Rabu, 30 Disember 2009

Perubahan Signifikan


Siapa Perdana Menteri Malaysia Hari Ini???

Perdana Menteri Malaysia keenam ialah Datuk Seri Najib Tun Razak mencapai kuasanya pada 3 April 2009 diwarisi dari era malap Tun Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri yang mengundang kontroversi dalam sejarah negara bangsa Malaysia.

Desakan dari para penyokong dan juga pihak-pihak tertentu, Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik untuk ‘membetulkan’ segala kekeruhan yang dirungutkan dan di marah rakyat. Datuk Seri Najib Tun Razak di’paksa’ untuk membersihkan segala macam onar dan liku akibat dari kesan Pilihan raya Umum ke 12 Malaysia.

Barisan Nasional (BN) parti perikatan yang diketuai Datuk Seri Abdullah ketika itu mendapat prestasi terburuk selepas mencipta kejayaan gemilang pada 2004 sejurus mengambil alih kuasa daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Apa pencapaian Datuk Seri Najib sehingga kini yang mencengkam ke benak rakyat?

1. Dasar Liberalisasi Ekonomi – Menghapuskan ekuiti Bumiputera

2. Kerajaan Berpandukan Prestasi (KPI) – Memperkenalkan NKRA dalam 6 bidang Keberhasilan Utama Negara (Keselamatan, Pendidikan, Pengangkutan, dan lain-lain)

3. Konsep 1Malaysia (16 Sept 2009) – Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan (Slogan dan motto beliau yang malap)

4. Penggunaan Internet dalam Wadah Komunikasi (1Malaysia web, Facebook, Twitter dan lain-lain media internet)

5. Memperbaiki Perhubungan Antara Agama dan Etnik di Malaysia

6. Belanjawan Negara 2010

7. Cadangan Mengemukakan Dasar Ekonomi Pendapatan Tinggi

Pun begitu, adakah setiap satu tindakan beliau meninggalkan kesan di sanubari watan Malaysia? Isu ini menuntut satu penjelasan:-

1. Kes siasatan rasuah dalam parti-parti politik pembangkang (SPRM dan kematian Teoh Beng HocK)

2. Kehilangan Enjin Pesawat TUDM F-5E

3. Kekurangan sokongan undi Belanjawan 2010 dengan undi tipis

4. Isu-isu rasuah dan politik parti komponen yang bercakaran sesama sendiri


Selain dari itu, terdapat pelbagai lagi isu dan perkara yang tidak dinyatakan saya secara khusus. Pun begitu, secara teknikalnya, Datuk Seri Najib masih belum dapat memadam ‘lumpur-lumpur’ kerajaan silam dalam pentadbiran beliau kini.

Beliau perlu masa, tetapi adakah masa akan menunggu beliau??? Beliau perlu kejar masa dan bukannya ‘baling dan menunggu hasilnya’ setelah semua rencananya dikeluarkan. Kerja lagi DS NAJIB!!!

Para pemikir-pemikir atau ‘think-tanker’ beliau dilihat tidak begitu bersungguh-sungguh dalam membantu meningkatkan usaha Datuk Seri Najib. Secara seriusnya saya melihat kelemahan pihak-pihak tertentu dalam meningkatkan mutu dan kualiti kepimpinan beliau. Antara yang mahu saya ulas adalah:-

1. Pengurusan Media dan Personaliti yang lemah (media memaparkan berita-berita membodek DS Najib lebih ketara dalam semua genap segi bukannya membentuk peribadi beliau di mata rakyat) – rakyat meluat tengok ‘cara berita’ tentang DS Najib dipaparkan di media-media Malaysia

2. Projek-projek Pembangunan tidak memberikan impak signifikan tentang betapa seriusnya beliau menguruskan kelakonan ekonomi negara kini yang semakin tenat. (Berita lebih berkisar pergolakan politik pembangkang serta laporan politik kerajaan yang membabi-buta semata-mata)

3. Konsep 1Malaysia yang seakan-akan ‘lebih canang dari buat’ serta hanya melibatkan kaum Melayu tanpa penglibatan kaum-kaum lain. Kempen lebih bersifat “potray image” bukannya secara inklusif dan cara penglibatan mendalam.

4. Dasar/Konsep Kerajaan yang samar – Datuk Seri Najib dilihat kurang tegas serta tidak bertindak secara agresif dan pro-aktif dalam memberikan komen-komen serta membentuk satu tindak balas yang pantas dan dinanti oleh rakyat. Sebagai contoh dalam kes menggantikan Timbalan Menteri Pelancongan, beliau lebih suka berdiam serta menggalakkan spekulasi yang sebenarnya tidak membantu political millage beliau.

5. Teks-teks ucapan beliau tidak mengandungi “Political rhetoric” dan hala tuju yang jelas dan kurang mendapat perhatian media, umum serta ahli politik untuk diulas. Beliau lebih bercakap secara ‘personal touching’ berbanding ‘national impact’ dalam kenyataan politik beliau. Beliau seharusnya lebih peka dan tegas dalam isu-isu seperti menubuhkan Suruhanjaya bebas untuk menyiasat Tun Dr Mahathir dan bukannya menunggu beberapa ketika baru hendak mengulas.


Sebenarnya, banyak lagi kelemahan yang boleh dilihat dan disampaikan akan gaya kepimpinan Datuk Seri Najib yang dilihat tidak tegas serta lambat responsif dalam banyak perkara. Kegagalan ini sebenarnya mengulang kembali kegagalan Tun Abdullah untuk menjadi Perdana Menteri yang kurang responsif serta tidak tegas malah tidak konsisten.

Kegagalan itulah yang membunuh Tun Abdullah di medan pertempuran politik menentang ‘pakar public relations’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sentiasa memberi markah penuh kepada Ketua Pembangkang tersebut.

Jika Datuk Seri Najib mahu mendapatkan karisma, beliau perlu mempunyai pakar think tanker dan public relations group yang bagus dalam membentuk dan menajamkan imej beliau di mata rakyat. Kegagalan beliau mematikan usaha UMNO/BN untuk kembali berkuasa penuh dalam pilihan raya akan datang.

Bukanlah saya menyokong parti-parti politik di Malaysia secara terus dan membabi-buta tetapi teguran saya dibuat berdasarkan perkembangan terkini politik tanah air dengan media dan pegawai perhubungan awam Perdana Menteri yang lembap serta tidak agresif menentang kekuasaan Datuk Seri Anwar yang jauh lebih lama berkecimpung dalam dunia politik serta memaksimumkan tahap perhubungan awam dan think tanker beliau.

Datuk Seri Anwar tidak lebih terkenal berbanding dengan mentornya Tun Dr Mahathir kerana para think tanker Tun Mahathir adalah think tanker yang jauh lebih muda, berpengalaman, ‘kampung’ serta tempatan berbanding Datuk Seri Anwar yang kelihatan lebih barat serta menggunakan konsep ‘pembentukan imej’ all-in.

Tun Mahathir mempunyai karisma tersendiri telah berjaya mengalahkan pakar-pakar perhubungan awam Datuk Seri Anwar yang diyakini oleh pakar perhubungan awam sebagai dua kumpulan pembentuk karisma yang hebat serta cekap yang pernah ada di Malaysia.

Mampukah Datuk Seri Najib menandingi Datuk Seri Anwar dalam perang imej dan karisma ini? Sediakah Datuk Seri Najib menerima teguran terbuka saya? Setujukah Datuk Seri Najib mendapat nasihat dari bekas Think Tanker Tun Dr Mahathir dalam menjulang martabat dan keperluan UMNO yang semakin tersungkur di pintu kuasa??

Jawapannya ada dalam tangan beliau sendiri. Tepuk dada tanyalah diri?

Datuk Seri Najib, saya mohon mencadangkan pendapat saya.

Ahad, 27 Disember 2009

Antara Desakan Hidup dan Prinsip


Adakah anda sanggup mencuri sedangkan anda benar-benar lapar dan orang tidak mengendahkan kelaparan anda yang tak berduit??

Adakah anda akan berbohong sedangkan alasan sebenar anda sangat-sangat berbeza dari nilai anda yang jujur tetapi diragui orang??

Kenapa saya ajukan persoalan itu?

Saya pernah digelar anti-establishment, anti-kapitalis serta tidak suka dengan dunia order baru. Saya akur, mungkin sebab tertentu tetapi bukanlah saya anti order baru semuanya. Atas desakan hidup kita kena korbankan prinsip satu atau dua yang kita rasa hidup itu lebih penting.

Ceritanya, saya memang terkenal dengan sikap yang anti kepada bank dan juga kapitalis yang menekan hidup manusia. Pun begitu saya bukanlah pro-sosialis.

Saban tahun kita akan membayar penyambungan polisi insurans kereta serta memperbaharui cukai jalan untuk kenderaan persendirian kita sama ada motosikal mahupun motokar. Atau kita tidak punya satu atau kedua-duanya?

Setiap tahun kita peruntukkan satu jumlah yang agak besar selain ansuran sewa-belinya untuk memastikan kenderaan kita boleh berada di jalan raya Malaysia. Bank-bank di Malaysia akan mengambil upah untuk mengaktifkan insurans tersebut serta memegang hak ke atas ‘geran’ kenderaan tersebut selagi belum selesai menjelaskan sewa-beli tersebut.

Sebenarnya, kita boleh mengambil geran kenderaan tersebut selepas beberapa ketika kita membayar sewa-beli tersebut (paling lama setahun). Jika kita tidak ambil, bank akan kenakan bayaran simpanan ke atas geran kenderaan tersebut dengan jumlah tertentu sebagai yuran simpanan barangan berharga (peti simpanan persendirian).

Bank juga akan menuntut bayaran polisi insurans dengan harga lebih tinggi berbanding harga sebenar kenderaan yang diinsuranskan kononnya agar kenderaan tersebut lebih bernilai jika ‘apa-apa’ terjadi kepada si empunya kenderaan.

Tahukah anda bahawa polisi insurans hanya akan membayar harga sebenar/semasa mengikut harga pasaran jika kenderaan anda mengalami ‘apa-apa’ di luar jangka anda. Mereka tidak akan membayar lebih bahkan mengikut nilaian semasa sahaja. Semasa anda membayar insurans, bulan-bulan mendatang, harga nilaian polisi anda terus berkurang dan bukannya bertambah. Oleh itu mengapa anda membayar polisi dengan harga lebih dari sepatutnya?

