Rabu, 19 Februari 2014

Dunia Hiburan Tanah Air



Dunia Hiburan Tanah Air.

Malaysia telah memajukan prasarana pembangunan industri hiburan di negara ini namun sehingga kini impaknya masih kurang memberi kesan.  Pelaburan berjuta-juta ringgit telah disediakan oleh Kerajaan dalam memastikan sektor ini menjana pendapatan negara khususnya industri kandungan dan perfileman. 

Tidak dinafikan kejayaan beberapa filem genre seram telah menguasai citra dan memberikan keuntungan berganda pada penerbit, tetapi kualitinya masih boleh dipertikaikan terutama pembangunan idea, teknologi rakaman serta minda warga penonton dan peminat industri filem tanah air.  Kejayaan filem Sembilu II misalnya telah menyumbangkan RM6juta kepada penerbitnya selain kejayaan terbaharu filem Ngangkung dengan kutipan sebanyak RM6.12juta. 

Bagaimanapun, filem-filem lain misalnya Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Adnan Sempit turut mencatatkan jumlah terbaik dalam industri senematografi di Malaysia.  Tetapi kandungan filem-filem tersebut masih berkisar tentang gejala atau masalah sosial masyarakat, kepercayaan tahyul, hiburan ringan dan menggunakan teknik sinematografi yang sederhana dan adunan audio-visual tradisional yang belum diperbaharui dengan sebaik dan secanggih indutri perfileman moden di dunia. 

Filem Sembilu II misalnya mengetengahkan isu percintaan tiga segi manakala filem Ngangkung memaparkan kisah komedi seram bagi kaki judi.  Kedua-dua filem ini walaupun mempunyai kutipan yang agak bagus, tetapi ia masih belum mencapai tahap pemikiran pembangunan kandungan yang berkreativiti tinggi serta pemikiran penonton yang matang.  Selain itu, teknologi dalam pembikinan juga masih berada di paras minimum.  Jika KRU Production pernah membangunkan projek Merong Mahawangsa dengan teknologi CGI (Imej Janaan Komputer) yang dianggap canggih, filem tersebut juga gagal mengaut keuntungan tinggi selain jalan cerita yang tidak sesuai dengan tema dan jumlah kos yang dibelanjakannya.  Filem Merong Mahawangsa yang menelan belanja sekitar RM6 juta hanya mampu mencatat kutipan RM3.3 juta sahaja selepas dua minggu ditayangkan.  (Malaysia juga telah bersetuju untuk membangunkan Film Village tetapi dibatalkan atas sebab kelakonan ekonomi sekitar 1998)

Dari sisi lain dunia hiburan tanah air, Istana Budaya telah dibangunkan dengan kos sebanyak RM210 juta pada tahun 1995 dan siap tiga tahun selepas itu bagi menyediakan prasarana pementasan ala Broadway yang terkenal di Manhattan, New York. 
Bagaimanapun, pementasan ala Broadway ini tidak menjadi kenyataan apabila hanya beberapa pementasan bangsawan sahaja yang berjaya dipentaskan yang membuat keuntungan yang membanggakan.  Antara yang berjaya adalah Bangsawan Puteri Gunung Ledang dan Konsert Solo Siti Nurhaliza dicatatkan di sini.  Bagi teater dan konsert lain misalnya, masih banyak ruang dan peluang perlu diberikan selain menampilkan bakat-bakat dan penonton teater bangsawan yang mendalami jiwa dunia hiburan bertaraf borjois atau aristokrat moden di Malaysia.

Malaysia juga mempunyai Dewan Philharmonic Orchestra (MPO) yang terkenal terletak di dalam bangunan berkembar tertinggi di dunia (KLCC).  Pelbagai konsert hiburan dan orkestra telah diadakan di sini termasuk Konsert Tan Sri SM Salim yang menjadi satu “benchmark” yang membanggakan industri muzik tanah air khususnya irama Melayu Asli.  Walau bagaimapun, konsert-konsert tempatan jarang dapat diadakan di sini kerana taraf orkes yang disediakan dalam persembahkan amat tinggi berbanding kebolehan bakat tempatan dan jumlah penonton berkualiti yang masih rendah. 

Keluh kesah industri hiburan di Malaysia tidak berkisar kepada pembangun kandungan, lontaran idea dan kreativiti semata-mata.  Ia turut memanggil penggiat seni lakonan, nyanyian, persembahan pentas dan petugas-petugas teknikal termasuk komposer, pengarah dan sutradara yang berbakat selain khalayak penonton yang mempunyai jati diri serta mempunyai jiwa besar dalam memartabatkan industri hiburan negara. 

