Dalam
komunikasi, pameran secara terbuka dimasukkan ke dalam kaedah komunikasi
bersemuka iaitu berhadapan dgn khalayak dan menyampaikan mesej dan cuba
mendapatkan perhatian dan mesej disampaikan dgn baik dan dimanfaatkan oleh
pendengar. Selain teknik menyampaikan mesej (dlm konteks ini 'sila dtg ke
Melaka juga, kami tawarkan ini dan itu'), kaedah pembujukan, pemberitahuan dan
mendidik selain teknik penyampaian hendaklah dgn lebih teratur dan menarik
perhatian umum.
Pameran
ini memaparkan ekopelancongan, pendidikan, lokasi bersejarah utk dilawati,
makanan, demonstrasi karikatur dan mencuba makanan diadakan. Adakah itu sahaja
yg dipaparkan? Banner dan bunting juga dgn kualiti sgt rendah sehingga
bergulung serta tiada tanda-tanda itu lokasi pameran dan tempat tidak strategik
juga bukanlah sumbang saran saya.
Melaka
boleh dijual dgn lebih gaya lagi, imejnya, warisan, kampung, nilai dan budaya
juga boleh dipasarkan dgn lebih baik lagi. Saya rasa sedikit terkilan dgn
pameran itu yg saya kira amat kurang 'kick' atau 'umph'. Maaflah, sbg warga
Melaka, saya melihat ia seolah-olah permainan atau pameran ke anak anakan dan
tidak sebegitu profesional secara peribadi.
Melaka
boleh dijual dgn Content atau di
video kan dgn baik, bahan pameran yg melambangkan warisan dan nilai sebuah
negeri bersejarah, bahan pameran yg berkualiti, daya centric dan kebudayaan yg
dipamerkan yg 'kick' serta promo dan kaedah PR yg lebih menarik lagi. Pameran
tadi selain menjual Melaka sbg pusat akademik dan pelancongan, seharusnya ada
daya penarik lain yg membezakan ia pameran 'Selangkah ke Universiti' atau
pameran menjual rumah.
Saya
tidak pasti apakah ia tidak dirancang dgn baik, pemilihan lokasi percuma atau
diadakan secara bidan terjun yg tergesa gesa. Cuma, terlalu byk yg boleh
dibaiki spt penyambut tetamu memakai pakaian tradisi, panel pameran diadakan
dgn artificial (replika) bangunan bersejarah yg ada, tv skrin besar yg
memperlihatkan video promo Melaka, bahan promo dipasang di luar kompleks atau
individu di luar utk menjemput tetamu melawat ruang pameran serta mengadakan
permainan tradisi mahupun sesi band atau pemuzik tradisi.
Memang
ia melibatkan sedikit kos tetapi bahan ini boleh digunakan dalam masa yg
panjang. Penambahbaikan atau pengadaan semula perlu diadakan dgn minimum jika
ia dibuat dgn tekad yg betul. Melaka tidak menjual produk fizikal, tetapi
perkhidmatan pelancongan yg berbeza berbanding negeri lain. Tiket bas sehari
dari KL atau Bkt Bintang ke Melaka termasuk pakej lawatan mudah boleh diadakan
dgn kerjasama byk pihak. Selain itu, pelbagai agensi dan organisasi di Melaka
boleh menawarkan pelbagai cenderamata ke gerai lawatan dgn cabutan bertuah atau
insentif lainnya kpd pelawat. Mungkin ini hanya pandangan tak bermakna saya kpd
negeri yg saya cintai ini.
Melaka
seharusnya mempunyai ciri yg berbeza pada pandangan saya sgt unik dan ada
beberapa elemen yg tiada di negeri lainnya. Pandangan ini hanyalah pendapat
peribadi saya sahaja dan saya tahu ramai lagi pakar dan ahli yg bijaksana
mempunyai buah fikir yg lebih rasional. Sbg rakyat kecil yg diberikan peluang
oleh boss utk memberi idea kpd acara rasmi negara dan program antarabangsa yg
melihat dgn dekat projek promo dan publisiti, maka saya mengulas nya. Mohon
maaf kpd Kerajaan dan warga negeri Melaka kerana komen 2 posen saya.
Melaka
Maju tanpa fasa kerana Melaka Maju Jaya........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.