Ini kerana staf di bank akan mengambil komisen di atas setiap transaksi dan ditambah dengan komisen bank untuk tujuan proses kononnya. Anda akan membayar lebih kerana ‘benda-benda’ yang tidak perlu ini. Kadangkala anda terpaksa berhutang demi ‘memenuhi’ penipuan si kerani bank membuat duit poket dengan agen insuransnya. Diskaun kononnya hanyalah menyedapkan halwa telinga anda.

Pergilah ke daftar rasmi kenderaan untuk memperbaharui skim insurans dan cukai jalan anda.

Di Malaysia, Persatuan Kenderaan ditubuhkan untuk membantu anda dalam hal-hal berkaitan automobil ini. Tetapi kita sering lepas pandang apatah lagi fungsi persatuan ini tidak boleh dikomersialkan sebagai usaha melindungi hak-hak kapitalis untuk ‘menipu’ wang anda.

Pergilah ke AAM (Persatuan Automobil Malaysia) di serata Malaysia serta bandingkanlah dengan harga yang ditawarkan oleh bank-bank kapitalis Malaysia. Anda akan lihat perbezaan harga 20 ke 30%.

Tanya polisi syarikat insurans adakah mereka akan membayar polisi mengikut harga polisi yang di bayar atau mengikut harga pasaran polisi tersebut? Tanyalah bank berapa caj-caj perkhidmatan yang dirahsiakan dari pengetahuan anda dalam hal-hal mengaktifkan polisi dan memperbaharui cukai jalan anda???? (Jika anda mengatakan saya tipu)

Sedarlah, bukan semua hal menguntungkan kita sebagai pengguna. Walaupun perbezaan adalah sebanyak 20 ke 30% tetapi sekiranya berlaku ‘apa-apa’ hanya itulah yang akan di bayar si ejen insurans bukannya ‘lebih’ pun.

Di AAM perkhidmatannya adalah percuma serta memang dikhususkan untuk pemilik kenderaan yang anti-kapitalis membuat untung dengan cara mengaburi mata pengguna seperti saya.

Saya bukanlah mempromosikan perkhidmatan persatuan ini tetapi saya sebagai pengguna sentiasa mencari alternatif menyedarkan pengguna agar jangan ditipu pihak kapitalis yang membuat duit tanpa memikirkan jerih payah kita mencari wang untuk hidup.

p/s: Teringat cerita “Drag Me To Hell” kisah anti kapitalis Bank dengan nenek tua – Sylvia Ganuesh.

/mfa

Selasa, 22 Disember 2009


Selamat Tahun Baru 2010M/1431H

Semoga Azam Menjadi Kenyataan


Isnin, 21 Disember 2009

Kepompong


Dulu kita sahabat teman begitu hangat
Mengalahkan sinar mentari
Dulu kita sahabat berteman bagai ulat
Berharap jadi kupu-kupu

Kini kita melangkah berjauh-jauhan
Kau jauhi diriku kerana sesuatu
Mungkinku terlalu bertindak kejauhan
Namun itu kerana ku sayang

Persahabatan bagai kepompong
Mengubah ulat menjadi kupu-kupu

Persahabatan bagai kepompong
Hal yang tak mudah menjadi bintang-bintang
Persahabatan bagi kepompong
Malu berteman hadapi perbezaan
Persahabatan bagai kepompong
Na na na nana na ......................

Semua yang berlalu biarkanlah berlalu
Seperti hangatnya mentari
Siang berganti malam sembunyikan sinarnya
Hingga dia bersinar lagi

Dulu kita melangkah berjauh-jauhan
Kau jauhi diriku kerana sesuatu
Mungkinku terlalu bertindak kejauhan
Namun itu kerana ku sayang

Persahabatan bagai kepompong
Mengubah ulat menjadi kupu-kupu
Persahabatan bagai kepompong
Hal yang kau guna mengubah jadi bintang-bintang
Persahabatan bagi kepompong
Malu berteman hadapi perbezaan
Persahabatan bagai kepompong
Na na na nana na ....................



Lagu: Sindestosca

Selasa, 1 Disember 2009

Hidup Mati Akhbar di Malaysia.

Saya suka mengulas tulisan ruangan Cuit oleh Zaini Hassan dari Utusan Malaysia (edisi Disember 2, 2009)

Beliau telah yakin dan mengakui hakikat-hakikat perhubungan media yang telah saya canangkan. Atau beliau baru perasan hal ini ketika menghadiri Sidang Puncak Dunia Kewartawanan di Hyderabad, India baru-baru ini?

Patutkah media lambat? Sepatutnya saya yang lambat kerana media harus mengejar audiensnya dan bukannya saya bak ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ menghentak kepala media agar mendengar tegur orang.

Zaini mengulas bahawa pembaca media Melayu/Watan Asal Malaysia saban hari terus menyusut. Mereka lebih gemar membaca tabloid dan juga akhbar berbahasa Inggeris kerana menjauhi nilai-nilai ke’Melayu’an dan takut dengan cap rasis (Blog Faizal Faxel Wel: Betulkah Melayu Penakut? November 29, 2009).

Beliau turut mengulas tentang peranan kewartawanan sosial konsep yang sama telah saya jelaskan dalam blog saya sebelum ini (Blog Sembang Kosong Kedai Kopi: Semua Suka Bercakap, November22, 2009). Konsep news-wire atau komen/ulasan pembaca yang memuatkan bahan berita semasa yang sebenar dalam media arus perdana harus diambil kira.

Orang media seperti beliau seharusnya lebih cepat faham dengan kondisi ini bahkan lebih awal dari saya atau anak-anak muda yang lain agar media terus stabil dan berdaya saing dalam penakatannya. Sosiologi Melayu/Islam perlulah dibaca seolah-olah membaca sebuah buku yang jilidnya telah diperbaharui bukannya khatam dengan buku yang sama sahaja.

Kesian juga pada Zaini, kalaulah Zaini tidak ke Hyderabad untuk mengetahui hakikat itu, sudah barang tentu beliau tidak tahu hal-hal ini. Saya pula, bukanlah arif dalam dunia iklan dan surat khabar tetapi sensitif dalam dunia komunikasi dan pengajian media secara tidak langsung yang semakin hari semakin suram dalam editorialnya.

Bukankah gatekeeper media ini seharusnya peka dengan kehendak pelanggan mereka? Atau dek sebabkan terlalu kukuh dalam industrinya serta kurang pesaing, mereka jadi terlalu selesa dalam zonnya (comfort zone) sehingga tak dengar apa kata orang dan apa persepsi orang pada mereka. Kerana apa? Kerana mereka percaya lagi bahawa Teori Agenda Setting akan membantu mereka. Media yang menentukan apa yang harus diberitahu dan apa rakyat perlu baca?

Silap besar kepada tauke-tauke media kalau berfikiran begitu. Media kini bukanlah terjejas dek teknologi dan medium penyampaiannya tetapi kerana kandungannya serta editorialnya yang ‘tertinggal gerabak’. Maka, fikirkanlah hakikatnya.

p/s: Suka menyibuk hal orang demi membantu orang yang perlu. Itu hal media.

Selasa, 24 November 2009

Tingkatkan Kelakonan Ekonomi Baru


Perhatian YAB Perdana Menteri berkaitan Pelan Ekonomi baru yang lebih maju dan pulangan ekonomi yang lebih tinggi.

Pelan meningkatkan ekonomi dengan ekonomi berpendapatan tinggi bukanlah satu impian yang begitu senang untuk di capai. Singapura mengambil masa kurang 15 tahun untuk menukar ekonomi saraan diri mereka kepada ekonomi komersial peringkat tinggi pada lewat 1970-an. Kini Singapura berjaya dan daya saing produktivitinya meningkat setanding dengan negara maju.

Malaysia juga boleh berjaya jika pelan pembangunannya sangat komprehensif dan pemerintah mudah menerima sumbang saran korporat dan dunia luar dalam perundangan serta landskap politik yang lebih kukuh. Peka dan sensitif dengan keperluan pelabur asing juga satu kemestian.

Di Singapura, waktu operasi berlaku dalam pusing ganti 24 jam dan 7 hari seminggu. Begitu juga di Hong Kong sebuah pentadbiran khas China di bekas pulau jajahan Britain.

Maksudnya, mampukah rakyat Malaysia mendapat pendapatan yang tinggi dengan komitmen mereka memberikan produktiviti yang tinggi juga? Rakyat Malaysia lebih suka melepak dan bersembang kosong berpeleseran dari bekerja dengan tekun.

Menjadi tugas pemerintah dengan penuh berani menggalakkan peningkatan produktiviti seperti keberanian Tun Dr Mahathir menukar waktu Malaysia Barat 30 minit lebih awal pada 1980-an. Tugas DS Najib pula ialah memperkenalkan waktu kerja yang lebih produktif dan berdaya saing.

Misalnya kerja haruslah bermula seawal shift pertama jam 5:30 pagi hingga jam 1:30 petang dan diikuti shift kedua seawal jam 1:30 petang ke jam 9:30 malam. Waktu kerja ini berkisar kurang suku kepada satu hari kerja yang penuh dengan kitaran shift yang boleh diterjemahkan oleh para operator dalam meningkatkan mutu kerja. Ia termasuklah agensi kerajaan/pemerintah dan perniagaan berteraskan perkhidmatan.

Manakala bagi operator kenderaan awam di bawah SPAD (Pemerintah Kenderaan Awam Darat) haruslah memulakan operasi sehingga 20 jam sehari sedari jam 4:30 pagi ke jam 1:00 pagi sepanjang hari setiap minggu. Ini bagi menggalakkan sektor-sektor lain juga terkesan di atas sumbangan/rangsangannya termasuk pelancongan.

Bagi sektor perniagaan makanan (F&B), keutamaan adalah menjalankan operasi dengan menggalakkan shift serta meramaikan orang awam bekerja lebih masa atau mengambil shift-shift kerja yang terluang. Hidupkan Kuala Lumpur dan industri Malaysia dengan operasi hariannya selama 20 jam sehari.

Ini mampu menjana pertumbuhan sekali ganda berbanding ekonomi sekarang ini yang lebih remeh dan mudah.