Berbanding dengan negara jiran seperti Indonesia, mereka dapat membangunkan bakat dan potensi dalam hiburan mereka disebabkan tingkah laku masyarakat yang melarikan diri (escapism) dari dunia nyata mereka dari segi ekonomi.  Oleh itu, pembangun-pembangun karya mereka dilihat maju setapak kehadapan kerana masyarakatnya yang memerlukan hiburan bagi tujuan escapism tersebut tetapi mereka tidak disogokkan dengan hiburan yang membuta tuli.  Filem-filem Indonesia walaupun tidak lebih baik dari Malaysia (termasuk idea dan kutipan) tetapi mempunyai petugas rakaman yang baik serta suntingan sutradara yang mantap.  Di sisi pengolahan dan kreativiti lagu pula, mereka sangat menonjol kehadapan dalam menghasilkan karya yang lebih cakna serta mempunyai nilai komersil yang tinggi.  Tidak hairanlah, selepas berakhirnya zaman rock kapak di Malaysia pada tahun 90-an, Indonesia telah membanjirkan lagu-lagu pop rock dan balada mereka ke sini dan menjadi siulan remaja Malaysia dewasa kini. 

Apalah guna mempunyai prasarana yang baik serta Kerajaan yang telah menyediakan modal yang besar bagi industri ini jika peralatan, idea dan kreativiti penggiat seni kita masih lagi lemah dan tidak mahu berdaya saing serta berparadigma tinggi.  Peminat atau khalayak juga harus memainkan peranannya dengan menanamkan jati diri serta berjiwa besar dalam melihat sesuatu karya yang akhirnya memacu pertumbuhan idea kreatif yang lebih baik.  Janganlah hanya memonton jika filem-filem yang hanya memaparkan masalah sosial masyarakat, filem tahyul dan khurafat serta hiburan hedonism dalam karya barulah mereka akan ke panggung.  Mengubah ke semua sistem ini bukanlah hanya semudah mengubah perabot di rumah, semua pihak harus memainkan peranan masaing-masing dalam membentuk karya yang bertaraf dunia serta mengaplikasikan teknik sinematografi dan kreativiti yang tinggi dalam menjayakan dasar kandungan negara ini. 

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyemai nilai komersil yang tinggi di kalangan masyarakat agar pada akhirnya semua akan memperolhi keuntungan masing-masing.

*Data-data yang dinyatakan adalah dari FINAS (Penguasa Perfilemen Nasional)  

Selasa, 18 Februari 2014

Indonesia Suka Keruhkan Hubungan Diplomatik Antara Negara




Ketegangan Indonesia dan Singapura terkait Armada Kapal Perang Republik Indonesia (KRI) Usman-Harun masih belum reda. Dalam sesi sidang Parlimen Singapura pada 18 Februari 2014, Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen menegaskan, Singapura memutuskan untuk melarang kapal perang Indonesia itu daripada memasuki wilayah kedaulatannya termasuk pelabuhan dan pusat pangkalan angkatan laut mereka.

“Mustahil bagi Askar Singapura sebagai pelindung Singapura untuk berlayar atau melakukan latihan ketenteraan bersama kapal laut ini,” tegas Dr Ng.

Dr Ng menyampaikan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap keputusan Indonesia untuk terus menamakan kapal kontroversial itu dengan nama pengganas Usman dan Harun yang telah meletupkan Bangunan McDonalad di Singapura pada 10 Mac 1965 pada zaman era konfrontasi Malaysia – Indonesia.  Pada ketika itu, Singapura adalah salah satu wilayah dalam Malaysia sebelum berpisah dan merdeka pada Ogos 1965.

Menteri yang berusia 55 tahun ini menyampaikan bagaimana dia merasakan amat terganggu dengan penamaan kapal tersebut dengan nama pengganas yang telah dijatuhi hukuman mati pada Oktober 1968 itu.

Menteri tersebut turut menekankan bahawa KRI Usman-Harun yang berlayar di perairan antarabangsa akan terus mencetuskan ingatan duka kepada kekejaman yang telah dilakukan oleh pengganas Usman dan Harun terhadap penduduk awam tidak berdosa di Singapura.  Menurut sumber, 3 orang dilaporkan meninggal dunia serta berpuluh-puluh yang lain cedera parah dan mengalami trauma.

