Siri III: Komunis Bintang Tiga, DAP Memasuki Sistem
Politik Malaysia.
Parti Tindakan Demokratik (DAP) ialah
sebuah parti politik Malaysia yang terbentuk dari pelbagai kaum yang
bersifat sekular (agama tidak penting dalam kehidupan) dan sosialisme
demokratik (campuran komunisme dan kapitalisme). Ia ditubuhkan pada 18 Mac 1966. Kubu-kubu kuat parti DAP dari segi
sokongan rakyat ialah Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. DAP terkenal dengan konsep "Malaysian Malaysia"
(Malaysia untuk semua rakyat Malaysia tanpa pengenalan bangsa dan agama - *DAP
adalah sekular).
Parti
ini komited kepada perjuangan untuk sebuah Malaysia yang bebas dalam
pemikirannya (liberal), berunsur sosialisme demokratik (separa fahaman
komunis – sama rata tanpa darjat/pangkat dan separa kapitalis dalam ekonomi),
berdasarkan prinsip-prinsip hak asasi manusia (kebebasan mutlak
sebagai haiwan yang hidup), kesamarataan, keadilan sosial dan ekonomi
menyeluruh, dan berasaskan institusi demokrasi parlimen. Bentuk sosialisme yang
menjadi pilihan DAP ini adalah sosialisme sederhana yang bersifat separa-komunis
dan separa-kapitalis, dan berdasarkan sikap tidak memihak kepada mana-mana
pengaruh kuasa besar dunia sama ada blok Barat (kapitalis) ataupun blok Timur
(komunis).
Parti DAP adalah serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP), parti politik utama di Singapura. Lee Kuan Yew merupakan
pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya umum di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia.
Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti
PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama. Tetapi Devan Nair, ahli parlimen Bangsar dari PAP cuba dihidupkannya dengan
nama Parti Tindakan Rakyat tetapi pendaftar pertubuhan telah menolak kerana itu
akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu
'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP telah diluluskan
oleh Pendaftaran Pertubuhan.
Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan
mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke
dalam Malaysia. Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial,
sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Sosialis Antarabangsa (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland dan mengesahkan secara
rasmi bahawa ia adalah “Parti Merah” yang berasaskan sosialis (sama rata yang
menyeluruh).
DAP telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Malaysia tahun 1969.
Dr Chen Man Hin dan
lain-lain pemimpin setuju bekerjasama dengan parti-parti lain untuk membina
pakatan bagi menghadapi Perikatan . DAP
telah bekerjasama dengan secara langsung dan tidak langsung dengan parti Gerakan, Parti Progresif Rakyat dan PAS tentang pembahagian kerusi semasa
pilihan raya 1969. Prinsip yang dipakai ialah hanya satu calon pembangkang
berlawan dengan Perikatan. Dato Mohd Asri selalu Presiden PAS bersedia
bekerjasama dengan DAP ini tindakan ini mengejutkan tokoh-tokoh politik.
DAP telah meletakkan 23 calon parlimen dan 48 calon untuk
Dewan Undangan Negeri . Hasil kerjasama pembahagian kerusi ini cukup
menguntungkan DAP kerana DAP berjaya merebut 13 kerusi Parlimen dan 31 buah
kerusi Dewan Undangan Negeri. DAP
memperolehi 11.9 peratus daripada jumlah undi sah yang dibuang dan merupakan
pencapaian yang cukup membanggakan. Hasil pakatan DAP dan PAS ini menyebabkab
Perikatan gagal mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang dan gagal membentuk
kerajaan mutlak di Perak dan Selangor. (Parti Gerakan (sewaktu itu pembangkang)
telahpun mengadakan kerjasama dengan PAS)
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969
Semasa kempen
Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari
kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan “kontrak sosial” khususnya Keistimewaan
Orang Melayu dan Islam termasuk Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu sebagai
(Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
Manakala Parti
Perikatan yang dianggotai oleh UMNO-MCA-MIC
telah gagal memperolehi majoriti 2/3 di Parlimen buat julung kalinya walaupun berjaya
membentuk Kerajaan Persekutuan. Hal ini disifatkan oleh parti pembangkang
sebagai satu kemenangan yang besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya
dalam Dewan Rakyat (Parlimen) telah menurun berbanding 89 kerusi pada
tahun 1964 kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan
Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti
Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang
yang memperoleh pencapaian gemilang dalam pilihanraya telah meraikan kemenangan
mereka pada 11 Mei 1969. Namun terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti mereka tidak dapat diketahui)
telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif berkenaan isu perkauman semasa
mengadakan perarakan di jalan-jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan diadakan pada 12 Mei 1969 di mana kaum
Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar penghinaan sehingga mendorong
kepada kejadian tersebut.
Pihak pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari DAP dan
Gerakan telah mendapatkan permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan
yang ditetapkan di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakannya melencong dari
laluan yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru, mengejek penduduk di situ.