Kepada PEMUDAH dan agensi lain-lain dalam menarik pelaburan serta pelancongan, pengetatan undang-undang serta penggalakannya haruslah memberi manfaat kepada negara, pelabur dan juga rakyat negara ini. Janganlah pelancong yang masuk melebihi tempoh atau menjadikan Malaysia sebagai hab jenayah antarabangsa. Manakala bagi pelaburan biarlah yang mendatangkan hasil maksimum berbanding penggalakan industri sederhana tinggi yang membungkam rakyat negara ini.

Banyak lagi indikator yang boleh diperhatikan dalam meningkatkan kesalingan ekonomi ke peringkat tinggi dan saya akan mengulas mengikut keadaan semasa.

Ahad, 22 November 2009

Semua Suka Bercakap???

Semua orang bercakap! Manusia adalah makhluk yang berkomunikasi. Komunikasi bukanlah sebelah pihak sahaja tetapi reciprocal iaitu dua pihak atau lebih dan saling memberikan responds di setiap perbualan, perbincangan atau komunikasi tadi – sama ada berkesan atau tidak.

Kenapa saya bincangkan hal komunikasi?

Hari ini dunia kewartawanan dipenuhi dengan seribu satu persepsi dan masing-masing menghargai kebebasan bersuara. Semua mahu memberikan idea dan pendapat yang lebih baik. Setiap insan punya keinginan dan perlukan pembaharuan termasuk memberikan pandangan. Mereka sangat optimis dalam memberikan pendapat termasuk memberikan maklumbalas sama ada positif, membina (constructive) mahupun negatif (komen). Masyarakat Malaysia dewasa kini sebegitu rupa, dan paling kuat mempercayai khabar angin termasuk persepsi (pendapat umum).

Malaysia kini banyak blog, internet jenis memberikan maklum balas (face book, myspace, youtube, email dan lain-lain laman sosial). Mereka suka mengulas, memberikan idea dan pandangan dan memberi cadangan atau mengkritik. Saya bangga dengan media konvensional yang menghargai pembaca atau pengikut mereka.

Pun begitu, ia tak banyak. Bernama dengan (Anda Report), Awani 501 ASTRO dengan (U-Report), Utusan dengan ruangan Forum, Berita Harian dengan Pendapat tetapi semuanya dalam situasi yang sangat terbatas dan terhad mengikut kehendak gatekeeper atau para editor berkepentingan tersendiri.

News-Wire

Saya suka mengulas tulisan Tun Dr Mahathir tentang news-wire atau keperluan media Malaysia bergantung dengan CNN, Reuters dan Bloomberg dalam segala macam laporan dunia seperti sukan, ekonomi, politik dan ehwal semasa termasuk hiburan Hollywood. Kita bergantung dengan dunia luar termasuk dengan gatekeeper dari Yahudi. Sudah tentu mereka sorokkan kebenaran tertentu dalam laporan mereka seperti kes pencerobohan Yahudi di Israel dan Palestin serta kes-kes penganiayaan umat Islam, teknologi baru misalnya dan penemuan penting yang merugikan musuh mereka.

Tapi kita tidak punya koresponden yang cukup ramai untuk memberikan ulasan berita mengikut perspektif kita tersendiri dalam dan luar negeri. Media Malaysia lebih suka wartawan terlatih mereka memberikan liputan mengikut skop yang gatekeeper mereka inginkan sahaja, dan bukan pandangan sekunder atau alternatif. Kita disogok untuk tahu hal-hal tertentu yang media paksakan untuk kita dengar, maka itu ada blog sebagai alternatif media tadi.

Apalah salahnya kita (media) mendengar laporan rakyat terbanyak dalam pelbagai perspektif? Tanyakan sahaja pelajar/rakyat Malaysia di mana-mana bahagian di dunia ini agar memberikan liputan berita di tempat mereka ada (luar/dalam negara) tentang sesuatu isu dan laporan termasuk ehwal semasa yang punya nilai berita. Kan lebih ramai yang akan turut serta memberikan input maklumat kepada media kita. Dapat-dapat mengikut perspektif kita dan punyai pelbagai sudut yang berbeza. Kerana kita hormati kebebasan bersuara yang membina.

Oleh itu, saya sangat berharap agar landskap media ini ditukarkan dan menyalurkan pelbagai sumber dan pendapat ditujukan kepada masyarakat. Masyarakat perlukan maklumat yang mereka mahu tahu bukannya rakyat dipaksakan dengan apa yang media mahu (Agenda Setting Theory).

Kepada rakyat Malaysia, berilah maklumat yang sebenar, semasa serta punya nilai kepada media dan sudah tentu kita bertanggungjawab atas liputan tersebut. Mengikut umat Islam, “dengarkan apa berita yang disampaikan dan bukannya siapa yang menyampaikan”. Itulah konsep kewartawanan yang lebih reciprocal dan mengikut kehendak ramai. Bukan sebaliknya.

Kepada DSAI, jangan salahkan kebebasan bersuara jika anda tidak mahu bertanggungjawab selepas kebebasan itu diberikan. Semua boleh memberikan ulasan dan komen, tetapi mestilah bertanggungjawablah dengan komen dan ulasan yang anda buat. Kita beri kebebasan dan jangan bebas sesuka hati tanpa batasan tanpa tanggungjawab.

p/s: DSAI kata ‘kita diberikan kebebasan bersuara tetapi dihalang selepas kenyataan itu dibuat’ – komen saya, semua bertanggungjawab di atas kebebasan bersuara termasuk selepas kenyataan itu dibuat, kalau tidak banyak lagi fitnah dibuat termasuk menggalakkan kewujudan ‘dajal-dajal kecil’.

Sabtu, 21 November 2009

Selamat Bercuti!!!!!


Cuti sekolah kembali lagi. Bagi kanak-kanak bersekolah, inilah masa yang ditunggu-tunggu. Bagi ibu-bapa inilah masa yang paling teruk kerana semua anak-anak ada dirumah pulang dari asrama dan sebagainya. Datuk dan nenek di kampung sudah telefon, bila anak cucu mereka nak balik ke kampung.

Semuanya seperti kembali kepada kehidupan keluarga yang penuh, anak-anak bergaduh dan bercakar dirumah, rumah jadi tidak kemas dan sebagainya. Bagi yang punya kampung halaman, lebih gemar hantar mereka ke kampung bermain ayam dan itik, kerbau dan lembu dan paling tidak mandi sungai atau parit.

Inilah saat yang ditunggu, semua mahu bercuti seperti kanak-kanak tadi. Bagi yang dah dewasa itulah kenangan manis mereka. Yang lelaki teringat waktu nak dikhatankan, yang perempuan teringat zaman main masak-masaknya. Ayam, itik, lembu kerbau juga tidak bersisa dikejar mereka. Bermain-main sepanjang hari meneroka keseronokan dikampung yang tidak pernah ada di bandar.

Tebing-tebing batas sawah diredah, kolam dan sungai menjadi tempat mandian dan memancing, kesejukan air telaga dikampung menusuk ke tulang hitam. Nak ke tandas pun kejutkan atuk dan nenek – gelap, takut, tak biasa.

Seronoknya ada dikampung, makan ayam kampung yang liat, makan sambal belacan, ikan kering, ikan pekasam, pucuk ubi, rebus keledek dan lain-lain makanan kampung.

Hilanglah seketika kesesakan jalanraya, keriuhan kanak-kanak menunggu bas sekolah diwaktu pagi dan ibu bapa bergegas menghantar anak ke sekolah. Sunyi seketika siber cafe tempat main game bagi yang dah balik kampung, kuranglah pengunjung cilik McDonald dan Pizza. Bagi yang tak berkampung atau berpeluang, rutin bercuti seperti biasa, banyak masa dibazirkan jika tidak dipantau dek ibu bapa yang sibuk dengan kerja. Jangan biar anak melepak dengan aktiviti tidak berfaedah sudah lah...

Selamat bercuti untuk semua......

Arah Seni Malaysia

Saya suka mengulas isu “Arah Pemuisi Nusantara” yang dibincangkan salam satu siaran televisyen (November 22, 2009).

Zaman bahari yang lampau, Melaka merupakan sebuah ketamadunan Melayu/Islam yang hebat dari segi politik, ekonomi, sosial, perdagangan dan kesusasteraan.

Kesusasteraan Melayu tidak sahaja berkisar tentang Alam Dunia Melayu kisah-kisah kesultanan, adab sebagai penganut Melayu/Islam tetapi juga lebih meluas seperti sastera Jawa – Sang Kuripan, Raden-raden, asal kejadian Demang Daun Lebar dan juga Siam Kuno seperti Raja Bersiong, Barongan, Che Siti Wan Kembang, Naga Chini serta iltizam kesusasteraan yang menyeluruh meliputi tamadun Islam, Buddha dan Hindu sebagai tonggak asal kebudayaan kita.

Zaman tersebut, ketinggian sastera adalah disebabkan kecekalan pemikiran para ‘penglipur lara’ menciptakan pelbagai cerita dewa-dewa dan cerita-cerita rakyat seperti pak pandir, cerita-cerita haiwan, asal usul kejadian, dan lain-lain yang disampaikan terus menerus berketurunan.

Kini, rakyat Malaysia lebih bertumpu kepada material. Kesusasteraan dikesampingkan. Para pelakon lebih memerlukan glamor dan muka ‘plastik’ dari bakat dan ketokohan kelakonannya. Para cendekiawan lebih minat mengulas sajak mewah dan elit dan menjadikan seni sebagai sesuatu yang elit dan mewah berbanding semasa ‘zaman Jepun’.

Jika di zaman Jepun, pentas-pentas wayang tumbuh menghiburkan penonton, wayang-wayang kulit dimainkan tok-tok dalang dikampung-kampung sehinggakan teater juga ada di kampung-kampung. Kini, kalau mahu melihat teater, tengoklah di Istana Budaya, tempat lain tidak ada. Kalau mahu melihat wayang kulit dan ceritanya, lihat sahaja di muzium. Kita sudah ‘bungkus’ sastera kita kerana kita mahu menjadi bangsa maju dan moden.