“(Tindakan ini) sama sahaja dengan membuka kembali luka lama yang telah ditutup”. Dr Ng turut mengingatkan akan “kemesraan hubungan ketenteraan antara kededua negara yang telah terjalin sejak 1974 lagi”.   

"Jangan lupa, kita selalu saling bantu-membantu. Pada tahun 1997, Indonesia membantu proses pencarian korban Silk Air di Palembang dan pada tahun 2004 tentera Singapura adalah yang pertama sampai dalam misi bantuan bencana tsunami Acheh,” tambah Ng.

Sementara itu, anggota Parlimen Bishan-Toa Payoh  turut menyatakan penamaan nama kapal ini dengan nama pengganas adalah merupakan satu langkah mundur bagi hubungan ketenteraan Indonesia – Singapura yang telah sekian lama terjalin erat. “Kami selalu ingin menjalin hubungan yang harmoni dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, kita akan lihat apa yang boleh dilakukan untuk kembali memperbaiki hubungan ini,” ujar Ahli Parlimen tersebut.

Dari sisi yang lain pula, Menteri Luar Negeri Singapura K Shanmugam menyampaikan bahawa Singapura telah mengirimkan surat bantahan rasmi kepada Pemerintah Indonesia tentang penamaan kapal ini dengan nama kededua askar yang dijadikan tokoh pahlawan di negara Indonesia kerana telah berjaya membolos dan sempat menghuru-harakan sebuah negara imperialis baru di rantau ini.

Harian Kompas turut pernah melaporkan bahawa Pedana Menteri Singapura En. Lee Hsien Loong telah “memutuskan hubungan” dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di akaun Facebook dan Twitter sebagai langkah protes selain memadamkan tag gambar bersama pemimpin terbabit.  Namun, sumber berita masih tidak dapat disahkan setakat ini. 

Insiden ini tercetus apabila Singapura membantah kepada pihak Indonesia daripada menamakan Armada Kapal Perang (KRI) yang baru dibeli dari England dengan nama pengganas tersebut sebelum menyertai Pameran Ketenteraan (Singapore Airshow) di Singapura pada 11 hingga 16 Februari kerana pihak Indonesia dikatakan akan mempamerkan Armada Kapal Perang (KRI) yang baru tersebut.  Tindakan itu menyebabkan Indonesia menarik balik dan membatalkan penyertaan di pameran tersebut serta-merta selain Menteri Pertahanan Indonesia membatalkan dialog kededua negara yang dijangka diadakan sepanjang pameran tersebut berlangsung.  Sejak insiden tersebut, hubungan diplomatik khususnya dalam bidang ketenteraan kededua negara dilihat tidak stabil.   

Indonesia turut menghadapi hubungan diplomatik yang keruh bersama pihak Australia terkait isu pengintipan perbualan telefon dan sekatan penghantaran migran yang cuba menyeludup masuk Australia melalui laut Indonesia.   

Ahad, 16 Februari 2014

Bebaskah Akhbar Malaysia?



Bebaskan Akhbar Malaysia?



Dalam Mingguan Malaysia bertarikh 16 Februari 2014, saya suka menukilkan tulisan “Awang Selamat” selaku penulis pojok di akhbar mingguan tersebut yang bertajuk “Kaji Hakim”.  Tulisan pojok dalam akhbar mingguan ini merupakan editorial utama mingguan yang akan saya rujuk bagi mengetahui duduk letak sesuatu perkara yang akan dirumuskan oleh editor mingguan tersebut dalam semua aspek yang pada pandangannya penting untuk diketengahkan. 



Antara tukikannya “…. Di negara serantau seperti Indonesia, Thailand dan Filipina, pihak perundangan dan orang politik meletakkan tanda aras yang tinggi dalam mengamalkan keterbukaan….”



Walaupun penulis tersebut mencatatkan beberapa nama besar dalam amalan kebebasan media yang saya kira berpatutan, tetapi dalam menakat negara ketiga khususnya jiran tetangga kita seperti Indonesia, Filipina dan Thailand sudah di kira sesuatu suntingan yang dibuat secara khusus. 



