Jumaat, 12 Disember 2014

Mahathir Yang Dahulu.....




Tun Dr Mahathir bangunkan Malaysia bukan utk dipuja puji. Dia bangunkan sebab ia memang perlu utk pengisian kemerdekaan. Walaupun ramai kata projek mega, gajah putih dan membazir. Setelah 10 15 tahun berlalu, semua projeknya relevan dan letakkan Malaysia sbg 5 negara yg ajaib di dunia.

Mana negara maju yg suka Mahathir dan Malaysia? Australia tak habes2 kutuk Malaysia, British smp kena banned pun student Malaysia, Amerika jgn cakap - berbulu aja ngan Mahathir. Yahudi terpaksa buat kempen hina Malaysia dan boikot sawit dan getah Malaysia. Akhirnya ekonomi Malaysia di serang. Mahathir tetap lawan barat dan konsisten dengan dasar pragmatik. Siapa sokong Mahathir?

Negara dunia ketiga sentiasa berpihak pada Malaysia. Dari Afrika smpai ke Jeddah, dari Rusia sampai ke Korea. Dari Brazil sampai ke Anggola..... semua sokong Malaysia di pentas dunia. Siapa berani kritik Malaysia? Yasser Arafat sampai Nelson Mandela semua respect Malaysia. Bosnia, Congo, Somalia semua sedia undi utk Malaysia di Persatuan Liga Bangsa (PBB).

Skrg? Mcm kita terhegeh hegeh di pentas dunia smp kena sindir Naib presiden US, tak ramai Menteri berani layan kecuali KJ dan Mahathir.


Yang lain, pura2 jadi cengkerik (krik krik). Kami rindu era Tun Dr Mahathir........

Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)

Akta Hasutan 1948 (Sedition Act 1948)

Pandangan dua posen......

Tahun 1946 adalah tahun British Military Administration (BMA) yg baru mendapatkan Tanah Melayu dr Jepun (yg tewas dlm WWII) menubuhkan gagasan Malayan Union. Dan ia memaksa Raja Melayu bagi memaksa Malayan Union diterima oleh semua penduduk Tanah Melayu secara mutlak. Tetapi gagasan Malayan Union ini ditolak dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya pada 1948 dan tahun yg sama Borneo Utara di pisahkan dari kekuasaan rasmi Kesultanan Sulu dan dibahagikan kepada North British Borneo secara Crown Colony (Australian Military) dan Filipina. Sarawak pula dalam perbincangan dgn British dan Brunei bg melepaskan kuasa Rajah Brooke kpd Sykt Hindia Timur walaupun telah dilaksanakan dgn perbincangan yg saksama (secara pentadbiran khas selepas British masuk semula ke sana selepas WWII).





Pada tahun ini Akta kontroversi ini diwujudkan bagi memaksa semua penduduk Tanah Melayu dan kededua belah Borneo yg tidak dimasukkan ke dlm Indonesia Raya (yg membentuk negara bangsanya pada1945) agar patuh kepada Tanah Air sendiri dgn British sebagai tuannya secara tidak langsung. Suka atau tidak, semua pihak harus akur. Falsafahnya, British mahu memaksakan ideanya diterima (walaupun Malayan Union telah ditolak) oleh semua penduduk tanpa sekatan dan halangan lagi. British harus tebus kembali kegagalannya yg kedua di Malaya serta pemberontakan oleh keluarga Sulu dan rakyat Sarawak yg mahukan Rajah Brooke.

Akhirnya Akta ini wujud dan dikekalkan agar orang Melayu dan Bumiputera Borneo (ketika itu secara berasingan) tidak membunuh kaum2 pendatang sama ada warga British sendiri sbg Pentadbir Tanah Jajahan, kaum Cina sbg pekerja dan pedagang, Ceylon dan India yg dibawa oleh British utk bekerja - yg kemaruk dlm revolusi Merdeka dan gerak saraf komunis. Ini kerana gelombang hasutan pihak haluan kiri dan tengah sedang aktif menyebarkan propaganda masing2 mengikut acuan Jepun serta teknik hasutan gerila untuk menyertai puak mereka dan seterusnya mencetuskan rusuhan dan kacau ganggu awam termasuk menghina dan menimbulkan rasa marah dan geram rakyat kpd subjek tertentu i.e. Raja, Pemerintah, sistem birokrasi Kerajaan spt tentera, dan agama Islam.

Tanpa Akta ini, kemungkinan besar Tanah Melayu dan kededua Borneo akan disatukan di bawah payung Indonesia Raya yg menggila ketika itu oleh pihak berhaluan kiri. Terutama parti politik yg ekstrem ketika itu (MCAJA, Bintang Tiga dan Parti KRIS yg ingin memasukkan Malaya dlm Gagasan Indonesia Raya Sukarno). Gagasan Indonesia Raya yg bergerak secara massal itu telah memaksa ideologinya ke atas semua warga Tanah Asia Tenggara sebelah sini utk menjadi wilayahnya hingga memaksa Papua yg berada di sebelah sana turut dimasukkan ke dlm Negara Baru itu - dan ia berjaya menerusi kempen gerilanya.

Akta ini jugalah yg menjamin dan membendung bukan bumiputera untuk terus berada di sini (sejuta penduduk bukan Melayu mendapat taraf warganegara yg saksama semasa Merdeka 1957) pd masa yg sama kita (Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) dpt berkumpul dan berada dalam satu gagasan Malaysia iaitu sbg sebuah Negara Bangsa; 1Negara dgn 3 Wilayah yg ada hak eksekutif (kabinet) yg sendiri. Sehingga China meniru konsep yg sama apabila Hongkong dipulangkan semula kpd China pada 1997.

Kita tidak dimasukkan dalam gagasan Indonesia Raya bahkan kita bersama sama membentuk gagasan Malaysia iaitu negara bangsa acuan British (yg mengandungi Ireland, Scotland dll wilayah) yg bersatu dan memperolehi kesaksamaan di mata dunia sehinggakan passport negara kita menjadi antara buruan jutaan manusia utk memperolehinya.


Nota: Malaya adalah termasuk Singapura dalam konteks ini kerana ia adlh pusat pentadbiran British di sini, manakala Labuan adalah pusat pentadbiran British di Borneo. Slps Gagasan Malaysia, Singapura keluar dr gagasan ini dan Merdeka secara sendiri.

Nabi Yusof Mengajarkan Ekonomi Pada Firaun

Cerita Nabi Yusof A.S. mengenai ekonomi.

Nabi Yusof dipenjarakan oleh pemerintah Mesir atas permohonan Ketua Polis kerana kononnya Yusof a.s. menggoda Isterinya (sedangkan dia tahu Yusof tidak bersalah. Firaun (gelaran Raja di Mesir Kuno) mendapat mimpi yang tidak menyenangkan tidurnya beberapa kali dan berharap ada individu berjaya menterjemahkan mimpinya.



Yusof ditunjukkan bagi merungkai mimpi sang Firaun. Menurut Yusof (dari mimpi lembu gemuk dimakan lembu kurus), Mesir akan makmur selama tujuh (7) tahun dan kemakmuran itu hendaklah disimpan kerana selepas tujuh (7) tahun berikutnya, akan berlaku kemelesetan dan persekitaran ekonomi (termasuk cuaca) yg tidak memihak Mesir. Telahan Yusuf benar dan beliau menjadi penasihat ekonomi Mesir setelah itu dan menjadi pentadbir Mesir setelah Firaun mangkat dan berkahwin dengan Zulaika (isteri Ketua Polis Mesir tadi).

