Seorang kenalan pernah memberikan komen bahawa "sedari Anwar Ibrahim menjadi Minister of Finance, ekonomi Malaysia makmur."
Hipotesis:-
1)
Anwar Ibrahim mewarisi sistem ekonomi
yang dibangunkan oleh Tun Daim Zainudin (sebelum ini ekonomi Malaysia melorot
di bawah paras 3% setahun bahkan defisit)
2)
Setelah Tun Daim bangunkan ekonomi baru
Malaysia bersama Tun Dr Mahathir, beberapa pelan pemulihan
ekonomi dijana dan membuahkan hasil yang baik (termasuk rundingan timbal bijih
dengan agenda komunis di US)
3)
Syarikat korporat (termasuk
yg diswastakan) memberikan pulangan lumayan kepada cukai negara termasuk PLUS,
Golden Hope (diambil alih oleh Malaysia dinamakan Dawning Reid), KTM, TM dan
sudah tentu PETRONAS.
4)
Hasil dari keuntungan syarikat (milik
Kerajaan sebelumnya) diswastakan, keuntungan digunakan untuk bangunkan
prasarana ekonomi seperti jalan raya, perhubungan termasuk telekomunikasi dan
satelit, pelabuhan dan lapangan terbang serta merancakkan struktur cukai
korporat bagi menggalakkan pelabur asing masuk dengan mudah selain
memperkenalkan sistem penjawat awam yang efisien dan bekerja tekun (Bersih,
Cekap Amanah).
5)
Anwar hanyalah penjaga
sistem yang telah disediakan serta hanya menambah baik tanpa memperkenalkan
polisi-polisi baru yang radikal. Bagaimanapun beliau gagal membuat keputusan
penting pada 1998 semasa ekonomi Malaysia menguncup teruk dek pasaran tukaran
asing yang melemah. Beliau akhirnya menerima pakai sistem yg diperkenalkan IMF
kepada Korea dan Indonesia.
6)
Tun Mahathir terpaksa
memanggil Tun Daim (yang bersara dr politik) untuk menggubal satu polisi baru
mengawal sistem kewangan negara (kerana beliau lebih arif sistem kewangan
negara kerana beliaulah yg bangunkan sistem tersebut). Akhirnya dengan
persetujuan Tun Mahathir, polisi kewangan negara digubal dan ekonomi Malaysia
kembali menakat dan bermaya.
7)
Dasar ekonomi ini terus
digunakan dan hanya ditambah baik sehingga kini. Satu pendekatan polisi baru
masih tidak dapat diterjemahkan ke dalam sistem kewangan negara menyebabkan
ekonomi hanya terpacu mengikut aliran semasa sahaja. Sekiranya sistem ekonomi
kita diserang, masing-masing belum ada polisi baharu untuk diperkenalkan kepada
sistem ekonomi negara ini. Bahkan, jika polisi baru dibuat secara radikal, KDNK
Malaysia bakal berubah (secara relatif tinggi untung atau rugi)
8)
Oleh itu, AI hanyalah
penjaga ekonomi negara dan mengupayakannya sahaja sejak mewarisi dari Tun Daim.
Sedangkan perubahan radikal yang diperlukan ketika itu, beliau tidak mampu
menggubalnya melainkan Tun Daim sendiri terpaksa kembali menjawat Menteri
Tugas-Tugas Khas menangani isu penyagak mata wang.
Beliau Bukan Ahli/Pakar Ekonomi.
Beliau hanya Menteri (Pentadbir) kepada Kewangan negara pada masa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.