tetapi darjah kesalahan itu boleh diukur dengan tahap jenayah yang dilakukan; sama ada memadai dengan membayar ganti rugi atau didenda dengan jumlah wang tertentu.  Bagi kesalahan yang sebenar-benarnya serius, memotong tangan adalah hukuman bagi mengingatkan sang pelaku bahawa di dunia ini hukuman itu adalah setimpal, tetapi diakhirat jika mereka masih ingkar untuk memohon keampunan Allah, maka adalah lebih berat lagi hukuman yang bakal dikenakan. 

“Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.” (An-Nisaa' 4:13)

“Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).” (Al-Baqarah 2:152)

Menjatuhkan hukuman kepada pesalah juga bukanlah satu tugas semudah menghukum seperti zaman dahulu kala yang kekurangan teknologi.  Di zaman yang serba moden ini, menggunakan ujian DNA, kamera litar tertutup serta apa-apa elemen yang sahih serta relevan dalam menentukan kaedah penilaian masih boleh diambil kira.  Selain mencari empat orang saksi yang mukmin (yang benar-benar takut kepada Allah dalam memberikan penilaian kepada seseorang yang lain serta menjalankan kerukunan sebagai Muslim yang sempurna), teknologi serta mana-mana penggunaan peralatan modern tidak pernah menyekat Islam dalam membuat satu penilaian.  Jika tidak adanya peralatan ini maka ia akan menjejaskan dakwaan, maka itu telah berlaku ketidakadilan kepada mangsa dan juga si pelaku atau yang dituduh.  Oleh itu, Islam sentiasa memicu mana-mana teknologi dan sains dalam membentuk sesuatu perkara.  Sesuailah dengan kalimatNya seperti berikut:- 

“Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya.”  (Al-Baqarah 2:242)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”  (An-Nisaa' 4:58)

Masalah Hudud Malaysia

Cuma di Malaysia ini terdapat beberapa perkara yang pada pandangan mata kasar tidak secocok untuk dilaksanakan dalam masa yang singkat dan tanpa fahaman agama yang jitu dan jelas.  Sebagai contoh, jika di zaman pemerintahan Islam sama ada oleh Rasulullah SAW atau Sahabat (Khalifah Al-Rasyidin) mahupun khalifah-khalifah Islam yang lain sebagai Ketua, semua undang-undang ini dikenakan kepada sesiapa jua termasuk kepada yang bukan Islam.  Ini kerana yang bukan Islam itu bersetuju untuk dinaungi oleh Pemerintah Islam (Ulil Amr) yang mentadbir negara.  Oleh itu ia juga adalah perkara (subjek) kepada pemerintah tersebut.  Manakala pada zaman Malaysia modern ini, kededua Islam dan bukan Islam boleh memerintah negara ini dan masing-masing berhak untuk melihat sesuatu pelindungan itu antara dengan yang lain (saling berpaut – Majoriti Islam di Malaysia hanya 56% sahaja). 

Jika umat Islam di Malaysia dikenakan hukuman Syariah misalnya, apakah yang bukan Islam tidak wajar dikenakan hukuman yang sama? Sedangkan dalam melaksanakan hukum itu hendaklah berlaku adil dan saksama, iaitu terpakai juga kepada bukan Islam yang dinaungi oleh Kerajaan Islam.  Jika tidak, umat Islam akan melihat ini sebagai suatu ‘penganiayaan’ khususnya kepada pesalah yang boleh mempertikaikan jenis hukuman yang berbeza.  Tun Dr. Mahathir dikecam kerana perkara pokok ini bahawa beliau mengandaikan banyak umat Islam akan kudung tangannya (umat Melayu/Islam di Malaysia ramai yang terlibat jenayah) jika mencuri sedangkan bukan Islam pula hanya dihukum penjara sahaja dan akan bebas dalam beberapa ketika.  Oleh itu, seharusnya, pada pandangan Dr. Mahathir menghukum potong tangan juga kepada bukan Islam (kerana hukuman kenalah tuntas dan tunggal bukannya dwi-standard).  Barulah Islam membuktikan keadilannya iaitu menegakkan keadilan sosial yang seimbang, hukuman tunggal bagi jenayah sama.  Jika tidak, umat Islam sendiri akan mempertikaikan keadilan undang-undang Islam tersebut dan membawa mudarat kepada umat termasuk dari segi akidah. 

Dalam konteks Malaysia kini, tidak kelihatan bukan Islam meminta mereka dinaungi tetapi melihat mereka juga sebagai satu entiti yang sama seperti Muslim yang lain.  Oleh itu, kejelasan di sini harus ditengakkan, jika tidak ia pasti mengundang satu campur tangan asing dalam menghuraikan kejelasan Islam di sini khususnya dari puak penentang.  Jika bukan Islam di Malaysia mengikuti ajaran samawi iaitu mempercayai Tuhan Yang Satu, maka ia tidak menjadi satu bebanan kerana dalam agama Yahudi juga undang-undang tuhan dinamakan Halakha atau 613 Mitzvot kelihatan serupa dengan Islam. 

“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Maaidah 5:45)

Oleh itu, perkara asas dan pokok perbincangan hukum Allah ini bukanlah satu polemik dan tidak wajar dikaji-kaji tetapi kaedah atau method yang manakah lebih sesuai untuk dilaksanakan? Bagi hukum-hukum Qisas dan Hudud ia perlu diberikan beberapa perhatian khusus manakala bagi undang-undang Takzir, elemen-elemen ini boleh dipertimbangkan mengikut kemash’alatan umah yang rukun dan bersatu-padu dalam menggubalnya.  Tidak wajar mempertikaikan hukum-hukum yang telah diperintahkan oleh Allah SWT cuma di dalam konteks Malaysia yang bernegara nasionalistik dan perkauman (agama), hal ini perlu dilihat dengan sebaik-baiknya kerana ia berbeza dengan konteks pemerintahan Islam sebelum ini yang lebih fokus – konsep menaungi. 

Tanah Yang Dijanjikan (Erezt Yisrael) bagi penganut Yahudi adalah tanah hak milik bangsa itu yang akan mewajibkan semua bangsa Yahudi untuk patuh kepada undang-undang Israel kuno tersebut serta beberapa peraturan-peraturan tambahan lainnya mengikut keadaan zaman semasa.  Mereka giat memastikan tanah tersebut menjadi milik mereka agar mereka dapat melaksanakan semua hukum-hukum Taurat dan perkara yang dibangkitkan oleh Tuhan kepada mereka untuk dilaksanakan.  Jika mereka berada diluar atau dalam komuniti mereka di tanah yang lain (diaspora), kemungkinan hal itu tidak boleh berlaku kerana perbezaan kepercayaan serta pemerintah yang bukan dari kalangan mereka sendiri yang mengerti dan boleh menaungi bangsa lain-lainnya.  Maka sebab itulah, bangsa Yahudi berkeras mahukan tanah tersebut agar perintah-perintah agama ini boleh dilaksanakan pada pandangan mereka serta terbentuknya Kerajaan Tuhan di bumi ini. 