Dalam zaman moden kini, cerita Yusof A.S. itu masih relevan. Setiap tujuh (7) tahun masalah ekonomi akan melanda kembali negara. Pada tahun 2007, Abdullah (Perdana Menteri Malaysia) menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 seliter kerana harga yg mahal di pasaran dunia dan menjerut leher pemerintah pada PRU 2008 dan pada 2009 beliau terpaksa meletak jawatan. Setelah tujuh (7) tahun berlalu (2014/2015), Najib Tun Razak (Perdana Menteri kini) terpaksa menurunkan harga minyak kerana harga komoditi itu turun di pasar dunia. Penurunan ini juga bukan sesuatu yang baik.

Penurunan itu memberikan kesan buruk kepada Malaysia yang mengeksport minyak petroleum antara terbaik di dunia. Petronas menyumbang hampir 50% dari pendapatan negara dalam pelbagai bentuk (Cukai, CSR, Royalti, pemberian dan Caj). Dengan kejatuhan harga, keuntungan Petronas dijangka akan turut turun dan menjejaskan Akaun Perdagangan Antarabangsa (Dollar dalam Simpanan Bank Negara) negara. Kini, (minyak yang jatuh) memberikan kesan buruk kepada Malaysia apabila Ringgit terus melemah (dengan anggapan Rezab Dollar oleh Malaysia yg melemah), pasaran saham Malaysia yg muram (kerana spekulatif rezab) dan harga barang import menjadi mahal dan eksport menjadi murah.

Nah, itulah harga kisaran sebuah ekonomi yang harus dibereskan dengan baik semasa dalam kemakmuran. Begitu juga dengan individu, senantiasa menyimpan wang dan emas agar ia dapat menyimpan nilai. Pesanan untuk saya dan kawan-kawan yang sudi. Terima kasih Yusof dan Allah yang telah "memberitahu" manusia akan hal itu.

Penguin Madagascar (Sipnosis lateral)

Sipnosis dari Penguin Madagascar (lateral view comment)

1. 95% orang akan mengikut jalan yg sama mcm org lain dan jadi mcm yg lain aja la (commoners)

2. 5% akan memilih haluan yg ganjil (berliku/adventure), jika taktikal dan sokongan rakan yang kuat, pasti akan berjaya juga (lebih berjaya dari 95% commoners tadi)

3. Jangan guna laluan/haluan yg sama dengan yg lain (mengikut) tapi cubalah cari jalan kehidupan sendiri.

4. Jika bos (Majikan) bagi arahan dan kita dapat kesempatan yg menyeronokkan, sila patuh pada arahan kerana mereka (organisasi) sedang berusaha menyelamatkan kita juga
5. Kadang2 persembahan dan teori sgt menakjumkan, tapi taktikal dan daya fikir yang spontan lebih berkesan dalam mendepani cabaran.

6. Jika ada yg cuba mengecil2kan kebolehan kamu, belum tentu dia berkebolehan kerana dia bukan diri kamu.

7. Cubalah cara orang lain (mendalami diri orang itu) dan nyatakan ideanya, kadang2 cara kita mungkin baik tapi dengan serapkan idea org ia akan jadi lebih baik (inovasi)

8. Dendam jika telah "dilunaskan" ianya tidak ada apa2 yg bermanfaat bahkan akan mengarut2 ke benda yg lain pula

9. Sentiasa berbincang dan mendengar arahan dari orang yang anda hormati, walaupun ada kesilapan, ia ingin membantu kamu jua

10. Jangan tengok filem pastu gelak2, balik rumah tidur tanpa fikir mesej yg ada dalam filem barat. Semua ada makna yg diserapkan, bukan macam filem Melayu asyik2 cerita hantu, cinta 24/7, anak orang kaya mengorat orang miskin serta tahyul mahyul ngalahkan telenovela Indon.

Selasa, 9 Disember 2014

Pelarian Dalam Kaca Mata Malaysia - Pandangan

Pelarian Dalam Kaca Mata Malaysia


Dalam konteks dunia moden kini, Malaysia adalah sebuah negara bangsa apabila ia bersekutu bersama Sabah dan Sarawak membentuk sebuah negara yang dikenali Malaysia.  Kesatuan bangsa ini (bangsa yang majmuk ditakrifkan umum sebagai Bumiputera dan Bukan Bumiputera) yang dibentuk pada 1963 telah bersetuju secara politik dan diperlembagakan untuk menentukan hak sempadan wilayah dan kedaulatan masing-masing merangkumi Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Sabah dan Sarawak.  Sehingga hari ini, ketiga-tiga Wilayah ini menjalankan tugas penjagaan sempadan secara pentadbiran Wilayah di tempat masing-masing yang dinamakan Malaysia tetapi atas nama Malaya, Sabah dan Sarawak. 

Sesiapa sahaja dari warga Tanah Melayu yang ingin ke wilayah Sabah dan Sarawak perlulah mengemukakan dokumen pengenalan (walaupun dalam satu negara) dan barang siapa yang tidak diberikan izin untuk masuk ke Wilayah itu, adalah hak kepada Kabinet di negeri tersebut dalam menentukan hukum imigresen yang terpakai.  Manakala bagi warganegara lainnya yang ingin berkunjung ke Malaysia (Malaya, Sabah dan Sarawak), sebanyak 194 buah negara telah bersetuju dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia dibolehkan ke negara ini dan warganegara ini juga boleh ke negara-negara tersebut.  Sehinggakan passport Malaysia mendapat tempat ke-9 sebagai passport yang paling digemari untuk dimiliki oleh penduduk dunia kerana “kuasa diplomatiknya”. 

Pelarian dan Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara Islam moderat dan mengamalkan nilai-nilai tertentu dalam menjaga hubungan kaumnya yang pelbagai.  Dalam negara yang mengamalkan Islam selaku agama rasmi serta agama lain diterima untuk diamalkan (bukan disebarkan), serta etnik yang banyak maka satu kawalan agar rusuhan atau pertempuran antara kaum dan agama hendaklah dielakkan.  Malaysia telah bersetuju menganugerahkan 1 juta warganegara kepada penduduk Cina dan India yang di bawa masuk ke Malaya oleh British sebelum merdeka.  Oleh itu, komposisi kaum dan agama amat memainkan peranan di sini.  Kata-kata, perbuatan dan apa-apa cubaan bagi menaikkan kemarahan atau perasaan tidak sihat boleh menjejaskan negara ini walaupun sekecil apa pun – perlu dielakkan.  Sejak itu, tiada lagi anuegarah warganegara secara massa dikurniakan kepada bangsa lain selari dengan desakan orang Melayu yang menolak Malayan Union pada 1946. 

Pada 24 Oktober 1945 semasa menamatkan krisis Perang Dunia ke II, Pertubuhan Liga Bangsa Bersekutu (PBB) telah ditubuhkan.  Dan dalam pada itu bagi menangani krisis kemanusian dan politik, PBB dalam konvensyennya mewujudkan Pesuruhjaya Tinggi Bagi Pelarian Liga Bangsa (UNHCR) bagi mengizinkan pemberian taraf pelarian kepada pihak yang dirasakan perlu.  Pada 1951  - mengenai Hak Pelarian dan sebuah Protokol 1967 (Pelarian) yang bertindak langsung ke atas pelarian tadi (khususnya negara bangsa). 

Dalam definisi ini pelarian adalah seseorang yang melarikan diri dari negara asalnya dan mencari suatu suaka di negara lain kerana didakwa atau diancam dengan sesuatu hukuman akibat dari pertikaian dan perbezaan dengan negaranya akan Keturunan, Agama, Kebangsaannya, penyertaan dalam suatu kumpulan sosial massa dan pencanggahan politik dari negara asalnya – layak diberikan pelindungan sebagai pelarian.   


Mana-mana negara dunia menandatangani konvensyen tersebut tetapi tidak bagi Malaysia yang mempunyai terma dalam sistem Perlembagaannya yang tersendiri sehingga kini.  Malaysia adalah salah satu dikalangan negara-negara moderate lagi moden yang tidak menandatangani dan bersetuju dengan tatacara dokumen tersebut. 

