Penasihat 25% : Gunakan BR1M dengan Berhemat,
Cermat
Saya rasa terkilan
dengan beberapa kenyataan berkaitan BR1M yang diagihkan pada 21 Februari 2014.
Ada yang menyatakan "kita tidak perlu berterima kasih kepada pemberi
kerana kita menerima hak kita. Sebaiknya hanya bersyukur kepada Allah SWT
sahaja"
Selawat dan salam
atas Nabi Junjungan Besar Muhammad SAW yang diwakilkan oleh Allah untuk
menyampaikan agama Tauhid (Islam) setelah umat manusia kembali kepada fasik.
Islam itu agama Allah, bukan agama Muhammad, tetapi kita wajib berselawat atas jasanya kepada umat manusia sejagat
yang telah menyampaikan Kalam Allah kepada umat manusia. Kita berterima kasih kepadanya kerana beliau
dapat menyampaikan wahyu Allah kepada kepada kita melaluinya.
Tahniah kerana kita berjaya dalam kehidupan dewasa kini,
tetapi tanpa usaha dan pengorbanan ibu dan bapa serta diri sendiri, kita
bukanlah sesiapa bahkan kita harus dan dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya untuk membalas
jasa dan budi ibu bapa dan berterima kasih kepada mereka atas bimbingan
kehidupannya sehingga kita peroleh kejayaan yang tidak datang sendiri langsung
kepada kita. Kita harus membalas jasa dan berterima kasih kepada makan pakai
serta asuhan orang tua kita selain persekitaran.
Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT atas
nikmat dan rahmat yang diberikan-Nya walaupun dengan BR1M daripada hasil cukai
dan segala perniagaan Kerajaan. Jika tanpa nikmat Allah, Kerajaan yang
bijaksana tidak dapat membalas ehsan rakyat yang menyokong usahanya memberikan
bantuan itu. Memang benar itu wang awam, tetapi jika tidak diuruskan ehwal
ekonomi yang bagus itu, pejabat-pejabat negara yang tidak cekap dalam mengutip
cukai dan hasil maka kita juga tidak dapat menikmati hasil kutipan itu (BR1M).
Bersyukur pada Allah kerana memberikan jiwa Kerajaan yang prihatin dan
kebijakannya dengan rakyat walaupun dia juga berhak menghabiskan wang
kutipannya untuk disalurkan kepada bantuan bencana atau membazirkannya mengikut
kehendak kuasanya yang ia ada. Tetapi atas ehsan budi bicara yang Allah
kurniakan pada pemimpin, Kerajaan dapat memberi kepada warganya sedikit wang saran
dan kita harus berterima kasih kerana mereka tidak menjadi kejam (tidak
mengembalikan wang awam walaupun tidak perlu sebenarnya).
Oleh itu, terimalah nikmat Allah ini dengan sesungguh dan
sebenarnya yang hak pada tempatnya. Berbelanjalah dengan berhemat dan cermat
selain memanfaatkan wang yang sedikit itu untuk pelaburan masa depan. Bukan
menjadi "Serani Bunga Raya", beberapa ketika setelah wang habis dibelanjakan
etapi masih menyalahkan orang lain sebab kecuaian dalam mengurus wang tetapi
menyalahkan ekonomi dan ketidakcekapan pemerintah. Hentikanlah daripada menyalahkan orang lain
dan mengangap diri itu dewa yang sempurna tanpa cacat cela.
Kepada yang tidak menerima bahkan membayar cukai, terima
kasih juga kerana anda telah mengembalikan hak orang lain di dalam pendapatan
anda. Sesungguhnya hartamu adalah harta yang berkongsi dengan anak yatim, fakir
miskin dan mereka yang memerlukannya. Maka kembalikanlah kepada mereka sebelum
Allah mengambil semuanya (sama ada harta mahupun nyawa kehidupanmu).
/mfa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.