Slogan Persekutuan
Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu ialah "Bersekutu Bertambah
Mutu" ialah slogan dari erti muafakat atau gotong royong, bekerjasama
antara masyarakat dan seisi dalamnya.

Hak autonomi asal spt
Undang2 Tubuh setiap Wilayah dan Negara (kini disebut negeri) diwujudkan serta
sistem pemerintahan sendiri diberikan secara saksama. Hak pihak Persekutuan
pula adalah merentasi hak asas keperluan setiap warga yg sama merentasi
sempadan wilayah autonomi tadi spt pendidikan, kesihatan, keselamatan, dan lain
lain perkara di dalam jadual Negeri dan Persekutuan.
Negeri dan wilayah ini
berhak mentadbir jajahan mereka dgn sistem politik dan ekonomi mengikut ciri
khas wilayah dan negeri itu sendiri. Waima hasil hasil tertentu juga berhak
dikutip oleh Kerajaan Negeri dan Wilayah selain saguhati dan sumbangan dari
Persekutuan bg hasil mahsyul bersama mengikut bilangan rakyat di dalam negeri
tersebut saban tahun.
Sebagai contoh, walaupun
Kelantan merupakan negeri besar di dalam semenanjung tetapi pembangunan fizikal
masih rendah kerana kerajaan negeri menumpukan pembangunan modal insan yg lebih
baik sbg tenaga kerja. Melaka yg merupakan Negeri Selat terkecil serta tiada
hasil bumi diketuai Ketua Menteri telah memilih sektor pelancongan dan warisan
sebagai daya ekonomi utamanya. Begitu juga negeri lain spt Selangor yg memilih
pembangunan fizikal dan industri perkilangan.
Kepelbagaian kaedah
pembangunan dalam negara juga tergantung kebijaksanaan Kerajaan Negeri masing2
serta kehendak penduduk setempat mengikut pilihan politik di Dewan Undangan
Negeri mereka. Persekutuan pula hanya menyelaras dan menjaga kepentingan sosial
dan politik secara umum sahaja. Walaupun parti tertentu memegang negeri
tertentu dan sebahagian negeri memilih parti beraspirasikan Kerajaan Pusat,
mereka berhak memutuskan had dan tahap kedaulatan wilayah masing masing.
Kerajaan Selangor
misalnya meminta kajian semula pembekalan air di negerinya terhadap Kerajaan
Pusat dan Kerajaan Kelantan membentangkan Undang2 Hudud dan Undang2 Peribadi
Hudud di Parlimen mengesahkan kedaulatan wilayah masing2 serta had dan tahap
kuasa antara negeri dan Persekutuan. Sabah dan Sarawak pula wilayah yg
mempunyai autonomi sempadan imigresen nya juga menikmati keluhuran federasi ini
tanpa bantahan perundangan.
Membangunkan sosio
ekonomi dan politik adalah kewenangan negeri dan wilayah serta di sempadan kan
dgn garis yg jelas ini turut terbukti dgn jelas. Sebagaimana Kerajaan Pusat yg
menguasai keseluruhan negeri lain menerusi parti yg sama dan Parlimen, mereka
masih tiada hak memutuskan perjanjian hasil air dengan Selangor mahupun
membangun tanah untuk mangsa banjir besar di Kelantan baru baru ini. Bukti ini
jelas bahawa setiap negeri diberikan kewenangan dalam urus tadbir negeri dan
wilayah mereka dan Kerajaan Persekutuan harus dengan akur menjamin melalui
Perlembagaan.
Melihat Negara lain yg
mengamalkan federasi mutlak dan memperkasakan kuasa Pusat di rantau ini,
menggambarkan bahawa kuasa Kerajaan Pusat hanya tunggal dan tertumpu di kota
pusat negara itu sahaja. Bahkan, pembangunan juga terbatas serta persaingan
menjadi lebih buruk. Inilah membezakan Malaysia dan negara jiran lainnya di
rantau ini.
Benarlah, kebijaksanaan
pemimpin wilayah dan negeri sahajalah yg membezakan ciri khas sesebuah negeri
dan wilayah ini mengikut budi lentur pemimpinnya yg dipilih. Pembangunan tidak
boleh dipaksakan jika tiada keizinan dari wilayah dan negeri kerana kedaulatan
adalah hak negeri. Oleh itu, bersekutu yg menyerlahkan bakat kepimpinan negeri
dan wilayah ini memberikan diversiti yg rencam kpd warga Malaysia di mata orang
luar dan ia unik.
Itulah lainnya Bersekutu
Bertambah Mutu untuk Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.