Bila Semua Barang Naik Harga: Rakyat, Naik Minyak?
Margina bawakan fail ke
maril!
Baik, tuan.
Tandatangan di sini.
Eh eh, kanda, ini surat
pajak!
Eh! Margina, kau nie
malukan aku sahaja. Bawa fail yang satu
lagi.
Kanda, kanda orang kaya pun
ke pajak gadai jugak ker?
Apa kau fikir orang kaya
tue semua senang ke? Kadang-kadang pun sesak der!
(Dialog di atas adalah
perbualan dalam filem Melayu klasik, Ali Baba Bujang Lapuk.)
Konotasi
dari cerita tersebut mengimbau kita kepada Ali Baba yang suka meminjam dan si
abang yang kedekut mengenakan riba senilai (100%) dari barang pinjamannya. Manakala dalam kedudukan kewangan bukan semua
orang kaya itu kaya senantiasa hidup bergelumang kemewahan. Adakalanya mereka juga terkesan dengan
perniagaan serta sepak terajang ekonomi yang tak menentu. Tidak dapat tidak, mereka juga mempunyai
kesulitan tersendiri dalam menghadapi masalah ekonominya sendiri.
Sejak
memenangi pilihanraya yang lepas, Perdana Menteri Malaysia terus berdiam dengan
segala isu yang menjadi keluh kesah rakyat.
Dari kenaikan harga gula sebanyak RM0.44 sen, pengenalan kepada cukai
GST yang baru, penghapusan kereta berusia 12 tahun (ditarik balik semula),
kenaikan tenaga elektrik serta kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur terus
membungkam jiwa dan fikiran rakyat.
Selepas ini, apa yang akan naik lagi?
Benarlah
kata pihak di sana mengundi BN bererti barangan akan terus naik dan naik tanpa
kawalan dan sekatan. Sedang ekonomi Negara
semakin mengucup dek hutang KDNK, inflasi terus menghantui setiap jiwa dalam
Malaysia tercinta ini. Apa lagi yang BN
mahu? Atau perlukah kita ucapkan “Terima Kasih, BN atas undi yang diberi dan
kenaikan dibalas!”. Ramai dikalangan
warga mengeluh dan merasa terkesan (walaupun caj elektrik RM70.00 ke bawah
dikatakan tidak mengalami kenaikan) termasuk mereka yang dikatakan berada.
Ada
pula suara nakal yang berkata kenaikan ini adalah untuk menampung kerugian Negara
melalui hasil kepada cukai selain menampung kos elektrik di Seri Perdana yang
bernilai RM2.2juta setahun. Apakah
mereka yang tidak membayar bil utiliti ini tahu kesan dan akibat kenaikan ini
kepada warga? Atau mereka ini memang
tidak pernah peduli dengan apa juga perkara yang berlaku kepada warga di Negara
ini. Untuk makluman, setiap kenaikan ini
walaupun dibayangi dengan rasuah BRIM, ia tetap tidak menghalalkan cara untuk
mengutip kembali wang BRIM yang diberikan itu selain kadar per bulan yang
keluar dari kocek pembayar bil akan terus menipis. Apalah guna mendapat gaji minimum RM900.00
sebulan sedangkan barangan lain terus meningkat dan mengecilkan saiz dompet
mereka setiap hujung bulan?
Tugas
pemerintah adalah menjanakan keuntungan sebanyak-banyknya dan memberikan hasil
itu bersama-sama menikmati kemakmuran bersama rakyat. Bukannya hany pemegang saham menerima upah
berjuta-juta ringgit sebagai gaji tetapi menghisap darah rakyat untuk
menyenangkan hidup mereka yang senang itu.
Apakah dengan cara ini (menggunakan duit rakyat untuk mengecilkan saiz
hutang Negara) dianggap hebat dalam kerjaya politik? Memang hebat bila BN telah memenangi
pilihanraya, tetapi lebih hebat kepada para penyokongnya yang terpedaya dengan
manifesto mendahulukan rakyat serta keprihatinan mereka terhadap rakyat.
Atau
apakah ini semua satu muslihat politik semasa Perhimpunan Agung UMNO? Bahawa bila mereka mengura-uarkan kenaikan
harga ini aka nada superhero yang menentangnya sebagai “Hero Orang Melayu” yang
menyelamatkan keadaan? Sedang rakyat
terkesan dan panik dengan berita tersebut saban hari, mereka sebenarnya
dibawakan virus mencari publisiti disebalik isu yang mencengkam itu? Apakah benar begitu? Sesungguhnya politik merapu seperti itu tidak
wujud lagi. Ketika Menteri Besar
Selangor mengumumkan kenaikan gaji Speaker dan Ahli Dewannya sehingga melebihi
gaji Perdana Menteri Malaysia, semua berkokok membantahnya termasuk di kem
pemerintah, tetapi adakah mereka setiap satunya kisah dan ambil peduli tentang
nasib ibu tunggal, nenek dan makcik di kampong-kampung yang makannya tak
menentu dengan hasil kampong atau jualan jajaan mereka sahaja? Adakah mereka ini kisah???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.