Bagi Masyarakat Kristian dan Islam pula, Allah melonggarkan hukum-hukumNya dengan membenarkan ia dilaksanakan oleh pemerintah yang menguasai pemerintahan atau kerajaan tertentu kerana Islam menaungi bangsa-bangsa lain yang terdiri dari kafir Harbi.  Di zaman pemerintahan Islam di Timur Tengah juga tidak timbul perkara-perkara ini kerana majoriti yang diperintah adalah kaum muslimin selain bangsa-bangsa lain adalah meminta naungan pemerintahan Islam ketika itu dan kini.  Di Arab Saudi yang masih kekal menggunakan sistem ini juga tidak menghadapi banyak masalah bahkan ia turut dikenakan kepada pekerja-pekerja bukan Islam yang bertugas di sana tanpa belah bahagi.  Bagaimana jika jenayah zina atau rogol antara bukan agama yang sama?  Apakah kaedah yang wajar dalam melaksanakan hukum yang secara total mencegah yang ampuh ini?  Maka, kritisme-kritisme inilah yang melontarkan pemikiran untuk melihatnya dengan wajar. 

“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa”.  (Al-Baqarah 2:179)

Oleh itu, dalam menunjangi isu ini, kefahaman dan kaedah yang dirancangkan oleh PAS sebelum membentangkan Rang Undang-Undang Peribadi yang dicadangkan pada akhir 2014 hendaklah menyeluruh serta memasuki semua elemen-elemen sehingga ke peringkat yang paling halus termasuk dalam pelantikan Hakim dan Qadi serta memetakan peranan mahkamah dan perundangan berciri ketuhanan dan global ini.  Jika terdapat tentangan, kempen memberikan makna dan kefahaman yang meluas hendaklah dilaksanakan agar umat Islam tidak menjadi munafik bahkan kufur kerana melihat hukum ini seakan menindas mereka sendiri dengan berpegang kalimah Tauhid.

“Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”  (Al-Maaidah 5:40)

Allahu’Alam 

Ahad, 20 April 2014

"Pertembungan 3 tamadun Agama melawan Paganisme"

Kisah Perang Salib II (1146M) 

"Penganut Kristian adalah manusia yang berotot tetapi tidak berakal", Islam pula mengagungkan Ilmu dan sentiasa berhati-hati dengan perbuatannya agar tidak menumpahkan darah dan melakukan kerosakan. Sedang Loius membunuh penganut Yahudi kononnya bangsa itu membunuh Jesus, orang Islam tetap boleh hidup rukun damai dengan Yahudi dan Kristian kerana menghormati Ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) sebagai penganut agama Tauhid.

Kini, kaum Yahudi dan Islam saling bermusuh dan ditambah pula 'batu api' oleh Barat (Kristian) untuk menggugat keharmonian dunia. Ketika tentera Salib membunuh 40,000 ribu umat Islam di Palestine/Jerusalem, dan menghapuskan bandar-bandar diaspora Yahudi di laluan ziarah suci, Umat Islam di Jazirah Arab tetap menghormati Kristian dan Yahudi sebagai Ahli Kitab dan bukan penganut agama pagan.

Ketika Salahuddin Al-Ayubi membuka Jerusalem dalam kempen Perang Salib II, orang tua, kanak-kanak dan perempuan serta mereka yang lemah dari kalangan Yahudi dan Kristian tidak diapa-apakan bahkan diberikan perlindungan sewajarnya. Betapa Islam tidak pernah menyebarkan agamanya dengan pedang, bukan seperti kaum Frank (Perancis kini) yang menyebarkan Kristian dengan peperangan dan Yahudi yang merampas Jerusalem dengan tipu daya ala Firaun.

Oleh itu, Islam tetap kekal berhati-hati dalam melangkah ke masa depannya selain memperbaiki ilmu-ilmunya yang telah dimusnahkan oleh tentera Mogul dan Barbar di Bahgdad sedang Yahudi dan Kristian yang pernah mencacatkan ilmu-ilmu orang Islam terus menerus menyorokkan dan tidak menghargai sumbangan perabadan Islam itu. Yunani, bangsa yang paling dibenci kaum Frank dan Kristian kuno pula diberikan kredit ilmunya sedangkan ilmu-ilmu Yunani dalam Tamadun Babylon/Rom telah dimusnahkan oleh kaum-kaum Norwandy dan Eropah pada abad ke 9 dan 10 lepas.

Perjalanan Suci (Umrah)

Perjalanan Suci (Umrah) 

Perjalanan suci menuju rumah ibadah tertentu telah bermula ribuan tahun sebelum masehi dimulai oleh Ibrahim (Abraham) dari Babylon ke Jerusalem (Tanah yang dijanjikan). Sejak itu, jutaan jiwa telah membuat pekerjaan mulia yang sama iaitu "umrah" dengan Bani Israel mendahului amalan tersebut diikuti oleh pihak Kristian selepas Kristian tersebar di benua Eropah dalam jajahan empayar Rom Timur. Perjalanan Yahudi dan Kristian ke Jerusalem juga adalah sama dan selari kerana kededua Rasul itu berada di kota suci tersebut dalam kelahiran dan dakwah mereka.  

Setelah kedatangan Islam, sejarah yg sama berulang dalam urusan perjalanan suci tetapi Muhammad SAW (Ahmad) telah memulakannya dari Madinah ke Mekah (negeri kota asal usul beliau) dan diikuti oleh jutaan jiwa Muslim kemudiannya termasuk mengerjakan Haji (Haji lebih utama berbanding umrah). Sedang Kristian menggunakan istilah "ziarah suci" bagi mengumpulkan tenaga memulakan "Perang Salib I", bangsa Israel ketika itu masih kekal berada dalam diaspora (kumpulan kaum kecil terasing di negeri-negeri Mediteranean) kerana dihalau dari tanah tersebut (Jerusalem) dan tidak dapat meneruskan "ziarah" ke "Tanah Yang Dijanjikan" kerana sumpahan oleh Tuhan dan juga kerana dosa-dosa mereka yang kekal angkuh dan degil dalam melaksanakan perintah Allah SWT.

Umat Islam pula tidak mengalami masalah dalam mengerjakan perjalanan suci mereka kerana kerana kiblat mereka telah ditukarkan ke Mekah dari Jerusalem dan perjalanan suci mereka pula tidak bertembung dengan bangsa agama tauhid (monotisme) yang lain (Yahudi dan Kristian). Sedang bangsa pagan (agama budaya) tidak mempunyai perjalanan suci ini.

Perjalanan suci ini telah melahirkan ribuan sarjana, ilmuan termasuk tokoh-tokoh agama dan sejarah yang terkenal selain Abraham dan Muhammad. Akan lahir juga dari perjalanan suci ini dari Timur seorang tokoh yang akan mengubah dunia modern iaitu Al-Mahdi manakala bagi kaum Yahudi dan Kristian mereka memanggilnya dengan Messiah.  Tujuan kededuanya (Al-Mahdi bagi Islam dan Messiah bagi Yahudi dan Kristian) adalah sama iaitu menegakkan kembali Syiar Tauhid yang semakin pudar di kalangan umat agama Monotiesme.  Tetapi bagi umat Islam mereka menjangkakan kebangkitan Al-Mahdi dan Isa akan membunuh kaum Yahudi di Jerusalem dan membesaskan tanah tersebut.  Manakala bagi agama Yahudi dan Kristian, kebangkitan Messiah adalah untuk menengakkan Kristian/agama yang sebenar.  Untuk makluman pembaca, Islam, Kristian dan Yahudi adalah dari teras agama yang sama iaitu mentauhidkan Keesaan Allah (Tuhan) yang Maha Mencipta dan Maha Besar.  Manakala dalam kepatuhan tauhid ini, Yahudi telah lama (kuno) dalam pentauhidannya dan Kristian juga telah ketinggalan dalam amalan dan ritual mereka kerana ia telah digantikan oleh Muhammad dengan agama Islamnya.  Oleh itu, agama-agama kuno ini (Kristian dan Yahudi) adalah batal dan mansukh.  