Benar, di Malaysia tidak sedikit jumlah pelarian sehingga hari ini terdapat lebih 143,435 pelarian dari pelbagai pelosok dunia dan bukan sedikit dari negara bangsa yang datang untuk mendapatkan suaka khusus tersebut; sama ada secara politik, ekonomi, krisis, bencana dan kemanusiaan.  Mereka dapat masuk dan bernaung tetapi TIDAK diiktiraf secara rasmi di Malaysia – termasuk tidak boleh bekerja dan membuat apa-apa fahaman yang berlawanan dengan negaranya ke negara ini serta menyebarkan kempen-kempen awam dan menggugat kedudukan asas negara asal pelarian itu berada dan hasutan lain terhadap massa di negara ini.  Khusus dan jauh dari itu, Malaysia memastikan Islam akan sentiasa dibela dan didaulatkan dalam apa jua konvensyen – begitulah yang berlaku pada pelarian Somalia, Negro (Afrika), Bosnia, Kemboja, Bansa Moro (Filipina), Acheh (Tsunami) dan kini Myanmar (Rohingnya).    

Beberapa desawarsa yang lalu, Malaysia mengizinkan pelarian dari Kemboja memasuki sempadan negara dengan mudah diikuti dengan Bosnia sehingga kepada Myanmar terutama kepada etnik Rohingnya yang tidak berwarganegara setelah kewujudan pemerintahan awam di sana.  Jumlah pelarian pada hari ini datang dalam pelbagai bentuk, etnik, kesatuan liga dan negara, fahaman politik termasuk bencana dan mara bahaya yang dialami di negara sendiri.  Demi untuk sebuah kedaulatan, Malaysia hanya menghulurkan tangan sebagai satu bantuan secara terhad. 

Pelarian ini yang bernaung di Malaysia tidak seperti negara yang menandatangani dokumen Pelarian tadi – Meraka tidak dibenarkan bekerja dan berdomisil secara khusus di Malaysia.  Kewarganegaraan Malaysia juga adalah satu keistimewaan yang tidak diberikan kepada sesiapa tanpa tujuan yang tidak jelas sehingga kini walaupun kepada pelarian yang amat memerlukannya untuk masa depan mereka.  Malaysia menyekat pelarian ini dalam menyebarkan fahaman bertentangan dengan negara mereka kerana menjaga kedaulatan dan ukhuwah dengan negara asal pelarian bahkan memastikan pelarian ini balik ke negara masing-masing setelah keadaan menjadi reda.  Pemberian taraf warganegara hendaklah mengikut syarat dan prosedur tertentu yang ketat serta tidak semestinya diberikan kepada pelarian terlebih dahulu. 

Menghormati Hak Asasi Manusia

Malaysia meletakkan Islam sebagai tiang utama yang menangkis hak asasi manusia yang bertentangan dengan Islam.  Individu yang dihalau dari negara asalnya yang menghina Islam, melaungkan kebebasan beragama, perjuangan LGBT, liberalism Islam serta fahaman komunis adalah disekat secara mutlak di pintu-pintu sempadan waima sebagai pelarian menanti hukuman mati sekalipun kerana Malaysia mempertahankan Islam lebih utama berbanding individu dan fahamannya yang bercanggah.  Malaysia sering dikritik kerana hal ini kerana menghalang perkahwinan sejenis, penghina Islam atau sesiapa yang cuba menyemai perkara yang tidak murni di negara ini – kerana mempertahankan asas (fundamental) negara. 

Malaysia juga tidak mengiktiraf kewarganegaraan kepada kanak-kanak yang lahir di negara ini dan memberikan mereka pendidikan dan kesihatan kerana bagi Malaysia, mereka mempunyai masalah dengan ulil amr (pemerintah) mereka dan Malaysia hanya tempat mereka berada seketika dan bukannya berdiam secara domisil terus dan berkerakyatan negara ini untuk dibela-bela.  Oleh itu, membangunkan anak bangsa, kesihatan dan pendidikan anak-anak Malaysia lebih utama dan darurat berbanding individu lain yang menentang fahaman ulil amr mereka sendiri. 

Manakala bagi pelarian bencana seperti Acheh dan Bosnia, kelonggaran bekerja telah diberikan dan demi kanak-kanak mereka sendiri, mereka boleh mengadakan pungutan untuk membiayai sekolah mereka dan bukannya pendidikan formal dari wang rakyat Malaysia.  Walaupun bantuan diberikan, tetapi ia adalah bersifat bermesra dan menyalurkan kepada mereka yang memerlukannya. 

Walau pun kelihatan Malaysia sangat tegas dengan undang-undang dan konvensyen Pelarian ini, tetapi Malaysia tetap mempunyai jiwa yang santun apabila pelarian Rohingnya ini boleh bekerja dan mengutip derma dan dana dalam negara ini termasuk kepada NGO bahkan ada yang bekerja dengan tekun sekali.  Cuma keizinan kanak-kanak untuk menjadi warganegara Malaysia dan mendapatkan pendidikan dan kesihatan yang  saksama dengan warganegara tidak diberikan.


Benar, ramai kanak-kanak ini tidak berwarganegara dan menjadi pelarian (stateless) di Negara ini khususnya di Sabah dan Kuala Lumpur tetapi ini adalah kerana tindakan orang tua mereka.  Malaysia pastinya tidak boleh berbuat apa memandangkan negara ini bukan penerima pelarian dan menjadikan mereka warganegara dengan semudah itu.  Membangunkan pribumi dan rakyatnya lebih memprihatinkan pemerintah Malaysia.  Oleh itu, menekankan fundamental Malaysia itu lebih penting berbanding bersetuju dengan hak asasi manusia (barat) yang mengangungkan kebebasan mutlak berbanding Malaysia – mempunyai kebebasan dalam acuan dan ruang lingkup Islam dan terpelihara.  

Ahad, 23 November 2014

Media Indonesia Membunuh Citra

Media Indonesia Membunuh Citra


Minggu lepas (18 November 2014), Pemerintah Indonesia melalui Dekri Khas Presiden mengumumkan pengurangan subsidi Bahan Bakar Minyak (BBM) bersubsidi sekitar RM2.33 seliter bagi RON 88 manakala RM2.10 bagi diesel.  Pengurangan subsidi memberikan impak kenaikan harga dari Rp6,500 kepada Rp8,500 seliter.  Ini memberikan tekanan kepada rakyat miskin di sana sehingga wujudkan gerakan massa di jalan raya bagi memprotes keputusan tersebut.




Presiden Joko Widodo dalam reaksinya mengenai kenaikan memaklumkan “tidak memandang populariti” demi tanggungjawabnya mengurangkan kantung subsidi bagi diagihkan ke sektor pendidikan, pembangunan dan kesihatan masyarakat yang memerlukan.  Sepanjang minggu tersebut, media-media di sana memainkan isu kenaikan harga BBM ini memberikan manfaat kepada rakyat khususnya dalam mengurangi beban yang dipikul pemerintah yang semakin membesar.Media di sana menarik perhatian bahawa tindakan ini perlu dalam menjamin kelangsungan kewangan negara yang boleh dihematkan bagi tujuan lain

Bagi rakyat awam, sejurus kenaikan harga BBM semua keperluan harian mereka juga “naik” secara mendadak dengan jumlah yang sama.  Tambang pengangkutan umum (dikenali Angkot – van komersil) turut meningkat Rp2,000.00 sehala kepada Rp7,000.00 secara mutlak mulai tarikh kenaikan harga BBM.  Tambang kereta api juga naik sekitar 150% ke semua destinasi.  Bagi penduduk, kenaikan ini adalah satu beban tambahan sehingga harga makanan dan rempah ratus turut meningkat setara dengan kenaikan BBM tersebut secara tidak langsung.  Media di sana turut membuat perbandingan harga minyak termasuk subsidi dan kadar upah di negara-negara ASEAN.

