Isnin, 3 Februari 2014

7 Jenis Teh dan Manfaatnya



Begitu banyak jenis teh yang kita temui jika kita berbelanja di pasar raya. Anda pun mungkin tertanya-tanya apakah jenis-jenis teh ini dan apa manfaatnya kepada kita. Mari kita semak pelbagai jenis teh dan manfaatnya bagi kesihatan kita. Seperti yang ditukilkan dari Times of India berikut ini.

Teh hijau. Teh ini dianggap sebagai teh terbaik jika anda ingin menurunkan berat badan. Teh hijau mengandungi dos yang tinggi dari EGCG. Bahan ini memiliki sifat dominan yang berkesan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit seperti kanser pangkal rahim, payu dara, paru-paru, perut, dan sebagainya. Ia juga membantu dalam mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk), membakar lemak tepu dalam badan dan mengurangkan stress (tekanan).

Teh hitam. Teh ini sangat terkenal dan digunakan secara meluas. Terdiri dari daun teh yang difermentasi atau melalui proses penapaian, teh hitam mengandungi kafein yang tinggi. Menurut kajian, teh hitam sangat efektif dalam mengendalikan kerosakan paru-paru akibat dari tabiat merokok. Selain itu juga menurunkan risiko penyakit angina ahmar (stroke).

Teh oolong. Teh ini kurang lebih mirip dengan teh hitam, perbezaannya adalah teh ini difermentasikan dengan waktu yang lebih lama sehingga ia memberikan rasa yang lebih kuat. Akibat dari proses penapaian yang lama, enzim tertentu dalam teh ini boleh membantu mencairkan trigliserida dan membantu dalam penurunan berat badan.

Teh putih. Teh putih mengalami pengolahan secara minimum atau sedikit proses campur tangan manusia sehingga ia memiliki tingkat antioksidan yang tinggi. Antioksidan dalam teh putih ini membantu dalam mencegah kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas dalam makanan mahupun persekitaran. Selain itu, jika penggunaannya diambil secara teratur, ia membantu dalam menurunkan risiko barah, tekanan darah tinggi dan masalah kolesterol dalam darah.

Teh Pu-erh. Teh ini adalah dari daun dan batang tanaman Camellia Sinensis. Kededuanya melalui proses penapaian/fermentasi dan penyimpanan yang panjang. Teh ini berguna untuk meningkatkan kesihatan mental secara keseluruhan dan membantu mengurangi kolesterol tinggi dalam tubuh.

Teh berperisa. Selain teh hitam, putih, atau teh hijau biasa, terdapat teh yang dicampur dengan pelbagai perisa seperti rasa kayu manis, lavender, cengkih dan sebagainya. Teh jenis ini juga memiliki kadar antioksidan yang sama, selain menambahkan rasa pada the yang diminum. Pilihlah yang bebas dari gula untuk menjaga kadar gula dalam tubuh anda.


Teh herbal. Teh ini adalah kombinasi buah-buahan kering, bunga, dan tumbuh-tumbuhan lain. Ada pelbagai jenis teh herbal ini di pasaran seperti teh chamomile, pepperment tea, dan sebagainya. Semuanya memiliki manfaat tertentu, sama ada dapat membuat tidur yang nyenyak sehingga mampu menurunkan tekanan darah tinggi dan stress anda.

Anda sudah cuba teh yang mana?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih atas maklum balas anda.