Siri II, Singapura
merumuskan Melayu bukan Islam, Malaysia bukan Tanah Orang Melayu.
Keputusan mengeluarkan Singapura dari Persekutuan Malaysia dibuat
secara perseorangan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri
Persekutuan Malaysia ketika beliau di London pada tahun 1965.
Ketika itu, Tunku Abdul Rahman dikatakan sedang bercuti sakit dan mendapatkan
rawatan di sebuah hospital di London selama 53 hari.
Lee Kuan Yew yang merupakan Ketua Menteri
Singapura dan ketua parti PAP pimpinannya enggan bertolak ansur
dengan Perdana Menteri Malaysia tentang kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
“Subjek Raja” merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Lee Kuan Yew
mendakwa orang Melayu ketika itu hanya berjumlah 39 % sementara bukan
Melayu 51 % (data 1963) dan dengan itu ia melayakkan Lee Kuan Yew
menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tindakan Lee Kuan Yew yang memberi ‘kewarganegaraan
segera’ kepada sejumlah pendatang China ketika itu, telah menyebabkan populasi
penduduk Persekutuan Malaysia menjadi tidak seimbang apabila penduduk asal
Melayu/Islam disusutkan dengan warganegara baharu ini.
Lee Kuan Yew juga mempersoalkan orang Melayu yang
beragama Islam sebagai penduduk jati asal Malaysia. Sedangkan pada pendapatnya yang “gila kuasa”
ketika itu merumuskan bahawa orang Melayu (termasuk Sultannya) sebenarnya
adalah juga pendatang dari Indonesia (yang telah merdeka dari Belanda
pada 1945) sebagaimana orang Cina dan India.
Beliau turut memberikan contoh bahawa Syed
Jaafar Albar, ahli politik UMNO Johor ketika itu mempunyai darah campuran
keturunan Arab sebagai bukti bahawa Melayu itu pendatang dan bercampur
gaul dengan bangsa lain. Lee Kuan Yew turut
menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay".
Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan semangat ketuanan Melayu yang
diperjuangkan oleh beberapa kumpulan pelampau Melayu yang terdiri daripada 'ultra
Malay' yang berfahaman sama seperti 'Young Turk' iaitu Persatuan Sekular yang
mempertahankan Negara Bangsa Sekular Turki Baru Yang Merdeka dan Nasionalist.
Sebaliknya, Lee Kuan Yew sendiri mewujudkan Gagasan
Baharu yang lebih kurang radikalnya dengann nasionalis Turki iaitu konsep
"Malaysian Malaysia" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung
Malaysia, Sabah danSarawak, kecuali Persatuan Cina Malaysia (MCA)
yang sedar akan ‘keistimewaan’ dan anugerah pemberian taraf kewarganegaraan oleh
Raja Melayu kepada orang Cina. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau
Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak di mana di negeri-negeri ini tiada Raja
Melayu dan Agama Islam tidak dimasukkan secara khusus dalam pentadbiran
Undang-Undang Tubuh Negeri.
Sebelum Tahun 1963, Parti Tindakan Rakyat
(PETIR/PAP) hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) bertanding
di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan
bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk di sana. Tan Siew Sin merupakan
Presiden MCA ketika itu merangkap sebagai Menteri Kewangan Malaysia ketika itu
terkesima dengan kekalahan UMNO di sana. Dan pada 1964, Lee Kuan Yew
mengarahkan PAP turut bertanding dalam pilihan raya kebangsaan (PRU) di
Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA dek kerana MCA pernah mendesak UMNO
agar bertanding di Singapura.
Selain itu, UMNO turut mahu Perlembagaan Singapura digubal
bagi menjamin masa depan orang Melayu di negeri itu, tetapi Lee Kuan Yew
sebagai Ketua Menteri Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran enggan
berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew hanya berjanji secara lisan untuk memperbaiki
kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan
rakyat ketika itu.
Dalam projek perumahan rakyat, perkampungan orang Melayu
di Singapura telah dihapuskan secara bertahap. Akibatnya, beberapa pergaduhan telah
berlaku di lokasi yang terlibat. Pada Julai 1964, kira-kira 114 persatuan
orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial
Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura ketika itu yang
kelihatan semakin memburuk di bawah kekuasaan Lee Kuan Yew. (Othman Wok adalah
bekas Wartawan Utusan Melayu yang menyertai politik mewakili parti PAP bukannya
UMNO ketika itu).
Tatkala itu, seramai 12,000 orang Melayu telah mengadakan
perarakan di jalan raya-jalan raya Singapura membantah penghapusan perkampungan
dan pengambilalihan tanah mereka. Akhirnya tercetuslah rusuhan kaum antara
Melayu dengan Cina di Singapura. Dalam peristiwa itu, dilaporkan lebih 22 orang
terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Pada bulan Ogos 1964 pula, sekali lagi
pergaduhan telah berlaku antara orang Melayu dan Cina dengan 8 orang telah terbunuh
dan 60 orang yang lain cedera.
Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan
mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan kaum yang lebih
dashyat lagi kerana Lee Kuan Yew amat menentang orang Melayu dan Islam sebagai
agama rasmi dan keistimewaan Orang Melayu dan Raja-rajanya. Tidakan segera harus diambil bagi memulihkan
kuasa Persekutuan dan mengekalkan Perkara 153 – Hak Istimewa Orang Melayu Islam
termasuk agama dan bahasa rasminya. Lee
juga semakin kemaruk kuasa apabila membandingkan populasi Cina dan Melayu Islam
di Tanah Melayu semakin menjurang di mana Melayu Islam bukan lagi majoriti di
negara yang baru Merdeka itu. Akhirnya,
Singapura disingkirkan dengan warganegara segera dan baharu itu dalam
memastikan bahawa Islam terus bertahan di bumi Orang Melayu ini dan Rajanya
terus bertakhta dengan sentosa.
Walaupun ramai juga Melayu terkilan dengan tindakan
unilateral Tunku ketika itu kerana menyerahkan sebuah wilayah Orang Melayu
kepada pendatang Cina, tetapi Tunku mengambil jalan “membuang mudarat sedikit
dari pada mengorbankan dan melibatkan mudarat yang lebih besar”. Itulah harga sebuah Persetukuan Malaysia di
mana orang Melayu telah membuang sebuah wilayahnya kerana ingin mengekalkan
Orang Melayu dan Islam serta Rajanya di puncak tertinggi kuasa di Asia Tenggara
ini. Harga yang mahal ini tetap tidak
memuaskan hati Lee Kuan Yew yang semakin kemaruk kuasa menjadi Perdana Menteri
terhebat di Asia. Dia tidak berhenti di
situ, bahkan meninggalkan legasi partinya – Parti Tindakan Demokrasi (DAP)
dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.