Tidak ketinggalan di Kuala Lumpur pada Jumaat pula (21 November 2014) Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bahawa subsidi minyak RON95 dan diesel akan diapungkan memandangkan kejayaan dalam sistem pasaran terbuka (secara apungan terpantau) RON97.  Dengan itu, harga minyak di Malaysia akan meningkat dan menurun mengikut harga pasaran terbuka (di masa kini harga satu barrel minyak USD80.00 ke USD85.00).  Maka, bagi Kuala Lumpur, harganya akan turun sekitar RM0.03 sen pada 1 Disember 2014 (masih di peringkat kajian). 
 
Media di Indonesia dengan pantas menyambar peluang ini untuk mendinginkan suhu tekanan di Indonesia dengan mengutip bahawa Kerajaan Malaysia turut “meniru” gaya Indonesia dalam menaikkan harga minyak bagi menurunkan subsidi kerajaan. "Gaya Meniru Malaysia" juga kononnya atas kebijaksaan Indonesia menambah pendapatan boleh guna pemerintah bagi mengurangkan defisit negara menunjukkan Indonesia lebih bijak dalam menguruskan kewangannya.  Sedang Indonesia (RON88 berharga RM2.33, Malaysia RON95 berharga RM2.30) akan mengurangkan subsidinya, menjadikan Najib Razak sebagai “kambing hitam” dalam menuetralkan masalah di sana - mutlak.  Kelihatannya Perdana Menteri memang tidak kreatif kononnya.

Minggu yang sama juga pihak media di sana melaporkan kononnya sebanyak 200 orang nelayan Malaysia yang menyemberang dan menangkap ikan di perbatasan berjaya ditahan dalam sempadan Indonesia.  Sehingga ada kutipan kata-kata dari Presiden Indonesia bahawa “Tenggelamkan kapal (penceroboh asing), suka mereka berfikir, tetapi selamatkan nyawa anak kapalnya” sebagai satu provokasi mengapi-apikan rakyat agar terus “marah” kepada Malaysia kononnya sebagai penceroboh negara dan memungut hasil jirannya. Supaya rakyat di sana "lari" dari isu BBM dan kembali bersatu "bahawa mereka diserang" oleh nelayan Malaysia kononnya.  

Tindakan ini mengundang marah di kalangan warga Malaysia dengan kenyataan yang “kurang sopan” seperti ditukilkan oleh Pemerintah di sana.  Sedangkan mengikut laporan Ketua Polis Negara sehingga ke jam ini (24 November 2014) masih tiada laporan penangkapan tersebut.  Dan Kedutaan Malaysia di Indonesia turut masih belum dipanggil dalam menjelaskan duduk letak hal berkenaan.
 
Di sini kita dapat melihat media di Indonesia akan cuba dengan begitu terancang dan saksama menjadikan Malaysia sebagai “kambing hitamnya” dan terus “membodoh-bodohkan” rakyatnya secara terbuka bagi melarikan diri dari realiti sebenar. 

Pertama, kononnya harga petrol di Malaysia juga mahal sedangkan RON yang berbeza (RON88 lebih rendah kualitinya) digunakan di sana serta kenaikannya adalah diluar pengetahuan Malaysia.  

Kedua, kononnya Malaysia 'meniru' kenaikan harga BBM di Indonesia.  Sebenarnya Kerajaan Malaysia ditekan oleh rakyat Malaysia sendiri bahawa harga minyak satu tong (barrel) di pasaran dunia telah turun, dan kerajaan harus dengan saksama menurunkan harga mengikut harga pasaran dalam memakmurkan rakyatnya tanpa sebagai elemen “meniru” Indonesia. 

Ketiga, dalam melarikan diri dari masalah perhimpunan jalanan (protes kenaikan BBM), mereka turut menjadikan “sebuah cerita penglipur lara” bahawa Malaysia sentiasa membodohi dan mencabul (mengambil kesempatan) ke atas Indonesia sedangkan ia tidak begitu.  Dengan usaha itu, diharapkan perhatian warga yang marah boleh dilarikan kepada rakyat “Malaysia” yang dijadikan “kambing hitam” berikutnya. 

Itulah harga sebuah laporan media yang suka menjadikan orang lain sebagai mangsa untuk mereka melarikan diri dari realiti sebenar yang menyakitkan.  Walaupun media Malaysia juga mempunyai setidak-tidaknya sedikit rasa terguris, tetapi demi sebuah kelangsungan “Persatuan Bangsa”, media Malaysia jarang sekali memberikan “sampah” dan menjadikan jiran-jiran atau negara luar sana sebagai “kambing hitamnya” dalam melarikan diri dari realiti politik atau situasi di negara ini yang kadang kala juga mengerikan. 


Matanglah wahai media dan warga Indonesia, bahawa maklumat dari negara kalian itu selalu tidak telus dan membodohkan kalian dalam kesedaran dan kebijaksaan kalian sendiri (bak kata Melayu, "hidup-hidup ditipu").  Sedangkan media Malaysia yang dianggap “mengampu dan bias” ini tidak pernah berbuat begitu dalam memberikan maklumat yang saksama dan bernas kepada rakyat negara ini yang lebih bijak membuat “spekulasi dan teori mereka sendiri” – secara peribadi.  

Selasa, 11 November 2014

Mengapa Melayu Perlu Perkuat Jatidiri?

Mengapa Melayu Perlu Perkuat Jatidiri?

Melayu menurut Perlembagaan ialah seorang yang beragama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat (budaya) Melayu. Bila Perlembagaan meletakkan Islam sebagai takrifan bangsa yang utama, secara automatik, Melayu adalah beragama Islam. Manakala Islam juga adalah agama Persekutuan (yang dilindungi) dalam apa jua perkara dan Dasar Awam.

Bila Melayu/Islam harus memperkuatkan jatidirinya adalah kerana Melayu membawa agama Islam iaitu Ad-Din selaku budi dan daya (budaya) dan adat resam hidupnya. Sekental mana pun jiwa Melayunya, tanp mewarisi agama Islam sebagai "gaya hidupnya", maka ia masih dianggap kurang "Melayu". Jika ia mewarnai jiwanya dengan budaya Arab dan beragama Islam, maka ada sedikit persamaan dalam agamanya tetapi tidak pada adat dan resamnya.

Memang Islam lebih diutamakan daripada adat istiadat dan adat resamnya, tetapi dalam kes Melayu di Tanah Melayu ini bermaksud Melayu Bukit (Melayu yang berada di Semenanjung yang bercantum dengan Tanah Besar) bukannya dari pulau-pulau yang membawa sedikit perbezaan dalam budaya mereka, ia harus dipertahankan. Jika Islam di Indonesia telah berjaya di'telanjang'kan dengan nilai-nilai liberal dan kebebasan, apakah Melayu Malaysia juga harus begitu? Jika di Singapura yang bertuankan 'keabshan liberal" termasuk agama, apakah kita wajar mengikutinya? Kini, Islam di Kad Pengenalan (Kartu Tanda Penduduk Indonesia) dimansuhkan kerana politik membolehkan agama bertukar tanpa maklum kepada penguasa agama.

Berzaman Melayu/Islam dijajah tetapi tidak banyak yang berjaya dicabut jiwa dan jasad Melayu dan Islamnya. Baru setengah abad (50 tahun) kita berpemerintahan sendiri, betapa ramai yang cuba mencabut jiwa dan jasad Melayu dan Islamnya serta menyemarakkan fahaman "liberalisme" iaitu kebebasan yang diabsahkan (dibenarkan mengikut logik). Apakah Melayu kini telah moden dan ia akan dianggap "ketinggalan zaman" dengan berfahaman tradisi atau quo? Sebenarnya, Islam dan Melayu di Malaysia masih berakar di jiwa dan berjasad di bumi orang Melayu ini, tetapi ada pihak yang sedang meracuni akar faham itu secara tidak langsung atas dasar sebuah "kuasa" tanpa disedari.