Selamat menunaikan umrah (perjalanan suci) kepada mereka yang telah dijemput Allah..... (Ke Mekah untuk penganut Islam dan ke Jerusalem bagi Yahudi dan Kristian) 



Yahudi Bangsa Yang Hina

Yahudi, Bangsa Yang Hina


Yahudi bangsa yang dihina Tuhan
Kini mengangkat diri menjadi Raja
Raja di tanah air orang, Raja dengan air mata dan darah orang lain
Yahudi Bangsa yang hina di halau dari tanah yang dijanji dua kali
Kerana sombong, mungkar dan angkuh dengan perintah Allah dan Rasul

Yahudi bangsa yang dihina Tuhan
Hanya bergantung impian Abraham dan David
Yahudi tidak punya apa sehingga dihalau sesuka hati
Yahudi terus dihalau selepas Moses dan Solomon

Yahudi bangsa yang dihina Tuhan
Sehingga kini tidak punya tanah air sendiri
Kerana kesombongan dan kekufurannya kepada Allah dan Rasul
Menggunakan kata manis kononnya pemilik tanah itu
Bahkan impian palsu itu direlakan oleh Arab yang dungu berpecah

Arab yang dahulu bangun dan berdiam di Jerusalem
Mereka akui Muhammad isra’ ke sana
Mereka akui Muhammad mikraj dari sana
Tetapi melopong berpeluk tubuh membiarkan tanahnya
Sedang mereka terus bercakaran dan mengabaikan tanah itu

Yahudi tidak memiliki apa-apa
Yahudi tidak memiliki tanah itu
Walau bangkit Messiah atau Al-Masih
Yahudi tetap tidak memiliki tanah itu
Sedang Messiah bangkit untuk mengusirnya jauh ke perut bumi ini
Kerana Yahudi tidak layak berdiam di bumi anbiya itu
Kerana sombong, mungkar dan angkuh dengan perintah Allah dan Rasul


Bangunlah bangsa Arab, tebuslah maruahmu
Tahanlah tanganku dan tiuplah roh Messiah
Bangunlah bangsa Arab, tebuslah tanahmu
Berpeganglah tangan dan tauhidmu sesungguhnya kerana Allah
Rapatlah barisanmu sambil menunggu Al-Mahdi dari Timur
Tumpanglah kasih itu dalam mengusir bangsa hina itu

Sedang Yahudi ditewas Messiah
Bangkitlah kamu membela Al-Mahdi dari Timur
Janganlah kamu berpeluk tubuh dan menggeletar mempertahankan tanahmu
Tanah Yang Dijanjikan bukan untuk Yahudi
Kerana Tanah itu bukan milik si hina
Si Yahudi bangsa yang dihina Tuhan 

/mfa 

Sabtu, 19 April 2014

Orang Kaya, Pandai Sering Menipu Orang Miskin, Kebanyakan?

Orang Kaya, Pandai Sering Menipu Orang Miskin, Kebanyakan? 

Betulkah orang yang bijak pandai dan orang yang kaya sering memanipulasi dan mengambil kesempatan ke atas orang yang miskin dan kebanyakan?  Bunyinya seakan kasar dan kesat, tetapi benarkah?


Setiap sesuatu hipotesis atau kenyataan biasanya datangnya dari beberapa teori dan pengamatan yang mendalam.  Cuma dalam hal ini, bukan semua orang sedar.  Orang yang kaya adalah mereka yang memanipulasikan sesuatu kepada orang kebanyakan agar memberi keuntungan kepada mereka.  Begitu juga mereka yang bijak akan senantiasa mengambil kesempatan ke atas sesiapa sahaja yang terlalai.

Orang yang miskin dan kecerdasan yang kurang akan segera terpesona dengan uforia kekayaan, kejayaan dan kebijaksanaan sehingga menjadi hanyut dan tertipu dengan semua benda yang dicanangkan kepada mereka.  Mereka akan segera percaya dan terpesona dengan momokan dan juga retorik (kata kata manis) yang memicu menipulasi.  Teori mudahnya bahawa kata-kata manis boleh membunuh manusia seperti mana semut boleh terbunuh kerana umpanan gula. 

Baru-baru ini penceramah bersiri telah datang kepada umum dan membawa khabar perniagaan dan peluang perniagaan yang boleh membuaikan perasaaan mereka yang ingin berjaya atas alasan motivasi dan perkongsian.  Tenaga motivasi ini memberikan kata-kata manis dan ceramah yang menaikkan keyakinan tetapi pada masa yang sama beliau sendiri tidak mempunyai sesuatu penakatan yang melayakkannya menjadi sebegitu melainkan akademik dan teori ilmunya sahaja.  Benarlah kata orang, “orang yang berilmu boleh kaya, tetapi orang kaya boleh menghabiskan hartanya tanpa ilmu”.  Uforia itu memberikan harapan palsu kepada para pendengarnya, dan individu tersebut membuat cetakan wang yang sangat bagus. 

Setiap siri jelajah perkongsian motivasinya memberikan pulangan wang yang berbaloi dengan kata-kata pujian dan hamburan idea-idea yang terawang-awang.  Mereka yang terpesona dengan khayalan palsu ini akan berbondong-bondong menghadirinya dan memberikan satu sumpah ikatan kejayaan serta menyampaikan dari mulut ke mulut kepada mangsa yang lain, tetapi wahasil balik ke asal – hanya kekal begitu.

Pun begitu, mereka yang suka ‘ditipu’ ini memang tidak akan sedar kerana nikmat dan terpesona dengan idea idea harapan itu tidak dapat memadamkan kenyataan yang sedang mereka alami. 


Orang yang kaya pula akan menunjukkan kekayaannya serta sedikit kepandaiannya untuk menipu dalam melariskan jualan mereka.  Akhirnya yang menjadi mangsa adalah orang kebanyakan yang akan membeli dan mencuba sesuatu benda yang baharu ini dengan sedikit tampalan maklumat serta ‘pesona yang ditampilkan’.  Mengambil contoh mudah, menjual produk berjenama yang baik bukanlah satu matlamat, tetapi melariskan produk agar boleh dibeli pada tingkat harga tinggi dan manipulasi serta mengharapkan kualiti yang mereka berikan sendiri boleh membodohkan pembeli. 

Sebagai contoh, penjual beg akan memberikan harapan palsu kononnya jenama dan produk mereka adalah yang berkualiti dan terbaik dalam pasaran.  Tetapi ia bukanlah satu matlamat dan jaminan yang jelas pembuktiannya melainkan hanya untuk melariskan jualannya dengan harga yang mahal kerana barangan modalnya. 