Umum mengetahui kononnya Indonesia mengamalkan kebebasan media yang pada pandangan mata kasar bersifat neutral, adil dan berkecuali (tidak memihak).  Tetapi jika diteliti secara mendalam dan berhati-hati, media di Indonesia misalnya amatlah berpihak serta memilih ikon-ikon tertentu untuk dijadikan mangsa kempen dan mangsa kutukannya di dada-dada akhbar mahupun mengheret televisyen untuk turut serta.  Begitu juga di Thailand dan Filipina, mereka yang mempunyai saham-saham yang banyak di media terbabit akan memberikan ruang dan peluang kepada calon politik tertentu dan menyokongnya bagi mendapatkan habuan kemudiannya. 



Jika di Malaysia, Utusan Malaysia dan Berita Harian khususnya Kumpulan Utusan dan Media Prima secara mutlaknya dimiliki oleh UMNO iaitu parti politik yang mentadbir negara secara terang-terangan.  Manakala RTM pula adalah hak milik Kerajaan secara khusus (Mata dan Telinga Rakyat) – khusus untuk melaporkan ehwal Kerajaan sahaja.  The Star pula dimiliki sekian peratusannya oleh Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan sebagainya.  Hal yang sama juga terjadi di Indonesia, Cuma pemegang saham ini tidak menjabat sebagai pentadbir politik di sana sebagai kuasa hukum tertinggi.  Akhbar Kompas misalnya (dalam talian, televisyen dan surat khabar) di Indonesia misalnya memihak kepada Joko Widodo seorang calon Presiden yang masih tidak dinyatakan dengan jelas oleh Parti Demokratik Indonesia (Perjuangan) - (PDIP).  Oleh itu, akhbar ini akan senantiasa menghentam kepimpinan Presiden sedia ada iaitu Susilo Yudhoyono sedangkan tuannya tidak diapa-apakan bahkan akhbarnya melorot lensa kamera ke lokasi walkabout Gabenor Ibu Kota Jakarta (DKI) tersebut saban waktu tanpa segan silu dan membiarkan Presidennya membuat liputan sendirian. 




Manakala televisyen TVOne pula, ia senantiasa menampilkan tokoh-tokoh pemegang sahamnya sendiri dari pelbagai parti yang menaungi milikan sahamnya seperti Hati Nurani Rakyat (Hanura) dan Golongan Karya (Golkar).  RCTI dan MNC pula adalah media yang mempromosikan parti politik khusus untuk masyarakat Tionghua di sana yang berkolaborasi dalam beberapa parti kecil di sana dan dimiliki oleh jutawan pro-politik.  Televisyen ini juga senantiasa memastikan tokoh-tokoh mereka mendapat liputan yang seimbang bagi menyaingi media-media lain yang mempromosikan tokoh masing-masing. 



Sedangkan dalam masa yang sama mereka menghentam sesama sendiri dalam kes-kes rasuah yang terpencar dari pemerintahan.  Terbaharu, Televisyen Indonesia (TVRI) yang dimilik negarakan seperti RTM di Malaysia sangat memandang serius perkara-perkara melibatkan pemilihan umum (pilihanraya Presiden dan Dewan Perwakilan Rakyat) Indonesia tetapi kes rasuah yang melibatkan parti pemerintah semasa (Demokrat) disensasikan sehingga menjadikan Presiden dikambing-hitamkan oleh stesen televisyen masing-masing sehingga menggugat citra warga kepada pemerintah/Kerajaan semasa. 



Apakah ini dikatakan neutral? Ya, benar ia mencerminkan aspirasi pembangkang dan bebas berkomentar.  Apakah melaporkan sesuatu yang benar dan hak itu neutral? Tidak.  Di Indonesia, mereka akan melaporkan dari “sudut pandang” mereka ke atas isu tersebut serta memberikan kredit kepada pihaknya sendiri.  Jika rasuah memang wajar diserang, mereka juga menyerang tokoh-tokoh kerajaan sehingga rakyat hilang keyakinan kepada kepimpinan tersebut dan menaikkan tokoh mereka sendiri secara terang-terangan dan menolak aspirasi bangsa.  Berlainan citra pula di Malaysia, walaupun UMNO memiliki sebahagian saham dalam media di sini tetapi pelaporannya masih bersifat rasional, nasional dan mementingkan hala tuju negara bangsa.  Bagi hal terkait politik, memang tiada akhbar yang menyokong selain dari Kerajaan, tetapi dewasa kini, kita dapat melihat dengan jelas akhbar The Star yang dimiliki oleh MCA tetap mengkritik MCA sendiri serta mengangkat calon-calon pembangkang dalam pelaporan mereka.  Begitu juga Berita Harian dan Utusan Malaysia yang melaporkan dengan jelas kelemahan pentadbiran Tuan Abdullah Ahmad Badawi lewat Pilihanraya umum ke 12 tempoh hari.  Sehinggakan Tun Dr. Mahathir juga dilarang mengakses media pada tahun 2004- 2006 atas alasan yang sama, sedangkan beliau adalah mantan Perdana Menteri. 



