Selasa, 8 Julai 2014

Bagaimana Nak Kaya Cepat?

Bagaimana untuk menjadi kaya?


Sebenarnya tidak susah menjadi kaya, Cuma diri sendiri yang memiskinkan diri kita.  NAFSU – adalah bala pertama yang diciptakan untuk memusnahkan manusia, positif atau pun negatif.  Ramai akan menyalahkan sesiapa sahaja yang terlintas difikirannya, mengapa dia menjadi miskin.  Dari kedua ibu dan bapa, kepada keluarga, pengalaman, rakan dan cara hidup sehinggalah kepada pemimpin, pemerintah dan Tuhan sekali pun mereka akan persalahkan kerana mereka menjadi golongan miskin atau pertengahan.  Ada yang mengatakan pendapatan mereka tidak cukup banyak untuk meneruskan kehidupan – bahkan pelbagai teori diciptakan untuk memastikan mereka memang miskin dan wajib dibantu. 

Percaya atau tidak, kebanyakan dari kita akan menerima gaji atau pendapatan dari bekerja dengan orang (makan gaji), mendapat faedah atas simpanan, keuntungan atas faedah pelaburan dan apa sahaja sumber termasuk berniaga secara langsung, online mahupun MLM.  Keperluan hidup juga perlu bukan?  Tetapi kita lebih mengutamakan keperluan melebihi dari segala-galanya.  Memang kita perlu makan dan minum tetapi bukan semua makanan itu bagus untuk diri kita.  Menjadi kaya meletakkan kesihatan adalah segala-galanya dari makan segala makanan yang ada dan mampu kita beli dengan wang yang diterima.

Berapakah dikalangan kita menerima gaji atau apa-apa pendapatan mengambil dahulu bahagian sendiri sebelum membayar bil?  Rata-rata penerima gaji akan membayar kesemua bil-bil yang ada dan kemudiannya membelanjakan untuk diri dan keluarga.  Kadangkala tidak mencukupi sehingga tunggakan sewa beli kereta tertunggak, sewa rumah bertangguh dan terpaksa mengikat perut.  Sebenarnya, perlukah kita mempunyai kereta jika kenderaan awam lebih menjimatkan atau perlukah sebuah rumah yang lengkap dengan siaran berbayar berbanding lain-lainnya?  Bukanlah mengajar untuk kedekut dan bakhil, tetapi berapa ramai yang sanggup ‘membuang RM50.00’ di dalam tabung Masjid atau rumah anak yatim?  Nafsu dunia jika diturutkan, sampai bila-bila ia tidak akan penuh bahkan secara tidak langsung, bank sedang memakan diri anda melalui riba’ pinjaman sekecil 4% setahun. 


Oleh itu, sekiranya anda menerima pendapatan (sama ada pemberian, gaji, faedah atau apa-apa) maka ambillah bahagian anda dahulu sebelum gunakannya sama ada kegunaan peribadi ataupun bayar hutang.  INGAT – ambil dahulu bahagian sendiri walaupun sekecil 50sen.  Buat satu akaun bank (digalakkan tanpa kad ATM) dan mempunyai buku pelaburan (sama ada ASNB atau Tabung Haji).  Setiap kali menerima wang, pastikan anda mengambil bahagian anda dalam porsi tertentu katakanlah 10%, dan simpanlah wang tersebut ke dalam akaun tersebut.  INGAT – tiada pengeluaran waima kecemasan di tahap gaban sekali pun.  Itulah harga pendapatan anda.  (walaupun kadar faedah sekitar 7% setahun, lebih bagus jangan dikeluarkan faedahnya walau apa jua keadaan darurat anda.


Selain itu, NAFSU kedua yang memiskinkan kita ialah kehendak berbelanja.  Kita katakana akan membayr berjenis-jenis bil termasuk internet.  Sedangkan internet di telefon kita gunakan bukannya mendatangkan duit.  Memang berjimat dari segi SMS dan lain-lain tetapi berapa ringgit sahaja.  Begitu juga ASTRO, berapa ramai yg tidak memakai NJOI kerana tiada drama-drama menarik atau cerita-cerita mengikut kehendak diri?  Oleh itu, janganlah kita berbelanja dengan bermewah-mewah.  Makan dan pakailah seadanya.  Saya dapat melihat kepayahan Almarhum datuk saya dalam melawan kehendak berbanding keperluan.  Beliau sanggup tidak makan dengan makanan yang sedap sedangkan beliau mampu tetapi demi untuk kesenangan kemudian, dia sanggup.  Tapi, sanggupkah anda tanpa hiburan?


Sebenarnya, nafsu sahaja yang membezakan anda boleh menjadi kaya atau tidak.  Pertama, simpanan anda – mampukah anda membayar diri anda sendiri sebelum membayar hutang.  Kedua, mampukah anda cuba mengurangkan hutang dan hidup seadanya bukan membeli benda-benda yang kurang perlu?  Jangan lupa untuk bersedekah dan banyakkan menabung di tabung masjid – bukan sekadar “beberapa sen” seminggu tetapi tekadkan bil ASTRO sebulan untuk “bayaran kepada Allah”.  Nak kaya, lawan nafsu sendiri – In Sha Allah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.