Akhirnya, pembeli-pembeli akan membeli kerana terpedaya dengan harapan palsu itu dan kekalkan orang yang pandai dan kaya itu selalu menipu dan mengambil kesempatan ke atas kebodohan dan kelalaian orang kebanyakan.

Begitu jugalah dengan ahli politik.  Tugas mereka adalah mencetak wang atas modal mereka mengambil hati pengundi.  Setelah mereka menerima mandat, harga kepenatan mereka meraih undi akan dibayar oleh rakyat kembali.  Mereka hanyalah berniat untuk keuntungan diri mereka dahulu barulah sisa bakinya kepada rakyat, sama ada pihak pemerintah atau pihak yang menentang – mereka itu sama sahaja seperti ular.  Setelah menerima undi dan harapan daripada rakyat yang dibuaikan dengan janji-janji manisnya, rakyat akan membiayai kehidupan sosial mereka yang mewah dan elegan kononnya atas nama diplomatik dan pentadbiran yang sejagat dan globalisisi.  Harganya adalah undi orang kebanyakan yang memberikan mereka kesempatan itu. 


Cuba fikirkan sekali, adakah anda pernah diperlakukan begitu dan anda rela dalam redha?

Isnin, 24 Mac 2014

Orang Melayu, Orang Kerajaan - Orang ???

Orang Melayu, Orang Kerajaan.

Upacara Angkat Sumpah:  Ketua Parti menerima undi terbanyak di Parlimen (Perdana Menteri) akan mewakilkan tugas Raja sebagai Ketua Pentadbir (Jemaah Menteri) dan menasihatkan Baginda dalam Ehwal Pentadbiran Awam. 
Kerajaan atau ‘government’ (ke-RAJA-an) adalah pekerjaan dan perkhidmatan kepada ‘raja’ yang mewakilkan kuasa pentadbirannya kepada Perdana Menteri dalam konteks Malaysia moden kini.  Raja adalah sistem pemerintahan Malaysia yang menaungi semua cabang demokrasi di Malaysia sama ada cabang perundangan, pentadbiran (Jemaah Menteri) dan kehakiman.  Jika di negara yang mengamalkan demokrasi secara republik, sistem ini lebih dikenali sebagai ‘sistem pemerintahan’ di mana ketua negara tersebut adalah dipilih oleh rakyatnya secara terus.  Berbanding di Malaysia yang mengamalkan sistem politik beraja, sistem ini adalah warisan ‘darah biru’ Raja-Raja Melayu yang mentadbir Malaysia secara bergilir-gilir mengikut cara yang prosedur yang unik serta khusus di sini. 

Berbalik kepada sistem ini, orang Melayu yang menjadi subjek raja ini amat dekat dengan Istana sejak zaman bahari lagi.  Boleh dibaca dalam ceritera dan ditayangkan dilayar kaca bahawa orang Melayu ini amat dekat untuk bekerja dan berkhidmat dengan rajanya bahkan dianggap kerja mulia apabila dapat membantu rajanya memerintah dan menjalankan pentadbiran, walaupun hanya sekadar penghantar pesanan dan hulubalang yang menjaga keselamatan Istana baginda.  Itulah keistimewaan Istana kerana rakyatnya sudi menghambakan diri berkhidmat di bawah naungan Raja yang berdaulat. 

Sistem pentadbiran Malaysia yang kompleks dan moden ini adalah warisan dari percampuran sistem kerajaan tradisional dan dimodenkan oleh penjajah seperti pengaruh Belanda, Inggeris dan Jepun.  Banyaknya kaedah pentadbiran Inggeris ditiru dan dikekalkan dalam kaedah birokrasi dan feudal ini di mana secara kebetulan sistem beraja ini juga diamalkan di England.  Namun, orang Melayu tetap cekal dan tekad mempersiagakan diri untuk berkhidmat untuk negara di bawah naungan Raja mereka – sama ada di peringkat Negeri, mahupun Persekutuan Malaysia. 

Dewasa kini, sistem pendidikan dan pengurusan moden telah memainkan peranan yang sungguh signifikan kepada umat Malaysia.  Suka atau tidak, sistem birokrasi dalam pengambilan kakitangan dan pegawai-pegawai awam telah diubahsuai mengikut susun tadbir yang lebih kompleks dan mempunyai merit dalam setiap lantikan serta pengkhususan bidang tugas.  Jika dahulu, orang Melayu boleh menjadi penghantar berita ke kampung-kampung hanya cukup dengan ‘air liur’ tetapi kini sistem penghantaran maklumat telah disediakan dengan lebih baik akibat dari ledakan kemajuan dalam teknologi serba serbi.  Pengambilan kakitangan juga disaring dengan kedudukan akademik dan kebolehan yang terbaik bagi sesuatu jawatan dan jabatan. 

Juga sekali lagi dijelaskan, orang Melayu tetap menjadi pemohon kerja terbanyak.  Mereka sanggup bersaing sesama sendiri kerana beberapa keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri secara peribadi ataupun secara perbandingan dengan kerja swasta.  Sedang orang bukan Melayu lebih berminat berusaha menjadi jutawan (usahawan), tetapi orang Melayu lebih suka makan gaji dan menikmati hidup yang tenang serta tetap dan tidak mencabar minda asalkan dapat berkhidmat kepada rakyat dan sedikit kuasa untuk digunakan jika perlu. 

Mereka menganggap suka atau tidak, mereka harus diberikan pekerjaan dengan Kerajaan kerana mereka adalah subjek raja dan Ketua Pentadbir (Perdana Menteri) harus melayani perkara itu kononnya beliau harus menyediakan peluang pekerjaan dengan Kerajaan secukupnya walau apa jua alasan pun.  Mereka tidak mahu berusaha niaga.  Mereka ini sangat tidak bermotivasi tinggi serta berharap akademik yang mereka ada digunakan asalkan mereka dapat memasuki sistem pergajian secara tetap dan pukal ini.  Maka, Kerajaan melalui Ketua Pentadbirlah yang harus mengurus dan membereskan mereka yang tidak beres akalnya ini. 

Setelah dilantik dalam perkhidmatan, mereka berharap agar memperolehi gaji yang tinggi dan selayaknya, rawatan kesihatan serta manfaat-manfaat lain yang harus dan layak mereka terima tanpa kos.  Walaupun memperolehi gaji yang agak menarik dan manfaat yang senantiasa lebih bagus dalam perkhidmatan, namun mutu kerja mereka ini sangatlah ‘ala kadar’ kerana motivasi kerja mereka yang rendah.  Bukan semuanya begitu, tetapi ramai dikalangan mereka lebih suka balik tepat waktu walau kerja tidak beres, menunjukkan mimik muka yang tidak mesra, gopoh dan tidak ikhlas dalam menjalankan amanah rakyat.  Bahkan, merekalah yang memohon pekerjaan tersebut dengan janji-janji manis untuk berkhidmat dengan sepenuh hati dan jiwa, tetapi setelah beberapa tahun mulalah ‘lemak’ mereka ini timbul kerana terpengaruh dengan pekerja yang lebih kanan serta ‘penyakit hati’ yang telah keras -  tidak boleh menerima kritikan dan teguran ke arah kebaikan.  Walaupun begitu, mereka yang bermuka tebal ini tidak segan-segan inginkan gaji yang penuh setiap bulan serta manfaat yang lebih baik serta menuntut elaun-elaun dengan semahu-mahunya kononnya masa dan jasa perkhidmatan mereka perlu dibayar. 