Ketuanan Melayu atau Islam telah semakin jauh di telinga dan Melayu sendiri terlalu takut memperkatakan tentang bangsa dan kedaulatannya kerana diancam dengan label “rasis” tetapi berapa ramai yang tahu hak dan istimewa Melayu dalam Perlembagaan semakin merosot kerana takutnya kita dengan label itu?  Melayu dan Islam semakin menyepi dan terpinggir dalam agenda utama sama ada parti mahupun ideologinya.  Parti UMNO yang ditubuhkan atas dasar kebangsaan juga takut mendekatkan diri dengan elemen orang Melayu dan NGO PERKASA yang memberontak untuk idealisme Melayu itu.  Parti Islam Malaysia (PAS) turut menikus dengan agenda Islam yang memperkasakan jiwa Melayu itu apabila semakin kecut perut dengan rakan pakatan mereka mempertahankan apa-apa idealisme berkaitan Islam seperti isu pakaian “transgender”, isu berkaitan NGO liberal (Sister in Islam) dan sebagainya.  Apakah Melayu dan Islam semakin kecut dengan kerusi di Parlimen?  Siapa yang bersuara majoriti di sini dan apakah ia akan disisihkan dalam agenda nasionalnya?

Oleh itu, Melayu harus bangkit mempertahankan jiwa dan raganya iaitu jasad Melayunya yang berkulit sawo matang, bertanahkan Tanah Melayu yang rizabnya semakin kecil serta peruntukan ekonomi dan kuotanya.  Mereka juga harus mempertahankan jiwanya iaitu Islam sebagai roh hidupnya dengan menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Sunnah seperti isu berpakaian mengikut Islam, mempertahankan hak Perlembagaan Islam dan gaya hidup Islam yang sah dan mengikut hukum Allah tanpa apa-apa syarat untuk ditukarkan waima dengan sekeping kertas undi.  Ayuhlah Melayu yang beragama Islam bangkit menyatakan hak mu sebagaimana Melayu Islam melawan kaum kafir semasa isu Natrah.  Bangkitlah Melayu sebagaimana Onn Jaafar menubuhkan kongresnya di Johor Bahru.  Namun bangunmu itu hendaklah dengan idealisme dan kekuatan mental mempertahankan hakmu bukannya dengan tindakan fizikal mu yang tidak berkudrat maya.  Tiada parti atau jabatan yang boleh menaungi kamu kini di bumi yang di bilang Tanah Melayu. 

Melayu tidak perlu berdemonstrasi lagi menjadi bangsa jalanan untuk menuntut haknya.  Gunalah pelbagai saluran demokrasi dalam memperjuangkan agendanya.  Melayu perlu badan pemikir yang bertindak mengumpulkan ‘solid opinion’ dalam memperdayakan mereka yang cuba menipu dan membelot hak orang Melayu.  Mereka harus mengadakan rapat dan forum secara terbuka dengan mengumpulkan orang-orang Melayu dan memberikan pencerahan.  Dedahkan di dada-dada akhbar tentang kemerosotan dan perjuangan orang Melayu.  Tunjukkan solidariti dengan penyatuan Melayu mengadakan bacaan Yaasin dan menghadiri solat Hajat secara terbuka di mana-mana masjid, di dewan-dewan serta perbanyakan pencetus pendapat mengemukakan fakta-fakta dan hala tuju Melayu.  Keluarkan idea-idea dan bahaskan secara terbuka di media massa dan media sosial bahawa ia terus memacu idealisme yang lebih baik.  Melayu harus mempunyai jiwa pengkaji yang ilmiah dalam memperkasakan bangsa mereka.  Ramai profesor di universiti yang boleh memberikan statistik ini kepada pemimpin pendapat Melayu, dan Melayu yang lain harus menunjukkan sokongan dan mendesak.  Jangan hanya menunjuk belang di jalan raya tetapi tidak berisi dan tidak ilmiah seperti ‘menang sorak kampung tergadai’ tingkahnya. 


Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah gurindam dari Hang Tuah, tetapi Melayu akan hilang secara bertahap jika Islam (Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bermazhab Syafie) ini dicabut atau diracun tanpa kita sedar atas dasar kononnya kemajuan. Islam adalah agama kota bukannya agama padang pasir, maka tidak hairan Kota Melaka yang gah dahulu berjaya menyerap Islam kota ini di jiwa Melayu di rantau Asia Tenggara sebelum Acheh dan Jawa mengambilnya secara perlahan-lahan.

Rabu, 5 November 2014

Rezeki Nan Secupak......

Rezeki Nan Secupak…………..


“Rezeki yang berkat, sedikit mencukupi, banyaknya boleh dikongsi…”

                        “Rezeki yang tidak berkat, sedikitnya tidak puas….”


Kata-kata di atas sering beredar dalam laman maya khususnya Facebook untuk menginatkan kita tentang keberkatan rezeki yang diperolehi.  Dalam tanda menginatkan diri sendiri dan berkongsi, saya tukilkan pertanyaan di benar saya sendiri.  Berapa ramai yang sering mengeluh setiap kali naiknya harga minyak atau barang keperluan harian?

Saya dibesarkan dengan 10 orang adik beradik secara bertingkat-tingkat, tetapi sehingga ke saat ini kami sekeluarga di kala itu tidak pernah mengalami keputusan bekalan makanan bahkan kami sentiasa bermuafakat.  Gaduh adik beradik itu, bukanlah sesuatu yang sangat serius kerana air dicincang tidak akan putus. 


Dalam konteks rezeki ini, ayah saya hanya bekerja kampung dengan ibu hanya sebagai suri rumah yang membesarkan anak-anaknya yang ramai.  Pada kakak-kakak dan abang-abanglah mereka mengagih tugas dalam membesar dan mendidik keluarga besar kami.  Akhirnya, berkat kerja keras ayah dan ibu kami membesar walaupun tak sekaya mana tetapi kami bersyukur kerana rezeki keluarga kami terus bertahan, bahkan mencukupi. 

Ayah di sebelah pagi akan ke laut, menangkap ikan.  Jika tidak dijual untuk membeli beras, akan dimakan ikan itu atau dijadikan ikan kering.  Sebelah tengah hari, ayah akan ke bendang melihat sawah padinya, sama ada meracun atau membaja sehingga kuning dan sesuai disabit.  Malamnya jika ada kelapangan dan dia tidak penat, dia akan kembali ke laut menangkap udang yang dinamakan “melanggai” ataupun jika musimnya mencari geragau untuk dijadikan belacan dan cencaluk dengan “menyungkuh”. 

Ibu pula selain membantu memasak dan memotong baki-baki ikan dijadikan ikan kering, akan tolong menjual di kedai runcit milik keluarga kami yang kampong.  Walaupun kecil tetapi tetap memberi manfaat kepada kami juga.  Kami turut membantu walaupun kadang-kadang “hilang” untuk pergi bermain.  Malam pula, selepas makan malam ibu akan mengajar kami mengaji.  Beban mana si ibu yang boleh berehat?

Hari ini, rata-rata kita bekerja dengan sector perkhidmatan kalaupun ada yang masih bekerja kampong, bekerja kilang atau apa-apa kerja perniagaan atas talian dan macam-macam selain kerja-kerja di syarikat besar atau kerajaan.  Sebanyak 1.5 juta penjawat awam bekerja di sector awam termasuk saya dan 5 orang ahli keluarga saya kini.

Sepanjang hampir lapan tahun saya berkhidmat di sector awam khususnya, rata-rata mereka memakan gaji secara tidak sepatutnya.  Ada yang bekerja dengan mengetik kad perakam waktu dengan betul tetapi hilang dalam bertugas.  Ada juga yang langsung tidak mengetik atau mengetik ikut suka.  Bekerja juga begitu, ada yang hilang sewaktu bekerja.  Ambil masa yang panjang ketika rehat.  Bekerja secara “cincai” atau ala kadar nya sahaja.  Bahkan ada yang bekerja secara “sambal-sambil” iaitu jika mahu kerja, maka kerjalah, jika tidak mahu, maka tinggalkan sahaja.

