Malaysia ialah gabungan
3 wilayah dan Persekutuan dalam Persekutuan. Persekutuan Tanah Melayu atau
Malaya bersama sama wilayah Sabah dan Sarawak (sebelum ini Singapura) membentuk
Persekutuan negara bangsa Malaysia ini. Persekutuan negeri negeri Melayu (Bersekutu,
Tidak Bersekutu dan Selat) bersetuju meletakkan roh ke atas negara bangsa ini
sesuai dgn ciri asal dari negeri asalnya sebelum dijajah dan dijarah barat.
Bila mana Wilayah Berdaulat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Persekutuan
Baharu Malaysia, wakil wilayah berdaulat tadi bersetuju dgn beberapa terma
utama negara bangsa yang baharu (termasuk 20 perkara tambahan ). Antara
persetujuan umum bagi meletakkan roh dan jasad kpd negara Malaysia ini ialah
fiziknya terdapat Bumiputera dipanjangkan juga kpd pribumi Sabah & Sarawak
dan bukan Bumiputera bagi yg bukan subjek Raja dengan kerakyatan secara terhad.
Rohnya ialah Islam sebagai agama
Persekutuan sbg otak fikir dan tingkah laku, Bahasa Melayu sbg Bahasa Rasmi dan
Utama pertuturan, dan kebudayaan Kebangsaan bercirikan Melayu/pribumi dan Islam
sbg ciri khas negara ini.
Memang agama lain bebas
diamalkan tanpa sekatan tetapi menyebarluaskannya adalah ditegah dan bahasa
lain boleh digunakan secara terhad dan menggunakan bahasa Kebangsaan sbg ciri
utama bangsa ini. Oleh itu, sebagai subjek Raja Berdaulat, bangsa ini haruslah
mentaati asas Perlembagaan ini di mana ia menaungi Raja sbg Ketua Negara.
Walaupun dikatakan sebagai tonggak atau simbol, Raja Melayu tetap kekal sebagai
Pentadbir Utama negara bangsa ini walau apa pun yg terjadi.
Bahkan mencirikan negara
ini haruslah saksama dan liberal dgn bangsa lain bukanlah pilihan utama. Negara
ini bukan sekata dan sebebas negara lain di dunia ini kerana asas negara ini
telah ditetapkan sbg ciri utama negara ini. Malaysia tetap harus mempertahankan
Perlembagaan yg meletakkan Raja dan Islam sbg ciri utamanya walaupun diancam
puak liberal yg ingin menjadikan ia sbg Republik atau mengeluarkan sebahagian
Wilayah lain dari Persekutuan ini.
Waima Persekutuan ini
terpisah atau diancam dgn nilai bukan Islam, kita harus yakin bahawa pendokong
Islam akan tetap mempertahankan legasi warisan ini dgn sepenuh hati dan
mengembalikan kpd Petadbir Negara juga akhirnya. Dan ia akan kekal sbg mana
sebelum Merdeka dgn ciri asalnya iaitu Raja sbg pemilik negara dan bangsa.
Meletakkan Islam sbg roh
negara ini amatlah tepat dan ia tetaplah terjamin sehingga menyamaratakan dgn
fahaman dan agama lain adalah tidak wajar sama sekali. Oleh itu, jgn lah
terpedaya dgn liberalisasi dan kesamarataan yg tidak jelas itu. Pertahankan lah
status quo ini kerana ia menjamin hak bernegara umat Melayu dan Peribumi di
tanah bertuah ini dan tidak boleh ditukarkan lagi dengan ringgit atau dolar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.