Cuba kita lihat contoh terkini kehilangan MH370 menunjukkan satu signal yang sungguh mudah iaitu pegawai imegresen yang menjaga pintu sempadan negara dengan mudah memboloskan keselamatan negara kepada pemegang passport curi.  Sebelumnya jumlah pendatang asing yang terus berlambak-lambak di siar kaki negara serta dengan wewenang boleh bekerja di mana-mana tanpa kawalan bahkan boleh hidup dan membiak dengan mudahnya tanpa kawalan polis dan anggota penguatkuasa.  Terdapat juga mereka yang ditahan kerana mengamalkan rasuah selain membocorkan rahsia-rahsia negara kononnya mereka memperolehi ‘first hands information’ agar menjadi terkenal dan hebat dikalangan mereka.  Sikap patetik ini memanglah satu jati diri orang yang kerja dengan Kerajaan, kononnya mereka ini susah untuk dipecat kerana mereka penyandang sampai mati jawatan tersebut, walaupun mereka suka mengelat sewaktu bertugas, bercuti di kala suntuk dan gawat, tidak berada di kerusi semasa waktu bertugas kononnya atas beberapa urusan peribadi.  Apakah mereka ini sedar!


Kadang-kala, guru-guru yang dilantik juga menjadi pengkhianat kepada bangsanya sendiri.  Ambil contoh yang mudah dari segi awal pengambilan sahaja.  Lepasan Ijazah Sarjana Muda yang gagal mendapatkan pekerjaan di dalam bidang yang khusus dengan akademik mereka, akan segera memohon Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kerana merit yang kurang dalam bersaing dalam skim lantikan lain.  Mereka mengikuti kursus perguruan dan akhirnya menjadi guru dalam mata pelajaran tertentu.  Sampai di sekolah, mereka akan mengajar dan menokok tambah jiwa muda anak Malaysia ini dengan elemen-elemen politik fahaman mereka serta mencambahkan ideologi yang janggal untuk dibincangkan di sekolah serta membentuk pendapat umum yang serong terhadap negara, termasuk memburukkan Ketua Parti Kerajaan yang dilantik menjadi Pentadbir (Pemenang kerusi parlimen terbanyak biasanya dilantik menjadi Ketua Pentadbir merangkap Perdana Menteri dan penasihat kepada Raja – Yang Di Pertuan Agong) yang menggajikan mereka.

Bagi guru ‘bodoh sombong’ ini, Kerajaan wajib memberikan gaji kepada mereka kerana itu tugas negara dan mereka menjalankan amanah kononnya sedangkan ia ditokok tambah.  Waima, Kerajaan yang membayar gaji mereka itu juga memperolehi gaji dari rakyat juga sama seperti mereka.  Mereka mungkin lupa bahawa wang cukai tidak mencukupi tanpa ada badan-badan lain yang mengawal, mengawasi dan bertindak untuk mengutip dan menguatkuasakan peraturan serta menggandakan wang hasil mahsyul yang sedikit itu.  Mereka ini mungkin lupa bahawa Kerajaan melalui jabatan-jabatan lain terpaksa bekerja bahu-ke-bahu dengan syarikat dan perniagaan untuk menjayakan sesuatu perniagaan untuk mengaut keuntungan dan hasil cukai boleh digandakan dan diagihkan dengan sebaik-baiknya.  Tanpa kebijaksanaan pentadbiran ini, mana mungkin seluruh jentera Kerajaan ini berfungsi dengan konsisten dan menjana keuntungan dan kemajuan negara dengan baik.  Mereka lupa bahawa setiap hari jika hasil hutan di tebang, hasil tanah di gali, ia akan habis.  Tetapi Kerajaan telah mengolah dan menjadikan barangan itu lebih baik serta menjual diluar negara agar ia boleh memberikan nilai tambah kepada hasil negara.  Bolehkah mereka membuatnya sendirian??


Orang Melayu akan kekal bekerja dengan Kerajaan sebab sikap mereka yang pesimis dan suka mengambil mudah.  Jika salah, mereka tidak senang mengaku dan tidak punya jiwa besar untuk munasabah diri mereka untuk berubah.  Mereka lupa bahawa mereka yang memohon kerja itu, bukannya mereka dirayu dan dipujuk oleh Ketua Pentadbir untuk membantu mereka.  Ketua Pentadbir juga tahu, Melayu itu memang suka bermalas-malas sehingga kaum bukan Melayu benci dengan birokrat ini.  Memang bukan semua pekerja raja bersikap jelek begini tetapi sebahagiannya telah memburukkan sistem kerja ke-RAJA-an ini.  Sedarlah, gaji yang diterima itu akan ditanya Allah, sedarlah bahawa jika anak kamu makan daripada hasil titik peluh yang tidak berkat, ia menjadi benih yang menyemarakkan api nereka.  Sedarlah pendapatan kamu itu akan diperkirakan. Berkhidmatlah Untuk Negara dan rakyat Raja mu tanpa dakwa dakwi.  Kamu Berjaya bukan sebab kepandaian dan kebijaksanaan kamu, tetapi Allah memberikan rezeki kepada Kerajaan untuk mengagihkan dan berkongsi dengan kamu.  Allah akan tanya……..  

Selasa, 4 Mac 2014

Mahathirisme: Anak Muda 80an Legasi Mahathir

Mahathir:  Bapa Pemodenan Malaysia

Perdana Menteri Malaysia keempat dinamakan sebagai Bapa Pemodenan Malaysia apabila berjaya menukar sebuah negara dunia ketiga kepada negara membangun paling pesat di Asia Tenggara selepas Singapura dan keenam pesat di Asia selepas Jepun, Korea, Singapura, Hongkong dan Taiwan.  Mahathir Mohamad memerintah Malaysia selama 22 tahun mulai 21 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2013 dan menyerahkan kepimpinan tertinggi kepada Abdullah Ahmad Badawi selepasnya adalah pemimpin paling lama memerintah Malaysia. 

Zaman kegemilangan politik Mahathir hanya mula kelihatan selepas berlakunya rusuhan kaum yang terbesar di Tanah Melayu pada Mei 1969.  Jauh dari itu, Mahathir seorang doktor perubatan biasa adalah merupakan Ahli Parlimen Kota Setar Selatan, iaitu ahli Parlimen Malaysia yang biasa sejak 1964 tetapi tewas di kerusi yang sama kepada calon Parti Islam Malaysia (PAS), Yusof Rawa.  Kekalahan Mahathir menimbulkan satu ‘cetusan’ di kalangan awam bahawa kepimpinan tertinggi Malaysia di masa itu sebagai ‘gagal’ dan ‘terlalu berlembut’ khususnya terhadap jati diri dan prestasi ekonomi orang Melayu Islam sama seperti keadaannya hari ini. 