Kita lupa Korea dan Jepun juga maju bahkan lebih maju dari kita. Amerika dan Britain sudah tentu lebih maju dan sudah tentu komersilnya sastera mereka seolah-olah mereka lebih elit dan mewah dari kita. Artis kita lebih suka Amerika (Hollywood) dan ketepikan filem-filem Korea dan Jepun serta Tamil (Kollywood) kerana mereka lebih hebat.

Tahukah kita para penyanyi dan pelakon dari Korea dan Jepun itu mendapatkan pendidikan sehingga ke universiti sebelum ke lokasi lakonan atau konti. Mereka sanggup mengkaji cara orang Islam makan di negara Islam sebelum melakonkan watak Islam itu dengan ‘real’. Barulah lakonan mereka mantap dan berkesan.

Drama tamil, memang kelakar, tapi tahukah kita drama atau filem adalah cerminan masyarakat dan mengisahkan kisah masyarat terbanyak (sosial)? Sedih, pilu, tipu daya, belot adalah asam garam filem-filem tamil. Itu kenyataan, maka sebab itu cerita mereka lebih ‘benar’ dan hidup tak seperti filem atau drama kita, elit bagaikan apa, tapi bak tin milo kosong. Gaya lebih, gosip banyak, kontroversi hebat, hidup gah, tapi habuk pun tiada. Penyanyi ada sesetengah, hanya harap muka dan kepandaian PR mereka semata-mata.

Oleh itu, seni dan sastera haruslah ditunjangi dengan ‘jiwa’ masyarakat, jalan cerita berkisar kisah kehidupan yang menyindir, mencerminkan kedangkalan masyarakat. Itulah seni, sastera pula ialah pemikiran yang melangkaui seni berfikir dan falsafah yang tinggi tentang kehidupan luar yang tidak normal (kata-kata kini seperti fiksyen).

Bagi pelakon, dapatkanlah ilmu yang cukup sebelum nak tampal muka dalam filem atau drama, penyanyi pula perbaiki mutu vokal sebelum nak menyanyi, masyarakat pula jangan hanya nak lihat yang cantik dan indah sahaja sebagai satu seni tetapi tak menjiwai bakat yang ada. Bagi pemerintah, seni bukanlah elit dan kelas tinggi untuk mainan Istana sahaja. Wujudkan lebih banyak kelab seni, lakonan dan sastera di daerah-daerah dan anjurkanlah teater atau lakonan di peringkat kampung dalam mencungkil bakat-bakat serta menggiatkan seni dan menggalakkan sastera.

Disamping kita mengejar moden, nilai-nilai kemanusiaan juga harus dihidupkan. Sain dan Teknologi yang artifisil tidak melahirkan jiwa yang lebih bersyukur dan mengetahui asal usul kehidupan dan sastera masyarakatnya. Sastera adalah jiwa dan akal masyarakat yang dibukukan dan diceritakan turun menurun sebagai khazanah sosial masyarakat kita.

Penulis skrip teater, drama dan filem, penulis lirik dan penulis lagu serta penggiat penulisan buku dan sastera, perbanyakkanlah pemikiran diluar kotak yang lebih ‘rakyat’ berbanding mementingkan elit dan kelas-kelas yang tinggi, kerana sastera dan seni itu untuk rakyat juga dan bukannya untuk golongan atas dan Istana sahaja.

Usah kita terpengaruh dengan Hollywood yang menjadikan seni mereka elit seperti ‘harta Istana’ kerana seni mereka ditunjangi oleh ‘tuan-tuan tanah’ dan elit hartawan tidak seperti kita yang datang dari ceruk-ceruk kampung yang bermain lumpur sawah dan sungai.

Sastera dan seni Nusantara akan terus mekar kalau kita merakyatkannya dan memberikan ruang dan peluang kepada para ‘eskaptisme’ ini terus berkarya dan mendidik masyarakat dengan seni sebagai cerminan kehidupan, bukannya seni sebagai impian kayangan.

p/s: Teringat kisah Asal Padi.

Selasa, 10 November 2009

Watan Malaysia Tak Sabar


Pagi-pagi yang hening, kita telah mula memandu. Demi mencari sesuap nasi, seawal jam 6:30 pagi selepas subuh kita telah berada di jalan raya.

2. Bagi penjawat awam, seawal jam 7:30 ke 8:30 pagi adalah waktu untuk mengetik kad perakam waktu. Bagi sektor swasta dan bekerja sendiri, juga mengambil masa paling lewat sejam dua lebih awal dari waktu operasi.

3. Dari awal pagi memandu, kita boleh lihat pemandu-pemandu Malaysia akan potong memotong lorong. Lepas ambil lorong kanan (paling perlahan) ke lorong kiri (laju). Selepas itu, tukar lagi ke tengah. Tukar dan terus tukar sehingga ke simpang yang akan diambil, masih akan potong-memotong (termasuk potong barisan).

4. Itulah ragam pemandu Malaysia. Tak sempat sabar. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan, potong memotong, cantas mencantas jalan orang lain. Jika kena pada batang hidung sendiri (dipotong), mulalah bunyikan hon atau tunjukkan muka marah pada orang lain.

5. Rakyat Malaysia tidak diajar cara menepati masa dengan baik. Suka bersembang sampai lewat pagi di kedai kopi atau kopitiam dalam zaman moden ini. Bila tidur sudah lewat, bangunnya juga akan lewat. Bila bangun lewat, akan bergegas di awal pagi nak ke pejabat supaya tak lewat.

6. Mulalah adegan yang berbahaya. Kalau pandu, seolah-olah dia yang empunya jalan raya. EQ (Keupayaan Emosi) rakyat kita sangat lemah. Di sekolah-sekolah lebih tekankan Keupayaan Intelek (IQ) berbanding EQ. Jadi rakyat Malaysia pandai tapi kurang ajar dan tak suka sabar.

7. Buatlah 1,001 undang-undang, dia tetap akan langgar sebab jiwa dan naluri mereka tidak dididik dengan baik. Maka wajar Kementerian Pelajaran dan ibu bapa menyemai sikap EQ dan tahan sabar kepada anak-anak. Jadi pendengar yang baik, ikut peraturan demi kebaikan demi Malaysia yang makmur.

8. Ilmu hari ini bukan untuk kita tetapi anak cucu yang mewarisi jalan raya 10 ke 20 tahun akan datang. Bila watan Malaysia penyabar, nak bercakap benda benar pun senang.

p/s: Kalau silap cakap, nyawa pun boleh melayang.

Malaysia Negara Subsidi


Saya telah mengulas sedikit isu subsidi dan harga barangan dalam negara sebelum ini menerusi posting saya “Najib Tegur CUEPECS” – Nov. 04, 2009.

2. Malaysia negara bersubsidi dalam semua benda, setuju atau tidak itu kenyataan. Semua benda kerajaan subsidi. Dari minyak kereta, beras, roti, kuih (tepung) sehinggakan kepada benda-benda kurang penting pun ada peruntukan subsidi. (Walaupun kerajaan kini sedang mengkaji subsidi petrol)

3. Saya ingin mengulas subsidi dengan produktiviti negara. Bukan ingin mempertikaikan tetapi mengajak pembaca menilai dengan logik. Isunya Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi peruntukan yang maha tinggi untuk kroni-kroni dan usaha membodek golongan tertentu.

4. Selain itu, subsidi dan bantuan RM200.00 sebulan serta subsidi petrol/minyak kepada para nelayan turut diberi (subsidi ikan import turut ditanggung kerajaan untuk pembeli di pasar). Apakah produktiviti ini menghasilkan satu penakatan yang baik untuk persaingan secara sihat dan baik?

5. Kerajaan menerusi pelbagai agensi dan jabatan membuat bayaran ini dengan mengenakan pelbagai jenis cukai sehingga kepada cukai yang tidak perlu. Cukai pintu, cukai tanah, cukai sampah, tol, cukai pendapatan, cukai hasil, setem serta pelbagai lagi cukai yang saban tahun meningkat dek menanggung ‘sesetengah’ penerima di kalangan ‘biawak hidup’.

6. Belum lagi di kalangan banduan, pekerja asing, pelancong serta elit-elit yang menerima subsidi secara tak langsung. Ada yang mengambil kesempatan menjual produk subsidi negara kepada negara jiran di Singapura, Indonesia dan Thailand.

7. Mana para pemantau ke mana wang ini diagihkan? Betul atau tidak cara subsidi ini? Siapa penerimanya? Siapa akan mengaudit penerima-penerima ini? Ada yang menjadi biawak hidup, makan tanggung. Siapa dalang membenarkan barangan subsidi di’eksport’ ke negara seberang?

p/s: Tak makan haram, sebab anti subsidi.

Rabu, 4 November 2009

DS Najib Tegur CUEPECS


Perdana Menteri - DS Najib menegur kepada Presiden CUEPECS; Bonus tidak patut ditagih dek kerana kelakonan ekonomi yang kurang baik.

2. Rakyat Malaysia suka subsidi. Semua benda hendak disubsidikan, roti, beras, petrol sehingga barangan import turut di beri subsidi. RM22bil. bagi tahun 2009 adalah untuk subsidi sahaja. Rakyat Malaysia beli barang murah berbanding Indo dan Thai dan tentu tertinggal berbanding Singapura.

3. Rakyat Malaysia miskin, duit tak banyak, tukaran wang asing turut kecil. Kenapa?

4. Rakyat Malaysia paling tinggi kadar celik huruf dan tidak kurang paling pesat membangun. Gaji rakyat Malaysia paling bagus berpuluh ribu (elit), paling rendah RM400 sebulan (kerja operator kilang). Ada yang tidak bekerja (hutang tetap ada), bijak pandai pun berhutang (PTPTN, MARA, rumah, kereta dan kad kredit).

5. Rakyat Malaysia belajar tinggi, kerja bagus, keputusan peperiksaan juga bagus, kreatif tapi GAJI KECIL.

6. Kerajaan perlu cepatkan proses menukar ekonomi cara tradisional berasaskan eksport kepada berasaskan pengetahuan dan kemahiran tinggi. Yang bijak pandai dijemput pulang mengembangkan bakat dalam negara (bayar gaji setimpal dengan bakat). Bagi yang cerdik pandai, berikan galakan bonus dan keistimewaan khas, bagi yang rajin beri elaun rajin dan insentif khas. Yang malas biarkan dia tertinggal sebab memang pemalas.

