Kitalah Bangsa Perkasa
Lihatlah fajar menyinsing di ufuk Timur
Dan sinaran mentari terpencar jauh
Menandakan semangat kita yang semarak
Dari Borneo ke Tanah Jawi
Menanti awan pagi yang jernih mendamaikan
Cahaya yang terang benderang lagi diberkati
Tersergam megah Kinabalu sehingga berbayang
di Ledang
Berdiri kukuh tanpa penat menjadi saksi
bangsa
Menjadi kebanggaan nusa tercinta
Bertakhtalah Raja semua bangsa
Dengan payung Daulat dan Rahmat
Gemilang dan kekallah selama-lamanya
Bersama-sama kami rakyat jelata
Semoga bermartabat dan penuh hikmat
Maralah ke seluruh pelosok dunia
Membimbing tangan manusia sejagat ke seluruh
dunia
Kitalah penegak kedamaian dunia yang
sebenarnya
Semekar bunga dan sejernih air
Sehingga kini walau telah diuji berkali-kali
Rahmat dan Daulat terus memayungi kita
Semangat kental itu tidak pernah padam bahkan
terus berkobar
Bahawa kitalah penjaga kedamaian itu
Menerangkan setiap jalan yang mesti ditempuhi
umat manusia
Sejak dari zaman bahari
Turun temurun mewarnai langkah yang penuh keinsafan
Berbondong-bondong mara melangkah destinasi yang
dituju
Agar negaraku sentiasa bertambah maju dan
makmur
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.