Kekalahan Mahathir dengan undian tipis di Kota Setar Selatan, Kedah mengundang rasa ‘marah’ beliau kepada kepimpinan negara ketika itu yang gagal menangani kemarahan orang Melayu khususnya tentang untung nasib ekonomi orang Melayu Islam yang baru merdeka.  Orang Melayu adalah kaum terbesar di Malaysia tetapi akibat ekonomi pecah dan perintah British, orang Melayu sangat jauh tertinggal dalam meneruskan hidup di bumi yang baru perolehi kemerdekaan ini serta masa depan yang tidak menentu selain terpaksa bersaing dengan kaum Cina yang jauh lebih maju, berpendidikan dan berjaya dalam perniagaan akibat mewarisi kepentingan British sejak sebelum merdeka lagi.  Dek kegagalan itu, Mahathir telah menulis sepucuk surat yang mengkritik kepimpinan negara ketika itu menyebabkan kemarahan Tunku Abdul Rahman (ketika itu Perdana Menteri) sehingga mengambil tindakan memecat beliau daripada parti terbesar orang Melayu – UMNO. 

Beliau akhirnya tersingkir dalam arus perjuangan politik negara telah bertindak menulis sebuah buku kontroversi mengenai masa depan orang Melayu yang suram ketika itu dengan analisis serta pengamatan yang mendalam bertajuk “The Malay Dilemma” dan diharamkan pengedarannya di Malaysia sejurus ia dicetak di Singapura.  Buku tersebut terpaksa dicetak dan diedarkan di Singapura kerana mengandungi kenyataan kontroversi yang mengkritik kepimpinan negara ketika itu selain menerangkan dengan jelas duduk letak orang Melayu yang miskin dan melarat di tanah air sendiri sehingga dianggap boleh menyemarakkan kembali api permusuhan kaum di Tanah Melayu yang baru sahaja seketika pulih dari rusuhan antara kaum. 

Penyeludupan buku tersebut ke Tanah Melayu menyebabkan ia dibaca dengan penuh minat dan hati-hati serta tidak dikupas secara leluasa kerana status buku itu yang diharamkan telah menarik perhatian Tun Abdul Razak yang menggantikan kepimpinan negara mulai tahun 1970 mewarisi kepimpinan dari Tunku yang dipaksa bersara atas tanggungjawabnya ke atas kejadian rusuhan tersebut.  Kupasan buku Mahathir itu mencetuskan satu aliran minda yang selari dengan matlamat Tun Razak ketika itu yang inginkan orang Melayu menjadi tuan di tanah airnya sendiri.  Orang Melayu ketika itu menyara diri rata-rata dengan bekerja kampung sebagai buruh kasar, kuli membina bangunan, petani, nelayan selain bekerja makan gaji berjawatan rendah seperti peon (budak penghantar surat), kerani bahkan polis berpangkat rendah yang sudah tentu tidak ada dalam susur galur ekonomi negara – hamba di bumi sendiri. 

Ketika Tun Razak membangunkan estet-estet peladangan milik Melayu melalui FELDA dan MARA, beliau memanjangkan penglibatan Mahathir dalam menyumbang idea membangunkan ekonomi orang Melayu yang berasa terancam di negara sendiri kerana tidak mampu bersaing dengan korporat dan peniaga Cina yang tidak terkesan dengan ekonomi dan perniagaan yang diwarisi sejak sebelum merdeka.  Mahathir menerima cadangan perkongsian idea dengan Tun Razak untuk membangunkan ekonomi Melayu apabila menyertai UMNO semula pada 1973 sebelum dilantik menjadi Senator dan ditugaskan di Perusahaan Nanas Negara yang sebelum itu mencatatkan kerugian dek sikap orang Melayu yang tidak sungguh-sungguh serta cuai dalam melaksanakan tugas dan perkhidmatan yang diberikan.  Beliau tidak segan untuk berkongsi pandangannya dengan Tun Razak sehingga ditunjukkan oleh Tun Razak sendiri kepada pewaris kepimpinan negara seterusnya iaitu Tun Hussein Onn sebagai calon Perdana Menteri seterusnya. 

Setelah menjawat beberapa jawatan di dalam Kabinet Tun Razak dan Tun Hussein Onn dan menjadi Timbalan Perdana Menteri, Mahathir ditunjukkan oleh Tun Hussien sebagai penggantinya yang sah pada Julai 1981 dan mengangkat sumpah jawatannya sejurus itu dan memacu kabinetnya sendiri.  Tak berbuang masa dengan kuasa yang diberikan, Mahathir memerlukan barisan Kabinetnya sendiri dan ingin melihat sokongan awam terhadap pengambilalihan kuasa itu secara teratur dengan mata kepalanya sendiri sehingga memperolehi keputusan menang besar dengan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihanraya Umum pada tahun 1982 dengan menguasai 132 kerusi berbanding 154 kerusi dengan undi popular 60.5 peratus. 

Melangkah kehadapan dengan barisan Kabinetnya sendiri, Mahathir menukarkan landskap bumi Malaysia dari sebuah negara perkampungan, hutan belantara serta masyarakat yang kolot menjadi sebuah negara bangsa yang didambakan kemakmurannya oleh dunia sehingga kini.  Antara beberapa tindakan beliau sehingga menjadi ikutan, cemuhan dan penghinaan ialah mendirikan sekolah-sekolah di lokasi padat penduduk, memperbanyakkan universiti awam, menambah biasiswa sedia ada serta mewujudkan tabung pendidikan pinjaman kepada keluarga yang tidak mampu menghantar anak mereka ke universiti kerana kemiskinan dan kedaifan orang Melayu ketika itu.  Beliau turut membina lebuhraya yang luas merentangi Semenanjung tanah air dari Perlis sehingga ke Johor Bahru selain beberapa projek mega yang menghamburkan kritikan dan pujian. 

Dari Jambatan yang merentangi Selat Melaka menyambungkan Pulau Pinang dengan tanah besar, Rel Pengangkutan Ringan (LRT), Menara Berkembar Petronas (menjadi ikon dunia beberapa tahun dan kekal menjadi menara berkembar tertinggi dunia), Lapangan Terbang baharu di Sepang, Litar Lumba Formula 1, Stadium Bukit Jalil sehingga kepada kota pentadbiran baharu yang moden dan dinamik – Putrajaya yang amat luas dan besar.  Di zaman 70an, Malaysia dan Indonesia adalah setanding bahkan terkebelakang dalam akademik dan ekonomi, tetapi Mahathir telah mengubahnya 360 darjah sehingga Malaysia menjadi lebih maju dari Indonesia yang terlebih dahulu merdeka dari Malaysia.  (Sehingga kini Indonesia masih kekal menggunakan van sebagai pengangkutan awam, Malaysia pula dari memiliki Bas Mini Wilayah (BMW) pendek, kepada bas panjang Intrakota dan kini, LRT dan MRT selain penerbangan tambang murah yang paling berjaya di Asia)

Beliau turut membangunkan beberapa dasar dan polisi yang mengubah tabiat orang Melayu yang dikatakan malas serta berdaya saing rendah dengan mengadakan beberapa peraturan tetap dan meninggalkannya sehingga kini seperti amalan mengetip kad perakam waktu bagi tujuan merakamkan kedatangan awal dan tepat waktu ke pejabat, menyeragamkan masa Malaysia Barat dan Timur ke setengah jam lebih lewat bagi Borneo dan setengah jam awal bagi Semenanjung sehingga terpaksa diikuti oleh Singapura dalam meneruskan tradisi perniagaan, menutup Bursa Saham CLOB di Singapura sehingga merugikan pemegang saham di Singapura selain memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang mengubah pemikiran rakyat terhadap pembangunan dan teknologi moden selain mengeluarkan kereta nasional negara – Proton dan Perodua. 

