Selasa, 1 Julai 2014

Tiada Negara Islam di Dunia Moden Kini....

Info Ramadan Kareem.


Sejak terbunuhnya Saidina Ali bin Abu Talib R.A (Khalifah Islam yang keempat selepas pemerintahan Rasulullah SAW) di Madinah, pemerintahan Islam di Dar Al Islam yang berpangkalan di Madinah adalah sekular dan bersifat politik kekuasaan. Sama ada dari Khalifah yang datangnya dari nasab Muawiyah, Abbasiah, Fatimiyah, Seljuk, Nurruddin, Salahuddin, Moghul, Turk semuanya adalah kekuasaan pemerintahan sahaja secara politik.

Hanya Khulafa Ar Rasyidin sahaja diisytiharkan sebagai Pemerintahan Islam Perdana yang menjalankan perintah berasaskan Wahyu, Al-Quran dan Sunnah.  Manakala bagi kaum Syiah pula (perpecahan Politik di awal kekuasaan Islam dan bukannya fahaman Syiah kini) hanya Ali bin Abu Talib R.A sahaja dianggap sebagai pemerintahan Islam Perdana kerana dinasabkan kepada Bani Hashim dan Rasulullah SAW.

Oleh itu, jika zaman Tabi' Tabiin sekalipun negara Dar Al Islam tidak diiktiraf sebagai negara Islam, apakah wajar kita yg terlalu jauh dari nasab wahyu Islam/Al-Quran serta pedoman sahabat-sahabat Nabu SAW dan golongan Islam Perdana mengisytiharkan diri sebagai negara Islam? Sedangkan kita menjalankan beberapa bidaah, ijtihad yang baharu, serta meninggalkan beberapa perkara pokok dalam Fiqh, Syariah dan Akhlak masih menuntut kita menjalankan perintah kekhalifahan yang tulen?  Negara-negara OIC hanya menyamatarafkan negara Islam sebagai negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai serta Islam bebas diamalkan di wilayah tersebut dan diketuai oleh pemerintah yang Islam.  Termasuklah Negara Turki yang memisahkan Islam dalam kehidupan harian mereka. 

Ibn Tamiyah menjelaskan bahawa Negara Islam hanyalah di zaman Islam Perdana (di bawah pemerintahan Khulafa Al- Rashidin) dan selain darinya adalah pemerintahan wilayah secara politik dan membangunkan Negara mengikut kehendak perabadan yang madani bukannya berteraskan sumber Al-Quranb dan As-sunnah secara mutlak dalam pemerintahan. Maka sebaliknya yang baki pemerintah dahulu dan kini hanyalah atas nama atau diketuai oleh orang Islam di mana penduduknya ramainya beragama Islam, bebas menjalankan kehendak agama Islam di wilayah tersebut.  Pemberontak ISIL atau mereka yang bercita-cita ingin menubuhkan kononnya negara Islam atau sistem khalifah moden serta berjihad untuk itu adalah perbuatan yang sia-sia dan dianggap bidaah selain “tidak perlu”.  Apakah nas atau natijah mutlak dengan sistem khalifah tunggal itu akan menjamin Dar Al-Islam itu lebih Islam dari zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan Khalifah Ar Rashidin?  Sedangkan perkara pokok dalam beribadat dan akhlah manusia zaman materi ini amat menjauhkan diri dari kezuhudan, ketaqwaan maha agung selain tasawuf yang membenamkan cinta dunia melebihi cinta akhirat. 


Allahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.