Pesta Demokrasi di
Malaysia Subur
Terdapat beberapa
perkara yang boleh diungkapkan dalam awalan tahun 2014 tahun Kuda Kayu bagi
masyarakat Tionghua yang merayakan Tahun Baharu Cina 2014 di Bumi Malaysia yang
aman makmur lagi sentosa ini.
Jika di Negara China
itu sendiri, masyarakat Cina di sana beria-ia mahu melarikan diri dari negara
“tirai buluh” itu desakan politik dan rasuah yang menjulang. Singapura, New York, Eropah, Australia serta
Hongkong merupakan negara pilihan mereka.
Bukan sebab demokrasi yang terlalu subur menjadi pilihan tetapi kerana
penguatkuasaan undang-undang dan keluhuran dalam melaksanakannya. Sebagai contoh. Singapura bukanlah sebuah
negara yang bersih dari demokrasi secara total kerana pemerintahan adalah
bercampur dan berpilih tetapi tetap menjadi pilihan utama warga ini.
Dalam awal-awal tahun
2014 ini, Parti Pemerintah Malaysia (Barisan Nasional – BN) telah dilukakan
dengan pelbagai drama sandiwara permainan pembangkang sehingga ke satu tahap
yang teruk, Perdana Menteri Malaysia telah ‘dimalukan’ dengan ucapan beliau
yang tidak matang iaitu mengambil “kangkung” sebagai contoh penurunan harga
barang bagi menyeka air mata warga.
Tukikan demi tukikan serta provokasi menghantam PM ini telah memburukkan
nama dan imejnya sehingga disorot oleh lensa kamera negara asing khususnya
Indonesia dan British melalui BBC.
Tetapi PM Malaysia yang kelihatan lemah, hanya menyepi dan tidak
berdetik di mana-mana media. Parodi lagu
“kangkung” dari tukikan ucapannya digunakan dengan semahu-mahunya oleh pihak
oposisi tetapi ia tidak menjadi barah kepada PM
ini.
Tak lekang dari isu
itu, Ketua Oposisi Malaysia Anwar Ibrahim dinafikan dari memasuki Jepun terkait
jenayah silamnya yang telah bersabit.
Akibat dari hal tersebut, pihak disebelah sini pula memainkan parodi
Doraemon serta Ultraman bagi menjauhkan air muka mantan Timbalan Perdana
Menteri ini. Tak jauh dari itu, beliau
turut melorot lensa kamera apabila membidas Kerajaan BN bahawa ingin mengambil
alih kuasa negeri Selangor yang ditadbir partinya secara tidak sopan dan
demokratik. Akhirnya beliau mengumumkan
untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang telah
dikosongkan oleh ahli partinya. Walau
dibidas dan dikecam hebat, Anwar Ibrahim tidak kisah “dikajangkan” oleh semua
pihak. Sehinggakan dalam pertandingan
lawak merapu tempatan turut mengaitkan peristiwa tersebut dengan menjadikannya parodi
dalam sitkom mereka sebagai bahan untuk dilawakkan – bahkan mengungguli
pertandingan lawak tersebut selaku juara.
Tidak jauh dari situ,
keputusan Ketua Menteri paling lama berkuasa di Malaysia – Taib Mahmud
mengumumkan ingin meletakkan jawatan. Sekali
lagi politik negara telah memainkan isu ini dengan hebatnya. Ketua Menteri di Sarawak yang telah menjabat
jawatannya sejak 33 tahun lalu tiba-tiba ingin meletakkan jawatan – suatu yang
luar biasa. Memang ada ura-ura beliau
ingin meletak jawatan sebelum Pilihanraya Negeri 2011 yang lalu, cuma masanya
kelihatan agak janggal ketika persidangan kini telah hampir tiga tahun. Sama ada Pilihanraya Negeri atau Kawasan
perlu diadakan atau tidak, ia masih belum dimuktamadkan (Taib Mahmud mewakili
DUN Baligian). Cuma dalam negara Persekutuan
ini, Sarawak yang memiliki Kabinetnya sendiri dilihat dengan lebih dekat oleh
para pemerhati politik serta pihak akademik bagi melihat Sarawak selepas era Taib
Mahmud – sama ada meneruskan pemerintahan dengan menjadi Tuan Yang Terutama
(TYT) atau bersara total.
Nampaklah di sini,
walaupun disepak dan diterajang dalam politik akan ada pasang dan
surutnya. Walau kita selesa berada di
atas kelak kita pula akan berada di bawah pula.
Dan Pilihanraya Kecil atau PRK tetap akan dilaksanakan dengan kematangan
politik yang semakin membodohkan minda.
Dua minggu jelang 17
Februari 2014 ini juga akhbar tempatan khususnya Utusan Malaysia masih lagi
mensensasikan video pendek satira Teresa Kok yang menghina orang Melayu,
Perdana Menteri serta negeri Sabah yang dikatakan tidak aman dari ancaman lanun
laut. Teresa Kok yang pernah ditahan di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini tidak pernah jeran bahkan
terus berbangga dengan segala usaha politik beliau. Sama ada secara benar mahupun tidak, dia berjaya
memperolehi keputusan undi pada Pilihanraya Umum (PRU 13) yang lalu dengan majoriti
yang besar dan tertinggi di Seputeh.
Oleh itu, apa jua kata-katanya, dia berangapan dia mendapat sokongan
tertinggi pengundinya dan disokong ramai.
Melalaklah Utusan siang malam, dia tetap macam akan begitu jua. Baiklah Utusan mendiamkan diri dari
memberikan publisiti secara percuma kepada kelibat yang tak segan-segan memijak
jati diri orang Melayu tetapi dibela-bela oleh Ulama sonsang di Malaysia
ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.