Ketegangan
Indonesia dan Singapura terkait Armada Kapal Perang Republik Indonesia (KRI)
Usman-Harun masih belum reda. Dalam sesi sidang Parlimen Singapura pada 18
Februari 2014, Menteri Pertahanan Singapura Dr Ng Eng Hen menegaskan, Singapura
memutuskan untuk melarang kapal perang Indonesia itu daripada memasuki wilayah
kedaulatannya termasuk pelabuhan dan pusat pangkalan angkatan laut mereka.
“Mustahil bagi Askar
Singapura sebagai pelindung Singapura untuk berlayar atau melakukan latihan ketenteraan
bersama kapal laut ini,” tegas Dr Ng.
Dr Ng menyampaikan
kekecewaan yang sangat mendalam terhadap keputusan Indonesia untuk terus menamakan
kapal kontroversial itu dengan nama pengganas Usman dan Harun yang telah meletupkan
Bangunan McDonalad di Singapura pada 10 Mac 1965 pada zaman era konfrontasi
Malaysia – Indonesia. Pada ketika itu,
Singapura adalah salah satu wilayah dalam Malaysia sebelum berpisah dan merdeka
pada Ogos 1965.
Menteri yang
berusia 55 tahun ini menyampaikan bagaimana dia merasakan amat terganggu dengan
penamaan kapal tersebut dengan nama pengganas yang telah dijatuhi hukuman mati
pada Oktober 1968 itu.
Menteri tersebut
turut menekankan bahawa KRI Usman-Harun yang berlayar di perairan antarabangsa
akan terus mencetuskan ingatan duka kepada kekejaman yang telah dilakukan oleh
pengganas Usman dan Harun terhadap penduduk awam tidak berdosa di
Singapura. Menurut sumber, 3 orang
dilaporkan meninggal dunia serta berpuluh-puluh yang lain cedera parah dan
mengalami trauma.
“(Tindakan ini)
sama sahaja dengan membuka kembali luka lama yang telah ditutup”. Dr Ng turut mengingatkan
akan “kemesraan hubungan ketenteraan antara kededua negara yang telah terjalin
sejak 1974 lagi”.
"Jangan lupa,
kita selalu saling bantu-membantu. Pada tahun 1997, Indonesia membantu proses
pencarian korban Silk Air di
Palembang dan pada tahun 2004 tentera Singapura adalah yang pertama sampai
dalam misi bantuan bencana tsunami Acheh,” tambah Ng.
Sementara itu, anggota
Parlimen Bishan-Toa Payoh turut
menyatakan penamaan nama kapal ini dengan nama pengganas adalah merupakan satu
langkah mundur bagi hubungan ketenteraan Indonesia – Singapura yang telah
sekian lama terjalin erat. “Kami selalu ingin menjalin hubungan yang harmoni
dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain, kita akan lihat apa yang boleh
dilakukan untuk kembali memperbaiki hubungan ini,” ujar Ahli Parlimen tersebut.
Dari sisi yang lain
pula, Menteri Luar Negeri Singapura K Shanmugam menyampaikan bahawa Singapura
telah mengirimkan surat bantahan rasmi kepada Pemerintah Indonesia tentang
penamaan kapal ini dengan nama kededua askar yang dijadikan tokoh pahlawan di
negara Indonesia kerana telah berjaya membolos dan sempat menghuru-harakan
sebuah negara imperialis baru di rantau ini.
Harian Kompas turut
pernah melaporkan bahawa Pedana Menteri Singapura En. Lee Hsien Loong telah “memutuskan
hubungan” dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di akaun Facebook
dan Twitter sebagai langkah protes selain memadamkan tag gambar bersama
pemimpin terbabit. Namun, sumber berita
masih tidak dapat disahkan setakat ini.
Insiden ini
tercetus apabila Singapura membantah kepada pihak Indonesia daripada menamakan
Armada Kapal Perang (KRI) yang baru dibeli dari England dengan nama pengganas
tersebut sebelum menyertai Pameran Ketenteraan (Singapore Airshow) di Singapura
pada 11 hingga 16 Februari kerana pihak Indonesia dikatakan akan mempamerkan Armada
Kapal Perang (KRI) yang baru tersebut.
Tindakan itu menyebabkan Indonesia menarik balik dan membatalkan penyertaan
di pameran tersebut serta-merta selain Menteri Pertahanan Indonesia membatalkan
dialog kededua negara yang dijangka diadakan sepanjang pameran tersebut
berlangsung. Sejak insiden tersebut,
hubungan diplomatik khususnya dalam bidang ketenteraan kededua negara dilihat
tidak stabil.
Indonesia turut
menghadapi hubungan diplomatik yang keruh bersama pihak Australia terkait isu
pengintipan perbualan telefon dan sekatan penghantaran migran yang cuba
menyeludup masuk Australia melalui laut Indonesia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.