Larilah Mokhtar...
[Luahan dr Kegagalam Skuad Malaysia Pertahan Emas Sukan SEA Myanmar 2013].
Dikau penyemarak jiwa
bangsa dan warga
Dikau taruhan nyawa bangsa
Dikaulah khadam
bangsa
Pun bola itu khadammu
Kamu khadamku dan
bola khadammu
Larilah Mokhtar Larilah,
larilah dikau...
Oh dunia, Oh nyawa
Oh dunia, Oh
nyawamu Mokhtar
Mereka memang
inginkan nyawamu
Hutan batu itu telah
membunuh jiwa muda kini
Bakarlah dirimu demi
jiwa kami
Nyawamu untuk dunia
ini, untuk kami...
Larilah, lari Mokhtar
Kejarlah, kejar
impianku
Larilah, lari dengan
kakimu
Kejarlah, kejar
impianku... khadamku
Nyawamu memang
taruhan bangsa
Nyawamu memang abadi
di sini
Kini tiada siapa mahu
berikan nyawa itu seperti mu
Mereka mati dalam
kenyang mentari tua
Kami memburu seperti
nyawamu lagi....
Bunuhlah dirimu demi
bangsa
Bunuhlah dirimu demi
semangat bangsa
Bunuhlah dirimu demi
kami
Matimu menyebabkan
kami akan berlari mencarimu... Kejarlah Mokhtar itu!
Larilah, lari Mokhtar
Larilah moktar
Kejarlah, kejar
impianku
Lari, larilah menuju
kejayaanku
Bola yang bulat itu
berpusing menunggu kakimu
Kakimu sahaja mampu
mengejarnya
Kini kakimu
tergantung di padang beku
Bangsamu telah lari
darimu
Larilah Mokhtar,
larilah
Kejarlah, kejar jiwa
itu
Kejarlah bangsamu
Mereka semua menanti
matimu, sedang mereka yang mati bukan kamu
Kini, bangsamu
berlari mengejarmu, mereka yang mati
Kejarlah Mokhtar itu
Kejarlah semangatnya
Larilah, larilah
mengejar Mokhtar
p/s: Puisi dari
kegagalan skuad Bola Sepak pertahan Emas di Sukan SEA Myanmar
Faizal Muhd Faxel Wel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.