Itu belum masuk lagi pekerja yang membut tuntutan dan kerja lebih masa.  Kerja-kerja lebih masa walaupun bermain games tetap dibayar sekiranya tidak diketahui.  Ada juga yang sanggup menunggu masa yang lama untuk menyiapkan kerja-kerja am yang diberikan seperti menyemak tuntutan, menghantar surat bahkan berbuat apa sahaja yang tidak selesai selama 9 jam bekerja, akhirnya membuat tuntutan lebih masa. 

Di sini keberkatan duit yang diperolehi diambil dan dibelanjakan.  Manakan cukup wang gaji jika tidak dicampur tuntutan-tuntutan lain waima 5 minit bekerja lebih masa?  Jadi, bayangkan “wang” yang diperolehi dengan kerja-kerja seadanya.  Saya sering mengingatkan diri sahaja bahawa 5 minit masa yang dipinjam oleh pejabat saya, akan saya gantikan dengan 10 minit.  Saya juga selalu “hilangkan” kerja-kerja lebih masa agar dapat mengganti waktu-waktu saya “berehat tanpa pengetahuan boss” atau keluar sebentar bagi menyelesaikan urusan peribadi.  Orang kata, bersikap lebih kurang sahaja kerana saya juga tidak sempurna dan perkara itu harus digantikan dengan saksama.  Gaji yang diperolehi juga harus berkat dan bersih.

Selain menerima gaji dan membayar bil, zakat atau sedekah waima RM5.00 sebulan juga harus diberikan dalam membersihkan wang yang diperolehi.  Kerana di dalam setiap wang kita terdapat rezeki anak yatim, orang miskin dan fakir.  Tetapi ramai beranggapan bahawa gaji mereka adalah hak mereka sehingga lupa tanggungjawabnya kepada manusia yang lain.  Berkatkah dengan wang yang kita kaut setiap hujung bulan itu?

Wang yang ada itu kita belikan susu, makan pakai serta belanja dapur untuk keluarga dengan semaksimum mungkin.  Sehingga sen-sen yang terakhir akan kita gunakan.  Kita terlupa dua hal dalam perkara ini iaitu 1) Keberkatan wang yang diperolehi semasa kita bekerja dan 2) Rezeki yang diinfakkan kepada anak yatim, miskin dan fakir yang disucikan. 

Saban bulan kita menerima dan berbelanja mengikut sesuka hati termasuk bonus atau apa-apa pendapatan lainnya.  Kita gagal menginfakkan wang atau mencari keberkatan dalam rezeki kita sendiri, akhirnya yang banyak tidak cukup yang sedikit harusnya tersangat sempit.
 
Sekadar Gambar Hiasan
Akhirnya, adakah kita beristiqamah dalam bekerja dengan penuh keredaan Allah, Majikan dan rakan-rakan?  Kedua, apakah kita selalu berkongsikan rezeki kita dengan orang lain dalam mencari erti keberkatan itu?  Kadang-kadang Allah menguji kita tetapi kita janganlah mudah melatah dengan menyalahkan orang lain serta membangkit-bangkitkan ketidakcukupan kita dalam berbelanja.  Memang membesarkan anak-anak adalah skar dan sulit tetapi jika ada kesabaran dan rezeki yang berkat, nescaya kita akan memperolehi anak yang sempurna.

Rezeki yang tidak berkat dan lagi syubhat boleh menggalakkan anak-anak kita yang degil, tamak, tidak bijak dan lembam pemikirannya.  Oleh itu, dari rezeki yang betul-betul berkat lagi suci ia memastikan jiwa kanak-kanak itu juga bersih serta melahirnya masyarakat yang bijak dan berbaik akal budinya.  Apa guna kehendak semua anak disempurnakan tetapi dengan wang yang tidak berkat atau tidak jujur?  Akhirnya makan minum anak dengan wang tidak jujur membiakkan “syaitan-syaitan” kecil dijiwanya dan merosakkan budi dan daya keluarga dan masyarakatnya.

Sekadar nasihat dua posen untuk diri saya sendiri agar sentiasa memberikan makanan yang baik-baik terutama kepada ibu dan bapa saya yang saya hulurkan wang santunan setiap bulan agar mereka menerimanya dengan penuh keberkatan, In Sha Allah.


p/s:  Pandangan peribadi untuk diri sendiri sahaja.  Jika anda rasakan ada manfaatnya, maka cubalah berubah menjadi terbaik.  

Jumaat, 24 Oktober 2014

Demi Kehidupanku...

Demi Kehidupanku……

Demi kehidupan yang bernafas
Nafas yang memberi kehidupan 
Berikanlah nafas hidupku seketika
Jika hanya seketika



Jika hanya seketika untuk aku hidup
Demi kehidupan, semua yang perlu hidup
Berikanlah aku sirna, berikanlah aku berkah
Berilah aku peluang, agarku dapat dilahirkan kembali 

Berikanlah aku sirna, berikanlah aku berkah
Berilah aku peluang, agarku dapat dilahirkan kembali

Bahuku hampir tertanggal
Pundakku tak ampuh menanggung beban
Semua yang hidup meletakkan tangan dibahuku
Kesemuanya mengenai hidup, bukan memberi kehidupan
Jika kurang satu, hidupmu tak menentu

Aku kehilangan masa kecil yang gembira
Aku kehilangan suara harapan di hari lahirku
Berikanlah aku sirna, berikanlah aku berkah
Berilah aku peluang, agarku dapat dilahirkan kembali 

Wahai ibu, dunia apakah yang engkau berikan kepadaku
Aku perlu menyambut tangan-tangan dibahuku
Walau aku tidak mampu, aku harus merelakan 

Demi kehidupan yang bernafas
Nafas yang memberi kehidupan 
Berikanlah aku sirna, berikanlah aku berkah
Berilah aku peluang, agarku dapat dilahirkan kembali 
Melayani dunia tak abadi
Dengan caraku sendiri tanpa perlu tangan dibahuku

Berilah aku peluang, agarku dapat dilahirkan kembali 


/mfa 

Isnin, 18 Ogos 2014

UMNO dan Ekonomi Tembolok Melayu

Politik adalah satu pertubuhan perkumpulan yang berfikiran sejajar dengan komuniti untuk mencapai matlamat bersama khususnya dalam pemerintahan yang bersistematik. 

Dalam sejarah Melayu, pertubuhan-pertubuhanyang memperjuangkan kehendak masing-masing telah mula tumbuh dan bercambah tatkala Jepun mula menjajah Tanah Melayu.  Selain slogan “Asia Untuk Asia” yang dibawakan oleh Jepun dalam kempen perang dunia keduanya, kegagalan British mempertahankan Tanah Jajahannya juga dilihat sebagai satu faktor, bahawa British juga tidak kebal bahkan tidak mampu mentadbir dan mempertahankan sebuah negara yang dijajahnya dan boleh meninggalkannya ketika ia sangat-sangat diharapkan. 

Akhirnya, pertubuhan-pertubuhan kecil Melayu ini dikumpulkan, disatukan dan membentuk sebuah Pertubuhan Melayu Kebangsaan (PEKEMBAR) yang dideklasmasikan di Kelab Sultan Sulaiman pada Mei 1946.  Pertubuhan ini tidak lain dan tidak bukan adalah pergerakan massa yang memikirkan tentang perut dan ‘tembolok’ mereka setiap hari yang terjejas dek British yang tergesa-gesa meninggalkan mereka terkapai-kapai serta Jepun yang menjarah beras dan ubi mereka sehingga nak makan terpaksa meminjam dan mencari pucuk ubi dan pucuk kelapa (umbut) untuk mengisi perut mereka yang kosong lagi daif.  Ingin memikirkan memerintah sebuah Kerajaan, mereka tidak tahu menahu selok belok sebuah pemerintahan yang moden, tetapi perut mereka harus dilihat terlebih dahulu.  Tambahan pula kaum pendatang seperti Cina dan India hampir tidak terkesan dengan kegawatan ekonomi di masa pemerintahan Inggeris.

