Selasa, 24 Mac 2015

Tuhan sahaja Maha Kaya.....

Ada yang bertanya kenapa ramai rakyat Malaysia kini semakin ramai yang sewel? Adakah dunia penuh material ini mengorbankan akal fikiran dan minda warganya? Apakah mereka masih miskin dan mengemis utk isi perut pada esoknya hingga ingatan menjadi singkat lagi sinting?


Ramai di kalangan kita semakin hari semakin menakat dengan amat maju dan kelihatan moden dan bertamadun selari dengan kelakonan ekonomi Malaysia dan diri yg baik dan pekerjaan yg juga secara relatifnya baik juga. Dengan pendidikan yg baik, maka peluang pekerjaan dan nilai keusahawanan juga semakin baik dan memacu cara hidup yang lebih baik sesuai dengan pendapatan dan gaya hidup modernist kini.

Kereta besar, rumah yg agak luas serta boleh makan di restoran terbaik serta melancong keluar negara membuktikan kelakonan ekonomi warga semakin baik. Bahkan ada yang memiliki aset yang lebih baik dan memiliki pelbagai jenis barangan mewah serta berjenama antarabangsa. Sedarkah kita akan hakikat itu?

Sebenarnya, semua aset dan penilaian kelakonan kita hari ini betapa banyaknya terlibat dengan riba dan unsur bunga yang menggilakan minda dan mengotorkan akal dan budi manusia. Hutang kereta besar, rumah yg luas, makan dgn mencagarkan kad kredit serta melancong paling tidak melibatkan unsur riba atas pinjaman dengan pihak bank. Tidak ramai di kalangan kita membelinya secara tunai mahupun mewarisi daripada generasi terdahulu apatah lagi barangan jenama terkini dan kereta terbaharu.
 
Waima membeli kereta besar lagi mewah bukanlah bukti kekayaan kita tetapi bukti bahawa kebolehan membayar hutang berserta riba dengan pendapatan yg kita ada. Begitu juga rumah, 10 tahun pertama hanyalah membayar bunga dan bakinya lah membayar pokok. Bila kita melibatkan riba dan faedah atas kewangan, sebenarnya kitalah yang menjerumuskan diri ke dalam kecelaruan akal dan fikiran yang fitrah. Bandingan dgn negara jiran Indonesia, mereka kebanyakannya membeli secara tunai walau bukan mutlak semuanya.


Oleh itu, Kekayaan yg cuba ditampilkan secara kosmetik hari ini hanyalah keupayaan warga membayar hutang dan faedah bunga dgn pendapatan yg mereka ada. Benarlah, dalam Malaysia moden kini - Hanya Tuhan Yang Maha Kaya, bakinya adalah mereka yg merosakkan minda dengan hutang dan bermain dengan riba bersama faedah pinjaman bank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.