Beliau turut menjana pendapatan rakyat yang dahulunya berkebun, bertani dan menjadi nelayan kepada pekerja kilang, buruh kemahiran tinggi, graduan lepasan universiti yang melakukan kerja-kerja profesional di sektor penting awam dan swasta serta penglibatan Melayu Islam di dalam pasaran dan perniagaan antarabangsa seperti pengambilalihan Guthrie dalam “Serangan Subuh”, memainkan fungsi perniagaan dalam sektor awam seperti Dasar Penswastaan Negara (Telekom Malaysia, Perkapalan, Jabatan Elektrik dan lain-lain), menukar dasar dalam pengambilan kakitangan awam agar dapat memasuki gred perjawatan yang lebih baik serta mempunyai kelulusan yang setaraf bahkan lebih baik serta pembangunan minda yang berfikiran melepasi tahun semasa dan bebrapa tahun ke hadapan dengan mewujudkan Dasar Wawasan 2020 – iaitu dasar yang mengajak rakyat memajukan diri dan negara agar menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 

Dahulu jika anak Melayu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya layak menyambung kerja ibu bapa di ladang atau menjadi nelayan di laut luas, Mahathir telah menukar amalan itu dengan setiap ibu bapa akan berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke Universiti atau Kolej Pengajian Tinggi bagi mendapatkan setidak-tidaknya Diploma atau Ijazah Sarjana Muda bahkan memperolehi doktor falsafah.  Ini adalah berkat pinjaman pendidikan, penambahan universiti serta pembinaan sekolah rendah dan menengah dengan banyak di zaman beliau selain beberapa dasar pendidikan rendah dan tinggi yang diseragamkan sejak tahun 1974 apabila beliau menjadi Menteri Pelajaran di dalam Kabinet Tun Razak. 

Tindakan-tindakan beliau yang menukar landskap tanah khususnya di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang selain Sepang dan Putrajaya mengundang kritikan bukan sedikit bahkan sehingga kepada protes massa di jalanraya dan beberapa tindakan nekad cubaan merampas Kerajaan dari pejuang puak haluan kiri dan juga dari kalangan ahli parti UMNO sendiri selain pihak pembangkang yang tidak pernah bersetuju dengan Mahathir yang digelar mereka sebagai Pelampau Melayu (Malay Ultra) kerana perjuangannya yang menyokong dasar meningkatkan taraf ekonomi Melayu Bumiputera ketika itu.  Beliau bahkan senantiasa mengkritik dan menyumbatkan musuh-musuh politiknya dengan fakta dan pembangunan rancak sebagai bukti komited beliau terhadap perkataan dan kata-kata beliau untuk memajukan ‘orang Melayu kolot’ itu yang senantiasa berfikiran sempit sehingga kini. 

Tindakan berani beliau bukan sahaja dilihat dengan rapat oleh kawan dah musuh, bahkan beliau tanpa diminta-minta sentiasa mengkritik dan mengheret Malaysia ke kancah permainan dasar luar negara yang serius sehingga Malaysia diboikot dan dikecam oleh negara asing.  Sebagai pelabur utama di Malaysia, Amerika juga tidak pernah aman dari kritikan dan kutukan Mahathir yang dilihat sangat anti dengan Kapitalis Barat yang selalu berpura-pura tetapi membuat keuntungan peribadi mereka.  United Kingdom, Israel, Singapura dan Australia sering berada dalam ‘zon merah’ di zaman pemerintahan Mahathir kerana beliau seringkali mengkritik dan mengheret negara-negara ini dalam kancah ‘perang mulut’  beliau dengan negara membangun yang lain sehingga beliau dikatakan “juara bagi dunia ketiga” dalam mendapatkan keadilan sosial di pentas antarabangsa. 

Antara tindakan beliau yang paling tidak digemari negara asing ialah Dasar Beli Barangan British sebagai Pilihan Terakhir, mengkritik Australia sebagai “lanun” dari England, Singapura sebagai polis tidak bergaji Amerika dan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menjadi badan bebas dunia terutama dalam pencerobohan Amerika di Iraq dan Vietnam, campur tangan Amerika dalam ehwal Palestin dan sokongan terbuka Amerika dan Blok Barat ke atas Israel, Perang di Balkan iaitu Bosnia dan beberapa pertikaian antarabangsa yang lain.  Bagi perang di Bosnia, Malaysia adalah negara asing pertama yang tiba di sana dalam misi pengaman selain beberapa misi pengaman di negara bergolak dunia seperti di Somalia, Lubnan dan Congo. 

Malaysia menjadi “Harimau Asia” bersama Thailand dan Indonesia di rantau sebelah sini sebelum kegawatan ekonomi melanda negara pada tahun 1998 sehingga melumpuhkan beberapa rancangan beliau.  Di zaman pemerintahan beliau, Malaysia adalah benar-benar “bumi emas” walaupun beberapa tindakan beliau kelihatan tidak selari dengan pendapat penduduk ketika itu khususnya dalam menangani penjenayah dan pengganas Memali dan Sauk.  Namun beliau tidak ambil pusing dengan kritikan dan tohmahan khususnya dalam mengalirkan dana awam dan mencairkan aset negara dan mengurangi kuasa Raja di Malaysia.  Beliau tanpa banyak bicara meneruskan kepimpinan beliau yang tegas, dan prihatin dalam pembangunan ekonomi Melayu Islam selain memacu beberapa perniagaan luar biasa di dalam perbankan, saham dan komoditi. 

Semasa kegawatan ekonomi Malaysia pada 1986, beliau bersama-sama Tun Daim Zainudin telah menggubal beberapa perkara pokok dalam dasar ekonomi Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden dan kekal sehingga kini.  Ketika menjadi Menteri Kewangan Malaysia pada 1992 hingga 1998, Anwar Ibrahim tidak menukar struktur dasar kewangan dan ekonomi Malaysia sehingga akhirnya beliau ‘gagal’ dalam mengatasi masalah kegawatan ekonomi negara yang semakin memuncak di rantau ini pada 1998.  Akhirnya, Anwar terpaksa akur dengan mengambil pendekatan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang tidak sesuai dalam usaha membaiki kegawatan ekonomi tetapi  keadaan menjadi lebih melarat dan buruk lagi.  Mahathir terpaksa memanggil kembali Tun Daim Zainudin bagi membetulkan keadaan, akibatnya Anwar Ibrahim terpaksa disingkirkan dari Kabinetnya dan UMNO walaupun terdapat beberapa pertimbangan lain yang membawa kepada pemecatan bakal penggantinya ketika itu.  Hal ini memicu kemarahan awam sehingga pada Pilihanraya Umum tahun 1999, Mahathir kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan kalah di Negeri Terengganu kepada PAS. 