Kesusahan orang Melayu ini dipacu dengan suara menuntut kemerdekaan oleh Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tatkala berpeluang untuk memimpin pertubuhan-pertubuhan Melayu kecil yang bergabung tadi menjadi kesatuan yang besar.  Seluruh penduduk yang mengaku Melayu dan Islam bersama-sama memikul deklarasi untuk merdeka daripada penjajahan yang menyebabkan mereka terus kebulur bila Jepun mencetak wang “pokok pisang”. 

Setelah seketika, pertubuhan-pertubuhan kecil ini kembali tenang apabila Sultan-Sultan Melayu bersetuju membentuk Malaya dan memberikan ruang ekonomi yang saksama kepada Melayu ini.  Tanah-tanah milik Raja dan kebun-kebun seliaan British dikembalikan kepada Melayu tadi untuk diusahakan.  Terdiam mereka seketika daripada gerakan massa yang dikumpulkan dan dipicu untuk “memukul balik British”.  Perut mereka kembali terisi dan mereka terdiam seketika. 

Tatkala 10 tahun berlalu, kemerdekaan tidak memberikan Melayu ini nilai tambah lebih dari apa yang patut diperolehi oleh sebuah bangsa yang berjaya.  Tunku Abdul Rahman kelihatan hanya menyenangkan kaum-kaum pendatang bahkan bersekutu dengan British untuk mengekalkan status quo dan elit ekonomi dan penjajah.  Rakyat mula menunjukkan sikap tidak senang apabila British dan sekutu bukan Melayunya menguasai ekonomi bahkan elit-elit kecil Melayu terus merajalela.  Marah dengan beberapa pendekatan Tunku yang tidak mesra ekonomi Melayu selain dipicu dengan provokasi melampau oleh parti-parti politik bukan Melayu, rusuhan kaum yang bersejarah tercetus. 

Sebulan Malaysia diisytiharkan berkurung dan ditarik balik perintah itu perlahan-lahan.  Bukan kerana apa, kerana Melayu melihat poket dan perut mereka terjejas.  Dek tersentap dengan kelakonan orang Melayu yang hanya merempat di tanah yang kononnya telah merdeka, Mahathir telah menulis sebuah buku mengapa Melayu harus mengamuk dan membaham korban sehingga tercetusnya rusuhan kaum yang teruk.  Sedangkan di awal kemerdekaan, Melayu tidak kisah apabila Tunku memberikan hampir sejuta taraf warganegara tanpa syarat kepada kaum pendatang. Kini, Melayu pula yang kuat menentang.  Sebabnya ialah perut dan poket orang Melayu tidak disumbat dengan makanan dan pemikiran yang patut.

Buku The Malay Dilemma membuatkan Tunku benar-benar berada dalam dilema dan akhirnya terpaksa bersara awal daripada puncak kepimipinan walaupun beliau masih berhasrat menjabat jawatan tertinggi tersebut.  Langkah keluar ditunjukan oleh UMNO bahawa Tunku tidak lagi relevan.  Idea-idea Mahathir diambil dan dicetuskan dengan gerakan yang betul dan pantas oleh Tun Razak.  Beliau membangunkan FELDA dan mewujudkan MARA agar anak-anak dan bangsa Melayu terus mendapat manfaat dan boleh menjamah nasi tanpa segan silu.  Poket-poket orang Melayu peneroka diberikan dengan wang yang cukup, kerja yang bagus selain jawatan-jawatan kerajaan yang dulunya Melayu tak pernah ingin untuk menjabat.  Orang Melayu juga kini boleh ke sekolah walaupun hanya tamat setakat darjah 6 ataupun Low Certificate Examination setaraf lulus tingkatan tiga kini. 

Bila Mahathir berpeluang menjabat jawatan Perdana Menteri, tiada seeorang pun Melayu kebulur bahkan terdapat gerakan massa yang terpaksa membuat-buat cerita kononnya seorang Melayu mati kebuluran di Kedah untuk membuatkan rakyat Melayu kembali panik – tetapi ia gagal.  Setelah diselidiki, berita tersebut hanya cubaan menggoncang massa dan Mahathir yang enak di kerusi Perdana Menterinya.  Akhirnya Mahathir terus membangunkan Malaysia tanpa melihat sejenak pun ke belakang.  Dari sebuah hutan tropika kecil Asia Tenggara, Malaysia dijadikan sebuah negara pertengahan yang digilakan orang semua warga lain untuk berada dalamnya.  Daripada berita kecil penjajahan Kuwait oleh Iraq hingga kepada isu Palestin dan Aparteid, Mahathir tidak pernah lena memukul minda rakyatnya agar mengambil tahu berita di luar sana selain terus menerus tanpa henti memberikan Melayu itu makanan dan wang poket yang cukup.  Siapa yang tidak berada di dalam jaringan Melayu dan UMNO umpama melukut di tepi gantang.  Melayu makmur dan Malaysia maju jaya.

Tatkala Abdullah diberikan jawatan menjadi Perdana Menteri, semuanya berubah.  Dari sebuah khabar angin yang tidak tentu biji butirnya dianggap benar bahawa Abdullah mengayakan sesetengah rakannya dan juga anak menantunya.  Sesebuah projek diberikan kepada kononnya kroni dan Melayu yang bekerja mula memikirkan poket mereka yang semakin menipis.  Akhirnya, poket orang Melayu betul-betul dinipiskan oleh Abdullah apabila inflasi dan kelakonan ekonomi tidak dikawal dengan baik.  Marah dengan poket dan perut mereka tidak bertambah baik malah semakin membusuk, rakyat akhirnya menghumban Abdullah ke lubuk yang paling kotor. 

Tatkala Abdullah terpuruk dan negara kembali bergeser, Najib menaiki tangga Perdana Menteri.  Malangnya, tiada apa-apa perubahan yang signifikan ditunjukkan oleh Najib untuk menambah poket dan mengenyangkan ekonomi orang Melayu.  Memburukkan lagi situasinya, rakyat ditunjukkan dengan jelas betapa Najib tidak sehebat bapanya yang mencari dan melakar formula yang mampan lagi kukuh membangunkan ekonomi Melayu yang semakin statik.  Memang benar rakyat diberikan bantuan tunai, Abdullah juga begitu tatkala minyak melonjak kepada RM2.70 seliter. Najib juga memberikan tunai selain tidak berbuat apa-apa yang lebih signifikan dalam poket dan minda orang Melayu.  Yang ada sejak Mahathir berikan kekal begitu sahaja tanpa apa-apa perubahan, bahkan melihat Najib berbelanja mewah semakin menyesakkan minda orang Melayu yang sangat cemburu dengan cara perbelanjaan mewah beliau dengan isterinya termasuk percutian dan melantik penasihat (konsultan) asing.

Kini Muhyidin, Timbalan kepada Najib melihat, apakah cara untuk meraih sokongan orang Melayu?  Tidak lain dan tidak bukan ialah perut dan poket orang Melayu.  Mereka harus diberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta jaminan hidup yang lebih bermanfaat.  Elit-elit Melayu harus diketepikan, lihat sahaja penduduk kelas menengah di bandar selain tetap kukuh mempertahankan penduduk kampung yang mendukungnya yang kekal mendapat manfaat Mahathir.  Berikan Melayu ini dengan kerja-kerja yang lebih baik bahkan dengan memberikan institusi yang memberikan ilmu yang bermanfaat kepada anak-anak mereka. 

