Jenis Telefon Pintar yang “Kuat Makan Data”
Dengan jaringan internet tanpa
kabel yang semakin mendapat perhatian, permintaan data jaringan telefon juga mengalami
peningkatan. Tingkat penggunaan data melalui telefon ini seperti yang ditukilkan
oleh sebuah kajian dari JDSU Research, ternyata boleh dibuat perbandingan
antara penggunaan telefon pintar masing-masing – sama ada telefon pintar anda “kuat
memakan data atau tidak”.
Penelitian JDSU Research
melibatkan satu juta pelanggan data yang menggunakan lebih dari 1,500 model telefon
bimbit pintar (termasuk model-model terkini keluaran Apple, Samsung, Sony, dan
lain-lain) di wilayah Eropah yang dikategorikan sebagai pasaran maju dan
dinamik.
Para pengguna telefon pintar ini
yang dilengkapi data tersebut dipantau selama 24 jam. Kajian serupa juga
dilakukan di negara-negara membangun yang lain pada masa yang sama.
Hasilnya, ditemukan bahawa model iPhone 5S dari Apple merupakan telefon
pintar yang penggunanya paling "boros" data, baik di negara maju mahupun
di negara membangun lain. Tingkat penggunaan data pengguna iPhone 5 paling besar dibandingkan model-model lain, seperti Galaxy S4 keluaran Samsung dan Sensation dari HTC.
Dibandingkan iPhone 3G yang dijadikan asas pengukur perbandingan dalam
penelitian tersebut, tingkat penggunaan data bagi model iPhone 5S lebih tinggi tujuh kali ganda di negara maju dan 20 kali ganda
di negara membangun seperti Malaysia. Tingginya tingkat penggunaan data ini antaranya
ialah “akses yang bersambung dengan 4G”.
Dalam kajian JDSU Research tersebut,
"semakin pantas kecepatan akses yang disediakan oleh operator telekomunikasi,
semakin banyak pula data yang digunakan oleh pengguna dan permintaannya juga
bertambah secara tidak langsung," ujar Michael Flanagan dari JDSU, dan
ditulis oleh Cnet.
Secara umumnya, peranti-peranti
keluaran Apple menguasai urutan teratas telefon
pintar yang paling boros data (dalam bahasa mudah, “kuat makan data”).
Ini merupakan tahun keempat berturut-turut syarikat Apple muncul di kedudukan pertama dalam senarai “telefon pintar
paling kuat makan data”. Sebelumnya telefon iPhone
5, yang menduduki carta pertama tersebut.
"Setiap keluaran terbaru, generasi
iPhone menghasilkan peningkatan penggunaan data antara 20-40 peratus," ujar
Flanagan. "Menariknya, tingkat penggunaan data pengguna iPhone 5C berada di antara iPhone 4S dan iPhone 5."
Hasil kajian tersebut diperolehi
bagi memuat turun maklumat (download). Manakala kategori memuat naik (upload), telefon pintar Galaxy S4 dari Samsung tampil di tempat pertama dengan kadar
penggunaan lima kali lebih besar dibandingkan pengguna iPhone 3G di negara maju dan 11 kali lebih besar dibandingkan iPhone 3G di negara membangun.
Penggunaan data yang besar semasa
memuat naik melalui telefon pintar Galaxy
S4 keluaran Samsung ini adalah kerana resolusi kamera Galaxy S4 yang lebih tinggi (13 megapixel)
dibandingkan kebanyakan model iPhone
(8 megapixel) sehingga memerlukan
data yang lebih besar ketika memuat naik ke internet.
Oleh itu, bagi pengguna telefon
pintar iPhone keluaran Apple, anda
memerlukan data yang lebih besar dan banyak bagi aktiviti internet seharian
anda berbanding jenama lainnya. Berikut
adalah hasil kajian tersebut secara keseluruhannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.