7. Beri dan ganjar pekerja dengan imbuhan yang setimpal baru bakat yang bagus tak kerja di negara orang. Bakat luar mengembangkan kreativiti dalam negara, pelajar pintar tak cari jalan 'keluar' pintu belakang dan jual idea pada orang luar.

8. Pekerja awam gajikan jika rajin, kreatif, peramah dan mesra bukan berperangai tahun 19960-an, malas, kuat melenting, 'mengular' dan suka minta-minta bonus (kerja malas).

9. Yang elok dikekalkan dalam khidmat awam, yang malas suruh berhenti (jangan simpan barah dalam badan, buruk kesannya walaupun jumlah kecil). Ramai lagi bakat terbaik mahu kerja dalam khidmat awam (tapi gaji kecil, tak berbaloi, kerja banyak) Kalau pandai, buatlah sampai berpencen, kalau malas, melawan sampai bos malas tegur dah buang sahaja dari berkhidmat.

DS Najib, isu di atas mohon beri pertimbangan dalam meningkatkan kelakonan ekonomi dan tukikan ekonomi terpilih.

p/s: Pelajar cemerlang tapi kerja 'ala-ala' SPM.

Isnin, 2 November 2009

U R not d 1

U R Not The 1...... sharing of nature!!!

Ahad, 1 November 2009

Menteri Turun Padang Oi!!!!

Semalam (Oct. 31, 2009) saya dan teman karib saya bersembang sambil meneguk kopi di sebuah kopitiam sekitar Shah Alam lebih kurang jam 1:00 pagi.
2. Banyak topik yang dibualkan dan menarik perhatian. Cuma kali ini satu sahaja yang ingin saya kongsikan.

3. Sebagai seorang pekerja industri berita, rakan saya ini sering berdamping dengan ahli-ahli politik Malaysia, terkenal ataupun tidak, menang ataupun kalah. Menariknya, Menteri-menteri dan konco-konconya ini kadang kala masih 'terlupa' kekalahan mereka.

4. Menurut rakan saya, mereka masih lagi berkunjung ke mana-mana dengan segerombolan 'besar' pengikut-pengikutnya, berkenderaan mewah, berbaju jenama-jenama mewah di kampung-kampung ataupun merasmikan projek/program di hotel yang 'grand-grand' sahaja.

5. Apa salahnya sekiranya, dua hari sekali atau seminggu sekali turun pergi ke pasar ke, pergi ke perhentian bas ke, turun minum kopi di warung-warung 'cikai' sekitar kawasan ke sambil ditemani dua tiga orang sahaja? Kan nampak lebih 'mesra, prihatin dan dekati rakyat'.

6. Beli sahaja sayur atau ikan linkungan harga RM100 bagi menambat hati pengunjung pasar, bayarkan sekilo ikan untuk makcik-makcik yang singgah di kedai yang sama. Turun pula janganlah mengalahkan 'tentera bergajah nak serang pasar'. Kan ke lebih menarik perhatian rakyat untuk mengundi??

7. Bukan semua elit-elit dan golongan atasan-atasan profesional itu akan undi kita untuk menunjukkan sokongan. Mereka cuma bodek nak projek sahaja. Pakcik-pakcik kedai kopi dengan makcik-makcik pasar inilah yang akan undi kalian di Parlimen.


8. Sebelum terlambat, fikir-fikirkanlah kalau nak kekal dalam Parlimen tu.

p/s: Bukan lupa, tapi tak ingat.

(gambar: Yahoo Images)

Khamis, 29 Oktober 2009

Anda Mewarisi Kasar???

Sikap kasar seseorang mungkin dipengaruhi cara mereka dibesarkan?

BAPA, atau mereka yang memikul peranan sebagai seorang bapa, yang mendisiplinkan anak-anak dengan menggunakan tengking herdik dan kekerasan yang berlebihan, lazimnya terpengaruh dengan cara mereka dibesarkan.

Lantas, jika bapa-bapa itu juga bersikap ganas terhadap anak-anak mereka, ia akan meneruskan lingkaran keganasan tersebut apabila si anak tadi dewasa dan memulakan keluarga sendiri.

Pakar psikiatri di Pusat Perubatan Mount Elizabeth, Dr Brian Yeo, berkata keadaan ini diburukkan lagi jika seseorang itu memang panas baran, dan mempunyai lain-lain faktor yang mengapi-apikan amarahnya itu.

'Sesetengah orang memang sukar berfikir secara waras semasa dalam keadaan marah.
'Dan bila berada dalam keadaan marah itu, mereka akan kurang daya fikir untuk menyedari apa yang dilakukan itu adalah salah,' ujar Dr Yeo.

Hakikat itu turut diakui oleh pengurus pusat mailto:%20INSPIRASI@PPIS, Encik Amran Jamil.
Beliau berkata, besar kemungkinan bapa-bapa yang mengamalkan sikap ganas dan kasar telah didedahkan sejak kecil lagi dengan cara-cara keras dalam mendisiplinkan anak oleh bapa atau ibu mereka sendiri.

Lantas, golongan itu, apabila sudah berumah tangga dan mempunyai keluarga sendiri, menggunakan cara yang sama sebagaimana ibu bapa mereka dulu, dalam mendisiplinkan anak-anak mereka pula.

'Dari mana mereka akan mempelajari cara-cara mendidik anak kalau bukan daripada persekitaran mereka sendiri?

'Bapa-bapa sebegini mungkin kurang pendedahan kepada cara alternatif atau yang lebih positif dalam mendisiplinkan atau mendidik anak-anak mereka tanpa menggunakan atau melibatkan kekerasan, pukul bantai dan keganasan,' kata Encik Amran, yang mengendalikan program pasangan muda di pusat PPIS itu.

Kaunselor mailto:%20INSPIRASI@AMP, Cik Rosedah Anuar, pula berkata ramai bapa ganas itu menjadi dewasa dengan sejarah emosi atau harapan yang tidak tercapai semasa kanak-kanak dahulu.

'Bapa-bapa ini lantas mudah marah dan panas baran jika anak itu tidak memenuhi jangkaan mereka.

'Selain itu, ramai bapa sedemikian juga berkemungkinan mempunyai masalah ketagihan dadah dan arak yang menjadi punca mereka gagal mengawal kemarahan,' katanya. Sementara itu, para pekerja sosial juga berpendapat bagi sebahagian kes, terutama yang melibatkan bapa kandung, pesalah itu benar-benar yakin mereka tidak menganiayai anak mereka.

Sebaliknya, mereka percaya apa yang mereka lakukan ialah untuk kebaikan anak-anak itu sendiri, termasuk anak-anak kecil.

Presiden Persatuan Menentang Keganasan Keluarga, Encik Benny Bong, pula menceritakan semasa beliau berbual dengan bapa-bapa sedemikian, ramai beranggapan apa yang mereka lakukan bukan satu kesalahan.

'Mereka akan katakan bahawa kalau mereka tidak sayangkan anak, mereka tidak akan peduli kalau anak itu nakal atau jahat,' katanya.

Lantas, tambah Encik Bong, dalam kes seperti itu, jika si bapa hilang kawalan dan memukul bantai si anak sehingga cedera teruk atau menyebabkan kematian, mereka kemudian akan menunjukkan sikap bersalah.

Ada yang cuba memberi anak itu susu atau makanan, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Bagaimanapun, Encik Bong akur terdapat kes penderaan, terutama yang melibatkan bapa tiri atau teman lelaki si ibu kanak-kanak, yang dilakukan dengan niat jahat.

Menurutnya, kes-kes sedemikian menunjukkan masalah psikologi yang lebih teruk dalam diri pesalah tersebut.

(Berita Harian Singapura: Oktober 29, 2009)

Kiambang - ke bumi ke, ke langit??

Saya suka memetik kata-kata Y.B Seri Gading pada Sidang Parlimen (Oct 29, 2009) berkaitan kata orang pandai-pandai:-

1. Kalau mendongak ke langit, jalan lupa rumput dibumi.

2. Jangan jadi kiambang, nak ke langit tak tercapai nak ke bumi tak sampai.

Kata-kata ini ditujukan kepada 'Bapak-bapak Menteri' kita yang dilihat nak lupa diri bila dah dapat jawatan.

Kononnya jawatannya Menteri, rakyat harus 'gerun' dan 'segan' dengan kehebatan kuasa dan duit mereka. Oleh itu, Pak-pak Menteri - ingat-ingatlah kata-kata tersebut.

- Jangan mati gantung diri sudahlah.

ps/: 'Gantung' diri kat pokok taugeh.

1Malaysia ~ Mula Disokong, Akhir Dihina???


Adakah anda benar-benar tahu gagasan 1Malaysia?


2. Gagasan ini bukanlah gagasan yang menghumban Orang Melayu/Islam ke jurang yang dalam lagi tinggi, tidak juga mengangkat kaum-kaum lain lebih bermartabat berbanding bumiputera.


3. Gagasan ini dilihat layanan yang adil terhadap semua kaum dalam semua hal - Jaminan Pemerintah. Lebih dari itu, ia dilihat sebagai satu penyatuan kaum yang rupa-rupanya 'retak dalam diam".


4. Gagasan ini dilihat sebagai 'berjaya' pada peringkat awal sehinggakan banyak momentum yang kembali memihak pada pemerintah. Ini amat kurang disenangi oleh pihak-pihak yang menangguk di air keruh.


5. Belanjawan 2010 dilihat memberikan impak yang paling baik dalam justifikasi gagasan baru ini. Tetapi kata-kata sindiran pembangkang telah mula ditimbulkan pihak tertentu untuk menggagalkannya.


6. Kredibiliti TS Muhyidin sebagai 'orang sombong', 'muka ketat', 'masam' dan sebagainya mula dicanang-canang. DS Najib dikatakan hanya membuat janji tetapi takut bini juga terdengar di kedai-kedai kopitiam.


7. Gambar ini juga disebarkan sebagai satu penghinaan akan gagasan itu. Mereka ingin sekali lagi melihat gagasan 1Malaysia seperti 'Islam Hadhari' yang tenggelam bersama 'imam'nya.