Mahathir ketika itu tidak gelisah dengan kekalahannya, tetapi ekonomi Melayu Islam yang dipicu sejak awal pemerintahannya melorot dengan begitu banyak sebesar 40 peratus.  Kegusaran beliau amat bertepatan kerana jika ekonomi Melayu Islam kembali memburuk, akhirnya orang Melayu Islam kembali menjadi hamba di tanah airnya sendiri sedangkan orang Cina terus menikmati kekayaan tanpa belah bahagi yang serius.  Penduduk warga Cina yang kaya sejak merdeka tidak kisah dengan pergolakan politik ketika itu tetapi risau dengan ekonomi dan periuk nasi mereka telah bertindak menyelamatkan Mahathir dan negara ketika krisis 1998 tersebut.  Kerana takut harta benda mereka dirampas dan mereka diusir seperti ‘anjing kurap’ (harta dirampas dan mereka dihalau keluar) sebagaimana penduduk Tionghua di Indonesia, kaum Cina telah bertindak menyokong dasar ekonomi Mahathir.  Sedang Melayu Miskin ketika itu tidak sedar telah miskin 40 peratus sibuk berdemonstrasi di kaki lima dan jalan raya tanpa risau ekuiti pegangan mereka merosot, kaum Cina meneruskan sokongan dan momentum menjana kekayaan tanpa melihat kaum Melayu yang membodohkan diri di jalan raya ketika itu. 

Selepas Tun Abdullah yang menggantikan Mahathir pada 2003 yang telah menggubal serta membatalkan beberapa dasar dan polisi awam di zaman Mahathir bersara, kaum Melayu terus kekal dengan pegangan ekuiti sama dan setara seperti tahun 1997 iaitu kekurangan 40 peratus dari milikan yang pernah ditingkatkan di zaman Mahathir.  Najib Tun Razak kini  mewarisi kepimpinan negara dari Tun Abdullah juga kelihatan ‘gagal’ dalam meningkatkan ekuiti Bumiputera, Melayu Islam khususnya dalam bidang-bidang kritikal dan kewangan.  Selain Najib yang mempunyai polisi awam yang lemah dan Dasar Luar Negara yang ‘lembik’, beliau turut meneruskan pertumbuhan ekonomi statik secara berterusan dari zaman Mahathir tanpa inisiatif mengubal dasar ekonomi negara secara lebih agresif dan drastik.    

Walaupun mewarisi dasar ekonomi yang ketinggalan zaman, Najib tanpa segan telah meniru model ekonomi Singapura dalam pemberikan bocoran subsidi melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberikan tunai kepada rakyat berpendapatan rendah dengan kadar tertentu.  Jika Singapura membocorkan keuntungan dari Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST)nya, Malaysia menggunakan kewangan tunai dalaman negara dalam membocorkan dasar monetori negara sehingga memicu inflasi dan kenaikan tanggungan subsidi selain hutang negara yang semakin menjurang. 

Apakah Malaysia memerlukan personaliti daripada luar kalangan pentadbir atau Kabinet Najib kini? (Seperti ketika Tun Razak yang memerlukan idealisme pimpinan luar – Mahathir) Apakah Malaysia memerlukan barisan  cendekiawan dan pakar ekonomi untuk memahami sosiologi kemiskinan dan kesengsaraan rakyat yang ikhlas dan memprihatinkan? Dewasa kini, rakyat Malaysia semakin terbeban dengan ekonomi sara diri dan pendapatan gajian yang terhad setiap bulanan untuk menanggung kos sara diri yang semakin melangit.  Pemimpin yang tegas, bijaksana dan prihartin terhadap masa depan anak bangsanya perlulah melihat perkara ini dengan mendalam dan begitu teliti agar perangkap polisi ekonomi di zaman Mahathir ini dapat dirombak dengan berani dan mengembalikan kegemilangan ekonomi negara dan menaikkan ekuiti Melayu tersebut.  Jika Mahathir tidak memperkenalkan dasar ekonomi ini dahulu, orang Melayu Islam akan terus menerus kekal sebagai bangsa yang menjadi hamba di negara merdeka mereka sendiri selain terus menjadi bodoh dan miskin. 

Kesilapan terbesar Mahathir adalah melantik Tun Abdullah sebagai penggantinya yang menggubal polisi negara sehingga dasar ekonomi dan politik Malaysia semakin memburuk seterusnya mewariskannya kepada Najib yang dilahirkan dari kalangan elitis Melayu tanpa mengetahui jerit perih kehidupan warga Melayu Islam marhaen.  Namun begitu, Melayu yang cerdik IT menggunakan internet dan komputer selain boleh berbahasa Inggeris berkat dasar pendidikan di zaman Mahathir telah menggunakannya untuk terus memburukkan Malaysia dan kepimpinan negara tanpa henti.  Mereka juga mengkritik tanpa menyumbang sarankan idea yang bernas serta mendatangkan buah fikiran yang tuntas untuk menukar kembali dasar ekonomi dan politik negara secara bersepadu dan bermanfaat. 

Ada juga di kalangan Melayu Islam yang memperolehi pendidikan legasi Mahathir terus menerus menghentam Mahathir tanpa berfikir sumbangan ‘pakcik tua’ itu kepada negara ini dan ibu bapanya dahulu serta memikirkan cara untuk menambah baik kelakonan ekonominya sendiri daripada terus menerus menyalahkan kerajaan tanpa henti.  Seperti yang dimaklumkan, memang Allah SWT yang memberikan kemakmuran kepada Malaysia, tetapi tanpa hikmah kepimpinan yang bijaksana, Malaysia ini masih kekal sebagai negara pertanian yang sebaris dengan Indonesia, Myanmar, Vietnam dan lain-lain negara jiran tetangganya.  Mahathirlah yang telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial orang Melayu dan Malaysia agar mampu berfikiran pragmatik seperti masyarakat di negara maju lain, cumanya Mahathir terus dikecam kerana Melayu Kampung ini tidak sedar bagaimana mereka sendiri harus mengubah kelakonan dan kendiri sendiri sebelum menyalahkan orang lain. 


Anak-anak muda kini (yang lahir selepas tahun 1980) adalah individu yang dinaungi legasi Mahathirisme walaupun mereka tidak suka dan tidak sedar perkara ini.  Jika mereka inginkan satu perbandingan secara harfiah, mereka hanyalah seperti pendatang Indonesia di sini hari ini, iaitu warganegara kelas kedua yang daif, tidak berpelajaran, tidak boleh berdiri dengan megah dengan bangsa lain serta malu menjadi warganegara di bumi merdekanya sendiri.  Anak-anak Mahathirisme yang menerima kesan ekonomi dan pendidikan dizamannya kini telah tahu dan pintar menggunakan peralatan komputer dan jaringan internet secara bebas tanpa sekatan serta komunikasi terbuka tanpa sempadan dengan harga mampu milik.  Tanpa pendidikan dan jurang ekonomi yang melebar, anak muda Malaysia yang tidak sedar diri ini hanyalah ‘sampah’ di dalam negaranya sendiri tanpa perlu mereka sedar dan letakkanlah diri anda sebaris dengan pekerja dari Indonesia dan Nepal kerana ibu bapa anda tidak mampu menghantar anda ke universiti atau sekolah menengah kerana kemiskinan dan kedaifan nenek moyangmu dahulu.  Bahawa anak-anak Mahathirisme ini adalah bekas dari ‘hamba negara miskin’ dan bukannya dari kalangan elitis peninggalan British semasa merdeka dahulu.  Sedarkah anda?