Dunia Hiburan Tanah
Air.
Malaysia telah
memajukan prasarana pembangunan industri hiburan di negara ini namun sehingga
kini impaknya masih kurang memberi kesan.
Pelaburan berjuta-juta ringgit telah disediakan oleh Kerajaan dalam
memastikan sektor ini menjana pendapatan negara khususnya industri kandungan
dan perfileman.

Bagaimanapun,
filem-filem lain misalnya Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Adnan Sempit turut
mencatatkan jumlah terbaik dalam industri senematografi di Malaysia. Tetapi kandungan filem-filem tersebut masih
berkisar tentang gejala atau masalah sosial masyarakat, kepercayaan tahyul,
hiburan ringan dan menggunakan teknik sinematografi yang sederhana dan adunan
audio-visual tradisional yang belum diperbaharui dengan sebaik dan secanggih
indutri perfileman moden di dunia.
Filem Sembilu II
misalnya mengetengahkan isu percintaan tiga segi manakala filem Ngangkung memaparkan
kisah komedi seram bagi kaki judi.
Kedua-dua filem ini walaupun mempunyai kutipan yang agak bagus, tetapi
ia masih belum mencapai tahap pemikiran pembangunan kandungan yang
berkreativiti tinggi serta pemikiran penonton yang matang. Selain itu, teknologi dalam pembikinan juga
masih berada di paras minimum. Jika KRU
Production pernah membangunkan projek Merong Mahawangsa dengan teknologi CGI
(Imej Janaan Komputer) yang dianggap canggih, filem tersebut juga gagal mengaut
keuntungan tinggi selain jalan cerita yang tidak sesuai dengan tema dan jumlah
kos yang dibelanjakannya. Filem Merong
Mahawangsa yang menelan belanja sekitar RM6 juta hanya mampu mencatat kutipan RM3.3
juta sahaja selepas dua minggu ditayangkan.
(Malaysia juga telah bersetuju
untuk membangunkan Film Village tetapi dibatalkan atas sebab kelakonan ekonomi
sekitar 1998)
Dari sisi lain dunia
hiburan tanah air, Istana Budaya telah dibangunkan dengan kos sebanyak RM210
juta pada tahun 1995 dan siap tiga tahun selepas itu bagi menyediakan prasarana
pementasan ala Broadway yang terkenal
di Manhattan, New York.
Bagaimanapun,
pementasan ala Broadway ini tidak
menjadi kenyataan apabila hanya beberapa pementasan bangsawan sahaja yang berjaya
dipentaskan yang membuat keuntungan yang membanggakan. Antara yang berjaya adalah Bangsawan Puteri
Gunung Ledang dan Konsert Solo Siti Nurhaliza dicatatkan di sini. Bagi teater dan konsert lain misalnya, masih
banyak ruang dan peluang perlu diberikan selain menampilkan bakat-bakat dan
penonton teater bangsawan yang mendalami jiwa dunia hiburan bertaraf borjois atau aristokrat moden di
Malaysia.
Malaysia juga
mempunyai Dewan Philharmonic Orchestra (MPO) yang terkenal terletak di dalam
bangunan berkembar tertinggi di dunia (KLCC).
Pelbagai konsert hiburan dan orkestra telah diadakan di sini termasuk
Konsert Tan Sri SM Salim yang menjadi satu “benchmark”
yang membanggakan industri muzik tanah air khususnya irama Melayu Asli. Walau bagaimapun, konsert-konsert tempatan
jarang dapat diadakan di sini kerana taraf orkes yang disediakan dalam
persembahkan amat tinggi berbanding kebolehan bakat tempatan dan jumlah
penonton berkualiti yang masih rendah.
Keluh kesah industri hiburan
di Malaysia tidak berkisar kepada pembangun kandungan, lontaran idea dan
kreativiti semata-mata. Ia turut
memanggil penggiat seni lakonan, nyanyian, persembahan pentas dan
petugas-petugas teknikal termasuk komposer, pengarah dan sutradara yang
berbakat selain khalayak penonton yang mempunyai jati diri serta mempunyai jiwa
besar dalam memartabatkan industri hiburan negara.
Berbanding dengan negara
jiran seperti Indonesia, mereka dapat membangunkan bakat dan potensi dalam
hiburan mereka disebabkan tingkah laku masyarakat yang melarikan diri (escapism) dari dunia nyata mereka dari
segi ekonomi. Oleh itu,
pembangun-pembangun karya mereka dilihat maju setapak kehadapan kerana
masyarakatnya yang memerlukan hiburan bagi tujuan escapism tersebut tetapi mereka tidak disogokkan dengan hiburan yang
membuta tuli. Filem-filem Indonesia
walaupun tidak lebih baik dari Malaysia (termasuk idea dan kutipan) tetapi
mempunyai petugas rakaman yang baik serta suntingan sutradara yang mantap. Di sisi pengolahan dan kreativiti lagu pula,
mereka sangat menonjol kehadapan dalam menghasilkan karya yang lebih cakna
serta mempunyai nilai komersil yang tinggi.
Tidak hairanlah, selepas berakhirnya zaman rock kapak di Malaysia pada
tahun 90-an, Indonesia telah membanjirkan lagu-lagu pop rock dan balada mereka
ke sini dan menjadi siulan remaja Malaysia dewasa kini.
Apalah guna mempunyai
prasarana yang baik serta Kerajaan yang telah menyediakan modal yang besar bagi
industri ini jika peralatan, idea dan kreativiti penggiat seni kita masih lagi
lemah dan tidak mahu berdaya saing serta berparadigma tinggi. Peminat atau khalayak juga harus memainkan
peranannya dengan menanamkan jati diri serta berjiwa besar dalam melihat
sesuatu karya yang akhirnya memacu pertumbuhan idea kreatif yang lebih
baik. Janganlah hanya memonton jika
filem-filem yang hanya memaparkan masalah sosial masyarakat, filem tahyul dan
khurafat serta hiburan hedonism dalam
karya barulah mereka akan ke panggung.
Mengubah ke semua sistem ini bukanlah hanya semudah mengubah perabot di
rumah, semua pihak harus memainkan peranan masaing-masing dalam membentuk karya
yang bertaraf dunia serta mengaplikasikan teknik sinematografi dan kreativiti
yang tinggi dalam menjayakan dasar kandungan negara ini.
Oleh itu, marilah
kita bersama-sama menyemai nilai komersil yang tinggi di kalangan masyarakat
agar pada akhirnya semua akan memperolhi keuntungan masing-masing.
*Data-data yang dinyatakan adalah dari FINAS
(Penguasa Perfilemen Nasional)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.