Selasa, 24 Mac 2015

Cukai dan Kemusnahan Byzantine




Empayar Byzantine atau Empayar Rom Timur adalah empayar yg unggul di zaman pemerintahan Rasulullah SAW di Madinah. Walaupun ditewaskan oleh tentera Parsi sehingga umat Islam kecewa ketika itu (Empayar ini beriman kpd Tuhan yg Satu dan ahli kitab), empayar ini kembali menang beberapa tahun setelah itu. Hal ini dirakamkan di dalam Al Quran.

Namun, hanya beberapa tahun sahaja selepas kemenangan itu, sebahagian dari Empayar Agung ini dimusnahkan kembali tetapi kali ini oleh tentera Islam pula yg mempunyai tentera 1 per 5 sahaja (45,000 tentera Islam berbanding 240,000 tentera Rom) di Yarmouk pada tahun 636M di bawah Khalifah Umar Alkhatab. Selain faktor kegerunan dan semangat jihad yg tinggi masyarakat Islam ketika itu, faktor cukai juga adalah faktor kedua penting dalam sejarah terkubur nya empayar tersebut.

Pelbagai cukai dikenakan oleh pihak Istana dari baju, perabot, gandum sehingga susu. Cukai yg dikutip ini dihantar ke Kerajaan Pusat yg digunakan utk pembangunan kota dan bukan utk kegunaan wilayah jajahan. Manakala kutipan di lakukan di Mesir, Palestin, Syria, Mesopotamia atau Iraq moden kini sehingga ke Semenanjung Iberia atau sebahagian Eropah kini.

Kemarahan penduduk di wilayah bukanlah disebabkan oleh cukai juga tetapi tiada manfaat dari kutipan cukai yg banyak itu dikutip serta gaya hidup mewah pegawai Istana dan Raja menyebabkan rakyat di wilayah tadi memberikan kerjasama yg erat kpd tentera Islam sehingga Empayar Agung ini terjerumus musnah dalam jeda waktu Islam yg masih muda.
 
Disebabkan Islam yg hanya mengutip zakat dan Jizyah serta Baitul Mal yg menguasai ekonomi dgn nilai yg adil dan mulia telah menambat hati penduduk sebahagian warga Empayar Byzantine ini memeluk Islam dan meletakkan taat setia kpd Khalifah Islam di Madinah. Iaitu sebuah negara yg hanya baru dilahirkan 20 tahun berbanding 4 abad Kerajaan Byzantine yg hebat.


Cukai Byzantine telah menyebabkan rakyatnya di Asia Barat khususnya di sekitar Jazirah Arab, Mesir, Damsyik, Syria atau bandar Homs, Allepo dan sekitarnya membelot dan memeluk Islam dan taat kpd khalifah yg jujur dan mentadbir sebuah negara yg muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.