Sesetengah
penunjuk perasaan membawa penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu
keluar orang Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan — lambang parti Perikatan. Ia berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum
Parti Gerakan mengeluarkan kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan
penyokong mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO akan diadakan
pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar
di kawasan Batu, Selangor dan meminta kebenaran polis untuk
berarak meraikan kemenangan di Selangor yang menyaksikan 50 peratus Perikatan
dan 50 peratus pembangkang. Perarakan menyebabkan kesesakan jalan raya di
sekitar Kuala Lumpur dari Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung
Baharu. Sedangkan di Kampung Baharu, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang
menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini
letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika
itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang
menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai
lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada
pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan
menyapu ('menyingkir') orang-orang
Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang
sangat negatif (sial). Ada yang
mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina
Di Jinjang, Kepong,
kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran
polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan
raya dengan menghina Melayu. Pada hari
Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres Kesatuan
Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon maaf di atas
ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang
besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur namun permohonan
maaf tersebut sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor
UMNO telah
mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya
peristiwa ini. Orang Melayu berkumpul di
rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala
Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu
cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa
senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan daripada Dato'
Harun Idris untuk mengamuk.
Ketika berkumpul,
cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap.
Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat
cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung dibunuh dan kandungannya
dikeluarkan dari perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi. Sebelum
menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin
yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua
penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah
dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.
Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari Parti
Komunias Malaya (PKM) dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh
orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda
Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama
Cina.
Cerita-cerita
seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan
lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah
darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan
polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih
awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Askar Melayu
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu.
Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul
Rahman terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya
beberapa askar Askar Melayu turut
masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Malah ada
askar Melayu yang menembak rumah kedai orang Cina kerana mereka telah membaling
botol ke arah askar Melayu tersebut.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah di
Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Kononnya ada rakaman televisyen oleh
pemberita dari BBC dan Australia, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di
tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun,
sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung
Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan
dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar
dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca
tulisan Cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu
masuk ke dalam panggung dan menyerang
dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut. Hampir
semua penonton di dalam panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat
mengerikan.
Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya
yang berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati.
Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd
Radzi mengalami pengalaman yang
sama di Pawagam Federal, Jalan Chow kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas arahan
Antonio Isasi-Isasmendi.
Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.
Manakala di pasar pula askar Melayu telah menembak orang Cina yang melanggar
perintah berkurung dengan kereta perisai mereka. Di lebuh raya Persekutuan
pula, penduduk Melayu di Kampung Kerinchi telah membuang pasu di atas lebuh raya
tersebut dan mengakibatkan kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta
berbangsa Cina ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga Cina yang menjual
bunga berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu merupakan
lapangan terbang antarabangsa, askar Melayu telah menembak orang Cina yang baru
balik dari luar negeri dengan tanggapan bahawa mereka melanggar perintah
berkurung.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut
terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada
13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di
atas jalan. Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak
datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat
dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal
penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa
yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu
juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga
ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras
Baru dan penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga
tidak terjadi apa-apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka.
Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan
mereka memberi amaran jika askar Melayu menembak orang Cina, mereka akan
memberi senjata api kepada orang Cina.
Begitulah Cina PKM senantiasa membela kaum Cina menjadikan Cina DAP
dianggap rakan yang akrab kepada perjuangan komunis ini.
Persepsi
Di kalangan orang Melayu mempunyai pandangan yang negatif
terhadap kaum Cina yang dilihat sebagai ‘tidak mengenang budi dengan taraf
kerakyatan yang diberikan’ pada mereka semasa kemerdekaan. Persepsi
negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang Cina
merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang
ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku — May 13: Declassified Documents on the
Malaysian Riots of 1969 yang
ditulis oleh bekas ahli Parlimen DAP Kua Kia Soong — telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru
'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut menyatakan bahawa
rusuhan tersebut bukan disebabkan oleh parti pembangkang sepertimana cerita
rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan tersebut dimulakan oleh "ascendent state
capitalist class" dalam UMNO sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.
Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja
atau cerita dari sebelah pihak lain yang belum lagi pernah dibuktikan
kesahihannya secara mutlak.
Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah
penglibatan Lim Kit Siang dalam peristiwa 13 Mei ini. Menurut Penasihat DAP
itu, beliau tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969. "Saya
masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat pengiraan undi di
Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana menunggu keputusan, hanya
kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad),"
kata Lim.
Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau
pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di
perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat
umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara
aman. "Saya mungkin merupakan
satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan
rapat umum berterimakasih kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya
telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb
Mei 1969 untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ,
kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak diadakan seminggu selepas
keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung. "Semasa saya berucap di rapat umum di
Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara
Mei 13 telah berlaku di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di
Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA
pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas Rang
Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah menyeru supaya satu
Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya
termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka
masing-masing, untuk antara lain, 'mengenal
pasti punca rusuhan Mei 13' dan 'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah
berulangnya rusuhan kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah
polarisai kaum di Malaysia'," kata Lim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.