8. Mana pergi Pegawai Penerangan yang dilantik kerajaan untuk menyebar luaskan apa-apa polisi kerajaan di kampung-kampung dan di jalan-jalan???


p/s: Tak makan gaji buta

Selasa, 27 Oktober 2009

Pembentangan Belanjawan 2010: Poliklinik Bandar, Penggiat Seni dan PKS

Saya suka mengulas pembentangan belanjawan Malaysia 2010 seperti mana yang diumumkan oleh DS Najib Tun Razak, tanggal 23 Oktober 2009 jam 4:10 minit petang di Parlimen.

Ramai di kalangan rakan-rakan yang mohon penulis untuk memberi komen implikasi kewangan seta bebanan kerajaan dalam pembentangan belanjawan kali ini. Apa yang boleh saya katakan, pembentangan ini kecil tetapi kesannya memberi manfaat yang begitu signifikan sekali kepada rakyat terbanyak serta kelas perniagaan amnya.

Sejak tahun 1997, jarang diberikan peruntukan yang begitu hebat terutamanya dalam soal-soal kebajikan umum seperti pemberian klinik-klinik komuniti luar bandar. Tetapi pada kali ini, golongan di bandar pula diberikan kemudahan poliklinik. Kos serendah-rendahnya RM30.00 sekepala dapat diserap ke dalam kos kerajaan bagi setiap warga bandar yang demam, selesema mahupun batuk setelah hampir sedekad diberikan kepada penduduk luar bandar. Kos RM30.00 sekepala ini bukanlah jumlah yang banyak, tetapi jika sekali rawatan di klinik swasta/privet kos ini merupakan beban bagi penduduk bandar yang berpendapatan ‘cukup makan’ dengan tanggungan yang ramai.

Selain itu, sejak 1997 juga tidak banyak peruntukan diberikan untuk golongan pengkarya seni tanah air. Dengan belanjawan 2010, DS Najib mengumumkan pemberian kepada penggiat seni modal untuk memulakan aktiviti kesenian, pengiklanan dan kreatif sebanyak RM200juta, satu jumlah yang boleh dikatakan besar sama seperti peruntukan menubuhkan e-village di Putrajaya yang sehingga kini terus menyepi sejak belanjawan tersebut.

Suka juga saya memberi komen mengenai pinjaman-pinjaman perniagaan/perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang ditambah jumlahnya sehingga RM320juta. Walau bagaimanapun, jenis pinjaman tersebut telah distrukturkan kepada hanya 33 jenis pinjaman sahaja. Manakala tempoh permohonan dipendekkan kepada 6 hari bekerja serta pembayaran dalam tempoh 4 hari bekerja setelah kelulusan diberikan. Tempoh keseluruhan pinjaman dipendekkan kepada hanya 10 hari sahaja. Pinjaman pula diselaraskan oleh SME Bank berbanding puluhan agensi sebelum ini.

Saya akan menyambung mengulas belanjawan ini dalam posting selanjutnya.

Khamis, 22 Oktober 2009

Pemimpin Pendapat Umum

Pemimpin pendapat umum ialah personaliti yang mempunyai budi pekerti yang dibanggakan oleh orang terbanyak akan kejayaannya menempa sesuatu bidang. Pemimpin pendapat umum biasanya mencetuskan satu idea dan pemikiran yang disuarakan oleh orang terbanyak untuk dimasukkan ke dalam media dan dibincangkan secara meluas dan berkesan.

Kadang kala pendapat-pendapat umum yang dibawakan oleh pemimpin pendapat umum ini sangat berkaitan dengan akar umbi dan berkenaan dengan kehidupan rakyat terbanyak yang merasai isu tersebut atau terkesan dengannya. Isu atau masalah tersebut dibincangkan dengan meluas di kalangan rakyat dan dibawakan oleh pemimpin ini untuk dipanjangkan kepada kerajaan secara tak langsung.

Jika kerajaan berjaya mengatasi masalah-masalah atau menangani isu tersebut dengan baik, kerajaan bolehlah dikatakan kerajaan yang prihatin dan mendengar keluh kesah rakyat terbanyak. Suara rakyat inilah yang dibawakan ke atas oleh pemimpin pendapat umum tadi. Dari bawah dan naik ke telinga pemimpin atasan bolehlah diibaratkan kerajaan yang berjiwa rakyat dan prihatin. Manakala dari atas ke bawah adalah seolah-olah arahan yang dikuatkuasakan dan diwajibkan ke atas rakyat yang tidak disukai oleh rakyat terbanyak. Kelihatan seperti autokratik dan arahan perintah yang tegas layaknya.

Di Malaysia dua tokoh sahaja yang amat terkenal dengan pendapat umum serta memang sangat rendah diri orangnya di kalangan rakyat – Prof. Dato’ Hamdan Adnan bekas Pengerusi SUHAKAM, mantan Presiden FOMCA, bekas Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media serta pelbagai jawatan kanan yang lain.

Seorang lagi yang kelihatan elit tetapi mempunyai karisma pimpinan pendapat yang bernas ialah Prof. Dr. Syed Arabi Idid, salah seorang dekan di Kuliyah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) serta menghasilkan buku-buku tentang pendapat umum dan komunikasi politik.

Kedua-dua mereka adalah tokoh yang menerbitkan buku pendapat umum, komunikasi antara rakyat dan politik, rakyat dan pandangan rakyat serta persekitaran politik bawahan untuk pertimbangan politik atasan. Golongan elit juga mendapatkan kuasa dengan mempelajari teknik komunikasi tersebut dan mengaplikasikannya untuk mendapat kuasa.

Agensi yang mengukur dan mengkaji pendapat umum di Malaysia dan terkenal kini ialah Merdeka Center. Sebuah NGO yang mengukur dan menganalisis pendapat rakyat terbanyak menjadikan mereka tahu dan peka secara lebih sensitif keperluan rakyat terbanyak. Akibat dari peka dan sensitif itulah mereka berjaya membawa paradigma baru kepada pihak pembangkang untuk digunakan dalam menarik undi. Pihak pembangkang mengambil pendapat ini dengan begitu peka dan prihatin serta dimanipulasikan untuk dijadikan bahan kempen menentang kerajaan kini.

Inilah kepentingan dan pengaruh pendapat umum yang membentuk persepsi pada awalnya serta menghasilkan tindakan undi akhirnya. Yang merana adalah kerajaan yang tidak mengerti hati budi rakyat dengan baik.

Bagi makan, kami makan. Bagi duit kami ambil. Bagi pembangunan kami terima. Bila undi, kami beri pada yang prihatin kepada kami sahaja. Selamat Datang ke dunia persepsi dan pendapat umum yang kompleks rakyat Malaysia.

p/s: Bersyukur dan berterima kasih.
(gambar: Yahoo Images)

Politik Harus Bergaya

'Vous voulez un poste haut placé? S'il vous plaît perdre du poids'
('Anda nak jawatan tinggi? Sila susutkan badan')

Ini bukan jingle pelangsing badan tetapi Presiden Perancis empunya arahan.

Lucu? Tidak sekali-sekali bagi anggota Kabinet Perancis. Baru-baru ini Presiden Nicolas Sarkozy, berlagak ala 'diktator', arahkan semua menteri kuruskan badan. Yang jadi sasaran? Anggota kabinet yang montel dan tembam.

Nak elak dicap 'Cakap tak serupa buat' Encik Sarkozy sendiri sudah susut tujuh kilogram gara-gara berjoging dan haramkan coklat kegemaran.
Khabarnya pak menteri yang sudah berpuluh tahun tidak bersenam kelam-kabut ke shopping mall beli kasut jogging. Oh ya, ada pula yang hampir jadi vegetarian - kunyah lobak, bayam dan sawi sepanjang hari. Kasihan!

Kisah ala The Biggest Loser (siri rancangan realiti turunkan berat badan) di Kabinet Perancis ini terbukti betapa 'imej' amat penting tidak kira di mana walaupun dalam bidang politik.

Jika menteri dan AP yang memerah otak dan bertegang urat 24 jam bincangkan krisis ekonomi dan ancaman pengganasan perlu bertubuh 'ramping', ranggi dan segar bugar apatah lagi karyawan yang perlu tawan hati peminat, klien atau pelanggan.

Bak kata orang 'jika diri sendiri tidak terurus bagaimana mungkin nak urus orang lain? Jika anda tidak menarik macam mana nak buat peminat tertarik?'

Tukikan: Berita Harian Singapura

Khamis, 15 Oktober 2009

Mahu Berpolitik atau Mencari Ilmu?

Saya suka mengulas berita Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (BANTAH) sedari pilihan raya kecil Bagan Pinang, Port Dickson lagi. Sehingga jam ini (5:00 petang – 15 Okt 2009) pergerakan BANTAH tersebut masih lagi giat menjalankan aktiviti protes dan membantah tindakan pentadbiran universiti awam (IPTA) terkemuka dari melaksanakan sistem demokrasi di universiti.

Sistem e-undi adalah sistem pengundian secara dalam talian (berkomputer)pemilihan wakil-wakil mahasiswa dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPP) bagi menangani kerenah pengurusan dan pentadbiran universiti dengan penuntut-penuntut ini. Wakil pemenang ini biasanya datang dari kalangan persatuan universiti mahupun individu-individu yang berminat bermain politik kampus demi penakatan kebajikan dan kesejahteraan pelajar lainnya.

Sedar atau tidak, betapa bijak cerdiknya mereka ini sehinggakan ideologi politik tetap dipikul di bahu-bahu mereka untuk diserapkan dalam ‘jiwa’ pengundi-pengundi mereka. Parti pembangkang persekutuan Malaysia amat suka melihat kebobrokan minda pelajar ini dipengaruhi oleh mereka. Demokrasi kononnya, jika sudah gagal dalam dunia akademik ke mana biasiswa dan bantuan pinjaman mahu dibuangkan?

Parti pemerintah jika menang di IPTA dilihat sebagai berlaku penipuan sedangkan jika barisan kepimpinan PAS/DAP melalui agen rahsianya meresapi pemikiran anak muda ini menang pelbagai tohmahan dan makian dikeluarkan. Apalah sengkek sangat pemikiran mereka ini?