Walaupun kelibat media di Malaysia kelihatan amat mesra dengan tokoh Kerajaan dan kepimpinan, terdapat juga satu dua berita yang mengkritik pentadbiran secara berhemah dan beradap, manakala bagi ehwal pembangkang jika berkaitan negara bangsa ia tetap akan dimasukkan dalam laporan mereka walaupun tidak seindah keinginan pembangkang.  Utusan Malaysia tanpa segan silu tetap melaporkan Muktamar Pas khususnya berkaitan perpaduan orang Islam walaupun ia ditentang sendiri oleh orang PAS yang tidak sehaluan dengan gaya penulisan Utusan Malaysia itu sendiri.  Utusan Malaysia juga tetap menukilkan tokoh-tokoh pembangkang yang berkata sesuatu dengan jelas dan pada haknya selain disorot oleh lensa media lainnya.  Walau ia dikatakan dimanipulasi, tetapi ia tetap berita yang segenap negara ingin tahu khususnya pembentukan citra negara bangsa.  Berbeza pula di Indonesia, mereka melaporkan tetapi akhirnya tetap menyalahkan pihak yang lain sehingga negara menjadi keliru dan kelihatan media mereka itu bebas dan adil. 



Padahal di Malaysia, pembangkang juga boleh menulis dan mencerminkan aspirasi politik mereka di dalam akhbar parti masing-masing dan dibenarkan diterbitkan seperti Harakah, Suara Keadilan dan Roket.  Di media-media elektronik khususnya di lelaman sesawang, media pembangkang tetap menguasai carta walaupun dikatakan ia disekat bagi memburukkan imej negara.  Pernahkah Harakah atau Suara Keadilan memberikan satu ruangan yang memuji hasil pencapaian negara? Pernahkah akhbar partisan milik pembangkang membuat satu kolum khusus untuk parti kerajaan tanpa menghentamnya? Begitu juga di akhbar perdana cuma bezanya citra, akhbar perdana lebih melaporkan hak suara terbanyak (majoriti) walaupun majoriti semakin kecil dan tidak memihak kepada parti pemerintah.  Ada juga penulis yang membodek majikannya siang malam, tetapi ehwal negara bangsa mereka tidak pernah gagal melaporkannya. 



Di Thailand dan Filipina, taikun-taikun media juga meletakkan tokoh-tokoh mereka sendiri dari pelbagai parti politik untuk mereka ketengahkan.  Akhbar ini sama seperti di Indonesia, kelihatan neutral tetapi tetap dipengaruhi oleh pemegang saham serta kecenderungan mereka memihak.  Membaca di antara garisan dapat membezakan mereka.  Dan sudah tentu ia amat berbeza dengan Malaysia dan Singapura kerana akhbar di negara ini adalah mengikut kehendak majority suara rakyat di Dewan Rakyat. 



Mungkinkah jika UMNO tumbang dan menjualkan sahamnya, media ini akan mengikut tuannya yang baharu? Atau ia akan menjadi media yang sama seperti di Indonesia, Filipina dan Thailand? 

Pesta Demokrasi Malaysia Subur



Pesta Demokrasi di Malaysia Subur

Terdapat beberapa perkara yang boleh diungkapkan dalam awalan tahun 2014 tahun Kuda Kayu bagi masyarakat Tionghua yang merayakan Tahun Baharu Cina 2014 di Bumi Malaysia yang aman makmur lagi sentosa ini. 

Jika di Negara China itu sendiri, masyarakat Cina di sana beria-ia mahu melarikan diri dari negara “tirai buluh” itu desakan politik dan rasuah yang menjulang.  Singapura, New York, Eropah, Australia serta Hongkong merupakan negara pilihan mereka.  Bukan sebab demokrasi yang terlalu subur menjadi pilihan tetapi kerana penguatkuasaan undang-undang dan keluhuran dalam melaksanakannya.  Sebagai contoh. Singapura bukanlah sebuah negara yang bersih dari demokrasi secara total kerana pemerintahan adalah bercampur dan berpilih tetapi tetap menjadi pilihan utama warga ini. 


