Minggu lepas
(Februari 2, 2014) saya sempat mengunjungi rakan di sebuah pejabat di dalam
daerah Klang Selangor. Beliau begitu
ramah menjemput saya berkali-kali ke lokasi pejabat beliau, katanya ingin
menunjukkan sesuatu yang tak becus di matanya serta mata para pejabat yang lain
khususnya orang yang mengaku Islam itu agamanya dan bersedia berkhidmat untuk negara.
Sedang saya minum di
pojok sebuah restoran, beliau memulakan kisah-kisah di sebalik tadir di negeri
terbabit. Bermula dari milikan tuan
kedai restoran yang kami minum itu terlalu kerap bertukar tangan langsung
kepada beberapa kes jenayah lain yang tidak kurang hebatnya. Semua orang tahu, Klang bukanlah satu kawasan
yang aman sentosa dan makmur pada pandangan mata kasar, tetapi Klang ini penuh
dengan pelbagai rencam jenayah rentan aktivitinya. Namun, apakah tiada pemantauan dan
penguatkuasaan?
Sepanjang tahun 2012
dan 2013 beberapa pemilik restoran telah bertukar, bukan kerana kurang sambutan
ataupun mahalnya sewaan serta wang pengendalian restoran yang tinggi, tetapi “duit
kopi” yang tak tertanggung di bayar oleh si penyewa restoran kepada “ketua tempat”
tersebut. Kalau sekadar RM50.00 ke
RM100.00 setiap bulan tidak mengapa, ini sehinggakan RM500.00 sebulan sebagai “duit
perlindungan”. Saya terus bertanya, apa
polis yang sedang minum di luar sana tidak betah memangkas perkara itu? Apaka
guna Kerajaan Malaysia membayar gaji mereka setiap bulan kalau masih ada “wang kopi” ala-ala
samseng Korea dan Yakuza di Jepun tutur saya kebetulan kelibat polis sedang
minum di restoran yang sama.
Awak jangan tak tahu,
setiap hujung bulan, polis-polis ini dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK)
akan ke sini terutama di kedai-kedai tertutup tue. Jangan awak tak tahu, mereka pun dapat duit
kopi setiap bulan dengan membenarkan operasi haram kilang DVD cetak rompak dan
rumah urut di seberang jalan sana.
Tergumam saya untuk berkata-kata.
Apakah nilai sebuah integriti dan nilai penjawat awam di Malaysia seperti
longgokan sampah di perlimbangan? Apakah
sudah habiskah anak-anak muda kita yang diberi jawatan menjaga keamanan dan
penguatkuasaan perbandaran ke tangan para durjana ini? Sambung tuan restoran tadi, mereka tidak
berani apa-apa kerana setiap bulan “kong-kong” ini akan datang menuntut
hasilnya. Tidak dapat tidak, mereka
harus beri jika tidak mahu kedai mereka dirosakkan dan diapa-apakan. Bagi rumah urut yang tak punya lesen, jangan
risau kerana “raja besar” melindungi mereka dari segala ancaman perundangan
iaitu Polis Raja di Malaysia dan MPK.
Alangkah bangsatnya
mereka yang memakan hasil harm dari sumber yang mencekik darah dan keringat
orang. Apakah pekedai tadi tidak
membayar sewa kedai dan perlu membeli bahan mentah? Manakala bagi penjenayah
yang mencetak rompak hak dan milik orang mengapa tidak dikenakan tindakan? Perkara persundalan di rumah urut tersebut
kenapa tidak dituntaskan dengan segera?
Apakah wang haram terbabit mendarah dan mendaging ke dalam jiwa penjawat
awam tersebut yang rata-rata menurut rakan tadi adalah Melayu dan Islam?
Apa guna Operasi
Cantas atau segala macam operasi besar-besaran di negara ini oleh Petinggi Negara
kalau dalang-dalang bangsat itu adalah anak buahnya yang membuat onar di bawah
sana? Mereka inilah yang membusukkan dan
merosakkan nama kerajaan dan jawatan yang disandangnya di mata orang ramai. Para pengkhianat ini masuk ke dalam sistem gajian
mudah perkhidmatan awam bukannya ingin berbakti kepada masyarakat atau kesempitan wang kerana
gaji wang awam yang kecil, tetapi kerana tamak serta berlagak mewah mengalahkan
berjawatan Menteri adanya. Mereka lupa
dengan memberikan wang haram tersebut kepada keluarganya terutama anak bininya
menyebabkan wang haram itu berlegar dan membenihkan segala macam kejahatan dan
kemudaratan. Mereka yang bangsat dan pengkhianat ini lupa bahawa satu hari
nanti mungkin penjenayah ini akan merosakkan keluarganya pula tanpa dia
sedari.
Apa sudah jadi dengan
Polis dan pihak MPK di sana? Masih
kenyangkah dengan memakan hasil “wang kopi” orang berbanding membanteras
jenayah yang gaji kalian di bayar untuk menegakkan keadilan dan kesejahteraan? Bukan Kerajaan yang melantik kalian dalam sistem
gajian ini tetapi kalianlah yang menjadi anjing memaksa kerajaan menerima
kalian sebagai pekerjanya. Setelah
diberikan, kalian menjadi anjing yang menggigit tangn tuannya. Semoga pihak polis di luar sana sedar bahawa “wang
yang haram melahirkan anak yang bodoh, degil serta menyemarakkan api neraka
untuknya” sama ada masih hidup atau masih mati.
Makanlah hasil haram itu selagi mampu, kelak babi-babi di hutan akan
menggonggong kalian bila kalian tidak berguna lagi di sisi penjenayah terbabit. Itulah harga sebuah pangkat polis dan ahli
MPK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.