Perdana Menteri Kangkung Semalam?
Semasa membuat penyampaian tersebut, Najib selaku
wakil Kerajaan telah memaklumkan bahawa adalah tidak adil dengan menyalahkan
Kerajaan semata-mata atas kenaikan harga barangan kebelakangan ini. Menurut beliau, kenaikan harga adakalanya
disebabkan oleh faktor cuaca serta faktor lain yang berkaitan dengannya. Oleh itu, menyalahkan kerajaan semata-mata
adalah tidak adil dan tidak tuntas pada pandangannya. Dengan memberi contoh “Kangkung” misalnya, Perdana
Menteri mengaitkan dengan harga kangkung yang naik sebelum ini telah kembali
melorot semasa acara penyampaian hadiah tersebut diadakan namun rakyat hanya berdiam
diri atas penurunan harga kangkung tersebut.
Tetapi rakyat bertegas jika berlaku kenaikan harga seolah-olah berlaku
sesuatu yang dahsyat. Cerita kangkung
ini telah menjebak Perdana Menteri Malaysia sehingga ia menjadi trending di laman sesawang dan media sosial
pada hari ini (Januari 13, 2014) bahkan ia terus diperkatakan oleh rakyat.
Berlainan dengan komen di laman sesawang politik,
komen Perdana Menteri ini telah memberikan satu modal politik kepada pihak
oposisi dalam mengutip kesempatan dan membelasah Najib semahu-mahunya. Menang atau kalah dalam pertaruhan persepsi,
Najib yang telah tersungkur sejurus keputusan PRU 13 diumumkan pada Mei 2013
terus menjadi mangsa dan kerajaan sekali lagi terpaksa memperbaiki imejnya yang
kian tergugat. Tidak dapat tidak, isu
ini bermain dengan sinikal di kalangan rakyat sejurus pulangnya PM ini dari
percutian hujung tahunnya yang tenang di luar Negara. Sedang PM dan keluarganya bercuti di suatu
lokasi rahsia, rakyat bergelut dengan isu kenaikan harga sama ada secara realistik
mahupun andaian spekulasi dan persepsi semata-mata. Akhirnya PM mahu juga membuka mulut bahawa
rasionalisasi tol yang menjadi topik hangat sebelum ini hanya akan dilakukan
setelah kajian menyeluruh dilakukan oleh makmalnya.
Benarlah kata pepatah pepatih dahulu bahawa “cakap
kangkung semalam”, kononnya semasa kempen PRU 13 kenaikan harga akan dibendung
tetapi dalam tempoh terdekat ini janji hanya dikangkungi menurut kata-kata
komen di laman sosial terkini. Adakah PM
“serupa bikin” atau “kangkung semalam?” Kita hanya menanti aksinya
seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.