Beberapa perkara yang UMNO semakin lupa bahawa anak-anak elit Melayu ini telah bertambah menjadi semakin besar da
n beranak pinak, akibatnya jawatan-jawatan penting dalam kerajaan kini diwarisi kepada keluarga para elit itu iaitu bekas-bekas Hakim negara, Duta, Ketua Setiausaha dan lain-lain pangkat diberikan secara tidak saksama.  Anak-anak Melayu sukar mendapat biasiswa selain terpaksa bersaing dengan ketat tanpa sebarang pengecualian.  Bagaimana dengan anak-anak kelas menengah di bandar? Adakah anak mereka mampu dihantar ke tuisyen untuk menambah ilmu?  Mereka mampu tetapi poket mereka dinipiskan untuk tujuan itu.  Bila anak mereka berjaya belajar, nak masuk universiti kena membuat pinjaman pendidikamn beratus ribu yang asalnya diberikan untuk menggalakkan anak Melayu masuk universiti dengan mudah.  Sistem itu tidak ditambah baik bahkan dikekalkan dengan satu atau dua syarat sahaja diubah, tetapi tetap membebankan.  Mereka bersaing dengan pelajar dari sekolah terbaik dan dari kolej-kolej terbaik untuk biasiswa ke luar negara.

Setelah pulang (jika dapat biasiswa) mereka juga sukar mendapat pekerjaan yang wajar.  Ada yang sanggup bekerja di luar negara kerana ada peluang di tempat lain dan bakatnya di sini tidak dihargakan sangat.  Akhirnya Melayu berdikari ini terus berdikari dan melupakan ‘jasa kerajaan’ kepada mereka.   Mereka terus menerus dengan kehidupan sebegitu.  Ada dikalangan anak muda yang berkelulusan universiti yang hanya mampu bekerja di kafe dan telah membuat pinjaman ribuan ringgit semasa belajar bahkan terus meminjam wang ringgit untuk membeli rumah dan kereta.  Selain itu, membeli makanan juga memerlukan jumlah ringgit yang tinggi sedangkan kerja dan gaji mereka sangat tidak seberapa.  Apakah dengan mengempiskan poket orang Melayu dan tidak berusaha untuk berbuat sesuatu boleh melegakan orang Melayu dan mengekalkan sokongan mereka?

Tidak, Melayu yang berdikari ini akan terus berdikari dan semakin menjauhi Kerajaan.  Jangan harap mereka akan menyokong kerajaan selagi poket dan perut mereka tidak dijaga dengan baik.  Apa salahnya Kerajaan menyediakan tuisyen percuma di sekolah dan kawasan Parlimen bagi anak Melayu yang berpendapatan sederhana, memberikan peluang bagi kemasukan universiti dengan merit tertentu serta memberikan biasiswa yang selayaknya bahkan membantu mengurangkan beban sang bapa mereka ini?  Berikan mereka ini peluang pekerjaan yang baik, kurangkan mengambil anak-anak Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk dalam mengisi perjawatan yang sesuai selain mengambil bakat tempatan tanpa kroni membentuk perusahaan konsultan yang cekap. 

Berikan anak-anak Melayu ini peluang berniaga dan hapuskan pekerja-pekerja kerajaan yang tidak amanah.  Ada dikalangan pekerja awam ini menerima rasuah semata-mata ingin memberikan pendidikan terbaik untuk anak mereka bahkan sanggup berbuat apa sahaja bagi memperbaiki taraf hidup mereka. 

Rawatlah ibu-ibu dan mereka yang sakit terus ke kawasan rumah dan wujudkanlah klinik-klinik bergerak yang menyokong sistem kehidupan masyarakat dengan terbaik sekali.  Lihat
Singapura, mereka mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang terbaik di sana sanggup menghantar pekerja hospital untuk merawat rakyatnya yang sakit dan menghantar ubat kepada rakyatnya yang perlu di rumah.  British semasa Pentadbiran BMA telah mewujudkan beberapa Straits Settlement bergerak bagi membantu urusan penduduk kampung yang ingin mendapatkan bantuan Kerajaan penjajah tersebut, dari mencetak Sijil Tanah, membayar bil tertentu sehingga kepada memberikan bantuan di masjid-masjid dengan vannya dan petugasnya (penjawat awam bergerak ke kampung dan memberikan laporan yang betul lagi tepat).  Memang mereka memerlukan kos yang tinggi, tetapi tugas kerajaan membangunkan komuniti dengan baik dan membangunkan ekonomi dengan cekap adalah tugas yang dibayar gaji.  Bukannya memberikan syarikat yang menjana keuntungan kepada sahabat dan anak-anak kroni sendiri serta memberikan pinjaman kewangan bersyarat dengan sangat sukar tanpa melihat merit.

Meminjam wang dari kerajaan seolah-olah meminjam ceti yang terlibat dengan riba.  Bahkan semua sistem di Malaysia sangat terlibat dengan riba, daripada pinjaman sebuah kereta kecil sehingga rumah dan sistem pendidikan turut terlibat dengan riba.  Apakah tiada penyelesaiannya?

Sebenarnya, idea yang maha segar oleh Kerajaan adalah membangunkan komuniti yang lebih baik di sekitar kawasan kejiranan, dari sebuah institusi tuisyen untuk anak-anak ini, indoktrinisasikan idea dan fahaman mereka tentang Kerajaan.  Berikan rawatan kesihatan bergerak di lokasi tersebut kepada komuniti yang sama.  Sediakan perkhidmatan kerajaan yang mesra dan bergerak memudahkan mereka mendapatkan khidmat masyarakat yang terbaik di lokaliti tersebut.  Berikan peluang belajar dengan sebaik-baiknya sehingga ke Universiti tanpa pinjaman yang membebankan termasuk riba atau apa-apa bahan faedahnya serta berikan peluang pekerjaan yang sesuai dengan meritnya. 

Bagaimana pula membangunkan dasar-dasar negara dan pembangunan modal insan yang lebih cemerlang?  Apakah persiapan dan kesiagaan Perdana Menteri kini dalam menyusun masyarakat agar menjadi lebih baik?  Contohnya, apakah pandangan rakyat Malaysia tentang isu luar negara?  Apakah protes massa yang menuntut kerajaan prihatin dan bagaimana untuk membanteras anasir luar yang mencambahkan benda-benda yang merosak dan mengancam anak-anak muda Malaysia?  Setakat ini semuanya tidak ada persiapan yang lengkap dan khusus di susun untuk membangunkan Malaysia yang madani.  Bagaimana Mahathir mampu membangunkan warganegara “punch card”, cekap dan berkeyakinan dengan masa kerja, memakai jam tangan, memakai tali leher dan suit dan lengkap – ia sangat mengubah minda dan cara bekerja dan berfikir orang Malaysia yang moden.  Inilah nilai-nilai kecil yang boleh mengubah pemikiran dan cara bekerja orang Melayu. 


Apakah pelajar Kelas Pertama hanya menerima gaji sama dengan pekerja ijazah am yang lain?  Apakah anak-anak Tan Sri atau Datuk-Datuk ini sahaja yang layak menguasai konglomerat komersil milik Kerajaan? Orang lain masih sukar dikawal?  Berikanlah anak-anak ini satu kesempatan bahawa mereka mampu menjadi terbaik dan menyumbang kepada parti dan negaranya sendiri dengan cara yang Kerajaan sangat menghulurkan tangan sehingga ke akar pokok bahkan sehingga ke pasar.  Malaysia memang bukan negara komunis yang menyamaratakan semua warganya tetapi menjadi sosialis dalam sesetengah perkara tidak mengubah apa-apa polisi demokratik.  Itulah – jika Kerajaan ingin mendengar, dengarlah dengan mata hati bahawa poket rakyatnya jangan sesekali dikompromikan.  Bahawa politik bagi orang Melayu ialah perut dan tembolok orang Melayu itu sendiri?