Khamis, 6 Februari 2014

6 Perkara Kenapa Air Mineral/Putih Penting untuk tubuh



Kebiasaan membawa botol air minuman dalam perjalanan atau saat pergi ke mana-mana pun mungkin belum menjadi kebiasaan bagi sebahagian masyarakat kita. Bila haus di tengah jalan, kebanyakannya lebih suka membeli sebotol air minuman ringan beraroma seperti teh atau soda atau air mineral.


Keperluan tubuh kepada cecair memang tak boleh di bantah. Cairan penting dalam memelihara keseimbangan serta proses metabolisme tubuh. Bila pengambilan cairan ke dalam tubuh tidak seimbang dengan pengeluaran, maka pasti anda akan mengalami gangguan atau dehidrasi.

Dalam memenuhi keperluan cairan, sebaiknya pilihlah minuman yang baik dan tak menimbulkan risiko bagi kesihatan. Salah satu yang terbaik tentunya adalah air putih, meski faktanya cairan ini kurang popular berbanding minuman soda beraroma dan beraneka rasa yang beredar di pasaran.

Supaya anda tidak meremehkan khasiat air putih (air mineral), berikut adalah enam fakta ilmiah betapa kebiasaan minum air putih secukupnya setiap hari penting bagi tubuh.

1. Pertahankan keseimbangan cairan tubuh
Fakta perubatan menunjukkan tubuh manusia terdiri daripada 60 peratus dari cairan.  Fungsi-fungsi cairan ini adalah untuk proses pencernaan, penyerapan, peredaran darah, menghasilkan air ludah, agen penyebaran nutrien badan, dan mengawal suhu badan.

2.  Kendalikan kalori
Sejak lama, orang yang menjalani program diet kebiasaan minum air putih yang banyak sebagai strategi menurunkan berat badan. Meskipun air tidak menghasilkan kesan serta-merta, menggunakannya sebagai pengganti minuman berkalori tinggi tentu saja akan sangat membantu.

"Program diet akan berhasil jika anda memilih air atau minuman tanpa-kalori sebagai pengganti minuman yang berkalori. Maka diet dengan mengambil makanan yang kaya dengan cairan lebih menyihatkan, berisi dan membantu anda membuang kalori," kata peneliti dari University State of Pennsylvania Barbara Rolls, dan juga penulis buku The Volumetrics Weight Control Plan.


3. Bantu bangkitkan otot
Sel-sel yang tidak mampu mempertahankan keseimbangan akan cairan dan elektrolit dalam badan akan mengakibatkan kekejangan otot.  Ketika sel-sel otot tidak memiliki cecair yang cukup, ia tidak akan berfungsi dengan baik dan kemampuannya berkurang.

Minum air ketika bersukan atau bersenam juga sangat penting. American College of Sports Medicine menyarankan bahawa dua jam sebelum berolahraga adalah masa yang baik untuk seseorang meminum 17 ons cairan.

4.  Kulit tetap bercahaya
Kulit anda sebenarnya mengandung banyak air dan berfungsi sebagai benteng dalam mencegah hilangnya cairan tubuh. Namun jangan pula berharap bahawa kelebihan cecair dalam tubuh dapat dijadikan sebagai cara ampuh menghilangkan kedut dan kesan luka pada kulit.

5.  Pelihara fungsi ginjal
Cairan tubuh merupakan media yang juga mengangkut sisa kumuh badan untuk keluar dan masuk ke dalam sel. Racun utama dalam tubuh adalah nitrogen urea darah, sejenis cairan yang dapat melalui ginjal yang kemudiannya diproses dan disalurkan dalam bentuk urin atau air kencing.

Ketika tubuh memiliki cukup cecair urin akan mengalir bebas, jernih, dan tidak berbau. Namun ketika tubuh tidak mempunyai cecair yang mencukupi, warna dan bau urin akan lebih kelihatan lagi kerana ginjal harus menyerap cecair lebihan untuk menjalankan fungsinya. Tak hairanlah apabila anda minum sedikit air, risiko anda mengalami penyakit batu karang akan meningkat terutama pada iklim tropika atau panas seperti di Malaysia ini.

6.  Pertahankan fungsi normal usus
Resapan cecair yang cukup dalam tubuh akan membuat makanan yang melalui saluran penghadaman dapat mengalir dengan lancar dan mencegah terjadinya sembelit. Ketika anda tidak mempunyai cukup secair dalam tubuh, usus akan menyerap cairan dari sisa kumuhan tubuh atau tinja untuk terus menjaga keseimbangan suhu tubuh badan. Oleh itu, sudah tentu buang air besar anda akan bermasalah dan mengakibatkan kesan sampingan yang lain pada tubuh kerana sisa kumuhan digunakan kembali oleh tubuh.

Jika zaman persekolahan dahulu, anak-anak Cina sanggup sanggup membawa sebotol besar air masak atau air mineral dari rumah berbanding membelinya di kantin.  Bagi anak-anak orang Melayu, mereka lebih gemar membeli sirap atau oren di kantin berbanding dibekalkan dirumah.  Oleh itu, sehingga besar mereka tetap inginkan air beraroma atau berperisa serta soda yang sudah semestinya tidak bagus untuk tubuh jika diambil dengan kerap. 

Apa salahnya jika membawa air mineral dan letakkan di dalam beg mahupun kereta dan minumlah saat ia diperlukan berbanding perlu membeli.  Berjimat dan berhemat hak anda, tetapi kesihatan harus diperhatikan juga.  Dianggarkan sebanyak 3 juta jiwa telah mendapatkan rawatan di Hospital awam dan swasta tahun 2013 kerana pelbagai jenis penyakit.  Oleh itu, hargailah kesihatan dan masa depan anda.  Apalah adanya cuma air mineral tetapi mampu menjaga kesihatan kita. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.