Kepada para mahasiswa ini, bolehkah gunakan kesempatan ini untuk melakukan lebih banyak kerja-kerja yang bermanfaat seperti menganjurkan program khidmat masyarakat (SRW), menganjurkan kelas-kelas malam tambahan kepada kuliah kepada pelajar lemah, memperjuangkan hak-hak alam sekitar, mempertingkatkan hal-hal kebudayaan serta memperbanyakkan penyelidikan luar kampus/kuliah tentang profesionalisme dan bidang kejuruteraan?

Inilah sebenarnya pelapis bangsa yang dikagumi. Apa guna pandai berpolitik dan berpidato berapi-api sedang bangsa tak pernah nak maju ke depan? Lihat sahaja contoh negara seberang, bab-bab demokrasi sangat diperjuangkan. Sedangkan hak-hak selepas tamat pengajian (bekerja) tidak difikirkan bagaimana mencari pelabur yang bagus untuk membangunkan watannya. Lihat Singapura nan kecil, bakat-bakat muda mereka belajar bertungkus-lumus, berpeluang ke luar negara timba pengalaman akirnya pulang membangunkan watan tercinta.

Inilah dinamakan kematangan berfikir, bukan berterabur berpolitik yang tak ke mana-mana. Bila tak kerja disalahkan kerajaan (sedang pointer sangat rendah), bakat tak ke mana, bila tak kerja, pinjaman tak bayar (salah kerajaan lagi sebab tak bagi peluang kerja/Kos bunga (interest) meningkat), tak boleh keluar negara (sebab hutang tak bayar) semua nak tunding pada kerajaan, sedang sendiri bila belajar sibuklah nak berpolitik mengalahkan ahli politik ‘pakar’ dan ‘bijaksana’ gayanya.

p/s: Tak pandai, tak bodoh.

(Gambar: Ihsan Yahoo Images)

Isnin, 5 Oktober 2009

Siapa Tipu Siapa???


Bagan Pinang akan mengadakan pilihan raya kecil selang beberapa hari sahaja lagi.

Ahad lepas (Oktober 4, 2009) saya begitu leka dengan akhbar-akhbar tempatan, dari Bahasa Melayu sehinggalah akhbar Inggeris membaca berita-berita serta analisis berita seminggu yang lalu.

Paling menarik perhatian ialah N. Gobalakrishnan – seorang pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) (Ahli Parlimen Padang Serai) yang sering membuat tindakan populis atau “menca’pub’” menurut bidang media sekali lagi menjadi tumpuan.

Beliau berkempen di Bagan Pinang dengan memetik ayat Al-Quran, Surah Ali Imram ayat 54 yang bermaksud “Orang-orang kafir itu membuat tipu daya dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya”.

Sungguh menarik artikel tersebut serta kempen N. Gobalakrishnan. Sambil ketawa saya berkata: Bukankah beliau antara “orang-orang kafir” tersebut yang menafikan ayat-ayat Allah? Bukankah beliau adalah yang membuat tipu daya serta helah muslihat dengan memainkan ayat-ayat Al-Quran untuk memancing undi? Bukankah beliau sedang menipu orang Islam di situ?

Jengkel dan sungguh meloyakan apabila Parti Islam Malaysia (PAS) yang menggunakan aspirasi Islam menghalalkan rakan bukan Islamnya mengajar ilmu Allah (Islam) kepada penduduk Islam sedangkan si pembaca ayat-ayat Allah itu adalah orang yang menidakkan ayat-ayat Allah apabila terus kekal dalam kekufurannya.

Apakah orang Islam di situ bangga apabila orang seperti N. Gobalakrishnan fasih berucap dan mampu memetik ayat-ayat Al-Quran untuk menegakkan benang yang basahnya? (kerana masih belum Islam) Murahnya agama Islam dan Al-Quran di mata orang yang hadiri ceramah itu?

p/s: Kafir tetapi mengiakan ayat-ayat Allah. Bila nak masuk Islam lagi?


(Gambar: Yahoo Images)

Menilai Kerajaan/UMNO melalui Pendapat Awam

Saya suka memetik ulasan saudara Feriz Omar mengenai “Menulis” Semula Masa Depan UMNO seperti yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia, 6 Oktober 2009.

Suka saya mengulas bahawa dalam usaha UMNO dan bangsa Melayu terus berjuang menegakkan survival bangsa, tidak dapat tidak siasah politik haruslah menjadi wadah perjuangannya. Ini dapat dilihat apabila UMNO semakin ‘lesu’ menerima pelbagai hentaman kiri dan kanan membadai parti keramat Melayu yang berjuang demi semangat keislamannya dan kemelayuannya.

Hujahan saudara Feriz Omar bahawa UMNO umpama zombie bukanlah perkara baru. Hal ini seperti yang telah diperkatakan dengan hangat sebelum pilihan raya umum lalu terus menghantui pengundi terutamanya golongan muda. UMNO seolah-olah ‘pekak’ dan ‘bisu’ dalam banyak perkara. Memenangi hati minda rakyat marhaen terbanyak bukanlah menjadi keutamaan UMNO, memperjuangkan survival bangsa ini juga bukan lagi menjadi keutamaan UMNO.

Ramai eksekutif muda serta golongan profesional baru melarikan diri akibat di’sekat’ keanggotaannya dalam menjadi ahli anggota UMNO. Hak-hak mereka untuk mendukung aspirasi UMNO dan kerajaan disekat ketua-ketua bahagian kerana takut profesional muda ini mencantas politik ‘lesu’ dan ‘konservatif’ mereka sejak berzaman lagi. Selain itu, golongan-golongan muda ini seolah-olah ditegah dalam memberi pendapat walaupun kononnya ahli baru yang perlukan bimbingan.

Oleh itu, UMNO terus menyepi dalam menerima idea-idea baru lagi bernas dari profesional dan eksekutif muda ini tadi. Jasa UMNO untuk dikenang mereka seolah-olah dinafikan, maka hanyalah tempat mereka dapat meluahkan idea-idea baru ini dengan menyertai parti-parti politik lain walaupun mereka tahu mereka bak menggigit tangan tuannya sendiri.

Justeru dalam merekayasa kerangka UMNO yang lebih baik, UMNO perlulah menjadi pendengar yang baik. Menubuhkan institut atau memperkukuhkan peranan penerangannya adalah satu jentera yang baik dalam menyusun strategik menentang propaganda politik pembangkang yang kelihatan mengasak UMNO bertubi-tubi. Seolah-olah tiada jasa dilimpahkan UMNO sedari 52 tahun merdeka. Kritikan populis propaganda pembangkang seakan-akan diterima dan ditelan rakyat dengan baik. Ini haruslah ditentang dan dicantas sebaik-baiknya oleh UMNO dan kerajaan.

Seperti tulisan saudara Feriz, UMNO perlu menunjukkan jasanya dan menggali semula mesej dalam pembangunan syariah dan islamiknya sebaik mungkin. Sebaik-baiknya ialah dengan merangka strategik yang baik, perhubungan awam yang berkesan serta membentuk pendapat umum yang lebih baik penakatannya maka berjayalah UMNO kembali memartabatkan Melayu dan Islam. Jika tidak, selagi itulah UMNO dilihat “bodoh sombong”. Jika tidak disusun setara strategis oleh pakar perhubungan awam ini, maka kempenlah UMNO dan kerajaan, ia tetap begitu juga – hanya kelihatan seolah-olah propaganda kerajaan semata-mata.

Tulisan saya bukanlah untuk melihat UMNO terus berkubur dan tidak menampakkan jasa UMNO langsung, tetapi apakan daya saya kenyataan dan persepsi rakyat terbanyak memainkan peranan penting dalam kelakonan UMNO. Sebagai parti yang paling berjasa kepada orang Melayu dan Malaysia amnya, gagasan 1Malaysia kelihatan seperti retorik peringkat atas sahaja untuk ditekankan ke bawah. Walhal, dalam hal persepsi dan pendapat umum sepatutnya kerajaanlah yang mendengar pendapat dari bawah untuk didengar ke atas.

Mana perginya pegawai penerangan yang dilatih dan dilantik? Ke mana hala tujuan fokus penerangan mereka? Mana berita-berita rakyat terbanyak dalam media arus perdana? Di mana? Selagi UMNO terus leka dan terlupa, selagi itulah UMNO akan terus ditolak. Bak kata Prof Dato’ Hamdan Adnan, “Pegawai Perhubungan Awam tempatan muda tidak digunakan sebaik mungkin oleh kerajaan menyebabkan pendapat umum negara tidak berkisar tentang politik Melayu dan UMNO. Mereka lebih melihat UMNO sebagai parti yang elitis dan sombong.”

Oleh itu, tulisan saudara Feriz itu amatlah menarik perhatian untuk terus disiarkan dalam akhbar agar terus membuka mata umum, tetapi jika pihak kerajaan dan UMNO serta ‘think-tank’nya yang tidak melihat akan hal ini, nasib kerajaan dan UMNO pada pilihan raya depan juga kita tidak ketahui. Oleh itu, sebagai watan Melayu dan profesional muda, saya hanya mampu melihat UMNO terus hanyut dari jauh dengan hiba yang sedikit.

Semoga UMNO terus mendengar hati dan perasaan rakyat terbanyak.
(gambar: Yahoo Images)

Rabu, 30 September 2009

Petai-Oh-Petai!!

MUNGKIN tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat.

Anaemia
Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.

Tekanan Darah
Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini membenarkan industri Petai menyenaraikan khasiatnya untk mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.

Tenaga Minda
Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.

Sembelit
Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air.

Gigitan Nyamuk
Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.

Kandungan Vitamin
Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf.

Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.

Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.

'Malingsia' Harus Sedar Diri




1 Oktober – Indonesia dilanda gempa bumi lagi! Dalam bulan September, 2 kali kejadian menyayat hati ini melanda negara jiran kita itu. Puluhan nyawa terkorban, ribuan lagi memerlukan pertolongan dan bantuan dalam keadaan genting.

Di Kuala Lumpur, tak berapa ketika lagi akan wujudlah tabung-tabung membantu mangsa gempa ini! Pemurahnya rakyat Malaysia – walau dihina oleh bangsa tersebut.

Oleh itu bangsa yang dipanggil Malingsia (pencuri) ini, ayuh bangkit menentang nasionalistik buta tuli bangsa yang mengaut bilion ringgit RM dari kita secara sah mahupun secara haram (rompakan, samun dan lain-lain jenayah), yang menghambat rakyat kita di sana dengan buluh runcing, yang menghina kedaulatan Sultan kita dan membakar jalur gemilang yang disayangi – BOIKOT tabung-tabung Indonesia.

