Teliti,
pengamatan mendalam serta cermat adalah perwatakan Gabenor Daerah Khusus Ibu
Kota (DKI) Jakarta - Joko Widodo atau lebih dikenali dengan sapaan mesra Jokowi.
Oleh sebab itulah Jokowi hampir setiap
hari mengadakan walkabout atau tinjauan mesra
ke lokasi-lokasi kehidupan masyarakat sekitar Jakarta. Beliau sering memeriksa
apa jua kerja anak buahnya sama ada sudah selesai diperbaiki atau belum, selain
dia juga harus mendengar sendiri keluhan penduduk untuk tindakan susulan.
Namun,
beberapa persoalan yang membelenggu Pemerintah Daerah DKI Jakarta ketika ini
hingga menimbulkan tanda tanya besar. Bagaimana bas yang baharu dibelinya berkarat?
Mengapakah projek monorel boleh dimulakan tanpa kelulusan? Mengapa Jokowi yang
pada awal-awal penglibatan kerjaya sebagai Gabenor Jakarta menolak pembinaan enam lorong jalan tol di
tengah-tengah Jakarta kini berpaling tadah? Mengapa penjaja-penjaja kaki lima
Blok G, Jakarta boleh turun ke jalan semula?
"Sebenarnya, ada apa
dengan Jokowi?" ujar pengamat pendapat umum Universiti Indonesia, Agus Pambagyo
kepada akhbar Kompas.com,
pada 20 Februari 2014.
Jokowi
juga disebut-sebut calon yang bersih serta layak untuk dicalonkan sebagai
Presiden Indonesia pada Pilihanraya Umum yang akan diadakan pada tahun ini,
semakin merisaukan pemimpin Parti Demokratik Indonesia – Perjuangan (PDI-P), Megawati
Soekartoputri, Mantan Presiden Indonesia.
Dari bas karat sampai ke Blok G
Soal bas
baru Transjakarta (pengangkutan awam
tempatan) dan bas kota yang disambungkan dengan bas Transjakarta (BKTB) yang berkarat
dan rosak, Agus sangat menyesali perkara tersebut boleh terjadi. Agus beranggapan, walaupun bukan urusan Gabenor,
tetapi Jokowi atau timbalannya, Basuki Tjahaja Purnama sepatutnya memeriksa
dokumen pembelian bas tersebut secara terperinci, bukan hanya menyerahkan
sepenuhnya kepada Ketua Jabatan Perhubungan Jakarta.
"Bukankah
menambahbaik sistem pengangkutan awam di Jakarta adalah manifesto dan program
utamanya menjadi Gabenor. Kalau mereka mahu melaksanakannya bersungguh-sungguh,
mereka harus memeriksanya dengan lanjut, sesuai mengikut prosedur atau tidak. Berbahagilah
tugas antara Jokowi dan Timbalannya, misalnya Jokowi ke lapangan dan lawatan
mesra manakala Timbalannya Basuki pula ditugaskan untuk memeriksa
dokumen-dokumen di pejabat," kata Agus.
Menurut
Agus, amalan pentadbiran ‘ala mafia’ di Pejabat Bandar raya DKI Jakarta masih
terjadi khususnya dalam proses perolehan. Spesifikasi barang pembelian masih tidak
berkualiti tetapi hanya mengutamakan harganya yang murah, selain pemenang
tender dijangkakan seperti telah diatur.
Tanpa pengawasan secara teliti dan cermat, Agus yakin kualiti barang yang
diperolehi juga pasti buruk dan tidak sesuai.
Selain
daripada itu, soal meneruskan pembinaan 6 lorong jalan bertoldi Jakarta, Agus menegaskan mengapa Jokowi-Ahok, semasa
menjadi calon Gabenor dan Timbalan Gabenor menolak pembinaan projek tersebut
dan kini secara tiba-tiba berpaling arah dengan mendukung dan menyetujuinya? Langkah itu, menurut Agus amat tidak sesuai
dengan falsafah untuk mengurangkan jumlah kenderaan peribadi dan memperbanyakkan
kemudahan pengangkutan awam di ibu kota Jakarta selain membebankan para
pengguna.
"Waktu
saya jadi moderator debat calon Gabenor, Jokowi-Ahok amat bertegas menyatakan
ketidaksetujuan beliau terhadap projek tersebut. Sekarang, tiba-tiba dia setuju,
saya merasa curiga. Mereka telah didekatkan
bersama-sama pihak yang mengusulkan
pembinaan enam lorong jalan bertol itu dan mereka berjaya mempengaruhi Jokowi," ujar Agus.
"Nanti
saya memuat naik (upload) rakaman video debat
Jokowi-Ahok tersebut yang telah menolak enam lorong jalan bertol itu. Biar
semuanya ingat kembali," ucapnya.