Dalam awal-awal tahun 2014 ini, Parti Pemerintah Malaysia (Barisan Nasional – BN) telah dilukakan dengan pelbagai drama sandiwara permainan pembangkang sehingga ke satu tahap yang teruk, Perdana Menteri Malaysia telah ‘dimalukan’ dengan ucapan beliau yang tidak matang iaitu mengambil “kangkung” sebagai contoh penurunan harga barang bagi menyeka air mata warga.  Tukikan demi tukikan serta provokasi menghantam PM ini telah memburukkan nama dan imejnya sehingga disorot oleh lensa kamera negara asing khususnya Indonesia dan British melalui BBC.  Tetapi PM Malaysia yang kelihatan lemah, hanya menyepi dan tidak berdetik di mana-mana media.  Parodi lagu “kangkung” dari tukikan ucapannya digunakan dengan semahu-mahunya oleh pihak oposisi tetapi ia tidak menjadi barah kepada PM  ini. 


Tak lekang dari isu itu, Ketua Oposisi Malaysia Anwar Ibrahim dinafikan dari memasuki Jepun terkait jenayah silamnya yang telah bersabit.  Akibat dari hal tersebut, pihak disebelah sini pula memainkan parodi Doraemon serta Ultraman bagi menjauhkan air muka mantan Timbalan Perdana Menteri ini.  Tak jauh dari itu, beliau turut melorot lensa kamera apabila membidas Kerajaan BN bahawa ingin mengambil alih kuasa negeri Selangor yang ditadbir partinya secara tidak sopan dan demokratik.  Akhirnya beliau mengumumkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang telah dikosongkan oleh ahli partinya.  Walau dibidas dan dikecam hebat, Anwar Ibrahim tidak kisah “dikajangkan” oleh semua pihak.  Sehinggakan dalam pertandingan lawak merapu tempatan turut mengaitkan peristiwa tersebut dengan menjadikannya parodi dalam sitkom mereka sebagai bahan untuk dilawakkan – bahkan mengungguli pertandingan lawak tersebut selaku juara. 

Tidak jauh dari situ, keputusan Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia – Taib Mahmud mengumumkan ingin meletakkan jawatan.  Sekali lagi politik negara telah memainkan isu ini dengan hebatnya.  Ketua Menteri di Sarawak yang telah menjabat jawatannya sejak 33 tahun lalu tiba-tiba ingin meletakkan jawatan – suatu yang luar biasa.  Memang ada ura-ura beliau ingin meletak jawatan sebelum Pilihanraya Negeri 2011 yang lalu, cuma masanya kelihatan agak janggal ketika persidangan kini telah hampir tiga tahun.  Sama ada Pilihanraya Negeri atau Kawasan perlu diadakan atau tidak, ia masih belum dimuktamadkan (Taib Mahmud mewakili DUN Baligian).  Cuma dalam negara Persekutuan ini, Sarawak yang memiliki Kabinetnya sendiri dilihat dengan lebih dekat oleh para pemerhati politik serta pihak akademik bagi melihat Sarawak selepas era Taib Mahmud – sama ada meneruskan pemerintahan dengan menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) atau bersara total. 

Nampaklah di sini, walaupun disepak dan diterajang dalam politik akan ada pasang dan surutnya.  Walau kita selesa berada di atas kelak kita pula akan berada di bawah pula.  Dan Pilihanraya Kecil atau PRK tetap akan dilaksanakan dengan kematangan politik yang semakin membodohkan minda. 


Dua minggu jelang 17 Februari 2014 ini juga akhbar tempatan khususnya Utusan Malaysia masih lagi mensensasikan video pendek satira Teresa Kok yang menghina orang Melayu, Perdana Menteri serta negeri Sabah yang dikatakan tidak aman dari ancaman lanun laut.  Teresa Kok yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini tidak pernah jeran bahkan terus berbangga dengan segala usaha politik beliau.  Sama ada secara benar mahupun tidak, dia berjaya memperolehi keputusan undi pada Pilihanraya Umum (PRU 13) yang lalu dengan majoriti yang besar dan tertinggi di Seputeh.  Oleh itu, apa jua kata-katanya, dia berangapan dia mendapat sokongan tertinggi pengundinya dan disokong ramai.  Melalaklah Utusan siang malam, dia tetap macam akan begitu jua.  Baiklah Utusan mendiamkan diri dari memberikan publisiti secara percuma kepada kelibat yang tak segan-segan memijak jati diri orang Melayu tetapi dibela-bela oleh Ulama sonsang di Malaysia ini.