Betapa warga pelajar kita di sana tertekan dihina, diugut dan diancam. Betapa senang mereka membuat duit di negara ini tanpa halangan dan sekatan kita? Mengapa media mereka dengan bangga menghina rakyat/warga Malaysia semudahnya? Jika TV Malaysia GAGAL menghentikan siaran sinetron seberang, mengapa tidak kita yang mengambil langkah drastik? Berapa artis kita dibuat liputan di sana?

Tunjukkan prihatin dan semangat nasionalistik kita – ramai lagi anak-anak tempatan yang tidak makan, hidup dalam kedaifan. Kenapa harus tolong ‘orang luar’ yang suka membuat onar? Sedang warga kita sendiri kelaparan dan tiada kediaman????

Oleh itu, kami menyeru – BOIKOT Tabung Gempa Indonesia. Jadilah warga prihatin dengan semangat patriotik- Kita bukan Maling (Pencuri).

Selasa, 29 September 2009

Pilihanraya Kecil Bagan Serai

Hari ini, September 30, 2009 – Barisan Nasional (BN) dan Parti Islam Malaysia (PAS) masing-masing mengumumkan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) N32 Bagan Pinang di Port Dickson Negeri Tanah Beradat.

BN diwakili oleh Tan Sri Isa Samad, mantan Menteri Besar negeri itu selama 23 tahun. Manakala PAS diwakili Pesuruhjaya PAS Negeri selama dua penggal, Zulkefly Mohamad Omar.

Bagi yang mengikuti blog Tun Dr. Mahathir mantan Perdana Menteri, beliau membantah terus pencalonan Isa Samad sebagai wakil BN di kawasan bermajoriti Melayu seramai kurang lebih 60%. Menurut beliau, jika UMNO tidak serius memainkan peranan signifikan menghentikan hambatan rasuah dan salah guna kuasa, maka UMNO menang di Bagan Pinang tetapi bukan Pilihan raya Umum ke 13 kelak.

Bagi penduduk tempatan, Isa adalah tokoh yang amat disanjung, hukuman atas tuduhan rasuah pada zaman pemerintahan Tuan Abdullah adalah hukuman untuk mencantas kejayaan politik beliau dengan mudah. Itu orang kata.

Tambahan sumber lagi, mungkinkah Isa akan memainkan peranan besar dalam UMNO di Negeri Sembilan selepas ini? Ura-ura menyekat kemaraan musuh utama orang Melayu muda – En Khairi Jamaludin Abu Bakar serta menggantikan Dato' Seri Mohamad Hassan yang dilihat ‘lembik’. Kegagalan MB 2 penggal itu berikutan kegagalan BN negeri membentuk majoriti besar dalam PRU ke12 yang lepas. Ada yang kata gara-gara ‘si menantu’ bekas PM itu? Mungkinkah??

Politik boleh berubah hari ke hari mahupun jam ke jam. Menurut Isa Samad, jika tokoh politik yang rasuah masih menjadi YB, pernah ke penjara akibat salah jenayah sivil, jenayah moral serta sedang dibicarakan di mahkamah dengan tuduhan berat, kenapa tidak beliau yang hanya menjadi mangsa keadaan dalam etika berparti?

Soalnya, apakah golongan muda dewasa kini sedar akan peri pentingnya itu dan ini berlegar di Bagan Pinang? Banyak isu tempatan boleh digunakan. PAS sedari awal mendapat pesan dari Nik Aziz bahawa jangan menyentuh peribadi calon secara terus kerana kesan yang kurang molek – Syawal bulan mulia menurut beliau. Tetapi bagaimana dengan anggapan sinis masyarakat Permatang Pasir yang kurang selesa dengan permainan politik menyentuh peribadi calon?

Majoriti BN harus ditingkatkan dengan sebaik mungkin. Di masa depan – PRU13 harus menjadi keputusan lebih baik untuk BN dalam usaha terus mengekalkan kuasa. Atau biarkan Negeri Beradat ini diserahkan pada Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanya selera

p/s: Selamat mengundi Bagan Pinang!! Selamat Hari Raya – Maaf Zahir dan Batin.

Giat jadikan S'pura kediaman golongan berbakat


SINGAPURA sedang giat menjadikan negara ini sebuah kediaman untuk golongan berbakat, dan berusaha menghasilkan program-program bernilai bagi syarikat-syarikat dan jumlah bakat yang ada, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Untuk memajukan usaha ini, ia akan menyatukan kajian, amalan dan institusi-institusi pendidikan dari rantau ini dan luar negara dalam satu kelompok.

Antara inisiatif baru, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) akan mengetuai Inisiatif Kepimpinan Singapura bagi Rangkaian dan Pengetahuan (Link) di One-North di Buona Vista.

Institut tersebut akan menyatukan sekolah-sekolah perniagaan, universiti-universiti korporat dan firma-firma khidmat profesional dalam sebuah kampus.

Mengumumkannya di acara perasmian Sidang Puncak Modal Insan di Pusat Konvensyen Raffles City pagi semalam, Encik Lee berkata bagi sebuah negara kecil seperti Singapura, usaha menarik dan memupuk bakat insan adalah isu penakatan.

'Tanpa banyak sumber lain, kita bergantung kepada kepintaran manusia dan usaha membangunkan ekonomi dan masyarakat kita.

p/s: Sedang S'pura mengumpulkan bakat terbaik, bakat terbaik M'sia terbiar begitu sahaja dan hijrah keluar negara. Bila nak tingkatkan gaji dan menaiktaraf kelakonan pergajian/elaun bakat terbaik rakyat M'sia??
(Berita Harian Singapura - Sept 30, 2009; Gambar wikipedia.org)

Rabu, 9 September 2009

September 9, 2009


Bagi Umat Islam seluruh negara, semalam adalah Ramadan yang ke-19 iaitu selang dua hari selepas Nuzul Al-Quran. Keutuhan berpuasa dan menanti kesabaran berbuka dan berhari raya kian terasa.

2. Bagi penjawat awam kumpulan sokongan, tiada hari yang lebih istimewa melainkan menerima habuan dianggap bonus sempena hari raya berjumlah RM500.00.

Walau apa pun, semalam adalah September 9, 2009.

3. Semalam adalah tarikh yang sungguh istimewa. September 9, 2009 atau dalam susunan numberik 09-09-09 yang amat dinanti-nantikan oleh semua pihak yang berminat dengan nombor bertuah tersebut.

4. Sejak awal milenium yang lalui, nombor dalam tahun 2001 hingga ke 2009 memang menjadi tumpuan. Alangkah beruntungnya mereka yang melalui masa tersebut dan dikurniakan umur yang panjang bagi melihat segala acara yang dianjurkan.

5. Agar terus lekang menjadi sejarah, dilaporkan satu Majlis Perkahwinan Beramai-ramai diadakan semalam di Johor Baru dengan 99 pasangan pengantin.

Meriah dalam suasana Ramadan.
(Foto Hairul Anuar Abd Rahim - Berita Harian Online)

Khamis, 27 Ogos 2009

Kotornya Seberang Perai dan Bukit Mertajam

Sepanjang saya menghadiri kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N11 Permatang Pasir, saya berulang alik dari Bukit Mertajam ke Permatang Pauh.

2. Sekali sekala saya ke Seberang Perai dan Georgetown, melepaskan mata dari bahang kempen yang hangat. Sepanjang berada di sana, saya seolah-olah tersentak dengan sekitaran di sana - KOTOR!

3. Sampah sarap merata, tak terjaga dan tak terkawal dek Perbandaran gamaknya. Bukan apa, sebagai sebuah negeri yang kurang besar sedikit dari Melaka, Pulau Pinang terutamanya di sebelah Tanah Besar seolah-olah tidak bertuan dan tidak terurus. Sampahnya di sana sini.

4. Bukanlah disebabkan kempen maka jadi begitu, di sekitaran Bukit Mertajam yang tidak terlibat juga di sekitaran PERDA juga kotor. Di bahu-bahu jalan, sampah berlonggok. Di siar kaki juga begitu.

5. Hai, apa dah jadi dengan Pulau Pinang??? Harap-harap jagalah kebersihan. bagi yang beragama Islam; "Kebersihan sebahagian daripada Iman"

Rabu, 26 Ogos 2009

N11 Permatang Pasir

Berada dalam sekitaran kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N11 Permatang Pasir baru-baru ini amatlah bermakna kali ini. Dengan bahang kempen dan jentera-jentera parti bergerak dengan semangat berkobar-kobar untuk menang, tidak dapat tidak menaikkan semangat penduduk termasuk orang luar yang mengikutinya secara dekat.

2. Keputusannya telah pun diumumkan tepat jam 8:32 malam, 25 Ogos 2009 melalui berita-berita semasa dan mendapat liputan media keesokan harinya. Keputusannya adalah seperti berikut.

3. Mohd Salleh Man mewakili Parti Islam Malaysia (PAS) mendapat 9,618 undi dan pencabarnya dari Barisan Nasional mewakili UMNO mendapat 5,067 undi. Justeru, Mohd Salleh Man mendapat kemenangan majoriti 4,551 undi. Peratusan keluar mengundi walau bagaimanapun susut kepada 73.1 peratus (14,832) berbanding pilihan raya umum lepas 82.57 peratus.

4. Turut dimaklumkan bahawa pengundi Permatang Pasir terdiri 73.3 peratus adalah Melayu, 25.9 peratus adalah Cina dan India dengan 1.6 peratus. Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di sini ialah 20,290 orang.

5. Tiada statistik terperinci dari segi demografi pengundi melainkan melalui jumlah peti undi yang dibuang. Golongan muda biasanya membuang undi di saluran empat (4) dan tiga (3), manakala pengundi matang dan warga emas biasanya di saluran satu (1) dan dua (2). Trend menunjukkan saluran-saluran di semua tempat pengundian memihak kepada PAS atau Pakatan Rakyat (PR) dengan didominasi saluran 3 dan 4 ini. Membuktikan bahawa golongan muda ini sememangnya memihak kepada pakatan pembangkang persekutuan tersebut. (Pulau Pinang diketuai barisan Pembangkang Persekutuan).

Itu Fakta.