Para
ahli pengangkutan awam jelas Agus, sudah sepakat menyatakan bahawa pembangunan
jalan raya yang baharu hanya memicu jumlah kenderaan peribadi dan tidak akan menyelesaikan
kesesakan lalu lintas. Seharusnya, Pejabat Bandar raya Jakarta harus fokus dengan
hanya menggandakan kemudahan pengangkutan awam sahaja.
Begitu
juga dengan pengadaan bas dan enam lorong jalan bertol, Agus mengatakan beliau tidak
habis berfikir dengan tindakan Jokowi terkait dengan kerja-kerja tanah dalam
pembinaan monorel pada Oktober 2013. Ini
kerana selain sejumlah kajian yang perlu diadakan, banyak pihak menyebutkan bahawa
monorel bukan satu pilihan pengangkutan awam yang baik, rekod perkhidmatan
syarikat pengendali pembinaan juga diketahui buruk.
"Sudah
dimaklumkan dari awal, jangan diteruskan,
tapi dia teruskan juga. Pertama, monorel itu
bukan pengangkutan awam, monorel itu hanya kereta
berbentuk pelancongan atau kereta dari satu pasaraya ke satu pasaraya yang lain
kerana laluannya hanya di dalam kota ini saja. Ada juga di lain-lain Negara yang
mempunyai kemudahan ini tetapi rugi dan akhirnya tutup," tutur Agus.
"Kedua,
rekod perkhidmatan (track
record) PT Jakarta Monorail (JM) itu yang
sangat buruk. Cuba diselidiki siapa Edward Soeryadjaya?. Syarikat Astra juga duhulu
menjadi bangkrtap olehnya. Ini secara mendadak, beliau juga masih pegang itu projek
pembinaan monorel tersebut bukankah sangat aneh," katanya.
Selain
itu, Agus juga hairan mengapa Jokowi melakukan upacara pecah tanah sebelum menandatanganani
perjanjian kerja sama (PKS) antara Pejabat Bandar raya dengan PT JM? Turut menjadi kehairanan Agus ialah tentang
hal pengurusan kewangan ketika operasi itu dilaksana kelak. Agus menyifatkan tindakan memecah tanah
tersebut sebagai suatu tindakan terburu-buru Jokowi-Basuki.
Begitu
juga halnya di Blok G Pasar Tanah Abang, Jakarta Pusat. Agus menilaikan, tindakan
Jokowi adalah silap percaturan dalam menyusun semula peniaga dan penjaja kaki
lima di sana. Pada awal penyusunan semula itu, Agus mengaku telah menyarankan
agar ada penyusunan secara teratur di blok tersebut untuk memudahkan pengunjung
dan pembeli sehingga boleh ke lantai tiga dan empat Blok G dengan mudah tanpa
sekatan penjaja kecil.
Secara
psikologi, pengunjung atau pembeli tidak sanggup naik hingga ke tingkat tiga
atau empat hanya untuk membeli barang yang mudah dijumpa di bahu-bahu jalan dan
kaki lima pusat penjaja tersebut. Tambahan pula, laluan untuk ke tingkat
tersebut amat menyukarkan dek sekatan peniaga kaki lima.
"Ia
tidak akan berhasil jika bentuknya masih seperti sekarang. Menjaja di kali lima
sahaja sudah boleh memperolehi untung sekitar Rp 5 juta rupiah. Sementara di dalam
Blok G, mereka hanya mampu menjual satu dua helai baju sahaja, apatah lagi
dengan mereka harus membayar sewa bulanan.
Lebih baik berniaga di kaki lima, percuma tanpa sewaan” kata Agus.
Boleh menurunkan kepercayaan Masyarakat
Agus
tidak menyalahkan Jokowi-Basuki seratus peratus di atas tindakan-tindakan
pentadbiran yang telah dibuat. Dia menganggap kededuanya adalah ‘orang bersih’
(bebas rasuah). Hanya mereka tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat
dari orang-orang di sekitarnya termasuk para pegawainya sehingga tindakannya
pun tidak tepat pada sasaran dan ini boleh menyebabkab menurunnya kepercayaan masyarakat
di atas keberhasilan tugasnya.
"Saya
hanya berpesan, orang-orang di lingkaran Gabenor tolonglah jangan bohongi
Jokowi-Ahok lagi. Mereka itu orang baik yang benar-benar mahu bekerja. Mereka
perlu dibantu. Sekarang para pembantunya juga harus benar-benar orang yang mahu
bekerja. Bukan cuma hanya mengurus projek dan mendapat keuntungan, boleh bertambah
rosak lagi Jakarta kita ini," ucap Agus.
Agus
menambah, ada kesannya jika Jokowi-Ahok terlalu tergesa-gesa dalam menjalankan
sebuah projek sehingga hasilnya tidak mencapai sasaran yang maksimum. Namun,
dia yakin bahawa kededua tokoh itu belum terlambat lagi untuk memimpin Jakarta ke
arah lebih baik dan memperbaiki lagi langkah dan tindakannya ke kerangka biru (blue print) pembangunan
Jakarta yang sempurna.
Tukikan: Kompas.com
Diolah
semula dengan Bahasa Melayu.